Monday, June 7, 2010

Roti Gulung-Gulung @ Bread Roll (This is not croissant)

Hyeee!! Assalamualaikum. Malam semalam tiba2 rasa nak makan roti. Rumah ni dah tak de roti dah sebab tak beli lagi since balik from Chicago last week. Tapi aku ada beli tepung roti dulu. Tak pernah try lagi. So malam tadi cari la resepi roti yang simple2. Last2 jumpa resepi ni. Sebenarnya tak semestinya kene roll. Kalau korg nak buat bulat2 mcm bun pun boleh. Nak isi filling pape pun boleh. Ni kira macam basic roti la.

Tepung roti ialah tepung berprotein tinggi. Aku pun tau tu je. Tapi bila dah buat roti, baru tau beza dy dengan tepung gandum biasa. Roti dy mcm lembut la. Macam roti kat kedai tu. Kalau pakai tepung biasa mungkin jadi macam donut kot. Tapi kalau korg nak try tapi tak de tepung roti, guna je tepung gandum. Try je. Hehe.

Ingredient:

1 cup bread flour
2 tsp dry yeast
3 tbsp sugar
1 egg
1/3 cup water (40C atau korang panaskan la sikit2 ea. Jangan sampai didih pulak)

1 cup bread flour
1/2 tsp salt

1. Campurkan semua bahan pertama. Gaul2 rata.
2. Then masukkan bahan kedua (flour and salt).
3. Uli sampai licin which is about 10-15 minutes. Bila dah licin, tambahkan lagi 5 minit. Sebab kalau uli lama sikit nnti roti lembut.



4. Bila dah licin i.e. dah tak lekat2 kat tangan, biarkan sampai dy kembang 2 kali ganda lebih kurang 30-45 minit. Tutup bekas guna tuala bersih yang lembap.

5. Bila dah kembang, tekan2 pakai jari bagi keluar angin dy. Kembang dy mcm ni.

6. Bila dah tekan2 bagi angin keluar, bahagikan bulat2 kepada seberapa bnyak yang anda dapat. Macam aku dapat 9. Rehat kan lagi 10 minit. Masa ni boleh panaskan oven dgn suhu 180C atau 350F.

7. Then korg nak buat bentuk ape pun buat la. Hehe. Kalau nak buat bentuk macam aku buat, mula2 jadikan bentuk 3 segi. Roll la pakai rolling pin tu ek. Kalau tak de pakai tangan pun boleh. Jangan pakai beda kaca taw takut pecah nanti susah den.

8. Panjang dy kene macam 30-35 cm kalau ikut resepi tapi aku punya ni mcm tak sampai 10 cm pun. Sebab tu la tak jadi mcm dalam resepi bentuk dy. Tapi, ikut creativity masing2 la ea. Ni kira creativity aku la. Hehe. Then gulung dari besar ke kecil.

9. Masuk oven for about 8-10 minutes. According to the original recipe, kene sapu telur kat atas dy bagi jadi macam berkilat macam kat kedai roti tu. Tapi aku tak buat sebab..... mcm biasa la. Malas. Hehe.
10. Then siap!!

Roti ni lembut taw. Sedap makan dengan pape je. Lepas tu kan aku ada cerita. Tengahari td, aku panaskan la masuk microwave. Set 3 minit. Then aku g kemas2 dapur. Bila dah siap, aku tgk la roti tu. Uish bagus. Dah panas. Tapi.............. jadik roti biskut....=(

Tau tak roti biskut yang keras tu? Dy makan dengan air teh panas sedap woo. So sekarang aku tgh mkn dengan air teh panas. Tapi kalau kat malaysia tu dy ada gula. Aku punya tak de. So tak manis la. Lagipun tak elok makan manis2. Hehe.

Okay la, selamat mencuba!! Bon apetit!

AF =)

4 comments:

Anonymous said...

eh ehh sejak bile jadi tukang masak ni nyahhh?? mak xtaw pon...

Ameera Fatin's Kitchen said...

belom lg nyah... ni blog je... hehe.... ko senang2 try la ea nyah...

Ashley!! =))

Food at home said...

menarik....baru2 ni buat croissant tapi agak keras so nak cuba lagi. resepi ni mcm mudah dan menarik

Ameera Fatin's Kitchen said...

terima kasih...=) tapi tak selembut croissant yang kedai buat tu, ni mcm roti bun biasa2 je. tapi senang, sebab tu try... biasa la saya ni bujang malas sikit... hehehe...