Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Nasi Goreng Campur Apa-apa Saja

Assalamualaikum & Konichiwa!

Sebenarnya bukan tak masak. Tapi malas nak update blog. Hehe. So semalam tido rumah Hafizah. Saja je sebab dah tak larat nak tengok rumah sendiri. Kita tukar2 angin sikit. Lepas tu baru nak keluar dinner, snow la pulak. Tak jadi la keluar. Makcik Hafizah ni pulak dah lapar. So kita dua pun pergi lah dapur tengok apa ada. Dia ada nasi leftover dalam fridge, udang, fillet ikan (lupa pulak ikan ape) dan green beans. So kita pun masak jela nasi goreng simple sangat. Tak caya tengok nanti.


Ingredients:


Leftover nasi

Bawang putih - cincang
Bawang merah - cincang
Fillet ikan potong kecik2
Udang
Sayur apa2 aja
Chili flakes
Black pepper
Salt
Telur

1. Tumis bawang putih dengan merah dalam minyak panas sampai naik bau. Masuk ikan.

2. Bila ikan dah separu masak, masuk udang, chili flakes, pepper, garam.
3. Bila dah 10 saat, masukkan telur. Bila telur dah masak, masukkan sayur dgn nasi.
4. Goreng sampai ringan (ringan tu maksudnya sampai nasi dah masak, dah sebati dengan rasa)



Ye tau, apa la adak dara dua org ni sayur sepanjang2 tak potong. Kata nasi goreng campak kan, kita campak je semua bahan. Haha. Oh and masa ni dah nak pukul 12 dah pun. Senang kan? So buat la. Lagi sedap dr ramen perasa udang yang 20sen tu. Dah la bland. 

Lepas tu ni gambar masa snow smlm. Minah ni tak suka snow, tapi still nak amek gambar jugak. Tak faham sgt la knp sebenarnya. Haha. 


Tengah snow tu. Kaki pakai selipar je. Hehe.Oh eye make up by Hafizah. Main makeup2 before tu.

Okay, tu jela. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, dan sesiapa je yg tersayang. Kita pulak, berhujung minggu dengan papers2 yang banyak kene habiskan baca. Haih. Can't believe it that there are only 3 months left before graduation. Instead of feeling hesitate to go back, I am actually very excited. I think everyone knows this already. Tak payah cakap lagi la. Haha.


AmeeraFatin=)

Sunday, December 2, 2012

Zucchini Risotto

Assalamualaikum! Hye!

Okay lama sangat tak update ni. Betul2 busy sangat sekarang ni. Keluar rumah pagi, balik rumah malam, pastu keluar balik buat keje, balik pagi buta. Tak pernah imagine yang boleh jadi busy sampai macam tu skali. Kita ni jenis yang boleh adjust my time, even busy macam mana, tak kacau la masa rehat, masa with friends and family. Tapi for the past couple of weeks, susah sikit la.

Tapi walaubagaimanapun, hehe, hari ni free sikit sebab report dah hantar, lagi satu dah hampir siap, and tinggal 2 presentations and maybe 1 lagi final exam. Doakan kita ye. 

Okay la resepi hari ni datang from Italy, it is a risotto. Apa tu risotto? Risotto tu macam bubur nasi tapi dia tumis bawang before tu dan air dia kasi kurang lagi dari bubur nasi. My Italian friend yang ajar macam mana nak masak ni. Sepatutnya ada beras Risotto tapi kitorg guna long grain rice je, beras putih biasa tu. My friend cakap yang dia pun guna beras biasa kat Italy. Tapi yang kita tau, ade special rice dia. Tak kisah la, guna jela beras apa yang korang ada, asalkan jangan beras pulut sudah.

Lepas tu kita guna zucchini. Boleh guna seafood, artichoke dan macam2 lagi. Google la eh. Hehe

Ingredients:

1 cup beras
1/2 shallot - Hiris halus
1 garlic - Cincang
Garam
Black pepper
Zucchini - Hiris 0.3cm

Parmesan/Cream cheese

1: Tumis bawang putih dan merah.
2. Masukkan Zucchini. Masak sampai dia separuh masak.
3. Masukkan beras dan tuang air sampai tutup semua beras. Biar api kuat. Biar sampai air mendidih.
4. Bila air dah mendidih, baut api sederhana. Lepas tu tambah air dan kacau sampai nasi masak. Kalau air kering, tambah lagi. Dan jangan lupa kacau. Masukkan garam dan black pepper untuk perasa.
5. Lepas 20-30 minit nasi akan masak. Kalau macam banyak sangat air, biar api sederhana sampai air dia kering.
6. Masukkan parmesan 1 sudu atau cream cheese 1-2 sudu, ikut cita rasa masing2. 


Dah siap! Senang je kan? Rasa sedap... 

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Sunday, September 30, 2012

Ikan Stim Simple

Hello hello hello! Assalamualaikum.

Lamanya tak update. Nampaknya sampai bulan 12 ni maybe ade 5 je la entry kalau mcm ni. Busy sgt la skrg ni. Nak bernafas pun tak sempat. Tido pun cukup2 makan je. Haha. Ni pun baru habis exam waterflooding and baru sebulan class, dah ade 2 midterm. Haa mcm mana tu. Homework jangan cakap la, hari2 ada. Tak pe, sikit je lagi.


Okay enough with homeworks and exam. Today's recipe will be Ikan stim. Senang je masak dia. Yang penting kene ada steamer.


Ingredients:


1 fish fillet

1/4 onion - sliced
1 clove of Garlic - chooped
1 cm ginger - chopped finely
2-3 tbsp salty soy sauce
1/2 tsp sugar
Carrot - sliced thinly
1 tbsp sesame oil
*Also can put oyster sauce, spring onion, and anything that you want.


1. Masuk semuanya dalam pinggan atau mangkuk yang muat dalam steamer.

2. Steam sampai ikan masak, dalam 8-10 minit untuk fish fillet. Kalau ikan besar korang tengok2 la sampai dia masak ek.


Dah siap!








Saturday, April 14, 2012

Nasi Beryani Gam Ayam

Assalamualaikum! Halluuu.


Lama jugak tak update. Busy sikit la dah nak habis2 semester ni. Tinggal 1 week of classes, then finals week, then Summer hols!! Chicago and New York are waiting for me. Hehe.


Semalam birthday fira. Happy birthday! So aku pun tanya la fira dya ada nak request makan apa2 tak sebab since tangan dia injured hari tu, banyak benda tak boleh makan. Baru ingat nak buat mee rebus. Tak jadik pulak. So dia request nak nasi beryani. So pagi tadi bangun tido, terus la start masak2. Resepi sama je macam resepi yang kita pernah masukkan dulu. Tapi rasanya nak rewrite balik la sebab sekarang ni macam dah biasa dengan resepi ni, so mungkin lebih teratur. Harapnya begitu.


Ingredients:


p/s: Masak ayam dulu sebab kuah ayam tu nanti nak guna untuk masak nasi beryani.


A) Ayam


1 ekor ayam di potong ikut kegemaran (Tadi kita potong 8) 


1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
2 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/2 bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - Hiris halus
4 sudu kecil serbuk beryani
Air secukupnya


2 biji kentang di potong dadu
segenggam almond/gajus (kita tak guna pun tadi)
3 sudu besar yogurt perasa original/sour cream/susu+jus lemon
Perasa


1. Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan ketumbar jintan. Tumis sekejap, dalam 1 minit.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dah dihiris halus tadi. Tumis sampai bawang dah lembut atau caramelized. 
3. Kecilkan api, masukkan serbuk beryani. Tumis untuk 30 saat, kemudian masukkan ayam. Naikkan suhu ke medium heat, kemudian gaul ayam dengan bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan air sehingga semua ayam terendam.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biar je periuk terbuka, sebab kita nak air rebusan ayam untuk menjadi lebih pekat. Bila ayam dah hampir masak, masukkan kentang dan almond/gajus jika gunakan.
6. Bila ayam dah masak, masukkan yogurt. Kacau sebati, kemudian tutup api.


B) Nasi


3 cup beras basmathi yang dah di bersihkan dan direndam dalam air selama 30 minit



1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/4 bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - Hiris halus
1 sudu kecil serbuk beryani


1. Dalam periuk nasi, sama ada di atas dapur atau di dalam rice cooker, ulang langkah 1-3 diatas. Kecuali bahagian yang masukkan ayam tu, masukkan beras yang telah di rendam tadi. Beras sahaja okay.
2. Gaul beras dengan bahan tumisan sehingga rata. Kemudian, ambil 3.5 cup air dari ayam beryani tadi, masukkan dalam periuk nasi.
3. Kemudian boleh la masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker. Kalau nak guna dapur, masak nasi dengan api perlahan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, keluarkan 3/4 dari nasi tadi ke dalam bekas. Ambil beberapa ketul ayam, susun diatas nasi yang tinggal. Kemudian tutup ayam dengan nasi yang dah di keluarkan. Ulang langkah sampai la semua ayam dah di susun. Sudahkan lapisan ayam dan nasi dengan nasi di atas. Sekiranya periuk nasi anda tak muat, guna periuk lain. 
5. Sekiranya menggunakan periuk nasi, masukkan semula ke rice cooker dan biarkan keep warm selama 30 minit. Alaskan tuala bersih di atas periuk nasi sebelum tutupkannya dengan penutup periuk nasi. Sekiranya menggunakan dapur, gunakan api paling perlahan. Tutup periuk gunakan tuala bersih sebelum menutupnya dengan penutup periuk. Tujuannya, kita tak nak wap rempah keluar dari periuk. Biarkan selama 20-30 minit.


Lapisan ke empat.

Lapisan terakhir.






Tadaa! Nasi beryani ni memang di recommend! Masa untuk memasak adalah 2 jam. 


Kat sini na storm malam ni, mendung je ni. Memang sedap kalau nak makan tido makan tido ni. Hehe. Ameera Fatin kejenya memang makan tido je. 


Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)


Wednesday, December 14, 2011

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum semua. Hye!

Haa... Apa maksudnye bila aku dah update blog ni? Maksudnya exam dah habis! Yey! Sorry la sebab lama tak update. Blog patutnya kene selalu updte kan. So sebagai permulaannya, aku nak masukkan resepi nasi goreng belacan. Pagi td masak untuk breakfast. Lama tak makan breakfast yang proper. Selalu makan roti dengan peanut butter. Tak pun pizza. Haa... Tak puas langsung. Puas dan kenyang tu adalah dua benda yang berbeza taw. Kita orang melayu ni, kalau tak makan makanan kita, rasa tak lengkap pula. Tapi ada juga orang melayu yang dah tak suka makan makanan melayu. Suka pizza la, spaghetti la. Believe me, Malaysian food is the best. We have everything that you need. And sihat pun. Pizza tu banyak sangat cheese. Kita pakai santan jugak. Tapi tak la bnyak sangat. Kalau tak nak santan, boleh je makan sup. Sup kambing kita terbaik ape. Lagi sedap dr mushroom sup omputih. Hehe. Okay panjang benor nye. Jom lah kita tengok macam mana orang bujang ni masak nasi goreng belacan. Hentam je. Hehe.

Ingredients: (Seorang makan)

1 mangkuk nasi /  Kalau masak nasi tu, aku guna 1 cup beras.

*1 shallot atau 1/6 bawang besar
*2 ulas bawang putih
*Belacan sebesar ibu jari. Agak2 la dengan amount nasi.
*6 batang cili padi
*Sedikit ikan bilis

Sebiji Telur
Segenggam ikan bilis.
Sayuran kegemaran. Kita guna bendi tadi. Hiris jangan tebal sangat. (Bendi = okra = lady's finger)
Perasa

1. Tumbuk bahan bertanda *. Aku ada lesung batu. So kalau sesiapa yang tak d tu, just mayang/hiris halus2 je k.
2. Goreng ikan bilis segenggam tu, letak tepi.
3. Guna pan yang sama, panaskan minyak cukup dengan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis bahan2 tu sampai naik bau.
4. Masukkan telur. Bila telur dah hampir masak, masukkan bendi yang dah di potong2 tadi.
5. Kemudian, masukkan nasi yang dah di peroi2 kan. Maksudnya, kita tak nak la nasi tu berketul2. Nanti susah nak cerai-cerai kan.
6. Masukkan juga ikan bilis goreng tadi. Gaul sampai sebati. Perasakan guna garam jika kurang masin. Goreng nasi sehingga nasi terasa ringan.

p/s: Macam mane nak tau nasi tu ringan? Bila dy dah bercerai2 and dah tak lekit2. Agak2 la. Kalau tak tau macam mana, just goreng for about 3-5 minit atas api sederhana.



Haa. Itu dia. Senang je. Macam masak nasi goreng biasa tu. Cuma letak belacan je. Cuba lah ye.

Okay la, nak mandi manda and sambung tengok movie. We'll see petang ni nak masak apa pulak. Bubbye!

AmeeraFatin=)

Monday, November 15, 2010

Nasi Goreng Kicap @ Soy Sauce Fried Rice


Salam and Hi!

Semalam aku nak masak nasik goreng. But rasa macam bosan je asyik yang sama je even aku suka. Tak de la bosan, just nak try yang lain plak. So teringat la pasal nasik goreng kicap ni. Senang gila dan sedap di makan hingga menjilat pinggan.

Ingredients: (1 org)

1 medium bowl of rice
2 clove garlic (chopped/blend)
3 cili padi (chopped/ blend)
1 shallot (chopped/blend)
1 Telur
Kicap
Ayam/udang/daging (optional)
Sayur (optional)

1. Tumis bawang putih, merah and cili padi. Masukkan ayam. Goreng sampai separuh masak.
2. Masukkan telur. Scramble the egg and tunggu sampai masak. Masukkan garam and perasa jika mahu.
3. Buat api slow, masukkan kicap. Tumis sebentar for about 30-60 seconds.
4. Masukkan nasi dan sayur kegemaran. Buat api medium high.

Okiesss... Siap. Senang gila kan? 15 minit je dah siap. Pastu boleh makan dengan gembira. Hehe.

Okay la, ade keje nak kene buat. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Monday, September 20, 2010

Beryani Daging


Hye!! Salam to all my fellow readers.=)


Okay ni resipi kegemaran aku, which is nasi beryani. Happy sangat kali ni sebab nasik tak terlebih lembik pun. Yes!! Tips dy, masak je nasik tu betol2. Then masukkan nasik and daging tu dalam rice cooker, buat warm je selama sejam or less. Pastu jgan lupa alaskan penutup rice cooker tu guna tuala so that dy punye steam tu tak keluar. Nak jadikkan macam beryani gam la. Tapi instead of tampal guna tepung, aku guna tuala kecik je, easier. Kalau tak de rice cooker, guna periuk biasa atas api slow je. Okay!! Jangan letak air bnyak sgt taw masa nak steamkan nasi and daging. Jetak sikit je since nasi dah masak.

Ni dy resepi Nasi Beryani Gam Johor.


Sedap sangat nasik beryani ni. Aku still guna rempah beryani Shan tu. Korang guna jela rempah beryani pape. Aku rasa pape je boleh. And aku sangat recommend resepi ni to those yang nak try masak nasi yang mcm ssh nak masak. Haha. Dy senang je after aku dah buat second time ni. Not as hard as the first time. And more relax. Siap boleh tgk movie lg. Hehe.

Okay, selamat mencuba ye semua.

AmeeraFatin=)

Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Basmathi With Sambal Sotong

Hyee!! Salam. Sambal sotong ni memang dah lama mengidam. Tapi sayangnye, tak de sotong fresh. Just ade sotong dalam tin tu je. Tak pela. Jadik la. Hehe. So semalam pun nak buat la sambal sotong. Then teringat still ade beras Basmathi. So I've decided to cook nasi lemak by using beras Basmathi. Kira tu mcm sampingan jela. Dapat resepi nasi dari blog abg Mat Gebu. Tapi bila semua bnda dah masak, aku rasa suka pulak nasi lemak ni lebih dari sambal sotong. Ceyh, ayat mcm tak boleh blah. Haha.

Ingredients: Nasi

1 cup of Basmathi
1 clove garlic (sliced or chopped)
1 shallot (chopped)
1 lemon grass (Pecahkan bawah dy)
Ginger (Sliced thinly)
7-10 tbsp coconut milk (Agak2)
2 cups of water
Salt

1. Cuci beras bersih2. Kemudian rendam selama sekurang-kurangnye 30 minit.
2. Panaskan periuk. Masukkan semua bahan kecuali beras dan garam. Biarkan air mendidih.
3. Bila dah didih, masukkan beras dan garam. Kacau2. Then boleh la nak masuk dalam periuk nasik.
4. Kalau tak pakai periuk nasik, guna heat medium high sampai air hampir kering. Bila dah kering, guna api paling low dan tutup periuk.


Ingredients: Sambal

1 shallot
1 clove garlic
2 tbsp chili paste
1/4 tbsp belacan
1/2 bowl of sotong (Calamari)
Salt, sugar, tamarind juice
2 tbsp Coconut milk (optional)

1. Blend bawang putih and merah. Kalau tak de blender, cincang je halus2.
2. Panaskan minyak, tumis bawang tadi.
3. Bila dah lembut, masukkan chilli paste. Tumis sampai garing atau pecah minyak. (Color dy mcm dark maroon)
4. Then masukkan belacan dan sotong. Kalau nak berkuah sikit, masukkan air sikit.
5. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. P/s-hati2 dengan air asam jawa, takut termasam. Letak sikit2 dulu.
6. Bila semua dah mesra, masukkan santan supaya lemak sedikit sambalnya. (Resepi Pn. Zaridzah)

Dah siap. Menyelerakan tak? Hehe. Kalau rajin boleh la buat. Tapi kalau kat Malaysia tu, banyak jual kat kedai kan. Murah plak tu. Tak payah deal ngn sambal terpercik2 masa masak. Haha. Tapi lain kot kalau masak sendiri. Aku makan dengan baby spinach sebab tak de timun. Korang boleh la makan dengan timun and telur goreng.

Tak lawa kan kalau tak de telur? Korang buat la telur kalau nak. Hehe. Okay la, nak pen off now.

Selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Sunday, June 20, 2010

Nasi Beryani Gam Johor!!

Woo... Ni memang dah lama mengidam ni. Mengidam tu sebab dah lama tak makan okay, bukan sebab lain. Pastu dah lama jugak dok carik resepi beryani gam yang sesuai dengan bahan yang ada kat dapur. Last2, jumpa resepi ni from forum ni, wanita niaga. Tak pernah tau pun wujud. Hee.

Aku tukar resepi ni jadik nak dekat separuh dan ada bahan2 yang aku tak letak. Masa untuk memasak ni nak dekat 2 jam tak termasuk masa nak cuci pinggan ye. Hehe. Please note that korg perlukan 3 periuk size sederhana okay.

Ingredients:

a) Nasi:

-2 cups of basmathi rice

-2/5 cup of margerine OR 3/4 stick (sepatutnya minyak ghee, baru extra wangi)
-3 cloves of garlic (grind or chop)
-5 shallots (grind or chop)
-1/2 inch of ginger
*-1/5 tbsp cardamon (buah pelaga)
*-1/5 inch cinnamon OR 1/4 tsp cinnamon powder (kayu manis)
*-1 star anise (bunga lawang)
*-1/2 tsp cumin (jintan)

-1 tbsp beryani paste powder (rempah beryani pape je pun tak pe. Aku guna yang ni.)

p/s: semua bahan yang ada tanda star * tu, aku amek from sup bunjut je. Korang bukak bunjut tu. Then untuk nasi ni, ambil about 1/4 dari semua bahan dalam sup bunjut tu.

1. Cairkan margerine.
2. Tumis bawang putih and merah. Bila dah lembut, masukkan rempah ratus sampai wangi.
3. Bila dah wangi, buat api medium, masukkan rempah beryani. Masak sampai naik bau about satu hingga 2 minit.
3. Masukkan beras yang dah cuci bersih. Kacau.
4. Masukkan air smpai tutup semua beras, kacau.
Kecilkan api, masak sampai separuh masak. And kalau boleh jangan tak masak sgt.
5. Then tutup api.


b) Ayam/Daging beryani:

-5 pieces of chicken any part

-2/5 stick margerine
-2 shallot (grind or chop)
-2 cloves of garlic (grind or chop)
-1/2 inch of ginger (Agak2 je ea. Kalau guna daging lebih kan sikit.)
*-1/5 tbsp cardamon (buah pelaga)
*-1/5 inch cinnamon OR 1/4 tsp cinnamon powder (kayu manis)
*-1 star anise (bunga lawang)
*-1/2 tsp cumin (jintan)

-2 tbsp beryani paste powder
-1 potato (potong dadu besar2. Or terpulang pada korg) (optional)
- Almond/cashew nuts (optional)
-1 cup of plain yogurt

p/s: Bahan bertanda star * equal to 2/4 daripada sup bunjut td)

1. Cairkan margerine. Tumis bawang putih, bawang merah, dan rempah ratus sampai wangi.
2. Buat api medium, masukkan rempah beryani. Tumis sampai garing for about 1 hingga 2 minit.
3. Masukkan kentang dan ayam/daging. Letak air sampai tenggelam semua bahan. Biarkan sampai daging/ayam masak.
4. Bila dah masak, masukkan almond/cashew nuts, yogurt, garam. Gaul2 and bila dah didih tutup api.


c) Beryani gam:

-Tepung+air (Bancuh bagi pekat gila)

1. Dalam periuk lain, letak ayam tadi dalam 2 ketul. Letak sekali bahan2 sikit. Jangan ambil kuah.
2. Lapis pakai nasi beryani tadi.
3. Ulang proses ni sampai habis semua.

4. Kemudian, ambil sedikit kuah ayam tu about 1 cup. Masukkan sekali.
5. Buat api slow.
6. Tutup periuk. Tampal periuk guna bancuhan tepung tadi. (Sorry la aku punya comot sangat la)

7. Biar nasi beryani tu sejam. After sejam boleh bukak. Tengok kalau nasi tak masak lagi, tutup balik and tampal balik.

p/s: Kalau air cukup, jangan tambah lagi taw. Nanti jadi macam aku punya, habis nasi lembik sebab banyak sangat air. Okay!!

Okay, selesai. Hehe. Fuh, lama taw nak masak ni. Tapi hasilnya memang ummpphh la even nasi aku lembik pun. Nama dy beryani gam sebab korang kene tampal periuk tu sebab nak elak steam dy dari keluar. So, semua bahan dy akan terperap dengan steam dy la kan.

Ni dy nasi beryani lembik. Hehe. Lain kali aku buat lagi la yang tak lembik. And resepi ni aku dah olah dari resepi asal, kalau korang nak resepi asal boleh pergi link yang aku letak kat atas okay!!

Selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Wednesday, June 16, 2010

Nasi Goreng Kampung @ Spicy Fried Rice

Hello. Assalamualaikum. How're you guys doing today?

Okay, nasi goreng kampung ni memang feveret aku la. Senang je cara nak buat dia. Typical nasi goreng kampung kene ada kang kong kan. Tapi aku macam susah je nak cari kat sini, so aku guna la sayur apa je yang ada.

Ingredients:

1 mangkuk medium of white rice
1-2 cloves gallic
1 shallot
3 cili padi (bird's eye chilli) (Boleh tambah kalau suka pedas)
1 hand full of anchovies (ikan bilis)
1 tbsp of sos tiram
1 telur
Kangkong/ any vege that you have (optional)

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah and cili padi sampai hancur. Jangan lumat sangat taw. Agak2 macam dah pecah tu okay la. Kalau tak de lesung batu, cincang je halus2.
2. Tumis bahan tumbuk tu dengan ikan bilis skali.
3. Bila ikan bilis dah garing, buat api medium dan masukkan sos tiram. Kacau2 sikit.
4. Then masukkan telur dan gaul2 dengan bahan tumis tadi. Tunggu sampai telur masak, masukkan nasi.
5. Gaul nasi sampai sebati dengan semua bahan. Masukkan sayur.
6. Bila nasi dah terasa ringan (macam dah tak melekit2, dan macam ringan la. Anda akan dapat rasa perbezaan dy dengan nasi masa mula2 masuk kuali), boleh la tutup api.

Note:

1. Kalau nak masuk ayam ke, daging ke, boleh je. Masukkan before masuk sos tiram.
2. Sos tiram biasanya dah ada rasa masin. Tapi kalau tak cukup rasa boleh la perasakan dengan garam and gula. Atau kalau suka, aji no moto sekali pun boleh.
3. Kalau anda suka ikan bilis rangup2, boleh goreng ikan bilis asing2 kemudian masukkan dalam nasi goreng nanti. Tapi kene letak juga sedikit ikan bilis mentah masa nak tumis tu bagi ada rasa. Kalau tak nak pun boleh.

Gambar ni masa aku buat dulu2. Yang latest tak de la. Tapi pape pun, try la ea. Senang je. Macam nasi goreng biasa. Hehe.

AmeeraFatin =)

Thursday, June 3, 2010

Simple Sushi


Hye! Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hehe. Okay, resipi kali ni atas permintaan nadia semalam. So aku buat hari ni and post kat sini supaya senang nadia nak refer balik nanti masa tengah masak2. Bukan nadia je, siapa2 je yang nak try. Okeng!

Ingredient:

-Rice vinegar
-White rice (Beras nasi putih)
-Sugar
-Seaweed
-Egg
-Crab fillet
-Cucumber/Carrot

1. Mula masak nasik. Scale dy 1 cup beras, 1 sudu rice vinegar, 3/4 sudu gula. Pakai sudu biasa tu je. Bergantung jugak pada vinegar yang korg guna. Rasa la, kalau mcm kurg cuka, letak lagi. Tapi hati2 taw takut termasam nnti tak sedap. Letak sikit2 dulu. Dan masak nasi tu pastikan jadik nasik lembik sikit. Bukan lembik bnyak taw. Aku guna dapur biasa je masak nasik supaya senang nak control.
2. Kalau nak guna dapur biasa, cara dy cmni. Level air samakan dengan level beras. Kemudian lebihkan seinci agak2. Lepas tu guna api medium. Bila dah nak kering (belum kering taw, hampir kering), buat heat paling slow and tutup periuk.

3. Sedang tunggu nasik nak masak tu, boleh la sediakan bahan2. Bahan pertama ialah telur dadar. Kacau telur dalam mangkuk dan letak secubit garam. Kemudian goreng sampai masak.

4. Kemudian didihkan air dalam satu periuk atau tempat masak telur ni je. Celur crab fillet for about 5 sec. Then keluarkan. Kemudian celur pula carrot. Kalau guna timun, tak perlu celur. Just potong 2 memanjang timun tu. Keluarkan isi dy kat tengah2 tu guna sudu.
5. Potong bahan2 tadi memnjang2.

6. Bila nasi dah masak, boleh la kita roll sushi. Kalau tak de tikar roll tu, guna kertas je macam aku buat. Pastikan kertas tu bersih i.e. keluar dari tempat kertas A4 tu, bukan just ambil dari mana2 entah. Letakkan seaweed atas kertas. Kalau seaweed tu kecil, lapis kan dua. Lekatkan guna sedikit air.



7. Letakkan nasi atas seaweed guna sudu. Tapi kalau org jepun tu deorg guna tangan je. Mana2 la yang korg selesa ye. Start 1cm dari tepi sampai ke tengah2 seaweed.

8. Letak bahan2 tadi kat atas nasi.

9. Boleh start gulung. Masa nak gulung tu, tekan sikit bahan2 tu. Dan letak sedikit pressure masa roll supaya dy jadi padat. Jangan kuat sangat taw.

10. Bila dah siap roll, tepi2 dy kan macam tak kemas sgt. Okay, untuk hidang, remove tepi2 dy. Tu korg boleh makan sendiri. Hehe. Potong sama2 size. Masa potong, guna pisau tajam taw. Kalau tak ada macam aku, hiris slow2. Letak sikit je pressure sebab nasi tu kan lembut.

11. Okay dah siap!! Boleh hidang dan makan dengan kicap masin.

Haa, ni la dy. Sushi simple. Sedap kalau mkn dengan kicap masin. Kalau korg suka wasabi, pun boleh juga. Ikut selera masing2 la ye. Selamat mencuba! Kalau ada soalan boleh tanya sini atau fb atau text kita. To Nadia, selamat mencuba!! Nanti hantar report taw. Hehe

AF =)

Friday, May 14, 2010

Bubur Lambuk Seafood @ Seafood Porridge

Hey ho!! Hari ni aku ada 2 tetamu. Hehe. Nak tau siapa? Tak perlu la. Haha. And then aku tak tau nak masak apa. So tiba2 rasa nak makan bubur sebab macam dah lama tak masak bubur. So belek2 la resipi bubur. Tiba2 terjumpa resipi bubur lambuk. Wah, lama tak makan ni and tak pernah buat sendiri pun. So nak try la.


Haa, ni la dia. Nampak macam biasa je kan? Tapi rasa dia lain dari bubur biasa. Haha. Exaggerate pula. Lain la dari bubur yang biasa aku buat (kalau korang pernah rasa la bubur aku buat). Agak senang, tp leceh jugak sikit2.

Ingredients:

2 pieces of fish fillet
7 prawns (peeled)

1 shallot
2 garlics
1cm thick of ginger (agak2 je ye)
black/white pepper
shrimp paste (belacan)

2 cups of rice
2 lemon grass
2 cups of thick coconut milk

1. Rebus ikan, udang dan sedikit garam sehingga masak. Simpan air rebusan.
2. Masak nasi dengan menggunakan air rebusan tadi. Tambah lagi air jika kurang.
3. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, kisar bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (kalau malas cincang je halus2).
4. Kemudian kisar pula isi ikan dah udang yang dah di rebus tadi. Kisar kasar2.
5. Campurkan semua bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, udang dan ikan didalam mangkuk. Campur sekali black pepper dan belacan yang dah dihancurkan. Gaulkan.
6. Apabila nasi sudah hendak menjadi bubur (macam peribahasa pulak. Haha), Campurkan semua bahan yang dah di gaul tadi kedalam bubur nasi itu. Kacau sebati.
7. Biarkan sampai nasi dah hancur atau dah jadi bubur. Kemudian boleh la masukkan santan dan serai. Jangan lupa pecahkan bawah serai supaya jus dia keluar.
8. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!! Boleh tutup api. Jangan terlalu lama biarkan santan di dalam bubur takut berketul. Asalkan rasanya sudah mesra, tutup lah api tu. Okeng!

Leceh sikit la sebab kene rebus ikan dan udang dulu. Tapi berbaloi beb. Memang sedap. Kalau dah bosan asyik makan bubur ayam je, boleh la cuba buat bubur ikan ni pulak. Semuanya seafood, baik untuk membina otak yang cerdas. Hehe

Woah, penat hari ni. Mahu tidur sudah saya. Esok hari terakhir untuk semester ni. Ouh, akhirnya. Then aku nak rehat sepuas-puasnya. Haha.

Okay lah, ngantuk lah. Tidur dulu ye. Goodnight all!!

AF =)