Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Healthified Chocolate Chip Cookies

Assalamaualaikum! Hye y'all!


How are you guys doing? I'm doing just fine. Ada exams last week and this week. Got to study. So tak de la sempat sangat nak masak2 sangat. Lagi pun this is the end of month. So tak de apa sangat pun dalam dapur tu untuk di masak2. Eh ayat mcm sedih je kan. Haha. Tak sedih la sebab as long as ada beras, tepung and telur, still can cook quite a few fancy, simple food. 


Kat rumah ni memang tak selalu ada snack sebab kita ni kalau makan, memang macam lembu makan taw. Serious serious. Non stop okay. So better got a few or nothing at all. So semalam tiba2 rasa nak makan cookies taw. Nak makan cookies so bad. So carik la resepi cookies yang senang and tak guna banyak butter sebab nak save the butter for my next recipe, coming soon. Hehe.


Then jumpa la resepi Healthified Chocolate Chip Cookies ni from Betty Crocker web site. Cookies adalah snack yang agak senang untuk di buat dan mengambil masa yang singkat. Kalau di Malaysia, cookies kita semuanya cute2 aje. Size maximum macam Chips More and size minimum macam kuih suji (kuih suji tu pun cookies taw, tapi Malaysian/Asian style). Tapi kat sini, cookies diorang agak besar jugak. My last room mate pernah try my oatmeal cookies and dia cakap your cookies are so little. Haha. Rasa macam kedekut pulak buat kecik kecik ni.


Straight out from the oven

Tengah nak sejukkan

Oh look! I found a heart shape one!

Okay, from the reviews that I have read and from my experience baking this cookies, here are some recommendations:

1. Kurangkan butter jadi 1/4 cup
2. Kurangkan 3 tbs minyak
3. Kurangkan 1/4 cup granulated sugar
4. Kurangkan 1/4 cup brown sugar

Even dengan pengurangan gula ni pun, cookies korang akan jadi manis jugak. Kalau tak suka manis, kurangkan 1-2 tbsp lagi okay. Chocolate chips tu pun boleh membantu untuk memaniskan cookies bila makan nanti. 

Ada 2 jenis cookies kat sini, chewy and crunchy. Chewy tu yang macam cakey sikit texture dia. Crunchie tu yang macam kat malaysia punya cookies. So go for 9-10 minutes in the oven for the crunchy one and 7 mins for the chewy one (kita tak try untuk chewy punya masa, so this is just my opinion. Hope it works well). Bila korang keluarkan cookies, cookies tu memang lembik. Just leave it for a few mins on the baking sheets, then let it rest on a plate or cooking rack until the cookies are completely cool down. Kita tak nak dia lemau nanti dengan moisture yang ada dari wap air tu bila kita store dia dalam container. 

Untuk dapatkan size yang sama, boleh la gunakan ice cream scoop untuk scoop the dough onto the baking sheets. You don't need to flattened the dough completely sebab masa dalam oven nanti dia akan flattened sendiri. Just tekan sikit so that it won't be too thick later on.

Fuh, banyaknye cakap. Okay sekarang ni cuaca sangat nice. Hari isnin hari tu kan snow kat sini. 2 hari lepas tu, semua snow cair dah. Memang global warming. Sekarang ni I'm waiting for the flowers to bloom! Spring is my favorite season indeed! Tapi kita bukan minah bunga okay. But you are welcome to give flowers to me. =) Even though chocolate is better, or ice cream, or cupcake. Mmmm... 

Okay lah, selamat mencuba ye! 

AmeeraFatin=)

Friday, March 25, 2011

Macarons

Hye! Salam semua.

Baru je sejam yang lepas aku buat macarons. And rasa not bad! Tapi........... Shape dy mcm pelik sikit la. Eh bukan sikit, banyak. Hahaha. Tak kesah la. Tapi kan, memang patut pun harga dy mahal. Leceh gila nak buat dy. Dah la mcm rapuh. Aku buat mcm 3 jam lebih jugak la plus aku tak de baking sheets. Aku guna pan yang bulat tu je. So skali masuk oven boleh buat 5 je. Pape pun, aku sangat2 puas hati dengan rasa dy. Aku takkan masukkan resepi kat sini, sbb tak nak ruinkan resepi orang yang mmg totally sedap dan bagus.

Before korang tgk, baik jangan gelak, okay! Hehehe. Sebab aku gelak gila bila bandingkan dengan macarons sebenar.







Tu lah dy, funny little macarons. Hehe.

AmeeraFatin=)

Saturday, January 29, 2011

Chocolate Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum. Hye!

Ouh, hari ni tak buat ape2 pun. Kecuali masak dan makan. Yang lain tu basically duduk sampai habis masa. Haha. Whatever. Okay, ni resepi chocolate chips cookies. Resepi asal guna white chocolate chips. Sebab baru lah cantikkan sebab cookies dy dah chocolate. Tapi aku tak de white chocolate chips. So hentam jela Mak Enon. Haha. Teringat zaman2 sekolah dulu aku ade sorg best friend ni, suka cakap Mak Enon. Rindu ah.

Resepi dy sejibik sejiban dengan website except, aku guna chcocolate chips and dark coco powder. But still yang Dutch-processed. People keep on giving tips to use the Dutch-processed coco powder because they taste better. I guess it's right. Kalau guna coco powder biasa2 tu, pahit sikit la.

Okay ni resepinya.




Haaa... Hitam manis gitu. Memang dark la. Tapi aku suka kot. Tapi kalau korang takut, jangan beli yang dark chocolate okay. Hehe.

Next recipe will be masakan Indonesia. Akan post malam nanti atau esok. Nantikan. Hehe. Bajet je.

Okay, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Friday, September 3, 2010

Chocolate Chip Oatmeal Cookies


Hye! Assalamualaikum!

Lamanye tak post pape. Since sebelum merdeka lagi. I mean 31 ogos hari tu. Eh ke 29 ek? Lebih kurang la.

Semalam buka kat rumah. Aku masak sup kambing. Tiba2 teringin nak makan sup kambing. Teringat dulu kecik2 makan kat rumah atok masa hujan2. Besnye. So masak la semalam. Sementara tunggu kambing tu lembut, aku buat la cookies ni. Aku ambil from Food Network. Banyak review dy cakap sedap. So aku pun nak try la buat kan. And memang sedap rasa dy tu. Tapi ni yang chewy punye taw, bukan yang rangup. Best la. You guys should try.

Ingredients:

1 stick margerine (8 tbsp or 1/2 cup) - melted/softened
3/4 cup powdered sugar
1 egg (grade A/ besar)
1/4 cup honey
1/2 tsp vanilla extract

1 cup flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 1/2 cup oat (Traditional punya. Tapi aku ade yang instant punya je. Aku guna je.)
Chocolate chips (Ikut kesukaan anda nak brapa bnyak. Aku main tuang je. Hehe)

p/s: Aku ade ubah sikit2 amount dari resepi asal.

1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Mix kan margerine and sugar sampai sebati. Then masukkan telur, mix kan sampai telur kembang. Kalau tak de mixer, pakai blender je.
3. Then masukkan madu dan vanilla extract. Mix lagi.
4. Masukkan semua bahan yang lain. Mix lagi. Kali ni kalau tak de mixer, masukkan semua bahan2 dalam 1 mangkuk, gaul pakai sudu or sudip. Mix sampai sebati.
5. Letakkan 1/2 sudu adunan ke atas loyang. Basahkan jari sedikit, then tekan2 atas adunan tu bagi dy leper.
6. Masukkan dalam oven 10-12 minit atau sehingga atas dy keperangan.

Okay done! Resipi ni dapat hasilkan 1 balang cookies size sederhana lebih kurang.

Okay. Sekarang ni tengah dengar lagu raya. Yang Hail Amir and Uji Rashid tu. Uuuww... Lagi seminggu je nak raya. And hari raya jatuh pada hari Jumaat Inshaallah. And masa tu aku ade class. =(
So balik class at the afternoon baru pergi rumah Aunty Aizan, beraya. Huhu. Tak pela. Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya di perantauan. Not bad jugak sebenarnye. Sebab kat sini pun ade rumah2 terbuka juga. Macam kat Kansas City nanti ade open house and mcm perkumpulan Malaysian and Indonesian jugak. Kira meriah la jugak. Ade rendang ketupat nasi impit SATAY. Haha. Satay tu besarkan okay. Menu kegemaran masa hari raya sebab mcm tak bnyak kan. Haha.

Ouh rindu nak raya. Next year pun tak sempat nak raya kat rumah gak. Huhu.

Okay, selamat mencuba ye.

AmeeraFatin=)

Thursday, July 29, 2010

Shortbread Cookies


Hello! Assalamualaikum. Hari ni happy sangat! bukan sebab masak menjadi malam semalam, tapi dah tak payah nak ambil final exam esok. Whee~~ So boleh rehat and enjoy!

Malam semalam rasa nak makan sesuatu, tp still kenyang lagi makan roti kek siang tu, aku main hentam je roti kek tu. Haha. So belek2 blog favorite aku, Kak Hana. Then jumpa resepi ni. Macam biasa la, aku suka yang senang2 je. And shortbread cookies ni sangat2 la senang. Sape2 je boleh buat. Rasa dy okay la, macam biskut la.

Ingredients:

3/4 cup multi-purpose flour
1/2 cup corn flour
1/4 cup powdered sugar
1/2 cup butter (melted) or 1 stick
Raisins (chopped) or chocolate chips or chocolate rice or whatever that you want

1. Panaskan oven 180C or 350F.
2. Cairkan butter guna api medium. Bila dah cair, tutp api. Then masukkan sume benda. Gaul sebati.
3. Then dah sebati, boleh la uli atad board and tekap bentuk yang anda suka. Aku tak de pape bentuk, so aku buat bentuk cookies macam biasa je la.
4. Tabur sikit tepung atas pan, then letak cookies atas pan tu. Masuk over for about 20 minutes or until atas dy dah mcm perang2 sikit. Siap!

Senang kan? Tak tau nak ckp ape. Senang sangat.

Okies. Tu lah cookiesnye. Try la kalau ada bahan ek. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Tuesday, June 22, 2010

Cookies


Hye!! Hari ni aku masak cookies petang tadi. Inspired by
Kak Hana. Thanks Kak Hana!!

Macam biasa, aku ade olah2 sikit la and convert kan measurement Kak Hana in weight to cups and spoon. Korang kalau nak buat, boleh la nak letak pape je yang korang nak ea. Nanti aku akan mention mana basic ingredients.

Ingredients:

-1/3 cup margerine OR 5 1/3 stick
-1/4 cup powdered sugar (Can add some more if you like sweet cookies)
-1 egg
-1/4 tsp of salt
-3/4 cup multipurpose flour
-1 tsp esen vanilla
-1 tbsp corn starch (tepung jagung)

*optional:
-3/4 cup oatmeal
-chocolate bar (hiris2)
-walnut
-chocolate chips

p/s-aku guna 1/3 cup instant cereal and 1 packet nestum. Korang boleh la kalau nak letak milo instant ke, oat instant ke, nescafe instant ke (tapi tak jamin la ea rasa dy) atau coco powder. Up to you guys.

1. Panaskan oven temperature 190C atau 375F.
2. Pukul margerine and gula sampai kembang. Letak telur. Sambung pukul. Aku guna blender je.
3. Bila dah kembang (aku pun tak sure macam mane, agak2 macam semua dah sebati, tambah sikit lagi masa, then stop la ea), masukkan esen vanilla and garam. Pukul lagi sikit.
4. Then masuk dalam mangkuk. Campur dengan semua bahan. Kacau2 sampai sebati. Nanti batter tu akan nampak macam ni.

5. Batter tu memang mcm susah sikit nak gaul2, tapi gaul je la okay. Hehe. Then ambil sikit pakai sudu, letak atas loyang yang dah sapu sikit margerine then tekan sikit cookies batter tu. Kalau susah sangat and kalau korang tak kisah, boleh pakai tangan je. Pastikan bersih.
6. Masuk oven for about 10-20 minutes. Kalau tak masak lagi, boleh tunggu 5 minit lagi atau sampai perang.

Rangup taw hasil dy. Best la resepi ni. Try la kalau ade free time okay.

Goodnight everyone!!

AmeeraFatin =)