Monday, December 20, 2010

Winter!

Hye, Assalamualaikum.

Skrg dah start cuti winter. And kansas dah jadik sejuk. tak lama lg mesti nak snowtebal punye. And saya tak suka snow2 ni. Sangat sejuk dan membuatkan korg tak nak bngun dari atil even dah sehari suntuk tido. Dan matahari pon tak de. So saya berjalan2 lah ke tempat yang warm siit, iaitu Atrizona. Dan akan ke tempat2 lain jugak. Will be away until January. Hope korg stay tune kat blog ni Januari nanti, jgan pegoi mane2 kay. Akan update.

Ouh ari tu before pergi Arizona, aku ade bake brownies cream cheese. Sangat sedap and jadik fudge brownies yang aku suka tu. Akan update later bnd tu bila dah balik from vacation.

Thanks semua!

AmeeraFatin=)

Saturday, December 18, 2010

Sardine Masak Kicap


Hye semua. Salam.

Okay ni lah resepi paling senang, dan sangat sedap okay. Kalau kat rumah, ibu tanya, nak masak sardine kicap ke sardine sambal, then aku akan fikir, dan jawab ikut kesukaan sahaja. Haha. Sebab both sedap. Aku suka sardine. Lagi2 kalau makan dengan bubur, kangkong belacan, telur masik. Pergh.. Sambil tulis ni air liur meleleh beb. Haha. Okay aku tipu tu.

Ingredients:

1 tin sardine kecik
1 shallot (blend/chopped)
3 garlic (blend/chopped)
1 shallot (hiris besar2)
Kicap masin dan manis atau pape je kicap yang korang ade.
Cili padi (Hiris) (optional)

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih yang dah bleng atau cincang tadi.
2. Then bila dah almost garing, masukkan bawang yang dah dihiris besar tadi. Tumis sampai naik bau.
3. Then masukkan cili padi. Slowkan api, masukkan kicap secukup rasa. Bila dah berbuih sikit2, masukkan sardine satu tin.
4. Kuatkan api semula, masak sampai mendidih. Perasakan dengan kicap manis, kicap masin atau garam dan gula. Ikut kegemaran anda.

Okies siap!


Senang kan? 15 minit je. Then aku makan 1 periuk bubur abes. Pergh. Hebat aku kan bab makan ni. Tapi memang sedap. Bukan selalu dapat makan cmni. Hehe. Aku makan dengan bubur ayam.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Moist Chocolate Marble Cake with Cream Cheese

Salam,

Uish, panjang nama. Tapi tu la nak muatkan semua bahan yang aku letak dalam moict chocolate cake ni. Resepi adalah dari Hidaya Sulaiman, my dear friend since kat Jasin. Roomate aku for 2 years. Thanks Dayah!! Tapi, like always, i reduced the sugar sebab aku tak suka manis.

Ingredients: (1 loyang cake besar yang standard size tu. Tak tau la bape diameter.)

2 cups of flour
1 cup of coco powder (But i used 1/2 cup sebab aku guna dark chocolate. Do't want it to turn out to be black.)
2 cups of sugar (I used 1 1/2. According to dayah, guna 2 rasa dy sedap. So aku rasa better guna 2)
1 cup milk
1 cup coffee (air coffee taw. Korang buat air coffee cam biasa.)
1/2 cup oil (Vege oil)
2 eggs
2 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder (Unfortunately, aku tertukar measurement soda bicarbonate dgn baking powder. But it still turned out well)
1 tsp esen vanilla

3 ounce cream cheese (atau lebih, terpulang)
1 cup whipped cream
1 tbsp gula

1. Panaskan oven dengan temperature 150C atau 325F.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Masukkan gula. Kacau sampai sebati. Atau boleh guna mixer atau blender. Aku pakai pengacau je.
3. Masukkan je sume bnda dalam bowl besar dan kacau sampai sebati. Ni cara orang bujang taw, atau cara aku sorang, tak tau la.Tapi aku tak de mixer, aku gaul je pakai pengacau nak buat cake tu.
4. Tuang dalam loyang yang dah sapu dgn minyak.
5. Untuk cream cheese, gaul semua sekali sampai lembut.
P/s: Ni optional je kalau korang ade creamcheese ke. Kalau tak, tak perlu.
6. Ambil sesudu demi sesudu, letakkan diatas mixture kek coklat td. Then pakai pisau, atau lidi, atau pape je yang mcm halus, tarik slow2 cream cheese tu. Bagi jadik corak marble kek atau corak pape jela yang korang suka, ikut creativity.
7. Masuk oven for about 30 minutes.



And korang, aku memang rekemen gila la resepi ni. Sangat moist dan lembut. Boleh tahan dalam 3 hari gak. Sebenarnye 4 hari. Tapi aku takut kang korang punya hari ketiga dah tak lembut kang, abes aku kene. Haha.

Okay, nak post resepi lain plak.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Wednesday, December 15, 2010

Bihun Goreng Singapore


Hye! Salam.

Okay hari ni saya nak post satu lagi resepi senang, sangat senang. Aku masak about 15-20 minutes je.

Ingredients:

Semangkuk bihun yang direndam dengan air panas
3 ulas garlic
3 biji cili padi (optional)
Black or white pepper
Sayuran
Udang/ayam/daging

1. Tumis bawang putih smpai naik bau. Jangan lupa panaskan minyak dulu ye.
2. Masukkan udang/daging/ayam. Bila dah masak, masukkan cili padi dan bihun.
3. Kalau bihun tak lembut lagi masa korg masukkan tu, boleh letak air sikit.
4. Masukkan sayur, pepper dan perasa. Sedia di angkat.


Senang gila kan? Ala2 mcm oleo spaghetti pun ade gak. Haha.

Ouh tiada mood untuk bergerak hari ni. Matahari pun berada disebalik awan. Suasana suram dan muram. Sesuai untuk tidur. Haha.

Okies, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Monday, December 13, 2010

Pasta Goreng @ Fried Pasta Malaysian Style


Hye!! Assalamualaikum.

Ouh esok exam. Kelmarin (2 hari lepas) dah start snowing. Sejuk.... Tak suka... Hari ni kene study. Tapi rasa nak masak. Argh... Cmne ni? Mane lagi penting? Makan ke study? Haha. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Haha.

Okay, mengarut sikit. Sbnrnya nak bagi korang berfikir. Kalau korang baru bngun, ni boleh jadik exercise otak. Kalau nak tido, mungkin tertido terus? Haha. Okay2, stop mengarut. Resepi ni dulu ibu masak kat rumah. But istead of guna pasta yang aku guna ni, ibu guna macaroni. Sedap beb. Mudah kenyang berbanding mee goreng atau spaghetti goreng sebab dy lagi tebal.

Cara masak dy sama je macam mee goreng. Tapi ari tu aku guna resepi kuey teow goreng penang. Tapi korang boleh je kalau nak guna resepi mee goreng biasa or mee goreng mamak. Okay!


Ni aku bagi resepi2 dy. Cuma kat resepi2 ni aku guna jenis mee yang berbeza. Cara2 nak masak sama je.


Ni tengah nak masuk dalam tapaw sebab terlebih masak sebab dah kenyang.

Okay, nak sambung buat keje. Esok exam linear algebra. Doakan ye. =)

Selamat mencuba and have a nice day!

AmeeraFatin=)

Thursday, December 9, 2010

Chocolate Cheesecake Cupcakes with Ganache Frosting

Salam!

Lama tak post ape2. Resepi ni lama dah aku buat. Dapat from food network. Tiru sebijik tak de tukar ape2. Except gula aku kurangkan jadik 1/2 cup instead of 3/4. Link dy adalah ini.



And, aku memang rekemen resepi ni sebab lembut dan sedap gila beb. Haha.

Okay, aku nak mintak maaf kalau aku guna bahasa campur rojak petis. Sebab itu adalah aku, bukan orang lain. Kang kalau guna english sume kang, ade plak yang tak faham. Haha. Okay, minggu2 exam ni mmg sangat tidak bagus ye. Banyak sungguh kerja yang perlu dilakukan. Dan masa saya sungguh singkat. Kepada sesiapa yang suka membuang masa tu, boleh pinjamkan sikit tak? Sebab saya pun suka buang masa. So banyak masa saya habis dibuang. Tak cukup lagi nak buat keje. Haha. Kidding je.

Okay, selamat mencuba ye. Lately ni suka try2 bake kek sebab senang, tak yah nak tumis2.

Okies, bubbye!

AmeeraFatin=)

Wednesday, November 24, 2010

Vadeh

Hye! Salam dunia.

Haha. Cam lagu M. Nasir plak. Okies, ni memang kuih feveret aku ni. Sedap kot. Cuma aku tak cukup bahan2. So ade substitute bahan sendiri la. Resepi asal was taken from myresepi.com. Resepi ina sayang. Thanks!

Ingredients: (+/- 12 ketul )

1 1/2 cup kacang dhal
1/3 shallot (cincang)
8 cili padi (hiris bulat2)
Garam
1 tsp serbuk kari (ni substitute daun kari aku takde)
3 sudu tepung (tambah kalau kurang)

1. Rendam kacang dhal 1 malam. Kalau tak sabar, minimum 4 jam.
2. Blend kacang dhal sampai lumat. Jangan letak air, biarkan kering je. Kalau masih ade yang tak hancur, biarkan je.
3. Gaulkan dgn semua bahan. Tepung tu function nak bg dy tak terburai. So kalau kurang, boleh tambah.
4. Panaskan minyak, goreng sampai garing.

Sudah!




Resepi ni sedap. Cuma maybe aku tak blend lumat sangat. So nampak lagi kacang dhal ketul2 bnyak2. Hehe.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Wednesday, November 17, 2010

Pasta Primavera


Assalamualaikum!

Ouh2. Now baru perasan yang sebenarnye senang je taw nak masak pasta ni. Yang penting garlic je. Yang lain tu macam tukar2 je. Untuk pasta primavera ni, aku amek resepi from food network. Resepi Ellie Krieger. Cuma ade tukar sikit2 sebab bahan tak cukup.

Ingredients: (A medium bowl)

1 Medium bowl of boiled pasta.
3 clove garlic (cincang)
3 cili padi (hiris) (Ni aku gantikan bell pepper from original resipi)
1.5 tbsp tepung+air sikit
3/4 cube pati ayam
1/2 cup milk (aku guna 1% sbb tu je yang ade. korang guna je pape yang ade)
Salt and pepper
Parsley (Aku guna dried parsley sbb tak de yang fresh punye)
Carrot (Grated. Kalau tak de grater, potong je halus2 pakai pisau)

1. Tumis garlic and cili smpai naik bau. Masukkan air tepung.
2. Then masukkan cube ayam, susu, salt, pepper,carrot. Bila dah nak mendidih, mixture akan mula memekat because of the air tepung taw. So jangan panic.
3. Bila dah memekat, masukkan pasta and tabur parsley. Gaul sebati. Done!

Ni yang aku suka masak2 pasta ni. Dy sangat senang dan kejap. Overall time tak termasuk masa merebus pasta is about 15 minutes je.


Tak lawa la tak de color hijau kan? Anyways, rasa dy lebih kurang je rasa prego yang creamy pasta tu. Cuma Prego tu rasa dy lagi kuat la sbb letak msg mungkin. Tapi kalau korang baca review dekat food network tu, ade reviewers yang complaint about the taste. Deorang kata macam tak padat la. Maybe deorg memang masak pape pun rasa tak padat agaknye. Hehe. Mengikut pengalaman aku memasak pasta ni hari tu, rasa dy okay je. Kalau nak padat sangat, letak cube ayam tu bnyak2. Ish, tak sedap tak tau. Hehe.

Okay, selamat mencuba! Dan selamat hari raya! Aku kat sini tak raya. =(( Tak pe arr... Jumaat ni aku raya la. Hehe.

AmeeraFatin=)

Monday, November 15, 2010

Nasi Goreng Kicap @ Soy Sauce Fried Rice


Salam and Hi!

Semalam aku nak masak nasik goreng. But rasa macam bosan je asyik yang sama je even aku suka. Tak de la bosan, just nak try yang lain plak. So teringat la pasal nasik goreng kicap ni. Senang gila dan sedap di makan hingga menjilat pinggan.

Ingredients: (1 org)

1 medium bowl of rice
2 clove garlic (chopped/blend)
3 cili padi (chopped/ blend)
1 shallot (chopped/blend)
1 Telur
Kicap
Ayam/udang/daging (optional)
Sayur (optional)

1. Tumis bawang putih, merah and cili padi. Masukkan ayam. Goreng sampai separuh masak.
2. Masukkan telur. Scramble the egg and tunggu sampai masak. Masukkan garam and perasa jika mahu.
3. Buat api slow, masukkan kicap. Tumis sebentar for about 30-60 seconds.
4. Masukkan nasi dan sayur kegemaran. Buat api medium high.

Okiesss... Siap. Senang gila kan? 15 minit je dah siap. Pastu boleh makan dengan gembira. Hehe.

Okay la, ade keje nak kene buat. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Saturday, November 13, 2010

Oleo Spaghetti


Hye! Assalamualaikum.

Hari tu aku dok berborak2 dgn kawan aku then tiba2 termasuk topic makan spaghetti kat pizza hut. And kitorg suka spaghetti oleo kat situ. Sedap kot. Then kawan aku pun ajar la cara2 nak masak dy. Hehe. Thanks yaw. ^_^

Simple je cara masak dy. Kalau korang tak nak letak udang, daging pun boleh.

Ingredients: (Untuk seorang)

Olive oil/ vege oil
2 ulas garlic (Chopped)
6 ketul udang / daging (ikut kegemaran anda nak berapa bnyak)
1 mangkuk medium spaghetti (boiled sampai lembut)
Chili flakes/ serbuk chilli/ pepper
Garam
Mixed herbs/Oregano/Basil (optional)
Dried parsley (optional)

1. Panaskan minyak. Tumis garlic smpai naik bau.
2. Then masukkan udang. Bila udang dah masak (jangan sampai terlalu kecut), masukkan garam.
3. Masukkan spaghetti yang dah lembut tadi. Gaulkan sebati.
4. Masukkan chili flakes, oregano dan dried parsley. Gaul smpai sebati. Tutup api.
5. Hidangkan di atas pinggan, tabur dengan dried parsley sedikit jika ada.

Senang gila kan? Nak lembutkan spaghetti tu lagi lama dari masak oleo ni. Haha. And sedap ouh.

Haa... Cantikkan? Sedap sangat. Kalau mcm teringin nak makan tapi tak de fulus nak beli tu, buat je sendiri. Senang dan sedap. Boleh makan sebanyak mungkin. Hehe.

Ahhh... malasnye nak buat pape weekend2 cmni taw. Now tengah bake brownies. Tapi yang instant punye. Hehe. Malas nak experiment recipe brownies dah. Beli lagi sedap.

Okies, have a nice weekend and Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua orang Islam.

AmeeraFatin=)

Thursday, November 11, 2010

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Ayam Paprik

Hye! Assalamualaikum.

Entry ni just nak tunjuk je aku masak nasik lemak last week. And also ayam paprik. Kalau korang nak resepi dy, boleh carik kat entry yang lepas2 ye.

Ayam paprik tu masak masa jemput aunty Aizan datang ruma. Aunty Aizan nak pindah dah. So kitorg buat makan2 la. Alaa... mMesti sunyi nanti bila Aunty dah tak de. Tak de tempat dah nak melepak2. Sob sob...





Hope Aunty Aizan and Uncle Firman and Ridwan selamat sampai and happy tinggal kat sana. Hope to see you again! =)

AmeeraFatin=)

Friday, November 5, 2010

Chocolate Muffin with Chocolate Chips


Hye! Assalamualaikum!

Okay, aku tau selama ni kalau aku buat muffin aku cakap aku akan rekemen that particular recipe sbb sedap. Tapi yang kali ni punya, betol2 rekemen. Memang lain dari muffin yang lain aku pernah buat, disokong oleh fira skali. Hehe.

Resepi ni amek from food network. Senang dan sedap. Sampai hari kedua pun still lembut and moist. Cuma aku ade tukar2 sikit mcm gula tu aku kurangkan and aku tambah sour cream sbb nak bagi dy lagi moist, aku amek nasihat from one of the viewers.

Ingredients: (12 medium cups)

2 cups flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
1 cup powdered sugar (Kalau suka manis, add 1/2 cup more)
1/2 cup coco powder
1/2 tsp nescafe (aku letak sendiri. Optional)
1/4 tsp salt

1 1/4 cup milk
2 tbsp vege oil
1/2 cup sour cream (optional)
Chocolate chips
Walnuts/almond

1. Panaskan oven dgn suhu 350F atau 180C.
2. Masukkan semua bahan kering. Gaul rata. Kalau ade pengayak, ayak la. Aku tak buat pun sbb tak de.
3. Then masukkan semua bahan kedua. Gaul rata2.
4. Then tuang dalam muffin cup 3/4 full.
5. Masuk oven 20 minutes, then keluarkan.

Okies.

Senang kan? Menurut one of the viewers tu, kita letak nuts sebab nak bagi dy lagi moist. Sebab tu la kalau bolh kene letak. Tapi sedap la muffin ni, aku suka. Cuma aku punya chocolate chips tu mendak kat bawah. Solution dy, korang kene coat dy guna tepung dulu before masukkan. Tapi aku rasa aku suka dy kat bawah cmtu. Rasa chocolaty kat bawah dy. Tak kacau muffin. Hehe. But pape pun, up to you guys okay.

Malam ni temperature dah below O degree C dah. Nak dekat winter ouh. Tak suka.... Sebab bangun pagi tak de matahari, nak keluar sejuk sangat. But tak pe, ade plan lain. Hehe. Before fall habis, aku nak tunjuk gambar fall lah 1 okay?


Okies guys and girls. Selamat mencuba ye.

AmeeraFatin=)

Burrito Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Ingredients:
Tortilla
Ikan bilis (Goreng or tak)
Salad/kobis/any sayur
Mayonnaise, sos

1. Ikut creativity masing2 melipat.

Haa... Kan senang mcm ni. Hehe. Saja je nak buat gimik tak nak cakap. Tapi mcm tak boleh je sbb aku mmg suka bercakap.

Mula2 dulu fira yang bg idea buat burrito mcm ni. Then one day aku malas nak tunggu daging defroze, so aku guna ikan bilis je. Then sedap plak. Then siang tadi aku goreng dulu the ikan bilis. Lagi sedap....

Ouh2, happy deepavali!

AmeeraFatin=)

Saturday, October 30, 2010

Sambal Goreng Jawa @ Jowo (hehe)

Hye! Assalamualaikum everyone. How is everyone doing?

Sambal goreng jawa ni mmg dah lama dah aku nak masak, cuma tak de bahan and kadang2 macam malas. Ayah suka gila makan sambal goreng ni kat rumah. Jangan tertipu dengan nama okay. Nama dy sambal goreng, but tak pakai cili boh pun. Just pakai cili padi and cili biasa potong2 je.

Oleh sebab aku hanya ada su'un and kentang, aku guna tu jela. Kalau korang senang nak carik bahan, boleh letak tempe goreng dan tauhu goreng sekali. Sedap weyh. Aku suka tempe. Okay ini resepi Pn. Zaridzah i.e. ibu saya.

Ingredients: (Untuk semangkuk sederhana, 2 orang makan)

2 biji kentang - potong bahagi 2 atau 4, then hiris nipis 0.5cm.
1 genggam su'un yang dah direndam dalam air.
Tempe - Hiris nipis 1 cm atau mengikut cita rasa
Tauhu - Potong petak2 mengikut cita rasa

Cili padi - Hiris serong(diagonal) *(optionall)
Cili besar (merah & hijau) - Hiris serong
2 ulas garlic - hiris halus
1 shallot - Cincang. Kalau dah blend, ambil dalam 1 sudu.

Air asam jawa cair (Jangan pekat)
Kicap manis dan masin / Kicap lemak manis / Mengikut citarasa, asalkan kicap
Garam gula

1. Goreng kentang sampai masak, ketepikan. Goreng tempe sampai masak, ketepikan. Goreng tauhu sampai masak, ketepikan.
2. Tuangkan minyak cukup2 untuk semua bahan. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili.
3. Bila dah naik bau, slowkan api. Masukkan 2 sudu kicap manis dan 1 sudu kicap masin. Bila kicap mcm dah berbuih2 (around 30 saat), masukkan air asam jawa. Buat api medium high.
4. Then masukkan semua bahan bergoreng. Masukkan pula su'un. Gaul2.
5. Jika kurang manis atau masin, boleh tambah kicap lagi. Kalau rasa kicap dah cukup, tambah garam gula sebagai pelengkap rasa. Kalau belum padat, boleh tambah air asam jawa. Semua bahan ni agak2 secukup rasa ye.
6. Bila dah secukup rasa, siap!

Okay done. Senang je buat dy. Yang malas tu sbb nak kene goreng bahan2 tu dulu. Make sure jangan terkurang air sebab we don't want the sambal goreng to be too dry.


Aww... Tak lawa la tak de tempe. Tak pela, buat nak hilangkan mengidam je. Nanti balik rumah boleh masak selalu. Hee.

Oleh sebab sambal goreng ni kering, aku masak sayur bayam masak belacan tadi yang berkuah sikit.

Resipi dy ade dekat bawah2 ni. Search je sayur. Inshaallah jumpa. Hehe.

Okay selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Sunday, October 24, 2010

Sup Ikan Oats


Hye! Salam semua.

Okay, ni resepi simple je and sedaaappp and also healthy. Di recommend oleh member. Thank you! =)

Korg boleh sustitute ikan ni with ayam jugak taw, terpulang kepada anda atau bahan2 yang available kat dapur korg yang berasap2 tu.

Ingredients:

Ayam (Potong kecik2 semangkuk kecil)/ ikan (2 ketul)
1 bawang merah (chopped)
4 ulas bawang putih (chopped)
1 inci halia (hiris)
Black/white pepper
Garam, gula, perasa
Sayur kegemaran anda yang sesuai (Kentang,carrot,etc)
Oats (Aku guna instant)

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia smpai naik bau.
2. Masukkan air, ikan/ayam. Tunggu sampai ikan/ayam hampir masak, masukkan sayur2. Sayur keras boleh masuk awal, agak2 la ye.
3. Bila dah nak masak, perasakan. Masukkan pepper sesedap rasa.
4. Tuang sup dalam mangkuk, letakkan oats mengikut kegemaran anda. Kalau suka pekat2, letak bnyak. Kalau suka cair2, letak sikit. Kalau guna old fashion oats, boleh masuk sekali dalam periuk. Aku guna yang instant, mudah kembang punya.

Siap!!

Sedap ni kalau makan panas2, then kene pula masa tengah sejuk kan. Memang terus panas satu badan. Lagi2 masa tu aku letak bnyak gak pepper. Uish, hawt hawt. Hehe.

Okay ni benda2 lain yang menarik aku masak last week.


Ni mee goreng penang. Haa... Boleh tak macam tu? Haha. Aku goreng mee ni guna cara kuey teow penang ari tu. Tapi oleh sebab kuey teow aku nak habis sudah, aku substitute guna mee jela. Not bad. Ala2 mee goreng mamak pun ade gak, or mee goreng mamak basah.

Ni bukan roti pita yang kita selalu makan tu taw. Ni roti pita lain. Aku dapat resepi from Jamie Oliver's website. Hurmmm.... No comment, and tak recommend. But curry kat sebelah tu aku recommend. Hehe.

Basically tu jela. Yang lain sume benda2 yang common, orang bujang biasa la kan. Masak tuk diri sendiri je. So asalkan perut kenyang sudah.

Ouh2, siang tadi ade Homecoming Parade. Tak macam last year, this year punya pendek je parade dy. Dah la weather td nice, rugi je.


Ni gambar dengan salah satu kereta berhias Greek house.

Okies, time to sleep. Mengantuknye. Goodnight!!

AmeeraFatin=)

Sunday, October 17, 2010

Ikan+Udang Masak Lemak Cili Padi

Hye! Assalamualaikum!

Okay now macam nak update blog once a week je. Busy sangat pulak taw. Tak tau la next week mcm mane. We'll see.

Ari tu aku macam craving gila nak makan leak cili padi. Macam tak boleh tahan la. So pukul 8 malam aku terus masak. Haa... Amek malam2 makan lomak. Hehe. Senang je resepi dy ni. Ni yang basic punya. Sape2 je boleh try ye. And patutnye tak de la nak campur udang and ikan. Tapi biasa la bujang kan, hentam jela nyah.

Ingredients:

Ikan/Udang/Ayam
4 ulas garlic (blend/chopped)
2 shallot (blend/chopped)
8 cili padi (blend/chopped)
1 tsp Serbuk kunyit
1 Serai (pecahkan bawah dy) *optional
Santan pekat semangkuk kecil
Air (Untuk santan cair, campur sikit santan and air)
Bahan perasa
Garam gula
Kentang (Potong dadu besar2) *optional

1. Tumis bawang putih, bawang merah. Then bila dah naik bau, masukkan cili padi, serai and serbuk kunyit.
2. Masukkan santan cair, ikan/udang/ayam sehingga tenggelam semua benda. Tggu sehingga bahan masak. Boleh masuk kentang sekali kalau hanya gunakan ikan atau udang sebab senang masak.
3. Bila dah masak, masukkan santan pekat secukupnya. Perasakan dengan garam gula dan bahan perasa.
4. Gaul2 supaya santan tak berketul sehingga mesra.

Okay siap! Senang kan? Memang pun senang. Boleh la try kat rumah nanti ye!

Ouh sorry gambar tak berapa nak menyelerakan sebab pinggan terlalu leper. Lepas amik gambar ni terus masuk dalam mangkuk ouh. Haha. Nikmat je makan pakai tangan. Jangan pakai sudu taw, tak jadik. Hehe.

Okay, selamatlah mencuba ye. Nantika resepi2 yang simple tapi sedap dan edible lagi!

AmeeraFatin=)

Saturday, October 9, 2010

Char Kuey Teow


Hye!! Assalamualaikum! Alamak, sorry la sebab lama sangat tak update. Busy sangat lately ni sebab semua subjek pun nak buat midterm exam sekarang kan. Next week aku ade 3 exams and 1 paper due. Huu. Then khamis dah fall break. Whee!!

Okay malam semalam tiba2 rasa nak makan char kuey teow or ade org panggil kuey teow goreng Penang. Mane2 je boleh. So aku pun carik2 la resepi dekat myresipi. And jumpa! Macam best je resepi ni. And after try, memang best pun. Maybe aku buat tak la sesedap kat kedai kan, but then boleh la. Hehe. Aku dapat resepi ni from resepi che'ize at myresepi. Thank che'iza!

Ingredients:

8 ekor udang
Air
4 ulas bawang putih (Cincang)
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
Cube ikan bilis (Aku guna ikan bilis sebenar je. Hehe. Segenggam)
Garam gula

1 sudu cili paste
Sayur kegemaran
1 biji telur
Kuey teow (Dah lembut)

1. Rebus udang dgn air. Pastikan air tu cukup2 je dengan udang.
2. Bila dah siap rebus, asingkan udang dengan air dia. Then, air udang tadi tu, masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, cube ikan bilis. Biarkan sampai mendidih. Boleh tambah garam gula kalau kurang rasa.
3. Bila dah pekat, tutup api. Note: tak de la pekat sangat, agak2 jela ye.
4. Tumis cili paste dalam kuali lain. Bila dah garing, masukkan 5 sudu air rebusan tadi tu. Then masukkan sayur2 keras. Air rebusan yang lebih boleh simpan buat next time.
5. Then boleh la masukkan kuey teow dan udang.
6. Tambah air bagi dy basah2. Then perasakan dengan kicap manis or garam and gula. Up to you guys.
7. Bila dah sebati, masukkan telur. Gaul sampai masak.

Wah! Nampak macam kuey teow biasa pun ade gak. Tapi rasa dy lain sikit la dari yang biasa. Kejap je aku abiskan satu periuk. Haa, amek. Dah la malam masa tu. Haha.

Try la, senang je masak dy ni. Boleh tahan gak rasa dy. Resipi yang bagus ni.

Oleh sebab aku tak update for seminggu, so aku akan masukkan gambar2 food yang aku dah masak. Simple2 je sume.


Apa ni? Entah la. Haha. Ni baked spaghetti. Aku main masuk je pape. Tapi masa nak keluarkan tu sebab tak sabar tunggu sejuk, aku kelurkan panas2. Maybe sebab tu kot dy mcm bercerai berai. Atau pun kurang telur. Tak tau la. Rasa, okay la.


Sushi! Ade carrot, telur dadar and crab fillet je.


Spaghetti. Biasa2 je ni. Cuma aku letak sayur bnyak sikit la. Aku suka sayur banyak2.

Okay dah, tu je. Hari2 yang lain makan maggi je. Biasa la orang bujang kan.

Selamat lah mencuba ye. Wish me luck!!

AmeeraFatin=)

Friday, October 1, 2010

Sardine+Su'un @ Glass Noodle

Hye! Assalamualaikum!!

Sorry sebab lama sangat tak update. Busy sikit la this week. Lepas tu macam malas nak upload gambar. Hehe.

So today I will be sharing this recipe yang ibu selalu gak masak kat rumah. Sedap and simple. Walllaaahh!! Hehe. Aku tak tau la cmne nak eja su'un tu. Hopefully betul la tu ek. Kalau tak betul, tolong betulkan ye. Saya budak baru belajar (budak ke?? hehe)...

Then ade brownies lagi. Yang ni aku buat sikit je. And jadik! Memang jadik fudgey brownies la. Tapi kan, aku rasa brownies yang aku nak tu jenis yang instant tu la, macam sangat2 moist tu. Sebab masa open house kat rumah Kak Zai hari tu, aku buat that instant brownies, haa, tu la tekstur dy. So now, tak payah la aku nak experiment brownies lagi. Beli je senang. Hehe.

Then ade gak flourless cake. Sebab aku ingt flourless cake ke kan yang aku slalu makan mcm brownies tapi moist tu. Tapi sayang nya, tidak sama sekali. Tapi not bad gak la. Cuma banyak rasa telur la. Sedap but kene bagi dy sejuk dulu la.

Okay now nak share recipe sardine and su'un dulu.

Ingredients:

1 tin sardine
Su'un (Glass noodles) (Rendam 30 minutes)

1 atau 2 shallot (potong besar2)
1 garlic (cincang)
2 sudu chili paste
Bahan perasa

1. Tumis bawang2. Then masuk chili paste. Tumis sampai garing.
2. Then masukkan sardine. Masuk sikit air. Then perasa kan.
3. Then masukkan air bagi dy cair sikit. Then masukkan su'un. Kalau kurang air tambah lagi sebab su'un ni serap air sebanyak mane yang dy boleh. Hehe.

Done!


Woops! Still dalam periuk lagi. Hehe. Sorry....


Okay, ni brownies tu. Sikit je aku buat, kejap dah abes.



Okay ni Chocolate Flourless Cake. Oh my... Malunya. Nampak banyak sangat flaw. Frosting tu main hentam je taw. Haha. Siap ade tepung jagung lagi nyah. Jangan main2. Hehe.

Korang kalau dah bosan asyik makan sardine je everyday kan, boleh la twist sikit. Masukkan su'un. I don't know whether u guys will like it or not, but why not just try kan. Kalau tak suka sedekah kat rumah sebelah ke, depan ke, sebelah rumah sebelah ke. Hehe.

Okay dah tak betul, means dah ngantuk ni. Selamat mencuba ye. If you have any q's, u know how to reach me.=)

Goodbye my fellow readers.

AmeeraFatin=)