Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Mee Kari Mamak Pedasss

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Hye!

Tengah buat ape tu? Kita tengah study ni untuk exam agama esok. Kita amek class agama2 kat US ni. So sekarang tengah belajar pasal agam Yahudi. Susah banget sih. Banyak sgt terms yg tak familiar kene hafal. Next week belajar pasal Christian pulak. Lepas tu baru Islam. Cannot wait for that.

Okay, dari hari Khamis last week dah snowing lebat, snow storm. Sampai cancel class 3 hari. Last time was in 2009. Bayangkan la teruk mcm mana. Ni gambar snow.









Kesian patung ninja tu sejukkk. Haha. Anyways sekarang ni dah hari lain. Kita simpan post semalam sebab ada hal yang tak dapat di elakkan. 

Okay kari ni bukan susah sgt nak masak. Akan tetapi, out of everything yang kita boleh masak, kita rasa kari ni agak mencabar jugak la. Kita boleh masak macam2 jenis kari walaupun andungan dia sama je. Tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Mengikut experiment kita yang dah masak kari bnyak kali ni, ini disebab kan oleh quantity kari powder yg tuan2 dan puan2 letak. Lagi bnya, lagi pekat, lagi pedasss. Banyak tu banyak mana? Kalau periuk sederhana tu, dalam 5-7 sudu kari powder. Pastu kari anda pekat gila.

Jadinya, hari tu kita pun masak la kari, letak macam banyak la serbuk kari. End up pekat gila. Lepas tu kita rasa nak makan mee kari. Biasanya kari pekat mcm ni sesuai makan dengan roti canai atau roti jala. Tapi sebab lapa, rasa nak makan mee kari pulak. Hentam jela. Haha. Amekau, pedas. Kat luar tengah snow, kita ni berpeluh2 makan.


Haa siap ada kulit kayu manis lagi. Tak boleh makan taw ulit kayu manis. Tu sebagai hiasan je.

Ingredients:

Bawang merah - cincang
bawang putih - cincang
Sedikit halia - cincang
kulit kayu manis (cinnamon stick)
bunga lawang (star anise)
Curry powder
Meat/chicken/fish/vegetables
Perasa

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dgn star anise. Pastu masukkan bawang dan halia, tumis smpai naik bau. Pastu slow kan api, masukkan serbuk kari. Tumis lebih kurang seminit nak bagi rempah masak.
2. Masukan air, dan apa2 je bahan yang korang nak letak. Masak sampai semuanya masak. Perasakan dengan chicken bouillon atau pape jela yang korg suka.

Siap dah! Tak susah pun. Tapi nak dpt composition yang tepat tu agak susah jugak la. Ni kari mamak tak letak santan. Tp kita letak 3 sudu cucu cair asi lemak sikit sbb nak bagi Rina. Dia tengah pregnant and mengidam roti jala. Dia org Indonesia kat sini hubby buat PhD. Masa puasa haritu aku bawak roti jala pegi masjid, dia suka sgt. 

Okay la tak de apa lg nak cakap. Pening kepala sikit ni sebab tido lambat. Buat apa entah. Harini cuaca muram je tak de sunshine. That's what I don't like about winter. The surrounding itself doesn't seem to be smiling at me. How could I? I need my sunshine. 

Okay la, have fun with whatever that you are doing. Semoga Allah berkati kita semua dalam kerja harian kita. Semoga diberikan yang terbaik. Semoga happy selalu. Kita nak g makan. Tak makan pape dr semalam ni. Habislah kurus nanti. Hehehe.

Ameera Fatin.



Saturday, April 14, 2012

Nasi Beryani Gam Ayam

Assalamualaikum! Halluuu.


Lama jugak tak update. Busy sikit la dah nak habis2 semester ni. Tinggal 1 week of classes, then finals week, then Summer hols!! Chicago and New York are waiting for me. Hehe.


Semalam birthday fira. Happy birthday! So aku pun tanya la fira dya ada nak request makan apa2 tak sebab since tangan dia injured hari tu, banyak benda tak boleh makan. Baru ingat nak buat mee rebus. Tak jadik pulak. So dia request nak nasi beryani. So pagi tadi bangun tido, terus la start masak2. Resepi sama je macam resepi yang kita pernah masukkan dulu. Tapi rasanya nak rewrite balik la sebab sekarang ni macam dah biasa dengan resepi ni, so mungkin lebih teratur. Harapnya begitu.


Ingredients:


p/s: Masak ayam dulu sebab kuah ayam tu nanti nak guna untuk masak nasi beryani.


A) Ayam


1 ekor ayam di potong ikut kegemaran (Tadi kita potong 8) 


1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
2 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/2 bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - Hiris halus
4 sudu kecil serbuk beryani
Air secukupnya


2 biji kentang di potong dadu
segenggam almond/gajus (kita tak guna pun tadi)
3 sudu besar yogurt perasa original/sour cream/susu+jus lemon
Perasa


1. Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan ketumbar jintan. Tumis sekejap, dalam 1 minit.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dah dihiris halus tadi. Tumis sampai bawang dah lembut atau caramelized. 
3. Kecilkan api, masukkan serbuk beryani. Tumis untuk 30 saat, kemudian masukkan ayam. Naikkan suhu ke medium heat, kemudian gaul ayam dengan bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan air sehingga semua ayam terendam.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biar je periuk terbuka, sebab kita nak air rebusan ayam untuk menjadi lebih pekat. Bila ayam dah hampir masak, masukkan kentang dan almond/gajus jika gunakan.
6. Bila ayam dah masak, masukkan yogurt. Kacau sebati, kemudian tutup api.


B) Nasi


3 cup beras basmathi yang dah di bersihkan dan direndam dalam air selama 30 minit



1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/4 bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - Hiris halus
1 sudu kecil serbuk beryani


1. Dalam periuk nasi, sama ada di atas dapur atau di dalam rice cooker, ulang langkah 1-3 diatas. Kecuali bahagian yang masukkan ayam tu, masukkan beras yang telah di rendam tadi. Beras sahaja okay.
2. Gaul beras dengan bahan tumisan sehingga rata. Kemudian, ambil 3.5 cup air dari ayam beryani tadi, masukkan dalam periuk nasi.
3. Kemudian boleh la masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker. Kalau nak guna dapur, masak nasi dengan api perlahan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, keluarkan 3/4 dari nasi tadi ke dalam bekas. Ambil beberapa ketul ayam, susun diatas nasi yang tinggal. Kemudian tutup ayam dengan nasi yang dah di keluarkan. Ulang langkah sampai la semua ayam dah di susun. Sudahkan lapisan ayam dan nasi dengan nasi di atas. Sekiranya periuk nasi anda tak muat, guna periuk lain. 
5. Sekiranya menggunakan periuk nasi, masukkan semula ke rice cooker dan biarkan keep warm selama 30 minit. Alaskan tuala bersih di atas periuk nasi sebelum tutupkannya dengan penutup periuk nasi. Sekiranya menggunakan dapur, gunakan api paling perlahan. Tutup periuk gunakan tuala bersih sebelum menutupnya dengan penutup periuk. Tujuannya, kita tak nak wap rempah keluar dari periuk. Biarkan selama 20-30 minit.


Lapisan ke empat.

Lapisan terakhir.






Tadaa! Nasi beryani ni memang di recommend! Masa untuk memasak adalah 2 jam. 


Kat sini na storm malam ni, mendung je ni. Memang sedap kalau nak makan tido makan tido ni. Hehe. Ameera Fatin kejenya memang makan tido je. 


Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)


Saturday, March 10, 2012

Crispy Fried Chicken

Hye! Assalamualaikum w.b.t.


What is the secret for a crispy fried chicken? Beli je dari KFC? Atau beli je tepung instant dia then masak kat rumah? No no no. Neither. The secret is this recipe. Hehe. Bukan resepi kita. Resepi dari Allrecipes. Instead of letak buttermilk, aku letak sour cream sebab malasa nak beli buttermilk. Masa tu dah seharian tak makan pape selain roti. So tak nak spend more time going to Walmart just for buttermilk. Kalau korang nak try substitute dengan yogurt pun boleh okay. Senang je buat dia. And ayam goreng tu memang crispy. Recommended!


Ingredients:


Ayam
Buttermilk/sour cream/Boleh try yogurt
Tepung gandum
Garam
Pepper
Paprika (I used chili powder instead)


1. Bersihkan ayam. Salut ayam dengan buttermilk/sour cream/yogurt.
2. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan lain tu. Kuantiti agak2 dengan kuantiti ayam. Garam tu agak2 taw, jangan sampai termasin, dan jangan sampai tak masin langsung.
3. Salut ayam tadi dengan tepung rata-rata, then letak atas bekas lain. Tutup bekas guna plasti wrap atau apa2 la.
4. Bila tepung tu dah jadi macam melekit2 atau pasty texture, baru boleh goreng. This point is very important. 
5. Panaskan minyak, then goreng sampai masak.




Those pieces were finished within 5 minutes. Very pelahap. Haha. Bukan la, sebab kecik sangat ayam ni. Pak arab ni jual anak ayam agaknya. Apa2 pun, memang sedap. Tapi jangan makan banyak sangat, deep fried food are very unhealthy. 

By the way, semalam ada field trip to Berexco oil rig dekat Hays, Kansas. Very fun and tiring day. Out of 43 students yang pergi, ade 5 orang je ladies. Sorang je freshman perempuan. Mana semua perempuan? Tak nak jadi engineer? Ke kansas ni kampung sangat? Hehe.

The engineers to be. Except Professor Willhite of course.

Semalam I made a statement about being matured and dewasa. Then my friend asked me matured tu macam mana. Then she wanted me to explain it here on my blog.  So I want to explain a bit. Once, a very good friend of mine told me that I am matured, yet belum dewasa lagi. Sebab I can easily get pissed off by stupid things. So I guess a person has grown up when he/she can differentiate which action is worth to be done and which one that is not worth it. Where as being matured is when you can differentiate between good and bad things. There might be other definitions of these terms because those are subjective, there is no right and wrong. 

And tau tak, now I know the answer to the ultimate question. The answer to life, the Universe and everything is 42. Haha. This is such a stupid statement, I know. It's from a movie. Google it if you want to know. It was so funny. 

Okay la, my next recipe will be Kiwi Cake, baru je bake tadi dengan hafizah. Bubbye!

AmeeraFatin=)

Tuesday, January 24, 2012

Ayam Masak Merah Bujang

Assalamualaikum. Hye!


Okay lama gila tak update even though tak la busy sangat. Hehe. Just malas je nak menulis. Lately ni macam tak bnyak idea nak menulis. Tak de inspirasi. Siapa nak jadi inspirasi saya? Hehe. 


Okay so ayam masak merah simple ni memang simple je. Main masuk je pape jela yang mcm berkenaa, Dulu ibu ada ajar tapi dah lupa. So masak jela. Tapi not bad jugak. Hari tu makan dengan nasi tomato versi Hafizah memang sedap. Tapi masa tu masak telur masak merah, ganti ayam. Nasi tomato Hafizah pun lain dr yang lain. Tak de tumis2 rempah taw. Sedap2.


Ingredients:


>Ayam semangkuk sederhana di potong kecil
>Serbuk kunyit
>4 sekawan -1 batang kulit kayu manis (cinnamon), 1 bunga lawang (star anise), 1 buah pelaga (cardamom), cengkih. P/s: Aku tak masukkan cengkih sebab ibu cakap cengkih tu kalau nak masak apa je ntah la lupa. 
>Jintan dan ketumbar 3-4 cubit (Apa2 jintan pun boleh) (Cumin and coriander seeds)
>2 sudu kecil serbuk cili (Kalau guna cili boh/cili paste, masukkan agak2 dengan kuantiti ayam)
>3-4 garlic - Hiris halus
>2 shallot (Kalau guna bawang merah yang besar tu, guna 1/3) - Hiris halus
>1cm tebal halia - Hiris halus
>1.5 sudu sos tomato/ketchup




1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sampai hampir masak. Jangan sampai kering taw. Nanti tak sedap sebab tak lembap.
2. Dalam kuali atau periuk sederhana, panaskan minyak. Dengan api sederhana, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan dan ketumbar. Dalam 30 saat tumis, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Boleh la kalau nak buat api sederhana-besar.
3. Bila bawang dah layu dan naik bau (bau dia memang sedap), perlahankan api dan kemudian masukkan serbuk cili. Tumis sampai serbuk cili garing (about 30 saat ke 1 minit). Kemudian masukkan sedikit air.
4. Tumis lagi sampai la pecah minyak. Agak2 dalam 10 minit ke 15 minit dengan api sederhana.
5. Bila minyak dah pecah, masukkan sos tomato. Kalau rasa tak cukup, masukkan sikit lagi. Masukkan garam gula.
6. Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika dalam api sederhana-perlahan supaya bahan2 semuanya mesra.




Oh aku letak tomato. Sebab masa tu ada tomato, so letak jela. 





Tu nasi tomato Hafizah. Combination ni memang sangat di recommend okay.


Okay la, selamat mencuba! Nak makan brownies. Baru je keluar oven. Hehe.


AmeeraFatin=)

Friday, October 14, 2011

Kari Ayam @ Chicken Curry

Hye! Assalamualaikum.


Sekian lama tak update blog, akhirnya update juga hari ni. Sambil tengah late lunch tom yam ramen. Huhu. 


Hari tu masa pergi melawat anak Ainul, aku ada mintak resepi kari from her mom, pure Penang gitu. Sebab masa tu Aunty masak kari taw. And sedap. Rasa macam kari yang kita makan nasi kandar tu. Haa. Apa lagi, try la buat last week, and jadik! Yey! Tapi kurang sama la. Mungkin air tgn. Atau mungkin aku masak tak pandai. Hehe.


Ingredients:


5-6 ketul ayam


2 shallot*
3 ulas garlic*
1cm thick halia (ginger)*


*blend bahan2 bertanda star.


4 sekawan - 1 bunga lawang, 1 batang kayu manis, sedikit jintan, sedikit ketumbar. (star anise, cinnamon stick, cumin, coriander)
5 sudu penuh (penuh smpai membukit)
2 sudu santan
2 biji kentang potong dadu (optional)
Garam, gula, perasa.


1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan. Hati-hati, nanti jintan terpercik2 keluar.
2. Masukkan bahan2 yang dah blend, tumis sampai naik bau.
3. Perlahankan api, masukkan serbuk kari. Tumis sampai masak. Dalam 2-3 minit.
4. Masukkan ayam dan air sehingga tutup semua ayam. Buat api medium high.
5. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kentang. 
6. Bila dah masak, masukkan santan, dan perasakan.



Tu dia. Kalau korang nak lg pekat, boleh tambah kari lagi la ye. Hehe.


Okay la, selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

Sunday, October 2, 2011

Chicken Bok Choi Soup

Assalamualaikum!


Hari tu masa tengah sejuk, tiba2 rasa nak makan sup taw. Pastu before tu, ade beli bok choi yang besar tu. Yang batang dy putih banyak tu. So ingat nak buat sup ayam, letak sikit bok choi. Baru la macam balance kan. Tapi bila dah jadik, rasa dy mcm sedap taw. Rasa sup ayam plus sup sayur. Haha. Aku suka sebab aku suka sayur. 


Ingredients:


Ayam potong kecik2 - 1 mangkuk kecil/ sederhana.
2-3 clove garlic - hiris
1 shallot - hiris
Sedikit halia - about 0.5-1 cm thicknessc - hiris halus2
Bok Choi besar 2 batang - potong kecik2
1 kentang - potong dadu kecik2
Sup bunjut (kalau tak de pun tak pe)
Salt and pepper


1. Rebus ayam dan separuh dari hali tu. Masukkan sup bunjut.
2. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang selebihnya sampai warna keemasan. Tak perlu guna minyak yang banyak.
3. Bila ayam dah separuh masak, tuang bawang goreng tu dengan minyak skali ke dalam periuk sup. Masukkan semua sayur dan bahan perasa.
4. Bila dah masak, boleh perasakan lagi dan tutup api.





Gambar yang second tu aku makan dengan bihun. Pun sedap jugak. Tapi kalau ada sambal kicap mesti lagi sedap kan? Haa... Tak de cili padi kat rumah. =(


Tak pela, pape pun, makan macam tu lagi sedap. Sebab korang boleh rasa sayur dan ayam dalam sup ni. Pastu kalau letak sup bunjut, lagi rich la rasa dy. Saya suka, saya suka. Hehe.


Okay, selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

Saturday, September 17, 2011

Ungkep (Makanan Jawa)

Hye! Assalamualaikum!


Masakan ni which is Ungkep, adalah salah satu makanan kegamaran aku. Boleh jadi top 10 jugak lah dalam list. Hehe. Ni makanan jawa. Each time aku cakap pasal ungkep, people will ask me, what it is. And aku akan jawab, hurmmm dy macam rendang tapi tak de kerisik and santan. Siang tadi aku try masak, and jadik! Yey! I'm so happy. Tapi rasa dy tak la sesedap ibu masak kat rumah. Ibu is the best, for sure. So now, I'm presenting to you, my dish. =)


Ingredients:


Semangkuk daging di hiris nipis/ 3 ketul ayam


Jintan dan ketumbar sesudu teh
Sedikit white pepper


*3 clove garlic (hiris)
*2 shallot (hiris)
*Halia sebesar ibu jari
*1 batang serai (hiris nipis)
*Sedikit kunyit (Kalau guna kunyit serbuk, sesudu kecil)
*Sesudu kecil serbuk kari
*Sedikit lengkuas (Aku tak guna sebab tak de)


1 asam keping saiz kecil
Garam dan gula


1. Blend semua bahan bertanda * sampai menjadi puree.
2. Panaskan minyak, tumis ketumbar jintan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Masukkan asam keping dan white pepper.
3. Masukkan daging/ayam, tutup periuk supaya cepat masak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Perasakan dengan garan dan gula.





Oh tiba2 ade sebatang serai didalam mangkuk. Haha. Saje je letak serai yang lebih tu sebagai hiasan. And gambar2 ni guna different white balance (sejenis setting camera), so ada yang nampak kuning, ada yang nampak putih. 


Aku punya ungkep ni berkuah sikit sebab i like it that way. Tapi kalau korang nak buat kering sikit, pun boleh. Terpulang kepada kegemaran masing2 okay.  Sedap dimakan bersama nasi putih yang panasss.


Senang je kan buat dy? I love it! Selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

Sunday, September 11, 2011

Bihun Goreng Bujang

Assalamualaikum! Hye semua!

Lama tu nak fikir nama mee goreng ni. Nak cakap mee goreng kicap pun boleh la. Up to you guys la. Hehe. Masa tu aku rasa nak makan "a real food". Which means bukan roti, bukan pizza, bukan kek, bukan maggi. So benda paling senang ialah bihun goreng. Tapi asyik buat bihun goreng yang sama je. So aku tukar la sikit2 resepi. Malas nak tumis cili, so aku tak tumis. Hehe. 

Ingredients:

Semangkuk bihun yang dah lembut
2 clove garlic - chopped
Kicap
Sos tiram
Sos Sriracha (Guna la sos pape yang korang ade dan gemari okay!)
Pepper
Carrot atau apa2 sayur - potong kecil2
Ayam/udang
Perasa
Dark soy sauce (optional)

1. Tumis garlic sampai naik bau. Then kecikkan api, letak sesudu kicap, sedikit sos tiram, sos sriracha secukup rasa, dan dark soy sauce jika gunakan.
2. Bila dah mcm berbuih, masukkan carrot dan ayam. Masukkan sikit air.
3. Bila carrot dah hampir lebut dan ayam dah masak, masukkan pepper dan perasa. Kemudian masukkan bihun.
4. Gaul sampai rata. Siap!

Senang kan? Kejap je masak dy.


Oops! Letak dalam container terus lah. Tak present dalam pinggan pun. Sorry. Sebab masak banyak taw, so nak terus simpan la. Hehe.

Senang je kalau untuk orang2 yang busy, atau tengah tak de mood nak masak, sesuai ni. 

Selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Friday, May 20, 2011

Ravioli w/ Cream Gravy

Hye!! Assalamualaikum!

Okay dah nak dekat 2 minggu tak update ape2. Sebab aku busy nak exam. Pagi tadi baru habis paper terakhir. Fuh! Lega. Tapi apakan daya, terpaksa menyusul ke kerja seterusnya iaitu mengemas bilik. Sebab summer ni masa aku balik Malaysia, barang tak boleh letak sini. Tak sangka betul bilik aku yang agak kosong ni rupa-rupanya mengandungi barang yang sangat banyak ye. Penat tu kemas. Tak siap lg. Sambung esok jela.

Okay, sekarang aku suka tengok Hell's Kitchen taw. Ala yang Chef Gordon Ramsay jerit2 kat orang tu. Tak kesah la. Tapi salah satu menu kat Hell's Kitchen ialah ravioli. Ape ravioli? Dia macam karipap kecik, kulit dia diperbuat daripada pasta, dan isi dalam dia boleh jadi cheese, boleh jadi daging, boleh jadi apa2 sahaja yang anda ingin kan. Then dia di makan dengan kuah, and selalunya orang makan dengan macam spaghetti sauce tu. Tapi oleh sebab aku dah nak balik, tak daya nak beli spaghetti sause yang selalunya dijual dengan kuantiti yang banyak tu. So aku pun decide nak buat cream gravy macam dalam resepi pasta Primavera aku dulu. Sama je, cuma aku tak letak carrot, cili and cube ayam. Aku gantikan dengan ayam sebenar. Korang masukkan je dalam cream tu, then tunggu sampai ayam masak. Kalau dia dah memekat sangat, tambah susu lagi.

So ni la hasilnye.


Okay sekarang berbalik ke raviolinya. Macam mane aku buat ravioli tu? Senang je, beli yang frozen punya kat Walmart. Haha. Sorry la aku tak reti lagi nak buat pasta sendiri. Nanti la bila aku dah belajar buat pasta sendiri, Inshaallah aku buat sendiri okay. Aku tak tau kalau kat Malaysi kat mana boleh dapat ready made ravioli. Aku rasa korang boleh try cari dekat tempat yang korang senang nak dapat western food punya barang. Kat mana tu? Saya pun tidak tahu sebab dulu masa kat Malaysia, aku ni tukang makan je. Hehe.

Okay la, kalau korang berminat, try la ye. Nak tidur dah. Goodnight!

AmeeraFatin=)

Thursday, May 5, 2011

Sup Ayam with Pasta

Hye! Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog. Sorry sangat2. Sebab sekarang aku dah nak abes semester ni. Lagi 2 minggu nak final dah. And mcm biasa, biala nak dekat final tu, macam2 keje cikgu bagi. So kene fokus la kat situ. Masak pun yang simple2 je. Huhu.

So last week aku masak sup ayam sebab nak habiskan ayam kat dalam fridge tu, sebab after final nnti aku balik Malaysia! Woohoo!! Akhirnya after 2 tahun. But balik untuk cuti Summer je. Aku ade lg 2 tahun of school. Lamanya....

So sup ayam ni macam sup kambing je, sama je. Except masa memasak dy tak selama tu. Ayam lagi cepat masak la kan dari kambing.

Ingredients: 1 periuk sederhana sup ayam.

1 mangkuk pasta yg dah boiled sampai lembut.

1cm halia - hiris halus
4 ulas garlic - cincang
1 bawang putih (shallot) - hiris halus
*Aku guna bawang besar tu dalam 1/5 mcm tu.
1 sup bunjut (ke bunjut sup ek?)
2 biji kentang - potong cube besar
Salt and pepper

Suku ayam yang dipotong mengikut citarasa masing2
2cm halia - hiris halus

1. Rebus 2cm halia yg dah hiris halus dan ayam sampai ayam hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Masukkan sup bunjut dan kentang.
3. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Lepas tu tuang semua sekali dalam periuk sup daging tu.
4. Bila kentang dan ayam dah masak, tutup api. Boleh makan dengan pasta yang dah lembut tu.

Okay senang je buat dy as long as korang ada bahan2. Kalau tak de sup bunjut pun takpe, korang guna bawang and halia je pun okay. And kalau letak perasa ayam (cube ayam) sikit pun okay. But rasa dy kurang uumpphh la.

Aku pakai pasta garden Rotini. Suka try pasta yang berbeza2 ni. Korang pun should try taw.

Then 2 hari lepas aku tiba2 gatal tangan nak bake taw. Since ada jagung dalam fridge tu, aku buat la bingka jagung, guna resepi ibu bagi. Tapi aku terletak banyak plak air jagung tu. So bingka tu terkeluar sikit from pan. Tapi pape pun, rasa dy tetap best.

Tak sampai 2 hari dah habis ni. Haa... Sedap la tu kan. Hehe.

Then sebab dah macam selalu sangat makan maggi and pasta, aku rasa macam dah muak dah. Semalam aku baru teringat yang aku still ade fich cake kat dalam freezer. Then aku buat la sandwich. And guess what, kali ni aku recommend plak resepi fish cake Jamie Oliver tu. Haha. Sedap la plak weyh. Resepi boleh dapat kat sini.


Yes aku letak Parmesan and Mozzarella sikit. Hehe. Sedap2. Korang should try kalau macam tiba2 nak try benda baru ke kan. And tadi aku lunch sandwich lagi but kali ni pakai beef patty beli kat kedai Pak Arab. Letak cheese gak. Sedap la. Biasala kan, makanan yang menggemukkan memang selalu sedap. Hehe.

Hari tu ada kawan minta izin nak guna gambar aku for his project and dy chose resepi baked pasta tu. And aku nak letak la kat sini. It was so nice. Thank you Aizat!


Okay la, nak kembali melakukan kerja saya. And untuk these couple of weeks, aku maybe tak update sangat, nak focus on life dulu okay. Then bila dah balik rumah, I'll try to update more frequently okay. Thanks kepada mereka yang setia melawat blog saya yang tak seberapa ni. Thank you.=)

AmeeraFatin=)

Wednesday, February 2, 2011

Mee Ayam (Jamur)

Salam. Hye!

Ape mee ayam (jamur)? Haha. Jamur adalah cendawan dalam bahasa Indonesia. Ni la mee Indonesia yang aku cakap tu. Betul kan jamur=cendawan=mushroom? Hope Google translate was right.

Satu hari aku pun melihat2 album makanan Uncle Firman. Tiba2 ternampak satu gambar makanan yang sangat menarik perhatian dan nafsu makan. Itulah dy, mee ayam. Then aku mintak la Uncle Firman resepi dy. And Uncle Firman bagi link Bankresep. And dalam blog tu, ade few resepi, aku pilih2 je. Aku tak guna mee yang sepatutnya, dah aku tak de kulit dim sum tu. Dan apa yang paling penting, aku tak pernah makan mee ni. So masa buat tu hentam je. Tapi hasilnye, jadik! (Pada firasat aku lah). Sebab semuanya sedap je. Especially ayam tu. Sedap banget sih. Dah la senang je nak buat. Okay, gambar yang tempting tu adalah seperti berikut,


Dan gamabr mee ayam aku plak adalah seperti berikut,


Haha! Amacam? Nak dekat sama tak? Haha. Apakah perbezaan ketara antara kedua2 gambar diatas? Jawapnnya adalah mangkuk saya penuh dengan sayur sawi. Haha. Sebab masa tu terlebih rebus. Makan jela.

Aku takut nak masukkan resepi, takut salah. Tapi aku masukkan jela resepi yang aku guna. Dari banyak2 resepi kat dalam blog Bankresep tu, aku campur adukkan resepi tu sume. Maaf ye.

Ingredients:

1 mangkuk sederhana spaghetti yang dah lembut
Sawi yang dah dicelur (dah direbus sampai masak)
Daun bawang yang dah dihiris

SUP
1 mangkuk kecil ayam yang dah di potong kecil
1 cube perasa ayam
3 ulas garlic
1cm halia
Black pepper
Garam

AYAM
1 mankuk sederhana ayam dada yang dipotong kecil
Kicap masin
Kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung (Corn starch)
4 ulas garlic
1cm halia
Garam, gula, perasa

SUP:
1. Rebus ayam sampai masak. Masukkan cube ayam, garam dan pepper secukup rasa.
2. Dalam pan kecil, tumis garlic dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Kemudian tuang kedalam sup ayam. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

AYAM:
1. Marinade ayam dengan kicap manis, kicap masin dan tepung jagung. Biarkan 10 minit.
2. Lepas 10 minit atau lebih, panaskan minyak. Tumis garlic dan halia sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam yang dah marinade tadi. Biarkan sampai ayam masak.
4. Jika ayam terlalu kering, masukkan sup ayam tadi sikit.
5. Perasakan dgn garam, gula dan black pepper jika ingin sedikit pedas. Atau tambah sedikit kicap.

Cara makan:

Masukkan mee dalam mangkuk. Tuangkan sup ayam. Letak ayam kicap dan sayur sawi ditepi. Taburkan dengan daun bawang. Masa nak makan, elok jugak digaulkan ayam kicap dan mee sekali. Ikut kegemaran anda.

Close up sket. Tu lah dy. Senang je buat dy. Kejap je aku masak. Senang dan sedap. Aku paling rekemen ayam kicap tu. Memang simple dan sangat sedap. Rasa dy ala2 sate ayam Indonesia. Korang boleh je buat and makan dengan nasik.

Siang tadi dari pagi2 sampai malam ade blizzard kat sini. Teruk sangat. Ni la gambar yang aku ambil from bilik.




Gambar atas tu masa pagi. Bawah tu masa petang2. Makin teruk. Tapi sekarang dah pukul 3.30am, dah stop dah. Nasib baik class semalam and hari ni cancel. Fuh!

And nak cakap pasal Egypt tu. Adik aku ada kat sana. Tapi nasib baik kerajaan dah hantar bantuan keselamatan ke sana. Memang banyak orang complaint sebab lambat. Tapi yeah, they know the best. Aku pun tak de la tau sangat, tapi tau la sikit2 after dah masuk class International Relations (Politics) last year. Nak masuk boundary negara lain, is not that easy. Banyak procedure yang perlu dilakukan. Sebab setiap negara ada sovereignty. Lebih kurang macam tercemar pulak kalau orang tiba2 masuk. Contohnya macam orang tiba2 masuk rumah kita, nak tumpang satu malam sebab kat rumah dy mak and ayah dy tengah gaduh. Atau isteri first tengah gaduh dgn istri number 2 mungkin? Hehe. Apa2 pun, semuanya hampir settle, hope tak de sebarang problem.

Okay, mahu tidur dulu. Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Monday, November 15, 2010

Nasi Goreng Kicap @ Soy Sauce Fried Rice


Salam and Hi!

Semalam aku nak masak nasik goreng. But rasa macam bosan je asyik yang sama je even aku suka. Tak de la bosan, just nak try yang lain plak. So teringat la pasal nasik goreng kicap ni. Senang gila dan sedap di makan hingga menjilat pinggan.

Ingredients: (1 org)

1 medium bowl of rice
2 clove garlic (chopped/blend)
3 cili padi (chopped/ blend)
1 shallot (chopped/blend)
1 Telur
Kicap
Ayam/udang/daging (optional)
Sayur (optional)

1. Tumis bawang putih, merah and cili padi. Masukkan ayam. Goreng sampai separuh masak.
2. Masukkan telur. Scramble the egg and tunggu sampai masak. Masukkan garam and perasa jika mahu.
3. Buat api slow, masukkan kicap. Tumis sebentar for about 30-60 seconds.
4. Masukkan nasi dan sayur kegemaran. Buat api medium high.

Okiesss... Siap. Senang gila kan? 15 minit je dah siap. Pastu boleh makan dengan gembira. Hehe.

Okay la, ade keje nak kene buat. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Thursday, November 11, 2010

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Ayam Paprik

Hye! Assalamualaikum.

Entry ni just nak tunjuk je aku masak nasik lemak last week. And also ayam paprik. Kalau korang nak resepi dy, boleh carik kat entry yang lepas2 ye.

Ayam paprik tu masak masa jemput aunty Aizan datang ruma. Aunty Aizan nak pindah dah. So kitorg buat makan2 la. Alaa... mMesti sunyi nanti bila Aunty dah tak de. Tak de tempat dah nak melepak2. Sob sob...





Hope Aunty Aizan and Uncle Firman and Ridwan selamat sampai and happy tinggal kat sana. Hope to see you again! =)

AmeeraFatin=)

Sunday, October 24, 2010

Sup Ikan Oats


Hye! Salam semua.

Okay, ni resepi simple je and sedaaappp and also healthy. Di recommend oleh member. Thank you! =)

Korg boleh sustitute ikan ni with ayam jugak taw, terpulang kepada anda atau bahan2 yang available kat dapur korg yang berasap2 tu.

Ingredients:

Ayam (Potong kecik2 semangkuk kecil)/ ikan (2 ketul)
1 bawang merah (chopped)
4 ulas bawang putih (chopped)
1 inci halia (hiris)
Black/white pepper
Garam, gula, perasa
Sayur kegemaran anda yang sesuai (Kentang,carrot,etc)
Oats (Aku guna instant)

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia smpai naik bau.
2. Masukkan air, ikan/ayam. Tunggu sampai ikan/ayam hampir masak, masukkan sayur2. Sayur keras boleh masuk awal, agak2 la ye.
3. Bila dah nak masak, perasakan. Masukkan pepper sesedap rasa.
4. Tuang sup dalam mangkuk, letakkan oats mengikut kegemaran anda. Kalau suka pekat2, letak bnyak. Kalau suka cair2, letak sikit. Kalau guna old fashion oats, boleh masuk sekali dalam periuk. Aku guna yang instant, mudah kembang punya.

Siap!!

Sedap ni kalau makan panas2, then kene pula masa tengah sejuk kan. Memang terus panas satu badan. Lagi2 masa tu aku letak bnyak gak pepper. Uish, hawt hawt. Hehe.

Okay ni benda2 lain yang menarik aku masak last week.


Ni mee goreng penang. Haa... Boleh tak macam tu? Haha. Aku goreng mee ni guna cara kuey teow penang ari tu. Tapi oleh sebab kuey teow aku nak habis sudah, aku substitute guna mee jela. Not bad. Ala2 mee goreng mamak pun ade gak, or mee goreng mamak basah.

Ni bukan roti pita yang kita selalu makan tu taw. Ni roti pita lain. Aku dapat resepi from Jamie Oliver's website. Hurmmm.... No comment, and tak recommend. But curry kat sebelah tu aku recommend. Hehe.

Basically tu jela. Yang lain sume benda2 yang common, orang bujang biasa la kan. Masak tuk diri sendiri je. So asalkan perut kenyang sudah.

Ouh2, siang tadi ade Homecoming Parade. Tak macam last year, this year punya pendek je parade dy. Dah la weather td nice, rugi je.


Ni gambar dengan salah satu kereta berhias Greek house.

Okies, time to sleep. Mengantuknye. Goodnight!!

AmeeraFatin=)