Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Mee Kari Mamak Pedasss

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Hye!

Tengah buat ape tu? Kita tengah study ni untuk exam agama esok. Kita amek class agama2 kat US ni. So sekarang tengah belajar pasal agam Yahudi. Susah banget sih. Banyak sgt terms yg tak familiar kene hafal. Next week belajar pasal Christian pulak. Lepas tu baru Islam. Cannot wait for that.

Okay, dari hari Khamis last week dah snowing lebat, snow storm. Sampai cancel class 3 hari. Last time was in 2009. Bayangkan la teruk mcm mana. Ni gambar snow.









Kesian patung ninja tu sejukkk. Haha. Anyways sekarang ni dah hari lain. Kita simpan post semalam sebab ada hal yang tak dapat di elakkan. 

Okay kari ni bukan susah sgt nak masak. Akan tetapi, out of everything yang kita boleh masak, kita rasa kari ni agak mencabar jugak la. Kita boleh masak macam2 jenis kari walaupun andungan dia sama je. Tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Mengikut experiment kita yang dah masak kari bnyak kali ni, ini disebab kan oleh quantity kari powder yg tuan2 dan puan2 letak. Lagi bnya, lagi pekat, lagi pedasss. Banyak tu banyak mana? Kalau periuk sederhana tu, dalam 5-7 sudu kari powder. Pastu kari anda pekat gila.

Jadinya, hari tu kita pun masak la kari, letak macam banyak la serbuk kari. End up pekat gila. Lepas tu kita rasa nak makan mee kari. Biasanya kari pekat mcm ni sesuai makan dengan roti canai atau roti jala. Tapi sebab lapa, rasa nak makan mee kari pulak. Hentam jela. Haha. Amekau, pedas. Kat luar tengah snow, kita ni berpeluh2 makan.


Haa siap ada kulit kayu manis lagi. Tak boleh makan taw ulit kayu manis. Tu sebagai hiasan je.

Ingredients:

Bawang merah - cincang
bawang putih - cincang
Sedikit halia - cincang
kulit kayu manis (cinnamon stick)
bunga lawang (star anise)
Curry powder
Meat/chicken/fish/vegetables
Perasa

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dgn star anise. Pastu masukkan bawang dan halia, tumis smpai naik bau. Pastu slow kan api, masukkan serbuk kari. Tumis lebih kurang seminit nak bagi rempah masak.
2. Masukan air, dan apa2 je bahan yang korang nak letak. Masak sampai semuanya masak. Perasakan dengan chicken bouillon atau pape jela yang korg suka.

Siap dah! Tak susah pun. Tapi nak dpt composition yang tepat tu agak susah jugak la. Ni kari mamak tak letak santan. Tp kita letak 3 sudu cucu cair asi lemak sikit sbb nak bagi Rina. Dia tengah pregnant and mengidam roti jala. Dia org Indonesia kat sini hubby buat PhD. Masa puasa haritu aku bawak roti jala pegi masjid, dia suka sgt. 

Okay la tak de apa lg nak cakap. Pening kepala sikit ni sebab tido lambat. Buat apa entah. Harini cuaca muram je tak de sunshine. That's what I don't like about winter. The surrounding itself doesn't seem to be smiling at me. How could I? I need my sunshine. 

Okay la, have fun with whatever that you are doing. Semoga Allah berkati kita semua dalam kerja harian kita. Semoga diberikan yang terbaik. Semoga happy selalu. Kita nak g makan. Tak makan pape dr semalam ni. Habislah kurus nanti. Hehehe.

Ameera Fatin.



Monday, January 28, 2013

Spaghetti Sauce Easy Peasy

Assalamualaikum. Hye.

Senang je spaghetti sauce ni. I make it all the time. Boleh buat banyak2, then simpan dalam fridge up until a week. Dan sihat dan boleh control rasa mengikut cita rasa masing2. Entry ni will be written in English. 

Ingredients:

2 cans of diced tomatoes (preferably the one without any additional taste. But last time I used the grilled tomato diced, the taste was not bad.)
1 small can of tomato puree or tomato sauce (not ketchup)
1 small can of tuna/a handful of ground beef/what ever meat that you like
2 cloves of garlid - chopped
1 shallot - chopped
Olive oil/cooking oil
Salt and pepper

1. Heat the pan up. Pour some oil just enough for the shallot and garlic. When the oil is hot enough, stir in the shallot and the garlic until fragrance.
2. Put in your meat. Stir until it is half cooked. If tuna is used, just stir for a few seconds since it is usually has been cooked.
3. Put in everything else. Adjust the taste. Leave the sauce for 1 hour with under medium to low heat.


Can be eaten with any kind of pastas. In the picture above, I put the diced tomatoes together with a handful of basil in the blender and blend until they incorporate. Love basil. But it's winter now, no farmers market and no cheap basil. *sigh*

Nothing much to say. I just hope all is well for everyone. Enjoy this song from the Radiohead, All I Need.


I'm the next actWaiting in the wingsI'm an animalTrapped in your hot car
I am all the daysThat you choose to ignore
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
I am a mothWho just wants to share your lightI'm just an insectTrying to get out of the night
I only stick with youBecause there are no others
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
It's all wrong, it's all right It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right

 It' all, It's all.


Wednesday, July 11, 2012

Tuna Pasta Bujang

Assalamualaikum! Hye!


Lamanya tak update. Sekarang ni macam bangun tido je dah tak tau nak masak apa taw. Pastu buat la experiment. Hari tu bake Carrot cake tapi tak ada resepi, buat resepi sendiri. Boleh tahan la. Pastu ni kita reka resepi pasta sendiri jugak. Sebab dah lama tak makan pasta, pastu pasta sauce pun tak de, tomatoman pun tak de kalau nak buat spaghetti sauce sendiri. Kesiannya orang bujang kan, selalu short dengan bahan2. Hehe. Lepas tu, hentam jela guna tomato ketchup. Pastu jadik! Sedap banget sih. 


Ingredients: (1 person)


1 mangkuk besar spaghetti yang dah lembut.
2 clove garlic - cincang
1/4 onion - cincang
1/2 sudu chili powder
4-6 sudu tomato ketchup/ tomato sos
1 tin kecil tuna flakes@ 1/2 cup tuna flakes
Basil pesto (Kalau tak de ni, tak payah pun tak apa. Kalau ada basil, tumbuk je sampai lumat then masukkan)
Perasa


1. Tumis bawang putih dan merah dalam minyak panas. Bila dah garing, masukkan serbuk cili, pastikan api low masa tumis serbuk cili. Nanti rempah hangus, rasa pahit.
2. Bila serbuk cili dah masak, about 3 minutes, masukkan ketchup, tuna flakes, basil pesto dan perasakan. Masa ni boleh buat api sederhana besar.
3. Masukkan spaghetti/pasta yang dah boiled sampai lembut, dah gaul kan rata. Tutup api.





Whoopsy! Sorry gambar selekeh sangat la pulak. Sebab masa tu dah lapar sangat, tak ambik gambar elok2 pulak dah makan second bowl. Hehe. Senang banget kan? Kita masak in 10 minutes je. Nak lembutkan pasta lagi lama. Kalau ada sayuran kat rumah, boleh la letak. Pastu garnish dengan parsley and parmesan ke,  more nicer la kan.


Lagi beberapa hari lagi nak puasa. Semalam rasa macam tak ready je. Pastu hari ni dah rasa ready dah. Nanti puasa kat sini dari agak2 pukul 4.30am sampai nak dekat pukul 9pm buka. Lama jugak kan? Dah la tengah panas ni. Hopefully la dapat berkat so tak terasa sangat kepenatan. Lepas tu bulan puasa biasanya kitorg buka kat masjid, so jarang sangat2 masak2 ni. Mungkin kita akan update gambar2 food je la kot. Sorry tak dapat  share idea masakan simple untuk bulan puasa. Tak pe, lg pun kat Malaysia pun ada bazaar ramadhan kan? Kalau rasa tak tau nak masak apa, beli je lauk kat bazaar ramadhan. Kalau ada housemate, kongsi la beli sorg satu jenis, makan ramai2. Ingat ye, bulan puasa ni kita cepat kenyang, so jangan membazir makan dengan beli pada kuantiti yang banyak. Biar banyak jenis, tapi sikit2 je semuanya. Tapi jangan la sampai 10 jenis lauk, over taw. Haha.


Okay la, sampai sini je. I miss puasa at home. Baru tadi cakap dengan Hadith, and kitorg setuju Malaysia adalah heaven of food. Murah, banyak variety dan lazat! So bersyukur taw. Hehe.


AmeeraFatin=)

Sunday, April 8, 2012

Spaghetti

Halluuu. Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni hari Ahad. Yes semua orang tau tu. Saje je nak bagi tahu.


Dah lama tak makan spaghetti. Sebab kita ni bukan minat sangat western food. Tapi tiba2 minggu lepas rasa nak makan spaghetti so bad taw. So hari tu keluar pegi Walmart pegi la beli tomato puree. I'm not a big fan of Prego or other instant spaghetti sauce. Sebab kita suka design perasa dia sendiri instead of just guna je apa yang orang lain dah design untuk kita. For example, ramen noodles kat Walmart yang 20sen satu tu, kita akan tambah basil, cili padi, garlic powder, sikit kicap, sikit Sriracha sauce, sikit onion powder, udang, etc sampai la rasa dia jadi lebih ummph. Hehe. Try la. Kalau kat Malaysia tu mee Maggi memang dah sedap, memang kene dengan lidah kita orang Malaysia. Kan?


Ingredients:


Olive oil/ vege oil
5 cloves garlic - Chopped
1/4 onion - Chopped

1 1/2 to 2 handful of ground beef
1 can of tomato puree


Dried basil 
Oregano
Pepper
Salt
Garlic powder
Ketchup/Tomato sauce
Sayur2 kegemaran


1. Tumis bawang dalam minyak yang dah panas. Bila dah garing, masukkan daging.
2. Bila daging dah masak, masukkan tomato puree. Masukkan sayur. Perasakan dengan basil, oregano, salt, pepper, garlic powder. Put extra basil untuk rasa lebih ummph.
3. Untuk lebih ummph lagi, masukkan sedikit ketchup.





Senang je masak dia. So lepas ni dah tak perlu beli Prego lagi okay. Kalau suka yang fresh2, boleh guna fresh basil. Blend sampai hancur. Kalau rajin lagi, boleh la blanch tomato sendri. Caranya, dalam air yang mendidih, rendam tomato for about 10 seconds. Lepas tu straight terus masuk dalam air sejuk. Kulid dia akan senang tanggal. Then boleh blend sekali dengan basil leaves. Senang je kan? 

Okay la, got stuff to do. Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Thursday, March 1, 2012

Oglio Olio Campak

Hye! Assalamualaikum.


Few days ni tak de selera sangat nak makan taw. Tak selera nak makan, tak tau nak makan apa, so tak tau nak masak ape la. So hari2 makan cereal je. Pastu hari ni rasa macam tak cukup zat je, so masak la jugak. Ni la resepi paling senang, olio spaghetti. Pastu aku campak2 jela apa yang ada kat rumah ni. Tiba2 mcm sedap pulak. Terus ada selera nak makan. Haha. Sekejap je masak. Dalam 5 minit.


Ingredients:


1 medium bowl al dante spaghetti (yang dah di rebus sampai lembut)
3 clove garlic - cincang
Olive oil (boleh je nak guna minyak biasa)
Black pepper
Chili powder/paprika
A handful of shrimp
Mixed vegetables
Salt


1 tbs guacamole (optional)


1. Tumis bawang putih dalam minyak panas. Bila dah lembut, masukkan udang. Kalau boleh udang tu yang baru keluar dari freezer. Kalau tak de pun tak ape.
2. Masukkan black pepper, garam dan chili powder secukup rasa. Masukkan mixed veges dan guacamole jika ada.
3. Masukkan spaghetti, gaul sebati. Perasakan jika kurang garam atau pepper.


Siap dah!





Spaghetti tak de la susah sgt nak masak taw. Selama yang kita masak2 ni, so far semua macam senang la jugak. Eh, ingat nak bake cookies jap lagi. Tengah tunggu butter lembut. Haha. Habislah dah ada selera makan ni.

Okay la, got to go. Have a good weekend guys! I'm sure I will. =)

AmeeraFatin=)

Friday, March 25, 2011

Spaghetti with Homemade Tomato Sauce

Hye! Assalamualaikum.

Okay, dish kali ni memang aku bangga sangat. Inspired by resepi Jamie Oliver, which akan aku masukkan selepas ini. Then tomato sauce dy ada lebih, so aku guna untuk buat spaghetti sauce. And sangat sedap, lebih sedap dari Prego, since I'm not a big fan of Prego.

Ingredients:

1 Bowl boiled spaghetti

1 handful of Ground beef (aku guna ground turkey. Apa2 je yang korang suka)
2 Tomato
1/5 big white onion - chopped
2 clove garlic - chopped
4 helai fresh basil leaves
Olive oil/vege oil
Salt & pepper
Chili flakes (optional)
Oregano
Ketchup
Dried parsley*
Mozarella cheese*

p/s- * means optional for finishing

1. Didihkan air campur sikit garam. Sediakan semangkuk besar air sejuk atau air paip sebelah air didih tu. Bila dah didih, rendam tomato untuk 10 saat. After 10 saat, terus keluarkan tomato tadi, rendam dalam air sejuk. Masa tu, kulit tomato akan senang tertanggal. Tanggalkan semua kulit tomato.
2. Buang biji tomato, potong tomato kecil2, tak perlu sama bentuk atau size. Just roughly chopped.
3. Panaskan minyak dalam pan lain. Tumis bawang putih separuh dari yang dah di cincang tadi dan white onion sampai naik bau, masukkan tomato tadi dan chili flakes jika guna. Biarkan sampai mendidih, tutup api.
4. Masukkan tomato dengan bawang dalam blender. Masukkan juga basil leaves, some salt and pepper. Blend sampai semua hancur.
5. Dalam pan tadi, panaskan minyak, tumis bawang putih yang tinggal sampai naik bau.
6. Masukkan ground beef, masak sampai daging tukar color merah gelap. Kemudian masukkan sos tomato yang dah blend tadi.
7. Masukkan sedikit oregano, salt and pepper, dan ketchup secukup rasa.
8. Bila dah mendidih dan sedikit pekat, boleh tutup api. Tuang atas spaghetti yang dah boiled. Taburkan dried parsley and mozarella jika gunakan.



Itu lah dy. And aku suka sangat resepi ni. Maybe lepas ni boleh buat lagi kalau rajin. Instead of beli instant spaghetti sauce. Resepi ni lagi sihat sebab aku guna fresh tomato, semua fresh la. Except aku guna ground turkey yang kurang fresh. Maybe nanti kat Malaysia aku boleh dapat ground beef yang fresh and juicy, boleh buat lagi. Hopefully boleh jumpa fresh basil also.

Okay la, selamat mencuba k.

AmeeraFatin=)

Saturday, January 15, 2011

Shaghetti Melayu Ameera Fatin's Style

Heyho!

Salam guys. Ouh mood memasak dah datang hari ini. Hari ni je aku dah masak 2 benda. One of those is grilled asparagus. Hari tu masa kat rumah Ikhwan, kitorg tgk cerita ape entah kat tv then termasuk cerita pasal asparagus. So tiba2 rasa nak makan, so beli la ari tu. So tadi rasa nak makan sesuatu selain roti and biskut. So aku masuk oven je asparagus tu. Letak sikit garam, black pepper and bawang puith. Masuk oven for about 5 minutes. Okay, tadi aku makan cmtu je. For those yang tak berapa suka makan sayur, makan dengan sesuatu la contohnya nasi atau mee ke. Up to you guys okay!



Banyak weyh aku letak garlic. Tu sebab aku suka bawang putih. So kalau korang tak suka, letak sikit2 je k.

Okay, the 2nd dish is the spaghetti. Kenapa Ameera Fatin's style? Ceritanya begini. Aku macam rasa nak makan daging masak merah dari semalam. Kan dah cakap nak cari resepi daging kan? Tapi last2 tanya ibu. Oleh sebab aku ni bujang yang serba kekurangan, aku main hentam jela. Instead of guna tomato, aku guna ketchup. And instead of guna kayu manis, buah pelaga, cengkih and bunga lawang, aku guna je sup bunjut punya rempah tu. Aku ingat deorg bagi benda2 dalam tu seketul2. Rupanya dah pecah2kan. Memang tak la aku nak asingkan. Ingat macam dalam cerita Musang Berjanggut ke? Dah lapar gila dah masa tu, so aku masuk je beberapa cubit. Haha. Ketumbar sume ada. Then aku rasa terlebih letak halia jugak. But, who cares. Aku rasa okay je kot. Then masak2. Pastu macam tak rasa daging masak merah sangat. Rasa macam spaghetti sauce ade la. Haha!

So, sebab lapar, aku boiled some thin spaghetti, and makan dengan daging masak merah tu. Pergh... Sedap gak weyh. So, korg boleh la try kat rumah nanti. Hentam je masak daging masak merah macam yang korang rasa macam betul, then makan dengan spaghetti. Haha!


Yes, tu dia. Letak sikit dried parsley. Sedap gak. Hehe.

Okies, tu lah dy. Sebenarnya hari ni nak bake cake. Tapi apa kan daya, lupa nak beli telur. Apa la.

Okay la, tu je. Ouh, kawan2 aku yang nak exam tu, goodluck you guys! Musim exam ni memang tak de masa nak masak. But don't forget to eat. Makan jela pape. Kata bujang. Hehe.

Bubbye.

AmeeraFatin=)

Monday, December 13, 2010

Pasta Goreng @ Fried Pasta Malaysian Style


Hye!! Assalamualaikum.

Ouh esok exam. Kelmarin (2 hari lepas) dah start snowing. Sejuk.... Tak suka... Hari ni kene study. Tapi rasa nak masak. Argh... Cmne ni? Mane lagi penting? Makan ke study? Haha. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Haha.

Okay, mengarut sikit. Sbnrnya nak bagi korang berfikir. Kalau korang baru bngun, ni boleh jadik exercise otak. Kalau nak tido, mungkin tertido terus? Haha. Okay2, stop mengarut. Resepi ni dulu ibu masak kat rumah. But istead of guna pasta yang aku guna ni, ibu guna macaroni. Sedap beb. Mudah kenyang berbanding mee goreng atau spaghetti goreng sebab dy lagi tebal.

Cara masak dy sama je macam mee goreng. Tapi ari tu aku guna resepi kuey teow goreng penang. Tapi korang boleh je kalau nak guna resepi mee goreng biasa or mee goreng mamak. Okay!


Ni aku bagi resepi2 dy. Cuma kat resepi2 ni aku guna jenis mee yang berbeza. Cara2 nak masak sama je.


Ni tengah nak masuk dalam tapaw sebab terlebih masak sebab dah kenyang.

Okay, nak sambung buat keje. Esok exam linear algebra. Doakan ye. =)

Selamat mencuba and have a nice day!

AmeeraFatin=)

Wednesday, November 17, 2010

Pasta Primavera


Assalamualaikum!

Ouh2. Now baru perasan yang sebenarnye senang je taw nak masak pasta ni. Yang penting garlic je. Yang lain tu macam tukar2 je. Untuk pasta primavera ni, aku amek resepi from food network. Resepi Ellie Krieger. Cuma ade tukar sikit2 sebab bahan tak cukup.

Ingredients: (A medium bowl)

1 Medium bowl of boiled pasta.
3 clove garlic (cincang)
3 cili padi (hiris) (Ni aku gantikan bell pepper from original resipi)
1.5 tbsp tepung+air sikit
3/4 cube pati ayam
1/2 cup milk (aku guna 1% sbb tu je yang ade. korang guna je pape yang ade)
Salt and pepper
Parsley (Aku guna dried parsley sbb tak de yang fresh punye)
Carrot (Grated. Kalau tak de grater, potong je halus2 pakai pisau)

1. Tumis garlic and cili smpai naik bau. Masukkan air tepung.
2. Then masukkan cube ayam, susu, salt, pepper,carrot. Bila dah nak mendidih, mixture akan mula memekat because of the air tepung taw. So jangan panic.
3. Bila dah memekat, masukkan pasta and tabur parsley. Gaul sebati. Done!

Ni yang aku suka masak2 pasta ni. Dy sangat senang dan kejap. Overall time tak termasuk masa merebus pasta is about 15 minutes je.


Tak lawa la tak de color hijau kan? Anyways, rasa dy lebih kurang je rasa prego yang creamy pasta tu. Cuma Prego tu rasa dy lagi kuat la sbb letak msg mungkin. Tapi kalau korang baca review dekat food network tu, ade reviewers yang complaint about the taste. Deorang kata macam tak padat la. Maybe deorg memang masak pape pun rasa tak padat agaknye. Hehe. Mengikut pengalaman aku memasak pasta ni hari tu, rasa dy okay je. Kalau nak padat sangat, letak cube ayam tu bnyak2. Ish, tak sedap tak tau. Hehe.

Okay, selamat mencuba! Dan selamat hari raya! Aku kat sini tak raya. =(( Tak pe arr... Jumaat ni aku raya la. Hehe.

AmeeraFatin=)

Saturday, November 13, 2010

Oleo Spaghetti


Hye! Assalamualaikum.

Hari tu aku dok berborak2 dgn kawan aku then tiba2 termasuk topic makan spaghetti kat pizza hut. And kitorg suka spaghetti oleo kat situ. Sedap kot. Then kawan aku pun ajar la cara2 nak masak dy. Hehe. Thanks yaw. ^_^

Simple je cara masak dy. Kalau korang tak nak letak udang, daging pun boleh.

Ingredients: (Untuk seorang)

Olive oil/ vege oil
2 ulas garlic (Chopped)
6 ketul udang / daging (ikut kegemaran anda nak berapa bnyak)
1 mangkuk medium spaghetti (boiled sampai lembut)
Chili flakes/ serbuk chilli/ pepper
Garam
Mixed herbs/Oregano/Basil (optional)
Dried parsley (optional)

1. Panaskan minyak. Tumis garlic smpai naik bau.
2. Then masukkan udang. Bila udang dah masak (jangan sampai terlalu kecut), masukkan garam.
3. Masukkan spaghetti yang dah lembut tadi. Gaulkan sebati.
4. Masukkan chili flakes, oregano dan dried parsley. Gaul smpai sebati. Tutup api.
5. Hidangkan di atas pinggan, tabur dengan dried parsley sedikit jika ada.

Senang gila kan? Nak lembutkan spaghetti tu lagi lama dari masak oleo ni. Haha. And sedap ouh.

Haa... Cantikkan? Sedap sangat. Kalau mcm teringin nak makan tapi tak de fulus nak beli tu, buat je sendiri. Senang dan sedap. Boleh makan sebanyak mungkin. Hehe.

Ahhh... malasnye nak buat pape weekend2 cmni taw. Now tengah bake brownies. Tapi yang instant punye. Hehe. Malas nak experiment recipe brownies dah. Beli lagi sedap.

Okies, have a nice weekend and Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua orang Islam.

AmeeraFatin=)