Tuesday, May 14, 2013

Tempura Udon

Hello!! Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Okay hari adalah hari terakhir kita ambil exam. Yeehaaa! Alhamdulillah. So lepas ni nak tido sampai jumaat baru bangun. Hihi. Okay dua hari lepas masak tempura udon. Before this roomate kita, Sayuka pernah buat. Sangat simple dan healthy dan sedap! Senang sangat. Tapi kene dapatkan tempura powder dan Hondashi, macam cube ikan. Ni gambarnya.



Tak tau la mana nak dapat kalau kat Malaysia. Boleh try carik kat cold storage maybe. Tape lah. Kalau tak de, guna je cube ikan bilis. Rasa dia tak la sama tapi. Tapi try je la okay!

Ingredients:


Tempura powder (Kalau tak de guna jela tepung gandum pastu letak garam sikit)

Any vegetables that you like, potong ikut size yang korang suka - Asparagus, bawang besar, shiitake mushroom, kacang buncis, broccoli
Sedikit tepung gamdum
Minyak untuk menggoreng

Udon (Mee udon ni rasanya boleh dapat kat major supermarket. Kalau susah nak carik, guna jela spaghetti. Layan je. hehe)

Japanese soy sauce
Hondashi (Kalau tak de, guna jela cube ikan bilis. Inshaallah jadi. Baca doa banyak2)
Daun bawang

1. Larutkan tempura powder dengan air. Kita letak satu sudu minyak panas dalam campuran. 

2. Panaskan minyak untuk menggoreng dalam periuk. Salut sayur yang banyak kandungan air (contohnya bawang) dengan tepung gandum, kemudian baru celup dalam tempura mixture tadi. Kalau sayur yang tak banyak kandungan air macam broccoli, tak payah salut tepung kering. Terus salut dengan tempura mixture tadi. Lepastu baru goreng dalam minyak panas sampai garing.
3. Goreng semua sayur sampai siap.

4. Untuk udon noodle, rebus udon sampai lembut. Ikut instruction kat belakang kotak udon.

5. Untuk kuah udon, campur air mendidih, kicap Jepun dan Hondashi secukup rasa. Rasa terakhir tak sepatutnya ada rasa kicap jepun tu. Korang akan dapat rasa Hondashi yang sedap. Boleh letak daun bawang jika ada. 

6. Pastu boleh masukkan udon dalam mangkuk, tuang kuah yang dah campur tadi, makan dengan tempura yang dah goreng tadi. 







Tadaa! Simple sangat kan. Tapi sedappppp. Kita dah beli dah Hondashi kat sini, nak bawak balik Malaysia. I'm gonna cook this at home for my parents and friends. Tak sabar nak balik! And nak graduate! Tak sangka dah 4 tahun kat sini. Memang rasa lama pun. Hehehe.

Ni ada gambar haritu tgk baseball. Cuaca sekarang sangat best! Hari2 lepak luar.




Ni pulak gambar after Senior Design presentation depan company minyak yang dah bagi kitorang analyze field diorang kat Wyoming. I was lucky to be one of the three groups to present in front of the company. Alhamdulillah. 




Okay nak tido. Selamat mencuba!


Ameera Fatin=)