Wednesday, June 30, 2010

Mee Hailam

Assalamualaikum semua!! Lamanya tak post pape. Sekarang ni macam busy sikit la. Jumaat ni ada mid term exam. Hopefully dapat a good result. Susah woo thermo. Huhu.

Okay tak pe, kita lupakan thermo. Sekarang aku nak share resepi mee hailam. Yang ni simple punya. Masa penyediaan dalm 30 minit je. Aku suka sangat buat ni masa mula2 belajar masak dulu sebab simple and best. Hehe.

Ingredients:

1 clove garlic (chopped)
2 tbsp sweet soy sauce (kicap)
mee kuning/ spaghetti
1 tbsp of corn flour / 2 tbsp of multi purpose flour
shrimp/chicken/meat
veges (carrot/cabbage/spinach/potato/whatever that you have)
cili padi (optional)
Cube Maggi/ Perasa (optional)
salt

1. Tumis bawang putih. Bila dah lembut, buat api medium.
2. Masukkan kicap. Kacau sekejap. Masuk cili padi.
3. Masukkan tepung tadi yang dah bancuh dalam air. Boleh letak ayam and sayur2 keras.
4. Bila dah masak, masukkan sayur lembut. Letak garam and perasa. Boleh tambah air lagi kalau kurang.
5. Boleh masukkan mee atau spaghetti yang dah lembut.

Senang kan? Boleh la try nanti. Sedap kalau makan panas2 ni.

Okies.... Bon apetite!!

AmeeraFatin =)

Saturday, June 26, 2010

Jem Strawberry

Hoho!! Tak tau la kenapa sekarang ni malas sangat nak memasak. Maybe sebab before ni asyik masak je kot. Sehari tu dua tiga kali masak. Bukan main lagi. Hehe

So today aku nak masukkan resepi simple je. Senang gila nak buat. Kalau macam korang ade strawberry dalam fridge tu and macam dah nak rosak je ke, boleh la buat. Tapi kalau dah rosak buang taw. Kang saket perut kang, susah den. Aku penah simpan jem ni sebulan dlm fridge and still okay lagi. Tapi tak tau la kan. Maybe sebab aku buat temperature sgt low untuk fridge aku tu. Sampai tomato paste pun boleh beku. Haha.

Ingredients:

6 strawberries (cubed or sliced)
1/4 cup of sugar
1/4 tsp of salt

1. Masuk semua bahan dalam periuk kecil. Api medium. Masak sampai hancur.
2. In the mean time tu kacau2 la ea. Rasa kalau kurang gula tambah, kalau kurang garam tambah. Kalau tak suka nak letak garam, tak nak letak pun tak pe. Aku letak sebab nak balance kan rasa dy. Aku tak suka manis semata2.

Okies. Begitu la cara2 nya. sangat senang. Boleh makan dengan roti, biskut or even letak atas cheesecake. Nyum2!!



Ni bila the jem dah jadi. Di pekat bila bia sejuk.

Ni aku letak atas cheesecake. Sedap.... Hehe

Okay, selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Tuesday, June 22, 2010

Cookies


Hye!! Hari ni aku masak cookies petang tadi. Inspired by
Kak Hana. Thanks Kak Hana!!

Macam biasa, aku ade olah2 sikit la and convert kan measurement Kak Hana in weight to cups and spoon. Korang kalau nak buat, boleh la nak letak pape je yang korang nak ea. Nanti aku akan mention mana basic ingredients.

Ingredients:

-1/3 cup margerine OR 5 1/3 stick
-1/4 cup powdered sugar (Can add some more if you like sweet cookies)
-1 egg
-1/4 tsp of salt
-3/4 cup multipurpose flour
-1 tsp esen vanilla
-1 tbsp corn starch (tepung jagung)

*optional:
-3/4 cup oatmeal
-chocolate bar (hiris2)
-walnut
-chocolate chips

p/s-aku guna 1/3 cup instant cereal and 1 packet nestum. Korang boleh la kalau nak letak milo instant ke, oat instant ke, nescafe instant ke (tapi tak jamin la ea rasa dy) atau coco powder. Up to you guys.

1. Panaskan oven temperature 190C atau 375F.
2. Pukul margerine and gula sampai kembang. Letak telur. Sambung pukul. Aku guna blender je.
3. Bila dah kembang (aku pun tak sure macam mane, agak2 macam semua dah sebati, tambah sikit lagi masa, then stop la ea), masukkan esen vanilla and garam. Pukul lagi sikit.
4. Then masuk dalam mangkuk. Campur dengan semua bahan. Kacau2 sampai sebati. Nanti batter tu akan nampak macam ni.

5. Batter tu memang mcm susah sikit nak gaul2, tapi gaul je la okay. Hehe. Then ambil sikit pakai sudu, letak atas loyang yang dah sapu sikit margerine then tekan sikit cookies batter tu. Kalau susah sangat and kalau korang tak kisah, boleh pakai tangan je. Pastikan bersih.
6. Masuk oven for about 10-20 minutes. Kalau tak masak lagi, boleh tunggu 5 minit lagi atau sampai perang.

Rangup taw hasil dy. Best la resepi ni. Try la kalau ade free time okay.

Goodnight everyone!!

AmeeraFatin =)

Yogurt

Hyeee... Assalamualaikum.

okay, yogurt ni aku beli la, bukan buat sendiri. Tapi2, perasa dy aku buat sendiri. Satu hari ni tiba2 nak makan benda sejuk. So buat la sebab dalam fridge ada plain yogurt (masa untuk buat nasi beryani tu) and buah strawberry.

Ingredients:

Plain yogurt
Strawberries/ mango/ blueberries/ whatever that you like
powdered sugar

1. Potong buah kecik2.
2. Letak dalam mangkuk. Ambil yougurt and gaul2 dengan buah tadi. Agak2 la ea brapa bnyak.
3. Then letak gula secukup rasa. Gaul2.

Dah siap. Tapi sedap la. Sayangnye buah strawberry aku dah habis. Kalau tak mesti nak buat lagi punya.

Ish, tgk gambar ni tiba2 rasa nak makan yogurt. Tak pe la. Nanti keluar la beli strawberry lagi. Hehe. Masa tengah makan ni teringat je frozen yogurt kat Purdue tu. Rasa nak makan lagi la.

Okay, selamat mencuba!

AmeeraFatin =)

Sunday, June 20, 2010

Nasi Beryani Gam Johor!!

Woo... Ni memang dah lama mengidam ni. Mengidam tu sebab dah lama tak makan okay, bukan sebab lain. Pastu dah lama jugak dok carik resepi beryani gam yang sesuai dengan bahan yang ada kat dapur. Last2, jumpa resepi ni from forum ni, wanita niaga. Tak pernah tau pun wujud. Hee.

Aku tukar resepi ni jadik nak dekat separuh dan ada bahan2 yang aku tak letak. Masa untuk memasak ni nak dekat 2 jam tak termasuk masa nak cuci pinggan ye. Hehe. Please note that korg perlukan 3 periuk size sederhana okay.

Ingredients:

a) Nasi:

-2 cups of basmathi rice

-2/5 cup of margerine OR 3/4 stick (sepatutnya minyak ghee, baru extra wangi)
-3 cloves of garlic (grind or chop)
-5 shallots (grind or chop)
-1/2 inch of ginger
*-1/5 tbsp cardamon (buah pelaga)
*-1/5 inch cinnamon OR 1/4 tsp cinnamon powder (kayu manis)
*-1 star anise (bunga lawang)
*-1/2 tsp cumin (jintan)

-1 tbsp beryani paste powder (rempah beryani pape je pun tak pe. Aku guna yang ni.)

p/s: semua bahan yang ada tanda star * tu, aku amek from sup bunjut je. Korang bukak bunjut tu. Then untuk nasi ni, ambil about 1/4 dari semua bahan dalam sup bunjut tu.

1. Cairkan margerine.
2. Tumis bawang putih and merah. Bila dah lembut, masukkan rempah ratus sampai wangi.
3. Bila dah wangi, buat api medium, masukkan rempah beryani. Masak sampai naik bau about satu hingga 2 minit.
3. Masukkan beras yang dah cuci bersih. Kacau.
4. Masukkan air smpai tutup semua beras, kacau.
Kecilkan api, masak sampai separuh masak. And kalau boleh jangan tak masak sgt.
5. Then tutup api.


b) Ayam/Daging beryani:

-5 pieces of chicken any part

-2/5 stick margerine
-2 shallot (grind or chop)
-2 cloves of garlic (grind or chop)
-1/2 inch of ginger (Agak2 je ea. Kalau guna daging lebih kan sikit.)
*-1/5 tbsp cardamon (buah pelaga)
*-1/5 inch cinnamon OR 1/4 tsp cinnamon powder (kayu manis)
*-1 star anise (bunga lawang)
*-1/2 tsp cumin (jintan)

-2 tbsp beryani paste powder
-1 potato (potong dadu besar2. Or terpulang pada korg) (optional)
- Almond/cashew nuts (optional)
-1 cup of plain yogurt

p/s: Bahan bertanda star * equal to 2/4 daripada sup bunjut td)

1. Cairkan margerine. Tumis bawang putih, bawang merah, dan rempah ratus sampai wangi.
2. Buat api medium, masukkan rempah beryani. Tumis sampai garing for about 1 hingga 2 minit.
3. Masukkan kentang dan ayam/daging. Letak air sampai tenggelam semua bahan. Biarkan sampai daging/ayam masak.
4. Bila dah masak, masukkan almond/cashew nuts, yogurt, garam. Gaul2 and bila dah didih tutup api.


c) Beryani gam:

-Tepung+air (Bancuh bagi pekat gila)

1. Dalam periuk lain, letak ayam tadi dalam 2 ketul. Letak sekali bahan2 sikit. Jangan ambil kuah.
2. Lapis pakai nasi beryani tadi.
3. Ulang proses ni sampai habis semua.

4. Kemudian, ambil sedikit kuah ayam tu about 1 cup. Masukkan sekali.
5. Buat api slow.
6. Tutup periuk. Tampal periuk guna bancuhan tepung tadi. (Sorry la aku punya comot sangat la)

7. Biar nasi beryani tu sejam. After sejam boleh bukak. Tengok kalau nasi tak masak lagi, tutup balik and tampal balik.

p/s: Kalau air cukup, jangan tambah lagi taw. Nanti jadi macam aku punya, habis nasi lembik sebab banyak sangat air. Okay!!

Okay, selesai. Hehe. Fuh, lama taw nak masak ni. Tapi hasilnya memang ummpphh la even nasi aku lembik pun. Nama dy beryani gam sebab korang kene tampal periuk tu sebab nak elak steam dy dari keluar. So, semua bahan dy akan terperap dengan steam dy la kan.

Ni dy nasi beryani lembik. Hehe. Lain kali aku buat lagi la yang tak lembik. And resepi ni aku dah olah dari resepi asal, kalau korang nak resepi asal boleh pergi link yang aku letak kat atas okay!!

Selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Friday, June 18, 2010

Kuey Teow Goreng @ Fried Square Noodles

Hye!! Alhamdulillah kenyang gila makan kuey teow goreng hari ni. Tak sure la the right spelling dy tapi lebih kurang la. Haha.

Tau tak kalau macam kita tulis sesuatu sambil dengar lagu, and masa tu kita macam tengah neutral or baru bangun tidur la senang cite, so suasana or emosi terus berubah ikut lagu tu. Sekarang ni tengah dengar lagu "Diary Seorang Lelaki". Kan macam happy2 je kan lagu tu. So sekarang ni aku macam happy la jugak. Ha, jangan ruin my mood okay!

Okies, kuey teow goreng ni sama je kot macam mee goreng cara nak masak dy. Tapi tadi aku masuk telur last sekali, konon2 nak buat ala2 mee goreng mamak la kan. Memang la jadik. Tapi aku kurang recommend la. So dalam resipi aku akan letak telur awal2. Tapi if you guys nak letak last sekali, boleh je. Tadi aku buat. Edible la. Hehe. Just try, why not kan.

Ingredients:

1 large bowl of kuey teow
1 tbsp of chilli paste
2 cloves of garlic
1 small shallot

1 tbsp of oyster sauce
2 1/2 tbsp of sweet soy sauce
1 tbsp of salty soy sauce (If tak ada just letak garam)
1/2 tbsp of thick soy sauce (Nak bagi gelap je. Kalau tak de pun tidak mengapa =))
1/2 tbsp ketchup
1 tbsp chilli sauce (Kalau tak de chili sos just letak ketchup 1 tbsp)
1/4 shrimp paste (Belacan. Tak de pun tak pe)
1/3 cube ayam maggi (optional)
1 egg

Veges (Biasanya orang letak taugeh or daun bawang. Tapi i don't have those veges so i used cabbage just now)
Chicken /& meat /& shrimp

1. Tumis bawang putih, bawang merah, chili paste sampai garing i.e. sampai color chili tu jadi macam maroon taw. Nanti korg akan nampak perbezaan color.
2. Bila dah garing, letak oyster sos, soy sos, ketchup, chili sos, belacan, cube maggi, ayam, daging. Letak sikit air kalau kering sangat. Tunggu sampai daging and ayam masak.
3. Bila dah masak, letak udang dan telur. Pecah2 kan telur tu. Bila telur dah masak, boleh masukkan kuey teow. Kacau2 rata.
4. Bila dah rata, masukkan sayur. Jangan lupa rasa. Kalau kurang manis tambah kicap, kalau kurang masin, tambah kicap masin or garam.
5. Bila sayur dah masak, tutup api. Boleh hidang mengikut kegemaran masing2.

Note:

1. Kalau boleh start letak kicap manis tu dengan 2 tbsp dulu. Bila dah masuk mee sume, rasa balik. Kalau kurang boleh tambah lagi.
2. Same goes to ketchup and chili sos.

Tadaa!! Tak lawa sangat la sebab tak de color taugeh and daun bawang. And tak de kicap pekat, so kurang hitam. Tapi boleh la kot. Kata bujang. Hehe. Aku letak cabbage, tapi dah tak nampak sgt dah sebab dah macam nak dekat sama dengan mee je aku tgk.

Kalau kat sini, kuey teow yang jual kat oriental market tu yang instant punya macam mee siam. So, korang boleh rendam sampai lembut atau rebus sampai lembut okay.

Okies, nak buat sesuatu. Bon apetite!

AmeeraFatin =)

Wednesday, June 16, 2010

Nasi Goreng Kampung @ Spicy Fried Rice

Hello. Assalamualaikum. How're you guys doing today?

Okay, nasi goreng kampung ni memang feveret aku la. Senang je cara nak buat dia. Typical nasi goreng kampung kene ada kang kong kan. Tapi aku macam susah je nak cari kat sini, so aku guna la sayur apa je yang ada.

Ingredients:

1 mangkuk medium of white rice
1-2 cloves gallic
1 shallot
3 cili padi (bird's eye chilli) (Boleh tambah kalau suka pedas)
1 hand full of anchovies (ikan bilis)
1 tbsp of sos tiram
1 telur
Kangkong/ any vege that you have (optional)

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah and cili padi sampai hancur. Jangan lumat sangat taw. Agak2 macam dah pecah tu okay la. Kalau tak de lesung batu, cincang je halus2.
2. Tumis bahan tumbuk tu dengan ikan bilis skali.
3. Bila ikan bilis dah garing, buat api medium dan masukkan sos tiram. Kacau2 sikit.
4. Then masukkan telur dan gaul2 dengan bahan tumis tadi. Tunggu sampai telur masak, masukkan nasi.
5. Gaul nasi sampai sebati dengan semua bahan. Masukkan sayur.
6. Bila nasi dah terasa ringan (macam dah tak melekit2, dan macam ringan la. Anda akan dapat rasa perbezaan dy dengan nasi masa mula2 masuk kuali), boleh la tutup api.

Note:

1. Kalau nak masuk ayam ke, daging ke, boleh je. Masukkan before masuk sos tiram.
2. Sos tiram biasanya dah ada rasa masin. Tapi kalau tak cukup rasa boleh la perasakan dengan garam and gula. Atau kalau suka, aji no moto sekali pun boleh.
3. Kalau anda suka ikan bilis rangup2, boleh goreng ikan bilis asing2 kemudian masukkan dalam nasi goreng nanti. Tapi kene letak juga sedikit ikan bilis mentah masa nak tumis tu bagi ada rasa. Kalau tak nak pun boleh.

Gambar ni masa aku buat dulu2. Yang latest tak de la. Tapi pape pun, try la ea. Senang je. Macam nasi goreng biasa. Hehe.

AmeeraFatin =)

Monday, June 14, 2010

Popia @ Spring Roll

Hyeeee.........

Assalamualaikum. Ouh, macam dah lama tak update. Padahal baru 2 hari. Haha. Takde yang menarik pun jadi. Cuma hari ni dah start tutoring. Okay la kalau nak compare to last semester sebab last sem aku ajar Chem 2. Tp this sem just Math 101. Macam basic jugak la. So agak tidak pening kepala nak fikirkan jawapan. Hehe.

Okies, semalam aku masak popia. Ni belajar from aunty Aizan masa makan2 kat rumah dia. Memang terbaik la. Tapi ada refer2 resepi jugak sebab takut tersalah kan. Senang je buat dy. Cuma leceh sikit la sebab kene buat inti, then roll kan, then goreng pulak. And untuk resepi ni, aku tak letak sekali macam mana nak buat sos popia. Sebab aku tak buat sebab malas. Maybe next time okay!!

Ingredients:

1 carrot, sliced finely
1/6 cabbage, sliced finely
2 cloves garlic, chopped
1 tbsp oyster sauce
1 cili padi (bird's eye chilli) (optional)
5 shrimps, Chopped (Boleh juga kalau nak guna ayam atau tak nak letak pape, sayur je)

Spring roll wrappers (boleh dpt kat mana2 oriental store)
Water
Vege oil

1. Tumis garlic sampai lembut.
2. Buat api medium. Masukkan oyster sos. Kacau2 sikit.
3. Masuk air sikit. Then masuk carrot.
4. Bila carrot nak dekat lembut dah, masukkan kobis, udang dan cili. Tambah air sikit lagi kalau tak cukup. Kalau cukup tak payah tambah.
5. Bila dah masak dan air dah kering, boleh tutup api.
6. Ambil sehelai popia wrapper. Letak sedikit inti dekat2 dengan bucu. Roll sehingga separuh wrapper. Then lipat kedalam bahagian kanan dan kiri wrapper. Pastu sambung gulung sampai habis. Lekatkan kulit popia guna air.
7. Panaskan minyak, then goreng popia tadi.

Note: Kalau kulit popia tu tak nak lekat2, bancuh air dengan sikit tepung, guna bancuhan tu untuk lekatkan. Kalau tak nak lekat jugak, salo tape je. Haha. Gurau2. Rasanya lekat kot.

Okeng!! Sudah siap.


Cute2 je kan popia tu? Sebab wrappers dy kecil molek. Kalau korg suka gemuk2, beli la yang besar2.

Kalau macam tak nak pedas, tak perlu letak cili padi taw. Saket perut kang nanti susah den. Okay la, Selamat mencuba!

AmeeraFatin =)

Friday, June 11, 2010

Brownies

Hye. Assalamualaikum semua. Aku tengah tengok Naruto Shippuden tadi. Pastu Hatake Kakashi dah mati. T_T
So sebab sedih sangat, aku nak stop tengok dulu la. Tulis la resepi semalam aku buat brownies.

Tapi kan, aku nak cerita gak sikit. Memang la cerita kartun je benda ni. Tapi aku dah tengok from season 1 episode 1 lagi. Sekarang ni dah beratus2 lemon dah episode dy. Hehe. Beratus la, tak de la beratus lemon. So, macam sedih gak la sebab aku tau semua benda kan. Macam Kakashi ni dulu masa dy kecik2, ayah dy mati bunuh diri sebab kene betray ngn comrades dy and orang kampung pun pandang serong kat ayah dy. So Kakashi ni anak yatim piatu since kecik. Pastu tadi masa dy mati, last skali dy jumpa ayah dy balik, ayah dy suruh cerita everything. Pastu dy kata panjang ceritanya and dy akan ambil masa untuk cerita. Yela, sebab dy dah mati. Sedih tak?

Okay la. Semalam birthday Haziq. Happy birthday haziq!! Semoga cepat matang and putih sikit. Hehe. Kalau mcm akak ada kat rumah, mesti akak dah buat brownies ni.

Ingredients:

3/4 cup butter (1 1/2 stick or about 1 bar) - melted
1 cup powdered sugar
1 1/2 tsp vanilla
2 eggs

3/4 cup multi-purpose flour
1/2 cup coco powder
1/5 tsp baking powder
1/2 tsp salt

1. Panaskan oven 350F or 180C.
2.Mix semua bahan part 1 i.e. butter, sugar, vanilla, eggs. Pakai la mixer buat kek tu. Kalau takde pakai blender je. Kalau tak de jugak, kacau jela. Masukkan telur one by one.
3. Then mix sekali bahan kedua i.e. flour, coco powder, baking powder, salt. Kalau pakai blender, mix kan kat dalam mangkuk sebab blender susah nak spin bila masuk tepung. Because the mixture will become quite thick.
4.Masuk dalam bekas yang sesuai then masuk oven for 40-45 minit.

Note:

1. Kalau ada pape nut such as walnut, almond or even peanut, boleh la pecah2kan dy then tabur if anda nak la.
2. Boleh jugak tabur chocolate chips.
3. Kalau tak letak baking powder pon tak pe. And brownies ni akan jadi lebih padat. Macam aku letak sikit je, dy padat tapi lebih kepada "cakey" sikit. Brownies ni bukan jenis yang "fudgey" taw. Just so you know. And aku pun tengah carik resepi tuk brownies yang "fudgey". And ada sorg viewer cakap kalau nak brownies yang fudgey ni kene mix pakai tangan je, i mean sudu or sudip. Tapi aku tak try lagi sebab baru je sesaat yang lepas baca. Haha. So kalau korg nak try boleh la.

Kalau korg perasan aku tabur chocolate chips and walnuts half je sebab nak try je. Hehe. So korg pun boleh buat camtu juga. Sedap la brownies ni. Semalam jugak aku habiskan. Hehe.

Okay, nak sambung tgk Naruto Shippuden balik. =p

AF =)

Tuesday, June 8, 2010

Ayam Sate Panggang @ Grilled Satay Chicken

Hello babes. Assalamualaikum. Tengok tajuk nampak menarik tak? Hari ni kitorg (aku and fira je. Hehe) buat la bbq sikit. Sebab mcm mengidam kan. Fira la paling mengidam skali. Then kitorg masing2 bawak ayam marinate sendiri. Plus fira bawak mee goreng and aku bawak nasi goreng kampung. Aku marinate ayam tu guna rempah sate. Mintak resepi from my nenek and ibu. Hehe

Ingredients:

-5 pieces of chicken (any part pon boleh)
-1 1/2 tbsp sugar

-1 lemon grass (serai)
-1 cm thick of ginger (Halia. Agak2 la ea. Oleh sebab kita guna ayam, so tak perlu banyak sangat. Kalau korg nak guna daging, lebihkan bnyak sikit. Halia ni fungsi dy nak lembutkan daging. Kalau letak bnyak sgt kat ayam, takut hancur. Sumber: Pn Amnah i.e. my nenek)
-1/4 tsp cumin powder (Jintan)
-1/2 tbsp turmeric powder (Kunyit. Agak2 la ea)
-3 cloves of garlic (Agak2 jugak)
-1-2 Shallots (Depends on the size)
- 1/4 tsp of coriander (Ketumbar. Tapi aku tak guna sbb tak de)
- A hand full of grind toasted peanut (Aku tak guna sebab tak de)
-Salt

p/s: Okay, kalau korang tak de bnyak bahan, ni bahan2 yang mcm mesti ade at least. Gula, garam, serai, kunyit, halia. Kalau serai tak de, tak payah guna pun tak pe. Tapi tak jadik la ayam sate. Jadi ayam lain pula. Boleh la campur dgn black pepper. Hehe.

1. Marinate ayam dengan gula dahulu for about 30 minutes at least.

2. In the mean time, you guys can prepare the marinate ingredients. Potong kecil2 bawang putih, bawang merah, serai, halia. Masuk dlm blender then grind sampai lumat. Kalau mcm tak de blender, cincang jela hancur2. Tapi kalau boleh carik la blender ea.

3. Bila dah hancur, keluarkan, then masuk dalam mangkuk. Then campur dengan garam, serbuk ketumbar, serbuk jintan, and serbuk kunyit. Gaul2.

4. Masukkan dalam ayam yg dah marinate dgn gula td. Gaul2 rata. Jangan takut nak rasa. Rasa kalau tak cukup gula tambah lagi, kalau tak cukup garam tambah lagi. Ayam sate ni mmg sepatutnya manis. Rasa taw... Hehe.

5. Kalau boleh letak ayam dlm bekas tertutup and letak dlm fridge for at least 4-6 hours and better kalau biarkan semalaman. Baru rasa dy serap sampai tulang. Haha. Gurau je.

6. Then boleh la grill ke, masuk oven ke. Up to you guys.

Rasa dy macam ayam sate. Masa marinate tu pun korang akan dapat bau sate dah. Hehe. Sedap jugak la. Rasa sate. Kalau korg nak buat sate, just ceraikan isi dengan tulang, then cucuk kat lidi sate. Kalau guna daging, pastikan halia lebih ea. Halia ni akan tolong lembutkan daging. Try la nnti. Senang je. Boleh nak grill or masuk oven. So senang la.




Haa, nampak sedap kan? Hehe. Try la ea. Okies. =)

AmeeraFatin =)

Monday, June 7, 2010

Roti Gulung-Gulung @ Bread Roll (This is not croissant)

Hyeee!! Assalamualaikum. Malam semalam tiba2 rasa nak makan roti. Rumah ni dah tak de roti dah sebab tak beli lagi since balik from Chicago last week. Tapi aku ada beli tepung roti dulu. Tak pernah try lagi. So malam tadi cari la resepi roti yang simple2. Last2 jumpa resepi ni. Sebenarnya tak semestinya kene roll. Kalau korg nak buat bulat2 mcm bun pun boleh. Nak isi filling pape pun boleh. Ni kira macam basic roti la.

Tepung roti ialah tepung berprotein tinggi. Aku pun tau tu je. Tapi bila dah buat roti, baru tau beza dy dengan tepung gandum biasa. Roti dy mcm lembut la. Macam roti kat kedai tu. Kalau pakai tepung biasa mungkin jadi macam donut kot. Tapi kalau korg nak try tapi tak de tepung roti, guna je tepung gandum. Try je. Hehe.

Ingredient:

1 cup bread flour
2 tsp dry yeast
3 tbsp sugar
1 egg
1/3 cup water (40C atau korang panaskan la sikit2 ea. Jangan sampai didih pulak)

1 cup bread flour
1/2 tsp salt

1. Campurkan semua bahan pertama. Gaul2 rata.
2. Then masukkan bahan kedua (flour and salt).
3. Uli sampai licin which is about 10-15 minutes. Bila dah licin, tambahkan lagi 5 minit. Sebab kalau uli lama sikit nnti roti lembut.



4. Bila dah licin i.e. dah tak lekat2 kat tangan, biarkan sampai dy kembang 2 kali ganda lebih kurang 30-45 minit. Tutup bekas guna tuala bersih yang lembap.

5. Bila dah kembang, tekan2 pakai jari bagi keluar angin dy. Kembang dy mcm ni.

6. Bila dah tekan2 bagi angin keluar, bahagikan bulat2 kepada seberapa bnyak yang anda dapat. Macam aku dapat 9. Rehat kan lagi 10 minit. Masa ni boleh panaskan oven dgn suhu 180C atau 350F.

7. Then korg nak buat bentuk ape pun buat la. Hehe. Kalau nak buat bentuk macam aku buat, mula2 jadikan bentuk 3 segi. Roll la pakai rolling pin tu ek. Kalau tak de pakai tangan pun boleh. Jangan pakai beda kaca taw takut pecah nanti susah den.

8. Panjang dy kene macam 30-35 cm kalau ikut resepi tapi aku punya ni mcm tak sampai 10 cm pun. Sebab tu la tak jadi mcm dalam resepi bentuk dy. Tapi, ikut creativity masing2 la ea. Ni kira creativity aku la. Hehe. Then gulung dari besar ke kecil.

9. Masuk oven for about 8-10 minutes. According to the original recipe, kene sapu telur kat atas dy bagi jadi macam berkilat macam kat kedai roti tu. Tapi aku tak buat sebab..... mcm biasa la. Malas. Hehe.
10. Then siap!!

Roti ni lembut taw. Sedap makan dengan pape je. Lepas tu kan aku ada cerita. Tengahari td, aku panaskan la masuk microwave. Set 3 minit. Then aku g kemas2 dapur. Bila dah siap, aku tgk la roti tu. Uish bagus. Dah panas. Tapi.............. jadik roti biskut....=(

Tau tak roti biskut yang keras tu? Dy makan dengan air teh panas sedap woo. So sekarang aku tgh mkn dengan air teh panas. Tapi kalau kat malaysia tu dy ada gula. Aku punya tak de. So tak manis la. Lagipun tak elok makan manis2. Hehe.

Okay la, selamat mencuba!! Bon apetit!

AF =)

Saturday, June 5, 2010

Kari Dhalca Daging @ Lamb Curry with Lentils

Hye! Assalamualaikum. Hari ni hari tak berapa nak best sangat. Tapi aku tak nak bagitau sebab ape. Haha. Okay, hari tu Kak Zai ade bagi kacang dhal sepeket. So hari ni tiba2 rasa nak buat kari dalca. Macam kari biasa je cuma letak kacang dhal.

Ingredients:

A hand full of lentils (kacang dhal)
A bowl of lamb meat (Meat ape2 pun boleh)
2 cm of ginger (Agak2 la ea ikut daging bnyak mana)
3 clove garlic (Agak2 jugak)
1-2 shallot (Agak2)
5 tsp of curry powder (I use Babbas)
5 tbsp thick coconut milk (santan pekat)
Tamarind juice
Carrot, potatoes, etc.

1. Kacang dhal tu kene rendam semalaman. Kalau tak nak semalaman, mcm 6 jam pon boleh la. Dari pagi sampai petang.
2. Kemudian rebus kacang dhal sampai lembut. Jangan hancur taw. Dah lembut tutup la api then tapis air dy. Simpan air dy.
3. Lepas tu rebus daging, ginger, garam sikit sampai lembut. Air jangan bnyak sgt taw. Tapi kene jaga la jgn sampai air kering. Ginger tu hiris halus2.
4. Bila dah empuk daging tu, boleh la start menumis. Panaskan minyak then tumis bawang putih dan merah. Bila dah garing, masukkan curry powder. Masa nak masukkan curry powder tu, slowkan api.
5. Tumis sampai garing iaitu bila curry powder tu dah tukar color dark brown. Lebih kurang dalam seminit atau less than seminit.
6. Then masukkan bahan tumis tu dalam daging rebus td dan masuk sekali air rebusan kacang dhal tu. Nama teknik ni tumis darat menurut Pn Zaridzah iaitu ibu saya. Tumis darat ialah bila anda tumis asing2 then masukkan dalam bahan lain.
7. Kacau2. Then masuk carrot or kentang or dua2 skali. Kalau nak masuk sayur lembut masuk last2 sikit.
9. Tunggu smpai sayur hampir masak, then perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. Agak2 la ea. Letak sikit2 taw jgn terlebih.
10. Bila semuanya dah okay, baru masukkan santan. Gaul sikit2 sampai semua rasa dy dah mesra, boleh tutup api.

Dah siap. Itu dia. Boleh la mkn ngn roti canai ke, roti ke. Roti canai tu senang je nak buat. Panaskan pan, then letak yang instatnt punya atas pan. Hehe.

Okay, sampai sini jela ea. Selamat mencuba!

ameerafatin=)