Saturday, June 5, 2010

Kari Dhalca Daging @ Lamb Curry with Lentils

Hye! Assalamualaikum. Hari ni hari tak berapa nak best sangat. Tapi aku tak nak bagitau sebab ape. Haha. Okay, hari tu Kak Zai ade bagi kacang dhal sepeket. So hari ni tiba2 rasa nak buat kari dalca. Macam kari biasa je cuma letak kacang dhal.

Ingredients:

A hand full of lentils (kacang dhal)
A bowl of lamb meat (Meat ape2 pun boleh)
2 cm of ginger (Agak2 la ea ikut daging bnyak mana)
3 clove garlic (Agak2 jugak)
1-2 shallot (Agak2)
5 tsp of curry powder (I use Babbas)
5 tbsp thick coconut milk (santan pekat)
Tamarind juice
Carrot, potatoes, etc.

1. Kacang dhal tu kene rendam semalaman. Kalau tak nak semalaman, mcm 6 jam pon boleh la. Dari pagi sampai petang.
2. Kemudian rebus kacang dhal sampai lembut. Jangan hancur taw. Dah lembut tutup la api then tapis air dy. Simpan air dy.
3. Lepas tu rebus daging, ginger, garam sikit sampai lembut. Air jangan bnyak sgt taw. Tapi kene jaga la jgn sampai air kering. Ginger tu hiris halus2.
4. Bila dah empuk daging tu, boleh la start menumis. Panaskan minyak then tumis bawang putih dan merah. Bila dah garing, masukkan curry powder. Masa nak masukkan curry powder tu, slowkan api.
5. Tumis sampai garing iaitu bila curry powder tu dah tukar color dark brown. Lebih kurang dalam seminit atau less than seminit.
6. Then masukkan bahan tumis tu dalam daging rebus td dan masuk sekali air rebusan kacang dhal tu. Nama teknik ni tumis darat menurut Pn Zaridzah iaitu ibu saya. Tumis darat ialah bila anda tumis asing2 then masukkan dalam bahan lain.
7. Kacau2. Then masuk carrot or kentang or dua2 skali. Kalau nak masuk sayur lembut masuk last2 sikit.
9. Tunggu smpai sayur hampir masak, then perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. Agak2 la ea. Letak sikit2 taw jgn terlebih.
10. Bila semuanya dah okay, baru masukkan santan. Gaul sikit2 sampai semua rasa dy dah mesra, boleh tutup api.

Dah siap. Itu dia. Boleh la mkn ngn roti canai ke, roti ke. Roti canai tu senang je nak buat. Panaskan pan, then letak yang instatnt punya atas pan. Hehe.

Okay, sampai sini jela ea. Selamat mencuba!

ameerafatin=)

No comments: