Sunday, July 11, 2010

Roti Kismis Yogurt @ Yogurt Bread With Raisins

Salam. Hye!!

Aku baru je pas tgk Spain vs Netherland td. Uish, lama betul nak masuk goal. But it was a good game though. Goal Spain pun lawa tadi. Aku rasa they deserve to win la kot kalau nak di lihat dari segi performance deorg. Hehe. Tak tau la kan, aku bukan pakar sangat pun.

Sementara tengok bola tu, aku sempat la tunggu roti ni naik, and bakar masuk oven. Tengah2 waktu kritikal tu, sempat lagi nak amek gambar. Haha. Tak menyempat. Tapi kan, roti ni sangat lembut la. Memang sedap. Resepi ni dapat dari blog Abg Mat Gebu and Abg Mat dapat dari Kak Ummi. Kak Ummi dapat dari tak tahu la saya. Kalau anda ingin tahu, sila follow link Abg Mat tadi. Hehe.

Nak buat dy sama je macam roti biasa. Steps yang aku akan tulis ni kalau buat pakai tangan. Kalau anda ade bread maker, guna la breadmaker ea.

Ingredients:

2 1/2 cup bread flour (high protein flour)
3/4 cup multi-purpose flour
2 tbsp milk (I used fresh milk. U guys can use any milk i think. Resepi asal guna susu tepung)
1/2 cup powdered sugar
1 tsp salt
2 tsp yeast

1/4 cup yogurt
1 egg (Pukul sikit. Simpan sikit tuk sapu atas roti. Sikit je taw)
4 tbsp margerine (melted)
Water

A hand full of raisins (Soak in hot/warm water for about 5 minutes. Lepas tu lap guna paper tissue sampai kering)

1. Gaul sume bahan pertama iaitu tepung roti, tepung biasa, milk, gula, salt and yeast.
2. Masukkan bahan yang selebihnya kecuali kismis.
3. Uli sampai licin. Masukkan air sedikit demi sedikit. (Macam aku, aku guna lebih kurang 1/4 cup air. Tapi letak sikit2 taw)
4. Bila dah licin, tutup bekas guna plastik bersih atau tuala lembap. Biarkan 30 minit hingga 1 jam.
5. Lepas dah sejam, cucuk2 dough tadi bagi keluar angin dy.
6. Masukkan kismis yang dah kembang tadi. Uli lagi lebih kurang 5 minit. Then boleh la bahagikan kepada beberapa bahagian ikut kegemaran anda.
(Abg Mat buat bentuk panjang2. Dapat 12 bahagian. Saya buat satu roti besar and 4 bun)
7. Tutup balik bekas yang anda guna tuk letak bahagian2 roti tadi guna plastik. Biarkan 45 minit hingga sejam.

8. Masa ni boleh panaskan oven 180C atau 350F.
9. Lepas dah sejam, Sapu telur, then masuk oven for about 20-30 minit. Atau sehingga atas roti dah keperangan.

Okay siap! Ni roti besar aku. Tak tau la kenapa bentuk dy macam tu. Haha.

Ni bun saya.

Ni tekstur kat dalam roti tu. Nampak dan rasa lembut. Worth making. Boleh jugak makan dengan jem kalau nak. Or apa2 je.

Try la senang2 ye. Bubbyee!!

AmeeraFatin =)

2 comments:

Anonymous said...

gempak siot.. ko buat business je dahla weh..kaya raya=)) -hadith-

Ameera Fatin's Kitchen said...

hahaha... bisnes roti ke?? abes tu gardenia nak campak mane nnti weyh?? hahaha