Assalamualaikum semua. Hye!
Haa... Apa maksudnye bila aku dah update blog ni? Maksudnya exam dah habis! Yey! Sorry la sebab lama tak update. Blog patutnya kene selalu updte kan. So sebagai permulaannya, aku nak masukkan resepi nasi goreng belacan. Pagi td masak untuk breakfast. Lama tak makan breakfast yang proper. Selalu makan roti dengan peanut butter. Tak pun pizza. Haa... Tak puas langsung. Puas dan kenyang tu adalah dua benda yang berbeza taw. Kita orang melayu ni, kalau tak makan makanan kita, rasa tak lengkap pula. Tapi ada juga orang melayu yang dah tak suka makan makanan melayu. Suka pizza la, spaghetti la. Believe me, Malaysian food is the best. We have everything that you need. And sihat pun. Pizza tu banyak sangat cheese. Kita pakai santan jugak. Tapi tak la bnyak sangat. Kalau tak nak santan, boleh je makan sup. Sup kambing kita terbaik ape. Lagi sedap dr mushroom sup omputih. Hehe. Okay panjang benor nye. Jom lah kita tengok macam mana orang bujang ni masak nasi goreng belacan. Hentam je. Hehe.
Ingredients: (Seorang makan)
1 mangkuk nasi / Kalau masak nasi tu, aku guna 1 cup beras.
*1 shallot atau 1/6 bawang besar
*2 ulas bawang putih
*Belacan sebesar ibu jari. Agak2 la dengan amount nasi.
*6 batang cili padi
*Sedikit ikan bilis
Sebiji Telur
Segenggam ikan bilis.
Sayuran kegemaran. Kita guna bendi tadi. Hiris jangan tebal sangat. (Bendi = okra = lady's finger)
Perasa
1. Tumbuk bahan bertanda *. Aku ada lesung batu. So kalau sesiapa yang tak d tu, just mayang/hiris halus2 je k.
2. Goreng ikan bilis segenggam tu, letak tepi.
3. Guna pan yang sama, panaskan minyak cukup dengan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis bahan2 tu sampai naik bau.
4. Masukkan telur. Bila telur dah hampir masak, masukkan bendi yang dah di potong2 tadi.
5. Kemudian, masukkan nasi yang dah di peroi2 kan. Maksudnya, kita tak nak la nasi tu berketul2. Nanti susah nak cerai-cerai kan.
6. Masukkan juga ikan bilis goreng tadi. Gaul sampai sebati. Perasakan guna garam jika kurang masin. Goreng nasi sehingga nasi terasa ringan.
p/s: Macam mane nak tau nasi tu ringan? Bila dy dah bercerai2 and dah tak lekit2. Agak2 la. Kalau tak tau macam mana, just goreng for about 3-5 minit atas api sederhana.
Haa. Itu dia. Senang je. Macam masak nasi goreng biasa tu. Cuma letak belacan je. Cuba lah ye.
Okay la, nak mandi manda and sambung tengok movie. We'll see petang ni nak masak apa pulak. Bubbye!
AmeeraFatin=)
Wednesday, December 14, 2011
Thursday, November 17, 2011
Omelette Sihat
Hye! Salam.
Sebagai seorang yang busy, aku rasa omelette je la makanan yang paling senang nak masak and sihat jugak. Aku letak la bahan2 yang best kat dalam tu. Memang sedap. Kalau ibu kat rumah, ibu suka letak bendi. Tapi aku sekarang ni tak de bendi, so aku substitute dengan kobis. Asyik kobis je. Hehe.
Ingredients: (1 person)
1 telur
2 daun bunga kobis - hiris halus
(Boleh ganti kobis dengan bendi, carrot, atau apa2 yang anda suka)
1 ulas bawang putih- hiris
1 bawang merah- hiris (Aku suka bawang merah dalam omelette, so letak banyak2)
Segenggam ikan bilis
Garam
Parsley flakes
Garlic powder *optional
Pepper
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Apabila sudah garing, masukkan kobis yang dah dihiris tadi.
2. Masukkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, parsley flakes, garlic powder,pepper. Kacau sebati.
3. Apabila sayur sudah masak, masukkan kedalam telur tadi.
4. Goreng omelette tadi dengan api sederhana sehingga masak.
Siap dah.
Nampak macam emelette biasa je kan? Memang pun. Tapi kalau korang cuba dengan bendi, lagi sedap mengancam woo. Ibu slalu buat kat rumah, memang sedap.
Okay, selamat mencuba!

Sayur Lodeh (Selamat Hari Raya Aidiladha! Belated)
Hye! Assalamualaikum.
Setelah hampir sebulan tak update blog, akhirnye berkesempatan juga nak update. Terlalu sibuk semester ni sampai even nak masak pun tak de masa. Humm. So hari tu masa hari raya, aku masak rendang, lodeh and nasi impit sikit. Nasi impit ade 3 je yang kecik tu. Masak sendiri, makan sorang2. Tapi bagi2 la jugak jiran2 tetangga iaitu Fira sahaja. Hehe. Pastu tak beraya mana pun, dok buat keje je dalam bilik. Memang nerd kan? Haha.
Ingredients:
Bawang putih 3 ulas (cincang)
Bawang merah 1(cincang)
Kiub pati ayam/ikan bilis 1
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Santan pekat 1 tin (atau santan pekat 2 cawan, santan cair 1 cawan)
Sayuran yang anda suka (Lobak merah, kobis, kentang, kacang panjang, etc)
Cili Padi/ cili besar jika tak nak pedas - hiris
Su'un (di rendam terlebih dahulu) *optional
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sampai lembut.
2. Masukkan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan air agak2 tutup semua sayur. Jika guna santan cair, masukkan santan cair.
3. Masukkan sayuran yang telah di potong mengikut citarasa masing2. Masukkan sayur kerasa terlebih dahulu. Kemudian masukkan cili.
4. Apabila sayur sudah hampir masak, masukkan santan pekat dan su'un. Kacau supaya tidak berketul. Perasakan dengan garam dan gula.
Sedapnye bila makan lodeh dengan nasi impit dengan sambal kacang iaitu lontong. Tapi oleh kerana tak de sambal kacang, aku makan dengan rendang je.
Lodeh ni boleh je nak masak hari2, buat lauk. Senang je nak masak dy. Kalau nak lebih sihat, boleh tukar santan kepada susu cair.

Tuesday, October 25, 2011
Japanese Curry (Instant)
Hye! Assalamualaikum.
Haaa... Curry is not mu favorite food. Tapi lately ni asyik kari, kari, kari. Biasa lah, kalau kita lemah dalam sesuatu tu, even tak suka, kita akan practice banyak2 kali smpai mahir. Lama2 tak perasan yang rupa- rupanya kita dah tersuka. Hehe. Macam dulu masa sekolah rendah, aku tak suka Math sebab suka suruh cari mana satu yang salah. Dah la tak boleh pakai calculator. Malas betul. Sebab malas, terpaksa counter act balik, dengan terpaksa buat jugak. Lama2, Math la subject kegemaran.
Oh ni Japanese curry yang instant je. Aku beli from Walmart. Ari tu jalan2 ternampak, then terus grab je masuk trolly. Rasa dy, mcm masak kurma kot. Eh entah la. Tapi familiar taw. Cara masak, ikut je ape kotak cakap. Even though English dy mcm terbalik2 sikit, but its okay, faham je. Tak payah nak comment banyak sangat. Yang penting rasa sedap. Hehe.
Dah masuk fall dah kat sini. And ada satu pokok depan tingkap bilik ni sangat2 menarik perhatian. And aku nak kongsi la gambar dy untuk yang nak tengok. =)
Sekarang ni sangat2 busy. Ni pun curi masa kejap nak update. Just so you know, I am not going anywhere. Kalau aku free, akan update punya okay!
Okay, bubbye!

Friday, October 14, 2011
Kari Ayam @ Chicken Curry
Hye! Assalamualaikum.
Sekian lama tak update blog, akhirnya update juga hari ni. Sambil tengah late lunch tom yam ramen. Huhu.
Hari tu masa pergi melawat anak Ainul, aku ada mintak resepi kari from her mom, pure Penang gitu. Sebab masa tu Aunty masak kari taw. And sedap. Rasa macam kari yang kita makan nasi kandar tu. Haa. Apa lagi, try la buat last week, and jadik! Yey! Tapi kurang sama la. Mungkin air tgn. Atau mungkin aku masak tak pandai. Hehe.
Ingredients:
5-6 ketul ayam
2 shallot*
3 ulas garlic*
1cm thick halia (ginger)*
*blend bahan2 bertanda star.
4 sekawan - 1 bunga lawang, 1 batang kayu manis, sedikit jintan, sedikit ketumbar. (star anise, cinnamon stick, cumin, coriander)
5 sudu penuh (penuh smpai membukit)
2 sudu santan
2 biji kentang potong dadu (optional)
Garam, gula, perasa.
1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan. Hati-hati, nanti jintan terpercik2 keluar.
2. Masukkan bahan2 yang dah blend, tumis sampai naik bau.
3. Perlahankan api, masukkan serbuk kari. Tumis sampai masak. Dalam 2-3 minit.
4. Masukkan ayam dan air sehingga tutup semua ayam. Buat api medium high.
5. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kentang.
6. Bila dah masak, masukkan santan, dan perasakan.
Tu dia. Kalau korang nak lg pekat, boleh tambah kari lagi la ye. Hehe.
Okay la, selamat mencuba!

Sunday, October 2, 2011
Chicken Bok Choi Soup
Assalamualaikum!
Hari tu masa tengah sejuk, tiba2 rasa nak makan sup taw. Pastu before tu, ade beli bok choi yang besar tu. Yang batang dy putih banyak tu. So ingat nak buat sup ayam, letak sikit bok choi. Baru la macam balance kan. Tapi bila dah jadik, rasa dy mcm sedap taw. Rasa sup ayam plus sup sayur. Haha. Aku suka sebab aku suka sayur.
Ingredients:
Ayam potong kecik2 - 1 mangkuk kecil/ sederhana.
2-3 clove garlic - hiris
1 shallot - hiris
Sedikit halia - about 0.5-1 cm thicknessc - hiris halus2
Bok Choi besar 2 batang - potong kecik2
1 kentang - potong dadu kecik2
Sup bunjut (kalau tak de pun tak pe)
Salt and pepper
1. Rebus ayam dan separuh dari hali tu. Masukkan sup bunjut.
2. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang selebihnya sampai warna keemasan. Tak perlu guna minyak yang banyak.
3. Bila ayam dah separuh masak, tuang bawang goreng tu dengan minyak skali ke dalam periuk sup. Masukkan semua sayur dan bahan perasa.
4. Bila dah masak, boleh perasakan lagi dan tutup api.
Gambar yang second tu aku makan dengan bihun. Pun sedap jugak. Tapi kalau ada sambal kicap mesti lagi sedap kan? Haa... Tak de cili padi kat rumah. =(
Tak pela, pape pun, makan macam tu lagi sedap. Sebab korang boleh rasa sayur dan ayam dalam sup ni. Pastu kalau letak sup bunjut, lagi rich la rasa dy. Saya suka, saya suka. Hehe.

Garlicky Baked Potatoes
Hye! Assalamualaikum.
Oh, sekian lama tak update, update jugak hari ni. sangat busy sekarang ni. Next week je ade 2 midterm exam, 2 quizzes, 2 hw due monday, 1 due tuesday and the coming hw. Memang busy. Tapi next weekend ade Fall break 4 hari. Boleh lah relax sikit. Sikit jela. Sebab hw untuk submit after fall break pun dah ade dah. Pastu ada satu lg Midterm exam. Aku pulak yang pening nak cite. Haha.
Anyways, ari tu aku rasa nak makan baked potatoes. Tapi mcm bosan je bake macam biasa tu. So search la for other recipe. Pastu jumpa ni, Garlic Potato Fries. And bila try, memang sedap, except aku terlebih tepung jagung rasanya. Tapi sedap la. Dengan sedikit modification, mcm biasa.
Ingredients:
3 Potatoes - Potong wedges cut
3 cloves of garlic - chopped
6 tbsp EVOO (extra virgin olive oil) *kalau tak de, pape olive oil pun boleh. tak pun minyak biasa pun boleh.
1.5 tbsp corn starch (tepung jagung)
1.5 tsp black pepper
1.5 tsp salt (agak2 je sebenarnye, kalau nak ikut resepi, pun boleh.)
1/2 tsp garlic powder (aku suka garlic, so letak lebih sikit.)
1/2 tsp Chili powder (tambah sendiri bagi pedas, hehe.)
1. Panaskan oven 225C or 440F.
2. Rendam chopped garlic dalam EVOO. Biarkan 5 minit or so.
3. Rebus kentang sampai separuh masak, macam 5 minit mendidih.
4. Dalam pinggan, gabungkan semua bahan kering.
5. Ambil sikit minyak yang rendam garlic tu, sapu pada baking sheets atau pape bekas yang korang nak masuk oven tu nanti.
6. Bila kentang dah separuh masak, toskan airnya, dan gaulkan dengan minyak yang dah rendam garlic tu. Pastu tekap atas campuran bahan kering tu rata2. Pastu susun atas baking sheets.
7. Masuk oven for about 30-40 mins atau sampai kentang tu crispy outside.
Oh sedap taw. And pedasss. Mungkin sebab terlebih chili powder kot. Try laa!
Okay la, nak smbung kehidupan seorang nerd. Haha. Selamat mencuba ye!

Saturday, September 17, 2011
Ungkep (Makanan Jawa)
Hye! Assalamualaikum!
Masakan ni which is Ungkep, adalah salah satu makanan kegamaran aku. Boleh jadi top 10 jugak lah dalam list. Hehe. Ni makanan jawa. Each time aku cakap pasal ungkep, people will ask me, what it is. And aku akan jawab, hurmmm dy macam rendang tapi tak de kerisik and santan. Siang tadi aku try masak, and jadik! Yey! I'm so happy. Tapi rasa dy tak la sesedap ibu masak kat rumah. Ibu is the best, for sure. So now, I'm presenting to you, my dish. =)
Ingredients:
Semangkuk daging di hiris nipis/ 3 ketul ayam
Jintan dan ketumbar sesudu teh
Sedikit white pepper
*3 clove garlic (hiris)
*2 shallot (hiris)
*Halia sebesar ibu jari
*1 batang serai (hiris nipis)
*Sedikit kunyit (Kalau guna kunyit serbuk, sesudu kecil)
*Sesudu kecil serbuk kari
*Sedikit lengkuas (Aku tak guna sebab tak de)
1 asam keping saiz kecil
Garam dan gula
1. Blend semua bahan bertanda * sampai menjadi puree.
2. Panaskan minyak, tumis ketumbar jintan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Masukkan asam keping dan white pepper.
3. Masukkan daging/ayam, tutup periuk supaya cepat masak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Perasakan dengan garan dan gula.
Oh tiba2 ade sebatang serai didalam mangkuk. Haha. Saje je letak serai yang lebih tu sebagai hiasan. And gambar2 ni guna different white balance (sejenis setting camera), so ada yang nampak kuning, ada yang nampak putih.
Aku punya ungkep ni berkuah sikit sebab i like it that way. Tapi kalau korang nak buat kering sikit, pun boleh. Terpulang kepada kegemaran masing2 okay. Sedap dimakan bersama nasi putih yang panasss.
Senang je kan buat dy? I love it! Selamat mencuba!
AmeeraFatin=)
Masakan ni which is Ungkep, adalah salah satu makanan kegamaran aku. Boleh jadi top 10 jugak lah dalam list. Hehe. Ni makanan jawa. Each time aku cakap pasal ungkep, people will ask me, what it is. And aku akan jawab, hurmmm dy macam rendang tapi tak de kerisik and santan. Siang tadi aku try masak, and jadik! Yey! I'm so happy. Tapi rasa dy tak la sesedap ibu masak kat rumah. Ibu is the best, for sure. So now, I'm presenting to you, my dish. =)
Ingredients:
Semangkuk daging di hiris nipis/ 3 ketul ayam
Jintan dan ketumbar sesudu teh
Sedikit white pepper
*3 clove garlic (hiris)
*2 shallot (hiris)
*Halia sebesar ibu jari
*1 batang serai (hiris nipis)
*Sedikit kunyit (Kalau guna kunyit serbuk, sesudu kecil)
*Sesudu kecil serbuk kari
*Sedikit lengkuas (Aku tak guna sebab tak de)
1 asam keping saiz kecil
Garam dan gula
1. Blend semua bahan bertanda * sampai menjadi puree.
2. Panaskan minyak, tumis ketumbar jintan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Masukkan asam keping dan white pepper.
3. Masukkan daging/ayam, tutup periuk supaya cepat masak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Perasakan dengan garan dan gula.
Aku punya ungkep ni berkuah sikit sebab i like it that way. Tapi kalau korang nak buat kering sikit, pun boleh. Terpulang kepada kegemaran masing2 okay. Sedap dimakan bersama nasi putih yang panasss.
Senang je kan buat dy? I love it! Selamat mencuba!
AmeeraFatin=)
Sunday, September 11, 2011
Bihun Goreng Bujang
Assalamualaikum! Hye semua!
Lama tu nak fikir nama mee goreng ni. Nak cakap mee goreng kicap pun boleh la. Up to you guys la. Hehe. Masa tu aku rasa nak makan "a real food". Which means bukan roti, bukan pizza, bukan kek, bukan maggi. So benda paling senang ialah bihun goreng. Tapi asyik buat bihun goreng yang sama je. So aku tukar la sikit2 resepi. Malas nak tumis cili, so aku tak tumis. Hehe.
Ingredients:
Semangkuk bihun yang dah lembut
2 clove garlic - chopped
Kicap
Sos tiram
Sos Sriracha (Guna la sos pape yang korang ade dan gemari okay!)
Pepper
Carrot atau apa2 sayur - potong kecil2
Ayam/udang
Perasa
Dark soy sauce (optional)
1. Tumis garlic sampai naik bau. Then kecikkan api, letak sesudu kicap, sedikit sos tiram, sos sriracha secukup rasa, dan dark soy sauce jika gunakan.
2. Bila dah mcm berbuih, masukkan carrot dan ayam. Masukkan sikit air.
3. Bila carrot dah hampir lebut dan ayam dah masak, masukkan pepper dan perasa. Kemudian masukkan bihun.
4. Gaul sampai rata. Siap!
Senang kan? Kejap je masak dy.
Oops! Letak dalam container terus lah. Tak present dalam pinggan pun. Sorry. Sebab masak banyak taw, so nak terus simpan la. Hehe.
Senang je kalau untuk orang2 yang busy, atau tengah tak de mood nak masak, sesuai ni.
Selamat mencuba ye!
AmeeraFatin=)
Thursday, September 8, 2011
Kek Paun Teh Susu @ Milk Tea Pound Cake
Assalamualaikum...
Setelah lama tak masak2 sangat, hari ni aku pun bake la kek. Sebab baru je lepas siap homework subject reservoir ni. Ya ampun, 2 hari jugak tu dok fikir. Memang susah betul. Tapi tak pe, dah siap pun. So apa salahnya kalau bagi badan dan minda rehat sekejap kan, dengan membuat kek.
Masa tengah cari resepi kek yang macam senang nak buat, aku terjumpa resepi kek ni dekat myresepi. Eh macam senang je. So try la buat. And jadik! Yey! Rasa dy ala-ala kek pisang, cuma tak de pisang. Tapi betul la, rasa macam kek pisang. Hehe. Macam biasa, aku ada olah sedikit. Instead of guna susu segar dengan teh untuk buat teh susu, aku guna teh susu instant. Hehe. Biasa la orang bujang, malas sikit.
Ingredients:
120g tepung gandum - 1 cup
1 tsp baking powder
80g butter - 5 1/3 tbsp
2 biji telur - asingkan kuning dan putih
1 sachet teh tarik instant (aku guna jenama Ali Tea)
1 teabeg untuk adunan (keluarkan teh dari tea beg)
80g gula halus - 3/4 cup
1. Panaskan oven 350F @ 170C
2. Buat teh tarik tu dan kalau boleh jangan manis sangat dan jangan cair sangat. Just nice.
3. Pukul butter dengan separuh dari gula yang disukat tadi sehingga sebati.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
5. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga putih. Masukkan separuh lagi gula, dah sambung pukul sehinnga menjadi meringue. Macam dah ada bucu la kat buih putih telur tu bila korang angkat pemukul. Kalau tak jadik2 lepas dah pukul 10 minit, biar je.
6. Masukkan putih telur tu dalam adunan, kaup balik bersama adunan. Masukkan juga tepung dan baking powder.
7. Masukkan air teh tarik dan serbuk teh. Kaup balik sampai sebati.
8. Lapiskan loaf pan dengan baking sheet. Kalau tak de pun tak pe. Kemudian tuangkan adunan kedalam loaf pan. Kalau tak de loaf pan, guna cupcake pan pun tak pe. Dapat 6 cupcake. Kalau tak de jugak, pakai apa2 yang boleh masuk oven pun tak pe. =)
9. Masukkan dalam oven untuk 30 minit atau sehingga masak. Bila cucuk pakai tooth pick atau garfu, dah tak de kek yang cair melekat.
Haa senang je dan sedap dan lembut! Cubalah.

Selamat Hari Raya! Yang ke-9!
Assalamualaikum! Hye!
Aahhh sorry sekali lagi! Sekali lagi kita terlambat nak update blog. Tapi-tapi, bila check blog, ada juga yang sudi view. Terima kasih, arigato, shukran. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua pembaca saya. =)
Ada cerita best masa hari raya hari tu. Oleh sebab aku baru sampai sini kan, sempat nak puasa kat rumah macam 2 minggu lebih jugak la. so bila nak raya tu macam nak dekat sedih jugak la. Tambah2 pula kawan2 kat facebook tu asyik update je ape yang berlaku kat Malaysia. Hehe. Tapi tak sedih lagi la. So aku dan fira decide nak masak2 before raya. Ibu pernah cakap, kalau hari raya, tak kira la kita balik kampung ke tak, beraya ke tak, yang penting kene masak juadah hari raya. Aku tak pasti kenapa, tapi benda yang baik, ikut jela kan.
So aku pun masak la nasi beryani kegemaran aku tuuu. Hehe. Fira masak lodeh kegemaran dia tu. Nak makan malam Selasa la kan, sebab Malaysia nak raya Selasa. Ingatkan kat sini pun sama la. Then malam tu ajak la Ainul makan2 skali, makan kuih skali. Pergh dah terasa mcm malam raya. Terus tak sedih. Lepas dinner tu, tiba2 dapat tau yang raya adalah pada hari rabu. Alamak baru je lepas dinner malam raya. Haha. Pastu bila hari raya sebenar, terus tak de rasa mood raya. Tapi tak kesah pun, okay je hari raya. And for the 1st time, aku pakai baju kurung pegi class. Hehe.
Lepas tu after class, aku and fira and student malaysia baru, nama dia hafizah, pergi la beraya kat rumah aunty aizan. Best jugak la. Tapi aunty aizan esoknya dah nak balik Madinah balik dah. Lepas ni tak tau lagi bila boleh jumpa.
Lepas tu Kak Aishah ajak beraya kat kansas city. Kitorang ingat macam hari raya kitorang dah berakhir kat rumah aunty aizan taw. Nasib baik kak aishah ajak raya kat sana. Meriah sikit. Thank you kak aishah! Kat rumah kak ghita macam biasa la. Food banyaaakkk! Tapi sebab hari tu aku breakfast susu je, then after kelas pukul 4pm makan sekeping roti je, masuk angin perut. Makan sikit je. Lepas tu pegi rumah kak nik, baru lah boleh makan. Tapi tak banyak sangat jugak, sebab dah kenyang. Hehe.
Begitulah cerita rayaku untuk tahun 2011 ni. Tapi lepas raya, je, banyak sangat keje kene buat. Busy sangat la semester ni. Tak sempat2 taw nak masak pun. Lapar2 balik class, just panaskan pizza instant je. Tak bagus kan? Habis tu dah tak de masa nak masak. Huhu. Pape pun, aku try update jugak okay!
Okay la, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi. Bye!
AmeeraFatin=)
Aahhh sorry sekali lagi! Sekali lagi kita terlambat nak update blog. Tapi-tapi, bila check blog, ada juga yang sudi view. Terima kasih, arigato, shukran. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua pembaca saya. =)
Ada cerita best masa hari raya hari tu. Oleh sebab aku baru sampai sini kan, sempat nak puasa kat rumah macam 2 minggu lebih jugak la. so bila nak raya tu macam nak dekat sedih jugak la. Tambah2 pula kawan2 kat facebook tu asyik update je ape yang berlaku kat Malaysia. Hehe. Tapi tak sedih lagi la. So aku dan fira decide nak masak2 before raya. Ibu pernah cakap, kalau hari raya, tak kira la kita balik kampung ke tak, beraya ke tak, yang penting kene masak juadah hari raya. Aku tak pasti kenapa, tapi benda yang baik, ikut jela kan.
So aku pun masak la nasi beryani kegemaran aku tuuu. Hehe. Fira masak lodeh kegemaran dia tu. Nak makan malam Selasa la kan, sebab Malaysia nak raya Selasa. Ingatkan kat sini pun sama la. Then malam tu ajak la Ainul makan2 skali, makan kuih skali. Pergh dah terasa mcm malam raya. Terus tak sedih. Lepas dinner tu, tiba2 dapat tau yang raya adalah pada hari rabu. Alamak baru je lepas dinner malam raya. Haha. Pastu bila hari raya sebenar, terus tak de rasa mood raya. Tapi tak kesah pun, okay je hari raya. And for the 1st time, aku pakai baju kurung pegi class. Hehe.
Eh2, nak masuk gak gambar tu. Haha. Ni gambar beryani. Kali ni masak, nasi dia tak lembik. Just nice. Banyak aku makan. Hehe.
Dengan Kak Ghita dan desserts. Semua sedap belaka, macam selalu. Ada 5 jenis kek lapis Sarawak. Maybe more.
Dengan Kak Aishah and Feyruz. Feyruz ni bijak sangat.
Dengan Kak Nik yang baik sangat. Ni rumah baru Kak Nik, cantik.
Nama budak ni Iman. Aku rasa dia ni cantik. Dah besar nanti mesti lagi cantik.
Begitulah cerita rayaku untuk tahun 2011 ni. Tapi lepas raya, je, banyak sangat keje kene buat. Busy sangat la semester ni. Tak sempat2 taw nak masak pun. Lapar2 balik class, just panaskan pizza instant je. Tak bagus kan? Habis tu dah tak de masa nak masak. Huhu. Pape pun, aku try update jugak okay!
Okay la, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi. Bye!
AmeeraFatin=)
Tuesday, August 23, 2011
Assalamualaikum! Ramadhan mubarak!
Assalamualaikum semua!! Hye!
Setelah sekian lama tidak mengupdate blog masakan ini, saya merasakan seperti bersalah pula ye. Hehe. Sorry la sebab baru je sampai sini, dan di rumah pun sangat jarang memasak, tolong ibu masak je. So maksudnya, memang tak update blog la. Semalam baru je beli barang2 dapur untuk apartment ni. Dan sekarang, mood memasak tu macam belm datang lagi. Setiap hari buka kat masjid je. Alhamdulillah, nasib baik masjid ada hidang buka puasa. Kalau tidak, agak kebuluran la aku dan Fira ni sebab rumah pun tak ada apa yang boleh dimasak tambahan pula kami ini daif, tiada kenderaan hendak kesana dan ke mari. Betul ke penggunaan daif tu? Haha, tak kesah la kan.
Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah setahun dah blog masak2 aku ni. Eh, setahun lebih. Tahun ni, oleh sebab kelas yang padat dan bekerja pulak tu, aku akan cuba untuk mengupdate resepi sekurang-kurangnya seminggu sekali ye. Resepi akan datang mungkin resepi salad, sebab hari tu masa makan salad kat masjid tu, macam sedap je rasa dy. Then terus mintak resepi. Aku juga Inshaallah akan cuba untuk buat tempe sendiri! Yey! So bila ada tempe tu, boleh la buat sambal goreng jawa lagi. Buat nasi ambeng ke kan. Hehe. Tapi tak de serunding la pulak. Tengok dulu la nanti ye.
Okay la, tak nak menulis panjang2 sebab banyak lagi blog lain yang semua org nak baca kan. So, selamat berpuasa even though dah lamabat sgt ni nak wish, dan selamat berbuka!
AmeeraFatin=)
Wednesday, June 15, 2011
Kenduri Kahwin di Johor
Hye! Assalamualaikum.
Alamak, sekarang ni dah pukul 11.30 malam and aku tertelan air liur sebab terasa nak makan ni. Aaaa.... Memang sedap taw. Rugi sape yang dapat jemputan tu tak datang. Hehe. Pastu atok bawak balik kambing masak beryani plak tu adoi. Sedap gila la. Semua lauk atas pinggan ni sedap. Eh aku comment ni bukan sebab lama tak makan taw, tapi memang sebab sedap. Semua orang cakap sedap. Haa. Haha.
Kakak2 kat depan ni nama dy "tol". Macam adat la kat johor ni. Pengantin perempuan duduk dalam rumah. Pengantin lelaki kene melalui beberapa tol sebelum sampai ke dalam. So dekat tol tu dy kene lah bagi ang pow sampai la tol gate girl ni rasa mcm nak bangun. Haa. Haha. Best kan? Aku pun dok tgk benda tu sambil tersengeh2. Biasanya kalau kat pagar rumah tu, makcik2 ni bagi pantun. Kalau tak dapat jawab, baru bagi ang pow. Lebih kurang camtu la.
Semua orang tengah makan dengan khusyuk sekali walaupun cuaca panas. Family kitorg je dah 2 meje. Hehe. Macam vip gitu.
Alamak, sorry la sebab dah berkurun lama aku tak update. Biasa la, duduk rumah ni, sentiasa kenyang. Alhamdulillah. Tapi seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan gambar hidangan pada kenduri kawen sedara aku kat Pontian hari tu. Before tu, aku nak review dulu. Makanan dy mmg superb lah! Paling tak ley lupa, acar sayur tu. Pergh, pembuka selera tu. Daripada malas nak makan, terus makan sepinggan. Diorang hidangkan nasi beryani. Tapi ada gak pilihan nasi putih dan lauk2 nasi ambang. Tapi aku makan je sume sekali dengan nasi beryani tu.
Pastu ibu, Cik Wa, Cik Tati, Cik Ani and atok dapat berkat taw sebab ni sedara terdekat. Yang kawen tu cousin ibu and adek beradik ibu sume tu la. Pastu bila kumpul2, dah macam banyak gila dapat. Terasa seperti hari raya gitu. Hehe.
Alamak, sekarang ni dah pukul 11.30 malam and aku tertelan air liur sebab terasa nak makan ni. Aaaa.... Memang sedap taw. Rugi sape yang dapat jemputan tu tak datang. Hehe. Pastu atok bawak balik kambing masak beryani plak tu adoi. Sedap gila la. Semua lauk atas pinggan ni sedap. Eh aku comment ni bukan sebab lama tak makan taw, tapi memang sebab sedap. Semua orang cakap sedap. Haa. Haha.
Okay la, sampai sini sahaja. Kalau ada kelapangan, aku update lagi okay!
AmeeraFatin=)
Tuesday, May 31, 2011
Lemak Ikan Masin Terung
Hye! Assalamualaikum.
Adoi lambat bebenor nye nak upload gambar. Tak dapek den nak upload banyak2. But it's okay. Sedap gila kot ibu masak. Dengan sambal sekali. Dah la kejap je ibu masak. Macam letak gula garam skali je, tak yah rasa banyak2 kali. Expert la tu. Aku kalau masak sambal, jenuh merasa sampai kenyang. Haha.
Nampaknya blog ni dah kene jadik blog masakan ibu aku. Sebab lauk ni ibu yang masak, aku tukang makan je. Hehe. Kejap je ibu masak, macam 20 mins je taw. And senang je.
Ingredients:
Santan cair 2 cup
santan pekat 1 mangkuk
(kalau guna santan instant, 1 tin)
ikan masin
terung - potong ikut kegemaran
perasa
cili besar dihiris
bawang putih dihiris
bawang merah dihiris
p/s: bahan2 semuanya agak2 dengan kuantiti ikan masin dan terung
1. Rebus santan cair (atau air sahaja jika guna santan instant) , terung, ikan masin, bawang putih, bawang merah dan cili sampai hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, boleh masukkan santan pekat (atau santan tin) dan perasakan. Hati2 ye sebab ikan masin dah masin, so jangan letak garam dulu sebelum anda merasa.
3. Bila dah mendidih, tutup api, boleh makan dengan nasi dan sambal tumis udang. Hehe.
Adoi lambat bebenor nye nak upload gambar. Tak dapek den nak upload banyak2. But it's okay. Sedap gila kot ibu masak. Dengan sambal sekali. Dah la kejap je ibu masak. Macam letak gula garam skali je, tak yah rasa banyak2 kali. Expert la tu. Aku kalau masak sambal, jenuh merasa sampai kenyang. Haha.
Okay kalau rasa mcm terliur je kan, masak la okay! Hehe. Recommended!
AmeeraFatin=)
Monday, May 30, 2011
Malaysia! Johor!
Hye! Assalamualaikum!
Cendol di cuaca panas sebegini memang terbaik la weyh! Tapi yang ni kurang ummphh sikit. Kat muar ni ada cendol terbaik. Nanti nak makan. Hehe.
Muka sume orang kecuali saya sebab saya tukang amek gambar. Hehe. On the way nak pegi snorkeling.
Okay dah sampai Johor dah pun! And semalam sebenarnya aku baru balik jalan2 from pangkor. And nak tau tak, on the way balik Johor tu, kat selangor, tak ingt la tempat dy, mungkin Kuala Selangor agaknya, Aku makan nasi ambeng! Memang terbaik lah. Nama kedai dy Restoran Ambang Campur. Kecik je kat tepi jalan. But masakan dy memang pure Jawa la weyh. Cuma sambal goreng dy kurang uummphh sikit. And ayah cakap nnti nak bukak restoran nasi ambang gak But nak bagi nama Restoran Ambang Campur Sendiri. Haha. Sebab ingatkan dy campurkan lauk2, rupanya aku campur sendiri. Kepada mereka yang belum pernah try nasi ambang, try la. Dy campur nasi putih, mee goreng, serunding, ayam masak kicap/ayam goreng/ikan goreng/ikan masak lemak, sambal goreng jawa. Macam semalam ayah amek lauk ikan keli masak lemak dy taw. Pergh sedap gila. Ada bau cekor. Tapi sayangnya aku terlupa nak amek gambar plak.
Okay lepas tu aku dah makan nasi lemak macam banyak gila kali, pastu roti puri, tom yam, makan seafood kat pangkor, dan bermacam2 lagi yang aku terlupa nak amek gambar. Hehe. Sempat amek gmbr ni je.
Cendol di cuaca panas sebegini memang terbaik la weyh! Tapi yang ni kurang ummphh sikit. Kat muar ni ada cendol terbaik. Nanti nak makan. Hehe.
Okay la, sempena cuti ni, macam kurang memasak la. Sebab kat Malaysia ni makanan sume macam murah kan nak beli, so beli je. Weekend ni ada kerja kawen kat kampung Pontian. Sepupu atok punya anak sedara. Haa cmne tu. Dua pupu ibu la kot. Nanti kalau aku teringat, aku amek gambar juadah kawen kat Johor okay. Mintak2 la deorg serve nasi beryani. Lamo den tak makan ni. Then skrg tak sabar nak balik Pontian!! Nak jumpa atok.
Okay la, nanti kalau ade pape lagi aku update okay. Sorry sebab tak de resepi baru. Nanti kalau ada, sure aku update jugak. Okay! Terima kasih sebab setia dengan blog saya yang tak seberapa ni.
AmeeraFatin=)
Friday, May 20, 2011
Ravioli w/ Cream Gravy
Hye!! Assalamualaikum!
Okay sekarang berbalik ke raviolinya. Macam mane aku buat ravioli tu? Senang je, beli yang frozen punya kat Walmart. Haha. Sorry la aku tak reti lagi nak buat pasta sendiri. Nanti la bila aku dah belajar buat pasta sendiri, Inshaallah aku buat sendiri okay. Aku tak tau kalau kat Malaysi kat mana boleh dapat ready made ravioli. Aku rasa korang boleh try cari dekat tempat yang korang senang nak dapat western food punya barang. Kat mana tu? Saya pun tidak tahu sebab dulu masa kat Malaysia, aku ni tukang makan je. Hehe.
Okay dah nak dekat 2 minggu tak update ape2. Sebab aku busy nak exam. Pagi tadi baru habis paper terakhir. Fuh! Lega. Tapi apakan daya, terpaksa menyusul ke kerja seterusnya iaitu mengemas bilik. Sebab summer ni masa aku balik Malaysia, barang tak boleh letak sini. Tak sangka betul bilik aku yang agak kosong ni rupa-rupanya mengandungi barang yang sangat banyak ye. Penat tu kemas. Tak siap lg. Sambung esok jela.
Okay, sekarang aku suka tengok Hell's Kitchen taw. Ala yang Chef Gordon Ramsay jerit2 kat orang tu. Tak kesah la. Tapi salah satu menu kat Hell's Kitchen ialah ravioli. Ape ravioli? Dia macam karipap kecik, kulit dia diperbuat daripada pasta, dan isi dalam dia boleh jadi cheese, boleh jadi daging, boleh jadi apa2 sahaja yang anda ingin kan. Then dia di makan dengan kuah, and selalunya orang makan dengan macam spaghetti sauce tu. Tapi oleh sebab aku dah nak balik, tak daya nak beli spaghetti sause yang selalunya dijual dengan kuantiti yang banyak tu. So aku pun decide nak buat cream gravy macam dalam resepi pasta Primavera aku dulu. Sama je, cuma aku tak letak carrot, cili and cube ayam. Aku gantikan dengan ayam sebenar. Korang masukkan je dalam cream tu, then tunggu sampai ayam masak. Kalau dia dah memekat sangat, tambah susu lagi.
So ni la hasilnye.
Okay sekarang berbalik ke raviolinya. Macam mane aku buat ravioli tu? Senang je, beli yang frozen punya kat Walmart. Haha. Sorry la aku tak reti lagi nak buat pasta sendiri. Nanti la bila aku dah belajar buat pasta sendiri, Inshaallah aku buat sendiri okay. Aku tak tau kalau kat Malaysi kat mana boleh dapat ready made ravioli. Aku rasa korang boleh try cari dekat tempat yang korang senang nak dapat western food punya barang. Kat mana tu? Saya pun tidak tahu sebab dulu masa kat Malaysia, aku ni tukang makan je. Hehe.
Okay la, kalau korang berminat, try la ye. Nak tidur dah. Goodnight!
AmeeraFatin=)
Saturday, May 7, 2011
Tuna Puff 2nd Version
Hello guys and girls! Assalamualaikum w.b.t.
Cantik tak? Macam siput sikit2 kan? Haha. Resepi tuna sambal dalam tu ikut resepi ni. Cara nak roll dy, korang roll je macam biasa. Then potong roll yang panjang tu dengan ketebalan lebih kurang 0.8-1 inch. Then roll kan dalam telur supaya kulit dy jadik warna keperangan yang cantik bila dah masak. Kemudian letak atas pan, tabur dengan black pepper sebagai hiasan. Senang je kan? Then korang masuk oven yang dah preheat 400F atau 210C selama 20 minit atau sampai kulit dy dah keperangan.
Okay kalau korang follow resepi yang aku masukkan sebelum2 ni, korang mesti ade terbaca atau at least terlihat resepi tuna puff aku yang aku roll2 kan tu, yang mcm funny sikit bentuk dy tu. Okay semalam after balik class tiba2 rasa nak makan tuna puff lagi. So aku buat la lagi, kali ni bentuk lain plak. And jadik! Yey!
Cantik tak? Macam siput sikit2 kan? Haha. Resepi tuna sambal dalam tu ikut resepi ni. Cara nak roll dy, korang roll je macam biasa. Then potong roll yang panjang tu dengan ketebalan lebih kurang 0.8-1 inch. Then roll kan dalam telur supaya kulit dy jadik warna keperangan yang cantik bila dah masak. Kemudian letak atas pan, tabur dengan black pepper sebagai hiasan. Senang je kan? Then korang masuk oven yang dah preheat 400F atau 210C selama 20 minit atau sampai kulit dy dah keperangan.
Okay, selamat mencuba taw.
AmeeraFatin=)
Thursday, May 5, 2011
Sup Ayam with Pasta
Hye! Assalamualaikum.
Yes aku letak Parmesan and Mozzarella sikit. Hehe. Sedap2. Korang should try kalau macam tiba2 nak try benda baru ke kan. And tadi aku lunch sandwich lagi but kali ni pakai beef patty beli kat kedai Pak Arab. Letak cheese gak. Sedap la. Biasala kan, makanan yang menggemukkan memang selalu sedap. Hehe.
Lamanya tak update blog. Sorry sangat2. Sebab sekarang aku dah nak abes semester ni. Lagi 2 minggu nak final dah. And mcm biasa, biala nak dekat final tu, macam2 keje cikgu bagi. So kene fokus la kat situ. Masak pun yang simple2 je. Huhu.
So last week aku masak sup ayam sebab nak habiskan ayam kat dalam fridge tu, sebab after final nnti aku balik Malaysia! Woohoo!! Akhirnya after 2 tahun. But balik untuk cuti Summer je. Aku ade lg 2 tahun of school. Lamanya....
So sup ayam ni macam sup kambing je, sama je. Except masa memasak dy tak selama tu. Ayam lagi cepat masak la kan dari kambing.
Ingredients: 1 periuk sederhana sup ayam.
1 mangkuk pasta yg dah boiled sampai lembut.
1cm halia - hiris halus
4 ulas garlic - cincang
1 bawang putih (shallot) - hiris halus
*Aku guna bawang besar tu dalam 1/5 mcm tu.
1 sup bunjut (ke bunjut sup ek?)
2 biji kentang - potong cube besar
Salt and pepper
Suku ayam yang dipotong mengikut citarasa masing2
2cm halia - hiris halus
1. Rebus 2cm halia yg dah hiris halus dan ayam sampai ayam hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Masukkan sup bunjut dan kentang.
3. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Lepas tu tuang semua sekali dalam periuk sup daging tu.
4. Bila kentang dan ayam dah masak, tutup api. Boleh makan dengan pasta yang dah lembut tu.
Okay senang je buat dy as long as korang ada bahan2. Kalau tak de sup bunjut pun takpe, korang guna bawang and halia je pun okay. And kalau letak perasa ayam (cube ayam) sikit pun okay. But rasa dy kurang uumpphh la.
Then 2 hari lepas aku tiba2 gatal tangan nak bake taw. Since ada jagung dalam fridge tu, aku buat la bingka jagung, guna resepi ibu bagi. Tapi aku terletak banyak plak air jagung tu. So bingka tu terkeluar sikit from pan. Tapi pape pun, rasa dy tetap best.
Then sebab dah macam selalu sangat makan maggi and pasta, aku rasa macam dah muak dah. Semalam aku baru teringat yang aku still ade fich cake kat dalam freezer. Then aku buat la sandwich. And guess what, kali ni aku recommend plak resepi fish cake Jamie Oliver tu. Haha. Sedap la plak weyh. Resepi boleh dapat kat sini.
Yes aku letak Parmesan and Mozzarella sikit. Hehe. Sedap2. Korang should try kalau macam tiba2 nak try benda baru ke kan. And tadi aku lunch sandwich lagi but kali ni pakai beef patty beli kat kedai Pak Arab. Letak cheese gak. Sedap la. Biasala kan, makanan yang menggemukkan memang selalu sedap. Hehe.
Hari tu ada kawan minta izin nak guna gambar aku for his project and dy chose resepi baked pasta tu. And aku nak letak la kat sini. It was so nice. Thank you Aizat!
Okay la, nak kembali melakukan kerja saya. And untuk these couple of weeks, aku maybe tak update sangat, nak focus on life dulu okay. Then bila dah balik rumah, I'll try to update more frequently okay. Thanks kepada mereka yang setia melawat blog saya yang tak seberapa ni. Thank you.=)
AmeeraFatin=)
Subscribe to:
Posts (Atom)