Showing posts with label Minum petang/ Tea time. Show all posts
Showing posts with label Minum petang/ Tea time. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Tempura Udon

Hello!! Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Okay hari adalah hari terakhir kita ambil exam. Yeehaaa! Alhamdulillah. So lepas ni nak tido sampai jumaat baru bangun. Hihi. Okay dua hari lepas masak tempura udon. Before this roomate kita, Sayuka pernah buat. Sangat simple dan healthy dan sedap! Senang sangat. Tapi kene dapatkan tempura powder dan Hondashi, macam cube ikan. Ni gambarnya.



Tak tau la mana nak dapat kalau kat Malaysia. Boleh try carik kat cold storage maybe. Tape lah. Kalau tak de, guna je cube ikan bilis. Rasa dia tak la sama tapi. Tapi try je la okay!

Ingredients:


Tempura powder (Kalau tak de guna jela tepung gandum pastu letak garam sikit)

Any vegetables that you like, potong ikut size yang korang suka - Asparagus, bawang besar, shiitake mushroom, kacang buncis, broccoli
Sedikit tepung gamdum
Minyak untuk menggoreng

Udon (Mee udon ni rasanya boleh dapat kat major supermarket. Kalau susah nak carik, guna jela spaghetti. Layan je. hehe)

Japanese soy sauce
Hondashi (Kalau tak de, guna jela cube ikan bilis. Inshaallah jadi. Baca doa banyak2)
Daun bawang

1. Larutkan tempura powder dengan air. Kita letak satu sudu minyak panas dalam campuran. 

2. Panaskan minyak untuk menggoreng dalam periuk. Salut sayur yang banyak kandungan air (contohnya bawang) dengan tepung gandum, kemudian baru celup dalam tempura mixture tadi. Kalau sayur yang tak banyak kandungan air macam broccoli, tak payah salut tepung kering. Terus salut dengan tempura mixture tadi. Lepastu baru goreng dalam minyak panas sampai garing.
3. Goreng semua sayur sampai siap.

4. Untuk udon noodle, rebus udon sampai lembut. Ikut instruction kat belakang kotak udon.

5. Untuk kuah udon, campur air mendidih, kicap Jepun dan Hondashi secukup rasa. Rasa terakhir tak sepatutnya ada rasa kicap jepun tu. Korang akan dapat rasa Hondashi yang sedap. Boleh letak daun bawang jika ada. 

6. Pastu boleh masukkan udon dalam mangkuk, tuang kuah yang dah campur tadi, makan dengan tempura yang dah goreng tadi. 







Tadaa! Simple sangat kan. Tapi sedappppp. Kita dah beli dah Hondashi kat sini, nak bawak balik Malaysia. I'm gonna cook this at home for my parents and friends. Tak sabar nak balik! And nak graduate! Tak sangka dah 4 tahun kat sini. Memang rasa lama pun. Hehehe.

Ni ada gambar haritu tgk baseball. Cuaca sekarang sangat best! Hari2 lepak luar.




Ni pulak gambar after Senior Design presentation depan company minyak yang dah bagi kitorang analyze field diorang kat Wyoming. I was lucky to be one of the three groups to present in front of the company. Alhamdulillah. 




Okay nak tido. Selamat mencuba!


Ameera Fatin=)

Thursday, April 4, 2013

Baked Potato & Baked Sweet Potato

Assalamualikum! Hye!

Apa khabar semua? It had been a rough couple of weeks. But this week I am quite free sikit la. Okay lah. More things are coming, like usual. So Sayuka Tsukahar and me selalu study malam2 kat common room ni. So apa lg, mesti la rasa nak makan kan. Sini bukan ade mamak ke ape. So kitorang pun masak la sesuatu yang sihat la jugak. Hehehe. Senang je.

Baked Potato:

1. Potong kentang macam dalam gambar. Sampai hampir putus, tapi tak sampai hujung. Lumur olive oil atau minyak masak biasa je. Tabur garam and pepper. Masuk oven temperature 400F atau 200C for 40 minutes or more, depending on the size of your potato.

Baked Sweet Potato (Keledek oren):

1. Cuci bersih2. Potong bentuk wedges (mcm wedges KFC tu), atau apa2 bentuk asalkan tak tebal sangat. Lumur olive oil/minyak masak, dan tabur pepper. Masuk oven dengan tenperature 300F atau 150C selama 20 minute atau lebih, terpulang pada size keledek korang.




Senang sangat kan. Lepas tu sihat. Memang la ada carbs, tapi lagi healthy dari makan french fries atau pun mee goreng mamak kan? Pergh terliuq bila teringat mee goreng mamak. Sedapnya....

Anyways, 44 days before graduation. Tadi dalam senior design lab, ramai pulak budak datang. And everyone was doing their project, very focus, yet we still make fun of each other, like usual. I'm gonna miss those annoying boys. Really. Kawan kita cakap dia takkan miss me sebab I am not annoying. Haha. Yela tu. 

So here are our photos.




Aww look at those hardworking people. This is just because tomorrow we have a meeting with professors for our progress. Haha. Dah biasa dah.

Okay lah, Chiao!

AmeeraFatin=)

Saturday, March 9, 2013

Keuy Teow Goreng Belacan (Phad Thai)

Assalamualaikum. Hello all!

Apa khabar? Kita baik je kat sini. Lately ni banyak makan luar dengan my girls here sebab dah nak grad kan. So nak spend time dgn diorang sebab nanti dah tak dpt jumpa lagi. Nanti dah keje mesti busy pun. Hopefully la kita tak mcm org lain yang busy keje sampai lupa member. Tak baik taw mcm tu. Until now, kita masih in contact dgn member since sekolah rendah and bila cuti pegi lepak dgn member lower form. Mmeber upper form semuanya tak de kat Malaysia, ssh nak jmpa. Ouh I love all my friends. Kalau tak, takkan jadi kawan kan. Hafizah and I always always have this conversation about friends. Pada kitorg kawan ni seseorang yang willing nak spend time even busy mcm mana pun. Bukan nak suruh spend 5 jam. Even for a 30 minutes lunch pun dah okay dah sebenarnya. And bukan senang taw kita nak sayang org. Siapa yang kene sayang dgn kita tu kira untung la. I will take care of them. Haha. Macam ketua gangster kan. Oh yeah, when I was in high school kat Jasin, org cakap aku taiko. Masa lower form kat Mersing pun org cakap taiko sbb bdk2 ni takut dgn aku. Mmg gangster agak nya aku ni. Hahaha. Tapi jgn risau, I'm okay and very friendly. Sampai Hafizah kata too friendly and maybe org boleh perasan aku suka diorg. haha. Jangan carik pasal sudah ye. Siapa yg pernah kene tu faham la. ^_^

Okay la resepi phad thai ni senang aje. Tak payah tumis chili mcm nak masak kuey teow goreng. Kita paling malas ni nak tumis cili la. Habis percik satu dapur. And kita tak suka dapur kotor2 ni. Dah la tak de maid. Terpaksa jadik maid kat rumah tukang lap dapur. Kalau tak nanti sakit mata. Okay resepi ni sepatutnya pakai udang kering tp kita tak de udang kering, kita pakai belacan. And it turned out quite delicious you know. It reminds me of nasi goreng belacan. Ingredients dan rasa very similar. Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau bujang tu, makanan mcm ni sesuai untuk bila bila sahaja. 

Ingredients:

1 bawang merah - hiris halus
cili padi (ikut suka)- hiris halus
1 ketul belacan besar ibu jari
Sos ikan (yang ada gambar sotong kat luar dia tu)
Air asam jawa
Gula
Telur
Kuey Teow

Optional: Udang, daun bawang, taugeh

1. Tumis bawang sampai naik bau. Masuk cili, belacan, udang, sos ikan dan air asam jawa. Gaul sebati dan selepas seminit, masukkan kuey teow. 
2. Masukkan gula utk perasa dan kalau tak cukup air asam jawa and sos ikan tu, boleh la masuk lagi ikut citarasa masing2. 
3. Ketepikan mee, pecahkan telur dekat dasar kuali tu. Bila telur dah separuh masak, pecahkan dia dan gaul dengan mee. 
4. Boleh la masukkan daun bawang atau taugeh dan gaul sampai masak dan mesra. 



Kita masukkan sekali mixed vegetables. Sebab masa ni dah tak de apa kat rumah. So masuk jela. Sedap! And simple kan. Siapa yang tak suka belacan tu, susah sikit la. Kita suka makan mee and dah buntu nak masak mee ape lg. Jadi kita rasa resepi ni satu resepi yang bagus la.

Okay time to continue working. It is raining outside and I'm loving it! I just miss rainy day.

AmeeraFatin





Saturday, February 16, 2013

Nasi Goreng Campur Apa-apa Saja

Assalamualaikum & Konichiwa!

Sebenarnya bukan tak masak. Tapi malas nak update blog. Hehe. So semalam tido rumah Hafizah. Saja je sebab dah tak larat nak tengok rumah sendiri. Kita tukar2 angin sikit. Lepas tu baru nak keluar dinner, snow la pulak. Tak jadi la keluar. Makcik Hafizah ni pulak dah lapar. So kita dua pun pergi lah dapur tengok apa ada. Dia ada nasi leftover dalam fridge, udang, fillet ikan (lupa pulak ikan ape) dan green beans. So kita pun masak jela nasi goreng simple sangat. Tak caya tengok nanti.


Ingredients:


Leftover nasi

Bawang putih - cincang
Bawang merah - cincang
Fillet ikan potong kecik2
Udang
Sayur apa2 aja
Chili flakes
Black pepper
Salt
Telur

1. Tumis bawang putih dengan merah dalam minyak panas sampai naik bau. Masuk ikan.

2. Bila ikan dah separu masak, masuk udang, chili flakes, pepper, garam.
3. Bila dah 10 saat, masukkan telur. Bila telur dah masak, masukkan sayur dgn nasi.
4. Goreng sampai ringan (ringan tu maksudnya sampai nasi dah masak, dah sebati dengan rasa)



Ye tau, apa la adak dara dua org ni sayur sepanjang2 tak potong. Kata nasi goreng campak kan, kita campak je semua bahan. Haha. Oh and masa ni dah nak pukul 12 dah pun. Senang kan? So buat la. Lagi sedap dr ramen perasa udang yang 20sen tu. Dah la bland. 

Lepas tu ni gambar masa snow smlm. Minah ni tak suka snow, tapi still nak amek gambar jugak. Tak faham sgt la knp sebenarnya. Haha. 


Tengah snow tu. Kaki pakai selipar je. Hehe.Oh eye make up by Hafizah. Main makeup2 before tu.

Okay, tu jela. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, dan sesiapa je yg tersayang. Kita pulak, berhujung minggu dengan papers2 yang banyak kene habiskan baca. Haih. Can't believe it that there are only 3 months left before graduation. Instead of feeling hesitate to go back, I am actually very excited. I think everyone knows this already. Tak payah cakap lagi la. Haha.


AmeeraFatin=)

Monday, September 3, 2012

Kek Kopi

Assalamualaikum!

Sekarang ni susah sikit la nak update blog sebab hari-hari banyak keje. Tak menang tangan. Menang la jugak. Tapi campur dengan masa nak relax2 semua, dah habis dah 24 jam sehari. Class dah la start awal kol 8 & 9am (awal la bagi student mcm kita ni. Hehe). So malam2 kene tido awal. Kalau tak, memang ngantuk pun, memang tido awal pun. Hehe.


So masa bulan puasa hari tu, aku ade bake Coffee cake untuk bawak ke masid. Sedap! Ni resepi dia. Tapi frosting dia kita ambil dekat blog lain , and tak sedap. So kalau korang nak buat, guna je resepi frosting ni atau resepi frosting yang korang selalu guna. Atau lebih baik lg kalau tak letak frosting, too much sugar!







Pasti frosting tak cukup taw. So buat bunga separuh je. Okay la jugak. Haha. Bawah coconut flakes tu cover chocolate frosting. Sebab kalau tak cover nampak comot sangat la pulak. Kita buat kek ni dengan Hafizah. So ni la hasil dari gabungan idea. 

Okay la, nak kene buat keje. Selamat mencuba!

Wednesday, July 11, 2012

Tuna Pasta Bujang

Assalamualaikum! Hye!


Lamanya tak update. Sekarang ni macam bangun tido je dah tak tau nak masak apa taw. Pastu buat la experiment. Hari tu bake Carrot cake tapi tak ada resepi, buat resepi sendiri. Boleh tahan la. Pastu ni kita reka resepi pasta sendiri jugak. Sebab dah lama tak makan pasta, pastu pasta sauce pun tak de, tomatoman pun tak de kalau nak buat spaghetti sauce sendiri. Kesiannya orang bujang kan, selalu short dengan bahan2. Hehe. Lepas tu, hentam jela guna tomato ketchup. Pastu jadik! Sedap banget sih. 


Ingredients: (1 person)


1 mangkuk besar spaghetti yang dah lembut.
2 clove garlic - cincang
1/4 onion - cincang
1/2 sudu chili powder
4-6 sudu tomato ketchup/ tomato sos
1 tin kecil tuna flakes@ 1/2 cup tuna flakes
Basil pesto (Kalau tak de ni, tak payah pun tak apa. Kalau ada basil, tumbuk je sampai lumat then masukkan)
Perasa


1. Tumis bawang putih dan merah dalam minyak panas. Bila dah garing, masukkan serbuk cili, pastikan api low masa tumis serbuk cili. Nanti rempah hangus, rasa pahit.
2. Bila serbuk cili dah masak, about 3 minutes, masukkan ketchup, tuna flakes, basil pesto dan perasakan. Masa ni boleh buat api sederhana besar.
3. Masukkan spaghetti/pasta yang dah boiled sampai lembut, dah gaul kan rata. Tutup api.





Whoopsy! Sorry gambar selekeh sangat la pulak. Sebab masa tu dah lapar sangat, tak ambik gambar elok2 pulak dah makan second bowl. Hehe. Senang banget kan? Kita masak in 10 minutes je. Nak lembutkan pasta lagi lama. Kalau ada sayuran kat rumah, boleh la letak. Pastu garnish dengan parsley and parmesan ke,  more nicer la kan.


Lagi beberapa hari lagi nak puasa. Semalam rasa macam tak ready je. Pastu hari ni dah rasa ready dah. Nanti puasa kat sini dari agak2 pukul 4.30am sampai nak dekat pukul 9pm buka. Lama jugak kan? Dah la tengah panas ni. Hopefully la dapat berkat so tak terasa sangat kepenatan. Lepas tu bulan puasa biasanya kitorg buka kat masjid, so jarang sangat2 masak2 ni. Mungkin kita akan update gambar2 food je la kot. Sorry tak dapat  share idea masakan simple untuk bulan puasa. Tak pe, lg pun kat Malaysia pun ada bazaar ramadhan kan? Kalau rasa tak tau nak masak apa, beli je lauk kat bazaar ramadhan. Kalau ada housemate, kongsi la beli sorg satu jenis, makan ramai2. Ingat ye, bulan puasa ni kita cepat kenyang, so jangan membazir makan dengan beli pada kuantiti yang banyak. Biar banyak jenis, tapi sikit2 je semuanya. Tapi jangan la sampai 10 jenis lauk, over taw. Haha.


Okay la, sampai sini je. I miss puasa at home. Baru tadi cakap dengan Hadith, and kitorg setuju Malaysia adalah heaven of food. Murah, banyak variety dan lazat! So bersyukur taw. Hehe.


AmeeraFatin=)

Saturday, June 30, 2012

Cream Puff

Assalamualaikum! Hye!


How are you guys today? Petang tadi nak pergi beli buah2 dekat Walmart. So dengan semangat je siap2 and keluar la pergi bus stop. Dari jauh da nampak jalan kene block taw. Hmm. It's okay, tunggu kat bus stop lain la, just across the Law building je. Then nampak ada polis jaga jalan. Pastu nampak ada orang naik basikal macam ada tournament je. Then tanya polis tu ada tournament ke. And rupanya betul. Bus pulak tukar route tak tau la katne. Selama 10 minit di bawah suhu 40 centigrade was not a good idea. Panas macam bila kita bake kek tu, masa nak bawak keluar kek dari oven, kan rasa bahang dia. Bahang betul. Pastu tak de awan lagi. Berapa hari la tak hujan kat sini. Malam ni macam nak hujan je ni. Alhamdulillah. 


Okay pasal cream puff pulak. Masa baru2 pindah sini, mula2 nak belajar masak dulu, kita buat cream puff ni. Tapi tak smooth langsung. Berketul-ketul. Rasanya sebab kita campur telur dalan batter yang tengah panas kot, so telur tu da termasak sebab tak mix laju2. Sekarang ni dah ada mixer semua, so senang sikit la. And the result was awesome! I'm so happy with my cream puff. Resepi ni memang best, very recommended! Dari blog steamykitchen.com. Nama pastry untuk cream puff ni ialah choux pastry. Kita kurangkan 1 telur sebab 4 telur macam terlalu banyak je. Kene cut 1 for health.


Ingredients:


1 cup air
1 stick butter ( 1/2 cup @ 8 tbsp)
1 cup tepung gandum
1 cubit garam
1 cup telur (atau 4 biji telur grade A. Kita guna 3 je)


1. Panaskan oven pada suhu 425F atau 215C.
2. Masukkan air dan butter dalam periuk sederhana. Hidupkan api medium dan kacau perlahan2 sehingga semua butter cair.
3. Masukkan tepung, dan kacau guna spatula atau wooden spoon sampai sebati. Bila dah sebati (tak de ketul2 tepung), kacau lagi seminit supaya air dia reduce sedikit.
4. Bila dah sebati, tutup api, pindahkan adunan kedalam mangkuk lain untuk di mixkan dengan telur. Kalau guna standing mixer, masukkan dalam mangkuk standing mixer. Kalau guna hand mixer, masukkan dalam mangkuk yang boleh guna hand mixer. Masukkan garam dan telur satu persatu dan mix terus sebab kita tak nak telur masak sebab adunan tengah panas. Adunan akan jadi licin sedikit daripada mula-mula.
5. Kalau tak de mixer, tunggu adunan sejuk sedikit dalam 5-8 minit. Kemudian boleh gaulkan telur dengan adunan. Kita tak nak telur tu masak terlalu cepat sebab tak di gaul dengan laju macam pakai mixer tu.
6. Then boleh la masukkan adunan dalam piping bag (Kita guna zip lock je. hehe. Kalau tak de dua-dua, guna je plastik yang bersih.). Kalau guna zip lock atau plasti, masukkan adunan dah potong sedikit hujung plastic tu lebih kurang diameter 1.5cm. Kita letak cupcake punya piping end tu sebab nak jadi bentuk yang uniform. Kalau tak de pun tak apa. 
7. Then pipe ke atas baking sheet, atau pan ke, apa-apa la yang boleh masuk oven. Dengan tangan mbasah, ratakan any peaks atau tajam2 kat atas pastry tu sebab nanti dia hangus kat bucu. hehe
7. Masukkan dalam oven dengan suhu 425F atau 215C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu jadi 350F atau 180C dan biarkan selama 15 minit atau sehingga jadi warna keperangan. Depends pada size of pastry that you have piped.
8. Untuk custard filling, resepi boleh follow kat sini. Atau kalau korang nak makan dengan chocolate ganache ke, atau kaya ke, terpulang pada creativity masing2. 










Hehe. Sory for the non uniform size which you guys shouldn't follow. Sedap betul resepi ni sebab even after overnight, the pastry is still lembut. Kalau korang dah mix the pastry, boleh simpan dalam fridge up until a day untuk di bake. 


Resepi ni sangat simple and very highly recommended! And Germany kalah masa semi final lawan Italy =( Kecewa taw. Tapi tak pe, kalau Germany hari tu kene lawan team lain mungkin menang. Ada orang kata Italy tu badi germany. Hehehe. I don't know la.


AmeeraFatin=)

Monday, June 18, 2012

Son-in-Law Egg

Assalamualaikum! Hye!


Wah Summer ni memang relax sungguh la. Hari2 tengok bola dgn Hadith and sorak mcm apa. Haha. Biasa lah wanita wanita ni kan kalau tengok bola suka jerit2. Lepas tu usha yang macam macho2 sikit tu. Hehehe. Tapi kan, selain Christiano Ronaldo yang memang semua orang tau dia memang hot, I think the Germany coach, Joachim Low, is quite attractive jugak in his own way la. Dengan his tailor's cut white shirt tu, smart jugak la mamat Germany tu. Hehehe. Okay dah stop. I hope Germany boleh sampai final. Dari analysis orang2 yang tak berapa nak pakar sangat ni, mungkin Germany akan jumpa Spain lagi sekali. And this time I will make sure Germany akan menang. Kalau Spain tak masuk final, maybe Italy or Portugal boleh jugak kot. Tapi Portugal macam tak complete sangat la team dia tu. Semalam dua2 goal CR yang goal kan pun. Hmm. Tapi yang sure Germany boleh sampai final. Fingers crossed.


Okay lepas tu hari2 tengok Masterchef Australia 24/7. So adala this one episode where Dani cooked a Thailand's dish called Son-in-Law egg. Senang bangat sih. Dah la masa tu dah masak mee kolok taw and mee kolok ni macam tak de sos je nak makan together with it, so kita pun buat la sos sendiri. Nak buat Son-in-Law egg tu punya sos tapi tak de cili padi dah. =( Oh kesiannya orang yang tak de kereta ni, susah betul nak beli barang2. Kita tak suka betul bila nak masak tu bahan tak de. Tak sabar nak ada dapur sendiri where I can fit the whole market in it. Haha. Over la mcm tu. Tapi pretty much like that la. 


Ingredients:


1 telur
1 periuk kecil air
1 Mangkuk air sejuk


Thai chili sauce (Atau apa2 sweet dipping sauce yang korang ada)
Cuka
Hot sauce


1. Didihkan air.
2. Buat lubang kecik dekat hujung telur gunakan hujung pisau. Kecik je macam diameter toothpick)
3. Masukkan dalam air mendidih tu untuk 4-5 minit. Lepas tu terus keluarkan telur dah terus rendam dalam air sejuk sebab kita nak berhentikan the cooking. Kupas telur dengan berhati hati sebab telur tu masih separuh masak dan sangat fragile.
4. Panaskan minyak dalam pan. Bila minyak dah betul2 panas, masukkan telur rebus tadi. Goreng sampai luar dia color keperangan.
5. Untuk sos, campurkan Thai chili sauce, sikit cuka and a dash of hot sauce secukup rasa.


Bila telur tu di belah dua, Telur kuning dia masih cair.




Tadaa! Haa bawang goreng tu macam ulat kan? Hahaha. Eh telur tu memang sedap la. Dah la senang. Very highly recommended!


Selain daripada itu, kita juga telah memasak beberapa masakan lain yang sangat malas nak tulis resepinya. Hehe.


Nasi Goreng Belacan dan Telur masak sambal ikan bilis. Eh?

Kentang rebu dengan sambal ikan bilis

Ameera Fatin's Garden Salad


Inspired by the street food dekat New York City. Marinated Lamb and caramelized onion sandwich.


Healthy chocolate cupcake. Tak de telur, tak de butter, sikit gula. But very yummayh. Ni kalau jual 1 bekas ni $15 je. Sape nak boleh order. hehe.

Haa esok nak masak sesuatu yang sangat teringin nak masak. Masakan Melayu. Tak sabar rasanya. Dah tanya ibu resepi macam 3 kali dah sebab tak jumpa pen nak tulis. Call jela dekat skype tu. Lepas tu I was thinking to bake a layer cake jugak la. Tak pernah buat lagi. Nanti la tunggu bila ada ramai sikit orang nak makan. 

Ouh sebab Masterchef, kita teringin sangat nak jumpa semua chef2 terkemuka kat dunia ni, yang ada Micheline stars, yang ada hatted restaurant. Tapi hari ni, teringin sangat nak jumpa Chef Marco Pierre White. Sangat! Dia ada charisma and ada stand dia sendiri. Dia let go off Michelin stars dia sebab dia rasa kenapa dia kene kekalkan benda tu sedangkan orang yang judge dia tu tak ada ilmu setinggi dia dalam cooking. Ouh, suka betul orang macam ni. Orang yang ada identity and boleh buat big decision. 


I feel like talking non stop tonight. Hahaha. Okay better stop. Sekarang nak tengok masterchef sampai tertidur. Jangan lupa Jumaat ni German lawan Greece taw. And of course, sembahyang Jumaat. Hehe.

Enjoy this song by Metric, Handshakes. Dengar right after bangun tidur ni best taw, terus semangat nak masak2. 





Monday, June 11, 2012

Buttermilk Cinnamon Rolls + Post Vacation =)

Halluuuu! Assalamualaikum semuanya.


Thank you sebab masih setia melawat blog yang dah nak dekat sebulan tak update ni. Kita dah balik from new york few days ago, dah masak macam2 dah pun. Tapi malas sangat nak tulis blog. Hari2 masak je sekarang ni. Pagi tadi kita buat buttermilk cinnamon rolls tu. Senang banget, tak guna yeast pun. Sape2 yang suka cinnamon rolls boleh la try. Cinnamon roll is one of my favorite food tapi tak boleh makan banyak2 sebab yang dekat kedai tu selalunya letak banyak sangat gula taw. Dah la tu, siap ada glaze kat atas dia. So pagi tadi tak boleh tido balik after dah tersedar awal kol 5pagi. so pegi la buat cinnamon rolls ni. Haa kalau kat sini kol 6 tu matahari dah naik dah. So bila dah terang susah sikit la nak tido balik. Terang sangat la summer ni. Hehe. Original recipe is from Mrs. Ovenhaven dari Singapura.


Ingredients:


Dough:


2 3/4 multipurpose flour (Tapi tadi kita guna bread flour)
2 tbsp sugar
1 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
3/4 tsp salt
1 1/4 cup buttermilk (See notes below)*
6 tbsp melted butter


*Kalau kat rumah tak de buttermilk, campurkan 1 1/4 milk dengan 1 tbsp white vinegar. Then tunggu 5-10 minutes. Dia akan macam memekat sikit. Kalau tak de susu biasa tu, buat susu pakai susu tepung pun boleh aje.


Filling:


2tbsp melted butter
2 tbsp sugar (Kita guna brown sugar)
1 tbsp cinnamon


Glaze:


2 tbsp air
3/4 cup powdered sugar


1. Panaskan oven 425F atau 220C
2. Gaulkan semua bahan kering together. Masukkan buttermilk and melted butter dalam bahan kering and gaul mixture sampai sebati.
3. Tuang mixture ke atas surface yang dah letak banyak tepung supaya dough tak melekat. Kalau tak de flat surface yang bersih guna je baking sheet pun tak pe. Lepas tu tabur tepung kat permukaan dough tu jugak.
4. Lepas tu gaul2 dugh dengan tepung guna tangan supaya dough tak melekit sangat. Tambah tepung kalau kurang. Dalam 2-3 minit je.
5. Ratakan dough guna rolling pin. Kalau still melekat tabur je tepung lagi. Make sure kat bawah dough tu pun dah ada banyak tepung sebab kita tak nak dia melekat dekat flat surface tu.
6. Bila dah capai ketebalan 1-2 inci, bentukkan dough jadi bentuk segi empat tepat atau segi tiga. Tapi kalau dah guna baking sheet tu, ikut je bentuk baking sheet tu. Lepastu sapu melted butter, tabur cinnamon and gula. Lepas tu gulung dough. 
7. Potong dough dengan ketebalan 1 inci dan susun dalam baking pan. Masuk oven untuk 20 minit atau sampai color dia dah jadi keperangan. 
8. Masa tengah panas tu boleh la tuang glaze. 




Tu dia. Lepas tu kita ada bake Japanese Cheesecake jugak and agak leceh la sebenarnya taw. Banyak process. Kalau nak try boleh pergi The Cookbook Chronicles




Haa so sekarang nak cerita pasal my vacation pulak. Hehe. Mula pergi chicago teman the girls jalan2. Sebab kita pernah pergi dulu. So dah jalan pergi semua tempat dah. Then pergi Urbana-Champaign pulak untuk midwest game the University of Illinois. Memang meriah sangat and sangat best. Jumpa ramai orang and kawan2 baru jugak. Hehe. 


The Girls dengan Chicago Theatre

=)

Dinner right after Midwest Game registration. Halal taw and very sedap la.

Midwest Malaysian Night. Best gila hangout dengan budak2 sengals sampai pagi. Hehe


Then kitorang drive pergi Boston, then pergi New York. New York city was big and not that bersih, obviously. The best part is ada banyak sangat stall pak arab kat tepi jalan jual halal food and murah taw. I ate nasi arab hari2 tanpa jemu. Ahhh sekarang rasa nak nasi arab lg la plak. Kalau korang nak pergi NY, kita cadangkan try the halal brothers dekat 53rd and Broadway kalau tak silap. Depan Hilton. Memang terbaik! Then kitorang lepak2 parks kat NY jugak, Bryant Park and Central Park. Pastu makan cupcake, tengok Wicked on Broadway, shopping (hehe) and macam2 la. 


Niagara Falls

Times Square, New York City

Statue of Liberty

Wall Street

Trump Tower

Brooklyn Bridge


View from The Empire State Building

Bryant Park

Central Park and my first time wearing a dress

Liyana Cantik!

Met the guys from Minnesota yang kelaparan. Kesian. Hehe.

Vacation kali ni even though 2 minggu je, tapi macam full with memories and good and bad things. Banyak sangat. Ada yang kene sembunyi2 dengan pakcik motel sebab masuk bilik 5 orang, kene tumpang rumah budak Stevens even though tak kenal (thanks to Duwe for helping us), roadtrip perempuan2 je sume kene drive tukar2 orang pastu stop banyak2 kali, tidur katil kongsi2 asalkan dapat tido sudah, pastu bercerita pasal the girls' matters such as beuty, fashion and etc yang tak boleh bagitahu kat sini. Hehe. And so much more la. Good times. Thanks girls for the memorable roadtrip =)

Okay la nak tengok France lawan England sat lagi. Bubbye!

AmeeraFatin=)