Wednesday, June 15, 2011

Kenduri Kahwin di Johor

Hye! Assalamualaikum.

Alamak, sorry la sebab dah berkurun lama aku tak update. Biasa la, duduk rumah ni, sentiasa kenyang. Alhamdulillah. Tapi seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan gambar hidangan pada kenduri kawen sedara aku kat Pontian hari tu. Before tu, aku nak review dulu. Makanan dy mmg superb lah! Paling tak ley lupa, acar sayur tu. Pergh, pembuka selera tu. Daripada malas nak makan, terus makan sepinggan. Diorang hidangkan nasi beryani. Tapi ada gak pilihan nasi putih dan lauk2 nasi ambang. Tapi aku makan je sume sekali dengan nasi beryani tu.

Pastu ibu, Cik Wa, Cik Tati, Cik Ani and atok dapat berkat taw sebab ni sedara terdekat. Yang kawen tu cousin ibu and adek beradik ibu sume tu la. Pastu bila kumpul2, dah macam banyak gila dapat. Terasa seperti hari raya gitu. Hehe.






Alamak, sekarang ni dah pukul 11.30 malam and aku tertelan air liur sebab terasa nak makan ni. Aaaa.... Memang sedap taw. Rugi sape yang dapat jemputan tu tak datang. Hehe. Pastu atok bawak balik kambing masak beryani plak tu adoi. Sedap gila la. Semua lauk atas pinggan ni sedap. Eh aku comment ni bukan sebab lama tak makan taw, tapi memang sebab sedap. Semua orang cakap sedap. Haa. Haha.

Kakak2 kat depan ni nama dy "tol". Macam adat la kat johor ni. Pengantin perempuan duduk dalam rumah. Pengantin lelaki kene melalui beberapa tol sebelum sampai ke dalam. So dekat tol tu dy kene lah bagi ang pow sampai la tol gate girl ni rasa mcm nak bangun. Haa. Haha. Best kan? Aku pun dok tgk benda tu sambil tersengeh2. Biasanya kalau kat pagar rumah tu, makcik2 ni bagi pantun. Kalau tak dapat jawab, baru bagi ang pow. Lebih kurang camtu la.

Semua orang tengah makan dengan khusyuk sekali walaupun cuaca panas. Family kitorg je dah 2 meje. Hehe. Macam vip gitu.

Okay la, sampai sini sahaja. Kalau ada kelapangan, aku update lagi okay!

AmeeraFatin=)

2 comments:

Siti Hadith Nur said...

serius pasal tol tu?? aku xpnh tahu pon!! eh jap, sape yg dpt angpow? pngntin lelaki ke kakak2 tu?

Ameera Fatin's Kitchen said...

serious... kakak2 tu yang dapat... nnti esok aku nak buat cmtu jugak la... hehe