Showing posts with label Bubur/Porridge. Show all posts
Showing posts with label Bubur/Porridge. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Zucchini Risotto

Assalamualaikum! Hye!

Okay lama sangat tak update ni. Betul2 busy sangat sekarang ni. Keluar rumah pagi, balik rumah malam, pastu keluar balik buat keje, balik pagi buta. Tak pernah imagine yang boleh jadi busy sampai macam tu skali. Kita ni jenis yang boleh adjust my time, even busy macam mana, tak kacau la masa rehat, masa with friends and family. Tapi for the past couple of weeks, susah sikit la.

Tapi walaubagaimanapun, hehe, hari ni free sikit sebab report dah hantar, lagi satu dah hampir siap, and tinggal 2 presentations and maybe 1 lagi final exam. Doakan kita ye. 

Okay la resepi hari ni datang from Italy, it is a risotto. Apa tu risotto? Risotto tu macam bubur nasi tapi dia tumis bawang before tu dan air dia kasi kurang lagi dari bubur nasi. My Italian friend yang ajar macam mana nak masak ni. Sepatutnya ada beras Risotto tapi kitorg guna long grain rice je, beras putih biasa tu. My friend cakap yang dia pun guna beras biasa kat Italy. Tapi yang kita tau, ade special rice dia. Tak kisah la, guna jela beras apa yang korang ada, asalkan jangan beras pulut sudah.

Lepas tu kita guna zucchini. Boleh guna seafood, artichoke dan macam2 lagi. Google la eh. Hehe

Ingredients:

1 cup beras
1/2 shallot - Hiris halus
1 garlic - Cincang
Garam
Black pepper
Zucchini - Hiris 0.3cm

Parmesan/Cream cheese

1: Tumis bawang putih dan merah.
2. Masukkan Zucchini. Masak sampai dia separuh masak.
3. Masukkan beras dan tuang air sampai tutup semua beras. Biar api kuat. Biar sampai air mendidih.
4. Bila air dah mendidih, baut api sederhana. Lepas tu tambah air dan kacau sampai nasi masak. Kalau air kering, tambah lagi. Dan jangan lupa kacau. Masukkan garam dan black pepper untuk perasa.
5. Lepas 20-30 minit nasi akan masak. Kalau macam banyak sangat air, biar api sederhana sampai air dia kering.
6. Masukkan parmesan 1 sudu atau cream cheese 1-2 sudu, ikut cita rasa masing2. 


Dah siap! Senang je kan? Rasa sedap... 

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Saturday, December 18, 2010

Sardine Masak Kicap


Hye semua. Salam.

Okay ni lah resepi paling senang, dan sangat sedap okay. Kalau kat rumah, ibu tanya, nak masak sardine kicap ke sardine sambal, then aku akan fikir, dan jawab ikut kesukaan sahaja. Haha. Sebab both sedap. Aku suka sardine. Lagi2 kalau makan dengan bubur, kangkong belacan, telur masik. Pergh.. Sambil tulis ni air liur meleleh beb. Haha. Okay aku tipu tu.

Ingredients:

1 tin sardine kecik
1 shallot (blend/chopped)
3 garlic (blend/chopped)
1 shallot (hiris besar2)
Kicap masin dan manis atau pape je kicap yang korang ade.
Cili padi (Hiris) (optional)

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih yang dah bleng atau cincang tadi.
2. Then bila dah almost garing, masukkan bawang yang dah dihiris besar tadi. Tumis sampai naik bau.
3. Then masukkan cili padi. Slowkan api, masukkan kicap secukup rasa. Bila dah berbuih sikit2, masukkan sardine satu tin.
4. Kuatkan api semula, masak sampai mendidih. Perasakan dengan kicap manis, kicap masin atau garam dan gula. Ikut kegemaran anda.

Okies siap!


Senang kan? 15 minit je. Then aku makan 1 periuk bubur abes. Pergh. Hebat aku kan bab makan ni. Tapi memang sedap. Bukan selalu dapat makan cmni. Hehe. Aku makan dengan bubur ayam.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Sunday, October 24, 2010

Sup Ikan Oats


Hye! Salam semua.

Okay, ni resepi simple je and sedaaappp and also healthy. Di recommend oleh member. Thank you! =)

Korg boleh sustitute ikan ni with ayam jugak taw, terpulang kepada anda atau bahan2 yang available kat dapur korg yang berasap2 tu.

Ingredients:

Ayam (Potong kecik2 semangkuk kecil)/ ikan (2 ketul)
1 bawang merah (chopped)
4 ulas bawang putih (chopped)
1 inci halia (hiris)
Black/white pepper
Garam, gula, perasa
Sayur kegemaran anda yang sesuai (Kentang,carrot,etc)
Oats (Aku guna instant)

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia smpai naik bau.
2. Masukkan air, ikan/ayam. Tunggu sampai ikan/ayam hampir masak, masukkan sayur2. Sayur keras boleh masuk awal, agak2 la ye.
3. Bila dah nak masak, perasakan. Masukkan pepper sesedap rasa.
4. Tuang sup dalam mangkuk, letakkan oats mengikut kegemaran anda. Kalau suka pekat2, letak bnyak. Kalau suka cair2, letak sikit. Kalau guna old fashion oats, boleh masuk sekali dalam periuk. Aku guna yang instant, mudah kembang punya.

Siap!!

Sedap ni kalau makan panas2, then kene pula masa tengah sejuk kan. Memang terus panas satu badan. Lagi2 masa tu aku letak bnyak gak pepper. Uish, hawt hawt. Hehe.

Okay ni benda2 lain yang menarik aku masak last week.


Ni mee goreng penang. Haa... Boleh tak macam tu? Haha. Aku goreng mee ni guna cara kuey teow penang ari tu. Tapi oleh sebab kuey teow aku nak habis sudah, aku substitute guna mee jela. Not bad. Ala2 mee goreng mamak pun ade gak, or mee goreng mamak basah.

Ni bukan roti pita yang kita selalu makan tu taw. Ni roti pita lain. Aku dapat resepi from Jamie Oliver's website. Hurmmm.... No comment, and tak recommend. But curry kat sebelah tu aku recommend. Hehe.

Basically tu jela. Yang lain sume benda2 yang common, orang bujang biasa la kan. Masak tuk diri sendiri je. So asalkan perut kenyang sudah.

Ouh2, siang tadi ade Homecoming Parade. Tak macam last year, this year punya pendek je parade dy. Dah la weather td nice, rugi je.


Ni gambar dengan salah satu kereta berhias Greek house.

Okies, time to sleep. Mengantuknye. Goodnight!!

AmeeraFatin=)

Saturday, July 10, 2010

Bubur Jagung @ Corn Porridge

Hyee!!

Salam. Semalam ada makan2 kat rumah Aunty Aizan. Aku and Fira ni dok fikir la nak bawak ape kan. Pastu tiba2 rasa nak buat bubur jagung. Latest kitorg makan masa kat rumah Kak Zai, Kak Niza yang buat. Banyak gak aku makan tu. Hehe. Macam biasa la kan.

Tapi kitorang ubah sikit resepi dy. Instead of guna santan, kitorg guna susu cair. And hasilnya memang sedap. And sangat senang nak buat.

Ingredients:

3 cans of corn
2 cans of evaporated milk (Kitorang guna Carnation)
Sugar

1. Panaskan periuk. Masukkan semua benda dalam periuk.
2. Bila dah panas, masukkan gula secukup rasa.
3. Bila dah larut semua gula dan semua bnda dah panas, boleh tutup api. Tak perlu mendidih.

Sudah lah siap. Tak ke senang sangat tu. Haha. Korang boleh makan panas2. Tapi kalau suka nak sejuk2, pun boleh juga. Macam makan Lengkong Custard dgn susu cair. Ibu slalu buat dulu kat rumah. And bila sejuk memang sedap la. Lepas tu, menurut Pn Zaridzah a.k.a ibu saya, kalau letak raisin pun sedap. Korang boleh la letak pape ea ikut kreativiti masing2. Letak laici ke, lengkong ke. Up to you guys.

Okies. Bon Apetite!

AmeeraFatin=)

Friday, May 14, 2010

Bubur Lambuk Seafood @ Seafood Porridge

Hey ho!! Hari ni aku ada 2 tetamu. Hehe. Nak tau siapa? Tak perlu la. Haha. And then aku tak tau nak masak apa. So tiba2 rasa nak makan bubur sebab macam dah lama tak masak bubur. So belek2 la resipi bubur. Tiba2 terjumpa resipi bubur lambuk. Wah, lama tak makan ni and tak pernah buat sendiri pun. So nak try la.


Haa, ni la dia. Nampak macam biasa je kan? Tapi rasa dia lain dari bubur biasa. Haha. Exaggerate pula. Lain la dari bubur yang biasa aku buat (kalau korang pernah rasa la bubur aku buat). Agak senang, tp leceh jugak sikit2.

Ingredients:

2 pieces of fish fillet
7 prawns (peeled)

1 shallot
2 garlics
1cm thick of ginger (agak2 je ye)
black/white pepper
shrimp paste (belacan)

2 cups of rice
2 lemon grass
2 cups of thick coconut milk

1. Rebus ikan, udang dan sedikit garam sehingga masak. Simpan air rebusan.
2. Masak nasi dengan menggunakan air rebusan tadi. Tambah lagi air jika kurang.
3. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, kisar bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (kalau malas cincang je halus2).
4. Kemudian kisar pula isi ikan dah udang yang dah di rebus tadi. Kisar kasar2.
5. Campurkan semua bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, udang dan ikan didalam mangkuk. Campur sekali black pepper dan belacan yang dah dihancurkan. Gaulkan.
6. Apabila nasi sudah hendak menjadi bubur (macam peribahasa pulak. Haha), Campurkan semua bahan yang dah di gaul tadi kedalam bubur nasi itu. Kacau sebati.
7. Biarkan sampai nasi dah hancur atau dah jadi bubur. Kemudian boleh la masukkan santan dan serai. Jangan lupa pecahkan bawah serai supaya jus dia keluar.
8. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!! Boleh tutup api. Jangan terlalu lama biarkan santan di dalam bubur takut berketul. Asalkan rasanya sudah mesra, tutup lah api tu. Okeng!

Leceh sikit la sebab kene rebus ikan dan udang dulu. Tapi berbaloi beb. Memang sedap. Kalau dah bosan asyik makan bubur ayam je, boleh la cuba buat bubur ikan ni pulak. Semuanya seafood, baik untuk membina otak yang cerdas. Hehe

Woah, penat hari ni. Mahu tidur sudah saya. Esok hari terakhir untuk semester ni. Ouh, akhirnya. Then aku nak rehat sepuas-puasnya. Haha.

Okay lah, ngantuk lah. Tidur dulu ye. Goodnight all!!

AF =)