Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

The Food and Spring Break+Interview in Washington DC

Assalamualaikum dan hello!

Esok dah hari isnin and spring break pun habis. Kat sini, cuti tu maksudnya opportunity to do homework. Aku rasa lecturer2 kene tukar la mentality tu. Dah la normal school days kitorg dah keje macam ape je, lepas tu cuti pun nak bagi keje. Eee sabo je la. 55 days to go! Woohoo!

Tapi last weekend masa pegi DC for interview, lepak2 dgn my good friends. 4 hari rasa mcm full of joy. Rasa macam tak nak grad pun ada. Lepas grad masing2 mesti ada jalan sendiri, keje kat tempat berbeza. Dah nanti separate. Rindu la. Tp takpe, what ever it takes I will try my best to still keep in touch and go lepak eat in the middle of the night mcm kitorg selalu buat. Haha.No recipe to share. Most of the time makan luar. Kalau masak pun tak de yang special. Oh hari tu ade member datang from Colorado aku masak la lemak nenas letak udang, sayur bok choi goreng dengan sambal belacan. Terangkat beb. Aku paksa diorg habiskan makan malam tu jugak. Haha. Gambar ade dalam camera, malasnya nak amik. Jap eh. Oh tak amek gambar la sebab masa tu kelam kabut baru bangun tido. Sayur tak masak lg. Haha. Sorry ye. So kat bawah ni kek2 yang aku bake 2 minggu lepas. My favorite brownies and milk tea pound cake. Kalau nak recipe, search je kat search box. Aku pernah masukkan dulu.




Lepas tu kat dc mcm biasa la, mesti jalan punya. Aku punya interview hari isnin sama mcm cerap, camy, ezriq and ezuan. So yang tinggal tak ramai dah. Nasib baik budak Colorado tunggu Ezuan baru balik. So ada la member nak lepak sat. So here are the pictures not taken by me sebab aku tak bawak camera. Malas sebab berat. Takpe, my fellow boys ni rajin tangkap gambar. Kita bagi diorang tangkap eh.


Mat bunga ni semua. Kat Ronald Reagan Memorial square

Penat setelah jalan more than 1 mile. In front of the White House. Obama tengah meeting.

Sending the Tulsan back. =( Our hotel was Double Tree Hilton.

Sending the Colorado people back =( Pok Chek's hair's looking good there. My attire for the interview earlier that morning. I look exhausted.

The engagement night with Petronas on Friday before. Hazim caught me indulging the cheesecake. Very focus okay bila makan. Hahaha.

Me and Liyana and Sopi and Nelson and Hazim was taking the picture. Sayang diorang ni.

The little boy yang sesat dan lapar. Pakai baju formal the whole day even though his interview was in 2 days time. Makan depan TV tgk adult swim. 

The twinsies! Luttphi and Sopi. Luttphi was the one who cooked nasi kerabu specially for me for 2 times. Hehehe. I told him I sayang him because of nasi kerabu. 

Our table during engagement session. That Lady was my interviewer. Everyone was looking pretty behave. Belakang tabir, Ya Allah sahaja yg maha mengetahui. Haha.

Okay now tinggal 55 days to go before graduation. Lepas tu aku terus balik to attend my old friend's wedding kat Kluang Johor. Oh I miss Johor and its food lah. Dah 11 tahun kawan dengan makcik ni. How could I miss her wedding. Tapi at the same time, kalau boleh nak lepak dengan budak2 ni kalau boleh go for another roadtrip and have fun. Tapi tula tak semua benda kita nak boleh dapat kan. It's okay. Lepas ni ingat nak g roadtrip pegi terengganu kelantan kita makan sampai meletop. Luttphi and Pok Chek ada boleh jadik tour guide. Oh right after balik pun I will go to Kelantan for a friend's friend wedding. Saja nak tengok mcm mana orang Kelantan punya wedding. Asyik makan nasi beryani johor je kan, kita try sikit org pantai timur punya wedding food. 

Okay time to continue buat hw. Maleh betul la. Dah la snow kat luar. Asyik snow je, bila nak spring ni? Ni bukan spring break ni, ni winter break namanya. Haha.

Adios!

AmeeraFatin=)

Monday, September 3, 2012

Kek Kopi

Assalamualaikum!

Sekarang ni susah sikit la nak update blog sebab hari-hari banyak keje. Tak menang tangan. Menang la jugak. Tapi campur dengan masa nak relax2 semua, dah habis dah 24 jam sehari. Class dah la start awal kol 8 & 9am (awal la bagi student mcm kita ni. Hehe). So malam2 kene tido awal. Kalau tak, memang ngantuk pun, memang tido awal pun. Hehe.


So masa bulan puasa hari tu, aku ade bake Coffee cake untuk bawak ke masid. Sedap! Ni resepi dia. Tapi frosting dia kita ambil dekat blog lain , and tak sedap. So kalau korang nak buat, guna je resepi frosting ni atau resepi frosting yang korang selalu guna. Atau lebih baik lg kalau tak letak frosting, too much sugar!







Pasti frosting tak cukup taw. So buat bunga separuh je. Okay la jugak. Haha. Bawah coconut flakes tu cover chocolate frosting. Sebab kalau tak cover nampak comot sangat la pulak. Kita buat kek ni dengan Hafizah. So ni la hasil dari gabungan idea. 

Okay la, nak kene buat keje. Selamat mencuba!

Saturday, April 21, 2012

Strawberry Upside Down Cake

Hye! Assalamualaikum.


Hari tu masa tengah tengok2 resepi dekat blog Joy The Baker, tiba tiba ter tengok ada resepi strawberry upside down cake. Ingatkan ada pineapple upside down je. So bila tengok resepi tu, senang je buat dia, basically sama je dengan pineapple upside down yang kita selalu buat tu. The differences are just the way Joy buat topping dia and Joy letak cardamom (serbuk buah pelaga) sekali. Kita tak letak sebab tak nak ada weird taste la dalam cake. Hehe. Other than that, kita guna susu instead of sour cream. And the result is that the cake is so fluffy! Sour cream ni nak buat texture dia jadi macam banana cake tu. Kalau anda nak letak sour cream pun boleh, no problemo. 


Oleh kerana hari ni cuaca sangat cantik dan kita tido dengan cukup sekali malam tadi, jadi mood hari ni agak baik. Tadi dok ambil gambar je kat dapur. Haha. So akan ada banyak gambar dalam post kali ni ye. 


Resepi ni di dedicate untuk kawan ku sejak dari lower form, Aryn sebab hari tu dia nak aku masukkan resepi ni sebab dia nak buat bila balik rumah nnti. Hehe. So, here you go Aryn. =)


Ingredients:


>Topping
2 tbsp butter
1/4 cup brown sugar
8-10 strawberries - Slice thickly


>Dry ingredients
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp salt


1/2 cup butter - softened
2/3 cup brown sugar
1 large egg
1 tsp vanilla extract
2/3 cup milk (can use sour cream)


1. Panaskan oven untuk 350F atau 180C.
2. Untuk topping, masukkan 2 tbsp butter dalam cake pan, then masuk dalam oven about 5 minutes sampai semua butter cair. Bila dah cair, keluarkan pan tadi dari oven, pusing2 kan pan tu supaya butter rata hingga ke bahagian tepi pan. Biarkan cake pan tu kat luar je lepas tu.
3. Campurkan semua bahan kering i.e. tepung, baking powder,baking soda dan garam dalam satu bekas. Gaulkan sebati.
4. Dalam mangkuk mixer, mix 1/2 cup butter dan brown sugar sampai la brown sugar dah sebati dalam batter. Lebih kurang 3-4 minutes. Kemudian masukkan telur dan vanilla extract. Pukul lagi dalam 1-2 minutes.
5. Masukkan susu dan semua bahan kering tadi. Pukul lagi dengan gunakan mixer for about 1-2 minutes. 
6. Taburkan 1/4 cup brown sugar atas butter yang dah cair dalam cake pan tu tadi. Kemudian, susun strawberry slices atas gula yang dah tabur tu. Susun rapat2 taw sebab nanti strawberry tu mengecut.
7. Kemudian tuang batter tadi atas strawberry tu. Ratakan guna spatula. Masuk oven untuk 20-25 minutes atau sehingga dia bertukar jadi color light brownish cream. Atau bila korang cucuk tooth pick dah tak de kek yang lekat. Keluarkan dia dan tunggu sedikit sejuk.
8. Tunggu 10 minutes sebelum keluarkan kek tu dari pan. Guna pisau untuk lekangkan kek tu dari pan dia. Terbalikkan pinggan atas cake pan. Kemudian terbalikkan cake pan tu supaya cake terkeluar. Kalau tak nak keluar, ketuk2 sikit, goyang2 sikit. Pandai2 la okay. Yang penting kene tunggu sejuk sikit dulu.





The batter after mixing everything





My second slice

Yummy!

Resepi nis edap kalau makan panas2. Very fluffy. Minum petang dengan family ke, sangat sesuai. Kita kat sini minum petang sorang2 jela. Eh sedihnya ayat. Hahaha.

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)


Wednesday, March 14, 2012

Kiwi Cake w/ Cream Cheese

Helloooo! Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.


How was your day today? Buat ape je hari ni? Tidur? Makan? Stalk org? Hehe.


Anyways, as I've promised, hari ni kita nak share recipe kiwi cake. It was so simple to make. Here's the recipe. Cream cheese frosting tu basically just cream cheese. Dengan sedikit modification pada rasa dia. Dan rasa kiwi dia tak berapa kuat sebab seperti yang kita boleh lihat dan rasa, rasa kiwi tu banyak pada jus dia. Bila kita bake, banyak air keluar, so tak tinggal banyak rasa. Tapi still rasa sikit la. Lepas tu cream cheese tu sangat membantu untuk naikkan rasa kek ni. Oh maybe sebab aku suka cream cheese kot. Hafizah yang nak bake kek ni, aku tolong2 je. So credit to her.


Ingredients:


2 cups flour
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp baking soda bicarbonate
1/2 cup butter (125g)
2 tbsp honey madu [p/s: ibu cakap bibir kita mcm hunny madu. hahaha. thats funny]
1 cup castor sugar (gula pasir)
2 biji kiwi - cincang kasar atau dadukan 
2 eggs


250g cream cheese
2 tbsp castor sugar (Adjust amount of sugar depending on your favored sweetness)
1 Lemon - diperah untuk jus


1. Panaskan oven 325F atau 160C.
2. Campurkan tepung, baking powder, baking soda dalam satu mangkuk.
3. Dalam bekas besar (untuk pukul semua bahan nanti), pukul butter dengan gula sampai gula semua larut dalam butter. Macam mane nak tau? Warna dia akan jadi off white dan bila kita rasa texture dia dah tak menggerutu.
4. Campurkan semua bahan lain kecuali kiwi dalam butter tadi tu. Kaup balik (gaul) dengan menggunakan spatula.
5. Bila dah sebati, masukkan kiwi. Batter memang agak pekat, so jangan risau.
6. Masuk oven 30-40 minit atau sehingga tiada mixture yang melekat pada pencungkil gigi (tooth pick) bila kita cucuk kek tu.


7. Untuk cream cheese frosting, campurkan semua bahan dan kacau sehingga lembut dengan menggunakan mixture. Tambah gula atau jus lemon jika kurang.





Yey tu lah dia kek bujang. Sangat lembut. Kalau anda rasa berminat, boleh je nak try. Kek ni macam lain dari yang lain. Last week Hafizah kata nak bake kek. Then dia cakap why not we try baking a cake that we haven't baked before. Sebab hafizah duduk sini masa winter break hari tu. So  hari2 kitorg dok masak2. Pastu dia kata bake kiwi cake la. Ingatkan tak wujud kiwi cake tu, rupanya wujud. Hehe.

Okay la, got stuff to do. Weekend ni dah start spring break!! Cannot wait. Got some plan with friends. Tak sabarnya nak roadtrip lagi. I've had enough with Lawrence. Haha. Macam teruk sangat je kan. Tak de la. Lawrence ni okay je, aman damai. Sesuai la untuk study. Tapi kalau ade holiday, definitely need to get out from here. 

Okay lah, selamat mencuba! Oh, spring is here already =)

If you can see, there is a beetle under the tree. 




AmeeraFatin=)


Thursday, September 8, 2011

Kek Paun Teh Susu @ Milk Tea Pound Cake

Assalamualaikum...


Setelah lama tak masak2 sangat, hari ni aku pun bake la kek. Sebab baru je lepas siap homework subject reservoir ni. Ya ampun, 2 hari jugak tu dok fikir. Memang susah betul. Tapi tak pe, dah siap pun. So apa salahnya kalau bagi badan dan minda rehat sekejap kan, dengan membuat kek.


Masa tengah cari resepi kek yang macam senang nak buat, aku terjumpa resepi kek ni dekat myresepi. Eh macam senang je. So try la buat. And jadik! Yey! Rasa dy ala-ala kek pisang, cuma tak de pisang. Tapi betul la, rasa macam kek pisang. Hehe. Macam biasa, aku ada olah sedikit. Instead of guna susu segar dengan teh untuk buat teh susu, aku guna teh susu instant. Hehe. Biasa la orang bujang, malas sikit. 


Ingredients:


120g tepung gandum - 1 cup
1 tsp baking powder
80g butter - 5 1/3 tbsp
2 biji telur - asingkan kuning dan putih
1 sachet teh tarik instant (aku guna jenama Ali Tea)
1 teabeg untuk adunan (keluarkan teh dari tea beg)
80g gula halus - 3/4 cup


1. Panaskan oven 350F @ 170C
2. Buat teh tarik tu dan kalau boleh jangan manis sangat dan jangan cair sangat. Just nice.
3. Pukul butter dengan separuh dari gula yang disukat tadi sehingga sebati. 
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
5. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga putih. Masukkan separuh lagi gula, dah sambung pukul sehinnga menjadi meringue. Macam dah ada bucu la kat buih putih telur tu bila korang angkat pemukul. Kalau tak jadik2 lepas dah pukul 10 minit, biar je.
6. Masukkan putih telur tu dalam adunan, kaup balik bersama adunan. Masukkan juga tepung dan baking powder.
7. Masukkan air teh tarik dan serbuk teh. Kaup balik sampai sebati.
8. Lapiskan loaf pan dengan baking sheet. Kalau tak de pun tak pe. Kemudian tuangkan adunan kedalam loaf pan. Kalau tak de loaf pan, guna cupcake pan pun tak pe. Dapat 6 cupcake. Kalau tak de jugak, pakai apa2 yang boleh masuk oven pun tak pe. =)
9. Masukkan dalam oven untuk 30 minit atau sehingga masak. Bila cucuk pakai tooth pick atau garfu, dah tak de kek yang cair melekat.






Haa senang je dan sedap dan lembut! Cubalah.


Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

Thursday, May 5, 2011

Sup Ayam with Pasta

Hye! Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog. Sorry sangat2. Sebab sekarang aku dah nak abes semester ni. Lagi 2 minggu nak final dah. And mcm biasa, biala nak dekat final tu, macam2 keje cikgu bagi. So kene fokus la kat situ. Masak pun yang simple2 je. Huhu.

So last week aku masak sup ayam sebab nak habiskan ayam kat dalam fridge tu, sebab after final nnti aku balik Malaysia! Woohoo!! Akhirnya after 2 tahun. But balik untuk cuti Summer je. Aku ade lg 2 tahun of school. Lamanya....

So sup ayam ni macam sup kambing je, sama je. Except masa memasak dy tak selama tu. Ayam lagi cepat masak la kan dari kambing.

Ingredients: 1 periuk sederhana sup ayam.

1 mangkuk pasta yg dah boiled sampai lembut.

1cm halia - hiris halus
4 ulas garlic - cincang
1 bawang putih (shallot) - hiris halus
*Aku guna bawang besar tu dalam 1/5 mcm tu.
1 sup bunjut (ke bunjut sup ek?)
2 biji kentang - potong cube besar
Salt and pepper

Suku ayam yang dipotong mengikut citarasa masing2
2cm halia - hiris halus

1. Rebus 2cm halia yg dah hiris halus dan ayam sampai ayam hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Masukkan sup bunjut dan kentang.
3. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Lepas tu tuang semua sekali dalam periuk sup daging tu.
4. Bila kentang dan ayam dah masak, tutup api. Boleh makan dengan pasta yang dah lembut tu.

Okay senang je buat dy as long as korang ada bahan2. Kalau tak de sup bunjut pun takpe, korang guna bawang and halia je pun okay. And kalau letak perasa ayam (cube ayam) sikit pun okay. But rasa dy kurang uumpphh la.

Aku pakai pasta garden Rotini. Suka try pasta yang berbeza2 ni. Korang pun should try taw.

Then 2 hari lepas aku tiba2 gatal tangan nak bake taw. Since ada jagung dalam fridge tu, aku buat la bingka jagung, guna resepi ibu bagi. Tapi aku terletak banyak plak air jagung tu. So bingka tu terkeluar sikit from pan. Tapi pape pun, rasa dy tetap best.

Tak sampai 2 hari dah habis ni. Haa... Sedap la tu kan. Hehe.

Then sebab dah macam selalu sangat makan maggi and pasta, aku rasa macam dah muak dah. Semalam aku baru teringat yang aku still ade fich cake kat dalam freezer. Then aku buat la sandwich. And guess what, kali ni aku recommend plak resepi fish cake Jamie Oliver tu. Haha. Sedap la plak weyh. Resepi boleh dapat kat sini.


Yes aku letak Parmesan and Mozzarella sikit. Hehe. Sedap2. Korang should try kalau macam tiba2 nak try benda baru ke kan. And tadi aku lunch sandwich lagi but kali ni pakai beef patty beli kat kedai Pak Arab. Letak cheese gak. Sedap la. Biasala kan, makanan yang menggemukkan memang selalu sedap. Hehe.

Hari tu ada kawan minta izin nak guna gambar aku for his project and dy chose resepi baked pasta tu. And aku nak letak la kat sini. It was so nice. Thank you Aizat!


Okay la, nak kembali melakukan kerja saya. And untuk these couple of weeks, aku maybe tak update sangat, nak focus on life dulu okay. Then bila dah balik rumah, I'll try to update more frequently okay. Thanks kepada mereka yang setia melawat blog saya yang tak seberapa ni. Thank you.=)

AmeeraFatin=)

Saturday, April 23, 2011

Cream Cheese Brownies Abstract

Hye! Assalamualaikum w.b.t.

Okay, ni first time aku try buat. Bukan brownies nya, but part abstract tu. Haha. Ape yang abstract? Okay, sepatutnya brownies kat bawah tu mcm guna separuh ntuk corak on top of the cream cheese. But loyang aku mcm besar je, so tak cukup. So aku pun guna la food coloring untuk buat corak. Jadi la corak abstract kat atas cream cheese tu. Not bad la jugak taw.


Haa... Lihatlah hasilnye. Hehe. Resepi cream cheese brownies ni mmg aku recommend sangat2. Masuk yang ni dah 4 kali aku buat and tak pernah mengecewakan mana2 pihak. Resepi asal dari website joy of baking. Aku tukar amount telur dy.

Ingredients:

Brownies-
1/2 cup butter/margerine (1 stick US)
4 oz unsweetened chocolate (Pakai chocolate chips or chocolate biasa pun boleh. Agak2 dalam 2 handful cmtu)
1/2 cup flour
1 egg (Well beaten)
1 1/4 cup powdered sugar
A pinch of salt
1 tsp vanilla

Cream cheese:
8 oz cream cheese / 1 Bar (Room temperature)
1 egg
1/3 cup sugar
1 tsp vanilla

1. Guna double boiler, cairkan chocolate and buter together. If tak de double boiler, gunakan microwave tuk cairkan chocolate then half way, masukkan butter.
2. Masukkan semua bahan. Gaul pakai spatula sampai sebati. Jangan ganas sangat. Then masukkan mixture dalam pan yang dah salut dengan butter sikit. Kalau nak hias atas cream cheese guna chocolate batter ni, simpan separuh.
3. Untuk cream cheese layer, pukul cream cheese sampai creamy (1 minit).
Then masukkan semua bahan lain, then pukul sampai sebati. Boleh guna hand mixture or pakai spatula or whisker.
4. Then tuang cream cheese atas chocolate batter tadi. Don't worry, they won't mix.
5. Then if nak hias guna brownies batter yang tinggal tadi, korang guna sudu letak macam sejemput-sejemput kat atas cream cheese layer tu, then duna pisau or lidi or batang sudu, swirl chocolate tu. Jangan sampai cucuk dalam sangat sebab kita tak nak kacau brownies layer kat bawah tu.
6. Masuk oven 25-30 minit. Bila dah masak, cucuk pakai tooth pick, kalau tak melekat tu okay la tu. Then biar sampai sejuk before potong. Better kalau masuk fridge for at least 1 jam dulu before potong. And korang akan dapat teksture yang bagus.

p/s: Swirl tu macam tarik brownies batter tu and pusing2 kat atas cream cheese tu.


Sorry la pingan tu comot sikit. Sebab masa nak keluarkan from loyang tu, tak sejuk lagi taw, abes melekat cream cheese dy. Sebab tu la korang kene tunggu sejuk dulu. Korang akan dapat 2 layers macam ni.

Aku recommend sangat recipe ni. Aku rasa aku lagi suka ni dari cheese cake. Dy tak muak kalau makan banyak2. Sebab ada brownies kat bawah tu. But if korang guna resepi brownies kat bawah tu je, tak sesedap brownies Jamie Oliver. Brownies bawah tu just sesuai untuk cream cheese brownies je.

Okay, selamat mencuba okay!

AmeeraFatin=)

Saturday, April 16, 2011

Pineapple Upside Down Cake

Hello! Salam.

Lamanya tak update. Busy sikit la lately. And aku dah enroll for next semester, and akan jadik laaaagi busy nnti. Tengok la cmne nak survive nanti.

Anyway, aritu birthday fira. And aku buat pineapple upside down cake. Atau kek nenas terbalik, boleh ke? haha. And jadik!! Lembut gila. And aku recommend resepi ni. Bukan sahaja sedap, malah sangat senang. Aku amek resepi fron video joyofbaking.com. And ni website baking taw. Aku recommend la website ni. So far aku dah guna 2 resepi dy, and dua2 sedap.

Ingredients: 1 round cake pan

3/4 cup light brown sugar
4 tbsp butter
1 can nenas atau nenas fresh yang dipotong sendiri

1/2 cup butter (room temperature)
1 cup granulated sugar (gula pasir)
2 telur besar (asingkan putih dan kuning. Simpan putih dan kuning dalam bekas berbeza)
1 tsp vanilla
1 1/2 cups flour
2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1/2 cup milk (Aku guna heavy cream sebab tu je yang aku ade, tak de susu kat rumah)


1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Sapu butter atas cake pan.
3. Masukkan brown sugar+butter dalam periuk kecil, panaskan guna api sederhana dan kacau sampai semua bahan cair. Bila dah cair, biarkan sampai berbuih tepi2 dy. Jangan kacau. Kemudian tuang kedalam cake pan tadi.
4. Susun nenas kat atas brown sugar cair tu. If dy dah mengeras before korang susun nenas, tak pe. Kalau tak keras pun tak pe, so jangan risau. Susun ikut kegemaran masing2. Pastikan susun nenas tu rapat2 sebab nenas akan shrink a bit.
5. Dalam mangkuk mixture, pukul butter sampai creamy (1 minute).
6. Masukkan 1 cup gula pasir dan pukul sampai fluffy.
7. Masukkan 2 telur kuning, satu persatu, dan pukul sampai sebati. Masukkan esen vanilla.
8. Masukkan tepung, baking powder, garam, dan susu. Pukul sampai sebati.
9. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai jadik kembang, bila korang terbalikkan mangkuk dy tak jatuh dengan mudah. Kalau korang dah pukul lama, tapi still tak jadik juga, takpe, jangan risau, still boleh guna jugak.
10. Guna spatula, gaul white eggs yang dah dipukul tadi, dengan mixture yang lain. Korang akan dapat mixture yang quite pekat taw, but don't worry, mmg camtu. Kaup balik sampai sebati.
11. Tuang mixture keatas pineapple tadi dalam pan tu. Ratakan permukaan atas dy guna spatula. Masuk oven for 45-50 minutes atau sampai color dy keperangan.
12. After dah masak, keluarkan cake pan from the oven, biarkan 10 minit, dan boleh terbalikkan kek kat atas pinggan. Kalau ade nenas yang melekat, tanggalkan elok2, then susun cantik2 atas kek tu.






Okay tu lah rupa pineapple upside down kek ni. Cantikkan? Kalau korang suka pineapple, korang mesti suka pinepple cake ni. Dalam dy lembut gila pulak tu. Maybe sebab dalam resepi kita pukul white eggs kat mangkuk lain agaknye. Mungkin.

And kat tengah2 tu gambar fira nak potong kek. Birthday fira hari rabu hari tu, but aku buat kek ni ahad lepas. Haha. Awal gila kan. Tak pela, tu je free time aku pun.

Okay la, selamat mencuba okay!

AmeeraFatin=)

Sunday, April 10, 2011

Bahulu

Hye! Salam.

Lamanya tak masuk resepi. Malas sikit la sekarang ni nak masak2. Lagi2 dah nak cuti summer, which I will be going back home. Malas nak beli bahan2 nak masak2. Tapi ari tu ibu ada bagi resepi kuih bahulu. Sebab senang sangat nak buat dy, aku pu buat la ari tu. And jadik! Ade lg smpai skrg. Sebab aku tak de bekas bahulu tu, so aku guna muffin cup.

Ingredients:

4 eggs
1 cup caster/powdered sugar (Aku campur brwn sugar sikit sebab saje je.)
1 1/2 cup multi purpose flour

1. Panskan oven kepada 350F atau 180C.
2. Pukul telur+gula sampai kembang. Kembang ni means sampai mcm berbuih2 yang mcm color dy dah jadik almost off white. Kalau guna hand mixer, around 10-15 minute la. Kalau pukul guna tangan, aku tak sure berapa lama. Goodluck!
3. Kemudian masukkan tepung, gaul guna sudu. Nama dy kaup balik kalau tak silap. Means that korang tak ley kacau ganas2. Macam buat brownies la.
4. Boleh la kalau nak letak chocolate chips ke, jem ke kat tengah2 dy, ape ke. Ikut creativity korang macam kedai bahulu buat tu.
5. Masuk dalam muffin cup, masuk oven for 15-20 minutes.


Lembut sangat taw. Korang kalau terlebih pukul tak pe, jangan terkurang pukul okay.

And last week pun ake ade masak mee bandung Muar!! Kak Aisyah bagi perencah dy. Memang sedap weyhh... Tiba2 rasa nak makan lagi.

Lepas tu aku baru nak masuk gambar kek yang aku buat masa letha and jojo datang. Pastu jojo suggested letak chocolate glaze and strawberry on top. Cute!


Okay tu la dy. Chocolate cake ni guna resepi Moist Chocolate Cake kat sini. Chocolate glaze tu aku amek from internet je and aku tak letak cream cheese macam dalam link tu. Hari ni mcm nak buat red velvet cupcake. Tengok la dulu kepada tahap kerajinan. Takut end up jadik maggi je nnti mcm semalam. Haha. Malas gila nak masak.

Okay, selamat mencuba yeah.

AmeeraFatin=)