Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Mee Kari Mamak Pedasss

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Hye!

Tengah buat ape tu? Kita tengah study ni untuk exam agama esok. Kita amek class agama2 kat US ni. So sekarang tengah belajar pasal agam Yahudi. Susah banget sih. Banyak sgt terms yg tak familiar kene hafal. Next week belajar pasal Christian pulak. Lepas tu baru Islam. Cannot wait for that.

Okay, dari hari Khamis last week dah snowing lebat, snow storm. Sampai cancel class 3 hari. Last time was in 2009. Bayangkan la teruk mcm mana. Ni gambar snow.









Kesian patung ninja tu sejukkk. Haha. Anyways sekarang ni dah hari lain. Kita simpan post semalam sebab ada hal yang tak dapat di elakkan. 

Okay kari ni bukan susah sgt nak masak. Akan tetapi, out of everything yang kita boleh masak, kita rasa kari ni agak mencabar jugak la. Kita boleh masak macam2 jenis kari walaupun andungan dia sama je. Tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Mengikut experiment kita yang dah masak kari bnyak kali ni, ini disebab kan oleh quantity kari powder yg tuan2 dan puan2 letak. Lagi bnya, lagi pekat, lagi pedasss. Banyak tu banyak mana? Kalau periuk sederhana tu, dalam 5-7 sudu kari powder. Pastu kari anda pekat gila.

Jadinya, hari tu kita pun masak la kari, letak macam banyak la serbuk kari. End up pekat gila. Lepas tu kita rasa nak makan mee kari. Biasanya kari pekat mcm ni sesuai makan dengan roti canai atau roti jala. Tapi sebab lapa, rasa nak makan mee kari pulak. Hentam jela. Haha. Amekau, pedas. Kat luar tengah snow, kita ni berpeluh2 makan.


Haa siap ada kulit kayu manis lagi. Tak boleh makan taw ulit kayu manis. Tu sebagai hiasan je.

Ingredients:

Bawang merah - cincang
bawang putih - cincang
Sedikit halia - cincang
kulit kayu manis (cinnamon stick)
bunga lawang (star anise)
Curry powder
Meat/chicken/fish/vegetables
Perasa

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dgn star anise. Pastu masukkan bawang dan halia, tumis smpai naik bau. Pastu slow kan api, masukkan serbuk kari. Tumis lebih kurang seminit nak bagi rempah masak.
2. Masukan air, dan apa2 je bahan yang korang nak letak. Masak sampai semuanya masak. Perasakan dengan chicken bouillon atau pape jela yang korg suka.

Siap dah! Tak susah pun. Tapi nak dpt composition yang tepat tu agak susah jugak la. Ni kari mamak tak letak santan. Tp kita letak 3 sudu cucu cair asi lemak sikit sbb nak bagi Rina. Dia tengah pregnant and mengidam roti jala. Dia org Indonesia kat sini hubby buat PhD. Masa puasa haritu aku bawak roti jala pegi masjid, dia suka sgt. 

Okay la tak de apa lg nak cakap. Pening kepala sikit ni sebab tido lambat. Buat apa entah. Harini cuaca muram je tak de sunshine. That's what I don't like about winter. The surrounding itself doesn't seem to be smiling at me. How could I? I need my sunshine. 

Okay la, have fun with whatever that you are doing. Semoga Allah berkati kita semua dalam kerja harian kita. Semoga diberikan yang terbaik. Semoga happy selalu. Kita nak g makan. Tak makan pape dr semalam ni. Habislah kurus nanti. Hehehe.

Ameera Fatin.



Monday, January 28, 2013

Spaghetti Sauce Easy Peasy

Assalamualaikum. Hye.

Senang je spaghetti sauce ni. I make it all the time. Boleh buat banyak2, then simpan dalam fridge up until a week. Dan sihat dan boleh control rasa mengikut cita rasa masing2. Entry ni will be written in English. 

Ingredients:

2 cans of diced tomatoes (preferably the one without any additional taste. But last time I used the grilled tomato diced, the taste was not bad.)
1 small can of tomato puree or tomato sauce (not ketchup)
1 small can of tuna/a handful of ground beef/what ever meat that you like
2 cloves of garlid - chopped
1 shallot - chopped
Olive oil/cooking oil
Salt and pepper

1. Heat the pan up. Pour some oil just enough for the shallot and garlic. When the oil is hot enough, stir in the shallot and the garlic until fragrance.
2. Put in your meat. Stir until it is half cooked. If tuna is used, just stir for a few seconds since it is usually has been cooked.
3. Put in everything else. Adjust the taste. Leave the sauce for 1 hour with under medium to low heat.


Can be eaten with any kind of pastas. In the picture above, I put the diced tomatoes together with a handful of basil in the blender and blend until they incorporate. Love basil. But it's winter now, no farmers market and no cheap basil. *sigh*

Nothing much to say. I just hope all is well for everyone. Enjoy this song from the Radiohead, All I Need.


I'm the next actWaiting in the wingsI'm an animalTrapped in your hot car
I am all the daysThat you choose to ignore
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
I am a mothWho just wants to share your lightI'm just an insectTrying to get out of the night
I only stick with youBecause there are no others
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
It's all wrong, it's all right It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right

 It' all, It's all.


Thursday, April 26, 2012

Mee Rebus/ Mee Jawa

Assalamualaikum! Hye!


Isn't it nice to wake up in the morning lepas tu dengar bunyi burung2 berkicauan, lepas tu dapat good morning wishes from people that care about you (best friend and etc)? Kalau ada nasi goreng kat dapur dah siap2 masak dengan nescafe panas mesti lagi perfect kan? Kan? Hehehe. Malam tadi macam tak sejuk kat sini, so kita tidur sambil tingkap terbukak. Oleh sebab kita duduk kat level paling atas, so banyak la burung bertenggek kat atas bangunan ni. Bila bangun je, terus dengar bunyik burung2. Pastu cuaca sangat nice hari ni. Alhamdulillah.


 Okay few days ago teringin sangat nak makan mee rebus. The best mee rebus adalah dekat Muar la mana lagi. Hehehe. JB pun ada kot cuma belum try lagi. So bila buat2, tiba2 terlupa mcm mana rasa mee rebus taw. Dalam kepala dok ingat mee bandung muar je sebab balik last year ada bawak balik sekali perencah mee bandung Mak Pon. Haa ni memang terbaik la. Kalau jumpa kat mana2, memang recommend perencah ni kalau nak beli. 


Ingredients:


2 Keledek oren (Sweet Potatoes) - Rebus sampai lembut then blend smpai lumat.
Any meat - Rebus dengan halia sikit and garam sampai lembut, simpan air rebusan
Shrimp - Rebus smpai masak, simpan air rebusan


*4 gloves of garlic
*2 Shallots -Blend semua bahan tanda * . Kita chopped je.


2 tbsp chili paste
1 tbsp shrimp paste/ belacan
1 tbsp ketchup (Kalau tak de boleh guna air asam jawa sikit)
Salt and sugar
Sayur hijau kegemaran jika mahu


1. Tumis bawang putih dan merah sampai garing. Masuk chili paste, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan keledek yang dah dilenyek, daging dan air rebusannya berserta halia sekali, dan air rebusan udang.
3. Perasakan dengan shrimp paste, ketchup dan salt and sugar sampai cukup rasa.
4. Masukkan sayur dan udang.




Tadaa! Senang je kan? Yang buat lama tu sebab kene rebus keledek sampai lembut pastu nak lenyek lagi. Terliur la pulak tengok gambar mee rebus ni malam2 mcm ni. Rasa nak masak2 pulak. Ehh hari ni dah tengok ada satu video ni macam 478 kali dah. Hehe. sebab bay ni comelllll sangat2. So adorable I want to bite him. Hehe



Alooooo schhoo cuteeee. Cara dia jawab no tu sangat confident. Macam faham je apa orang tanya. Hehe.Okay time to study got exam tomorrow. Goodnight!


AmeeraFatin=)

Monday, March 5, 2012

Daging Black Pepper

Assalamualaikum. Hye!


Hari ni adalah hari bermalas-malasan. Bangun pagi terus skype dgn kawan ku yang comel. Kemudian buat keje sikit, pastu tidur balik. Pastu bangun baru masak, then skype lg, then tgk movie cerita The Lovely Bones. Best cerita dia. Sangat best.


Semalam mcm tgk2 balik gambar2 lama. Pastu tengok la gambar2 masa aku kat kolej dulu. Aku suka menari traditional. Pernah zapin, joget and jawa contemporary. I miss dancing so much. Kadang2 tu dance dalam bilik sorg2. Pasang lagu Tari Tualang Tiga kuat2. Haha. Start dance pun masa kat kolej, masa batch kitorg kene perform lepas orientation. Lupa plak nama dia ape. Then after that, bila ada dance2 je aku mesti nak join. Masa senior kat kolej, aku dengan Liyana choreograph Javanese dance untuk bangsawan. Good old time. Rindu sangat. 


Zapin untuk closing ceremony. Masa opening ceremony ada guys. Tapi sebab berterabur sgt sebab practice 2 hari je, so guys tak de masa closing.


Bangsawan masa tengah junior. 


Bangsawan masa senior. Ni la Liyana cantik. Make up masing2 tak ley blah. And I was so fat makan banyak masa ni.


Ni masa senior, dengan junior yang sengal, Faseeha. Menyibuk dekat junior punya dance competition. Hehe. Nak final dah ni pun. Bunga besarnya tuu.

Ahh rindunya masa tu. Dancing ni macam playing netball and squasy. Salah satu cara untuk hilangkan stress. Bukan itu sahaja, ia juga cara untuk jadi lebih fit. Berpeluh jugak taw practice dancing. Masa bangsawan dulu satu hari 4,5 jam practice. Bangsawan ni macam event kat kolej, setiap house kene present traditional theatre la. Kitorg buat preparation for everything in about 1 bulan lebih jugak la. Sangat meriah. Rindunya.

Okay berbalik kepada makanan. Hari ni masak daging black pepper version ibu. Last time aku masak guna udang, tp lupa letak kicap. So tadi guna daging pulak, and tak lupa letak kicap. Yey! Pastu makan dengan mee goreng segera. Sebab malas nak masak nasi. Hehe.

Ingredients:

1 bowl kecil daging di hiris nipis
Serbuk kunyit
Garam

Garlic-cincang
Halia-cincang
Butter
Kicap (1 sudu)
Black pepper

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Agak2 la dnegan kuantiti daging.
2. Goreng daging dalam minyak panas, sampai masak. Jangan terlalu kering, kita tak nak daging kita jadik macam rubber.
3. Panaskan pan lain, cairkan butter. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan pepper dan sedikit kicap.
4. Masukkan daging yang dah digoreng tadi, gaul rata. Perasakan dengan salt and pepper.




Lihatlah. Aku tak de kicap sedap, ada kicap yang makan dengan sushi je tu. Tak sempat lg nak beli kicap ABC. So guna jela dark soy sauce. Macam gelap sgt ni. Hehe.

Senang je masak dy. Boleh je kalau nak try dengan ayam. Makan dengan nasik ke, mee ke, semua boleh. 

Okay la, selamat mencuba okay! Kita nak pen off dengan video kegemaran. Hehe. Selamat menonton!





AmeeraFatin=)

Thursday, February 9, 2012

Home made Taco!

Assalamualaikum w.b.t semua! Hello!


Dekat sini, kalau tak makan cheese pizza, aku makan Subway tuna jela. Tu jela fast food yang boleh dimakan. Nak makan Taco Bell, tak halal pulak (semua tak halal kat sini, i mean tak de seafood and vegetarian). Biasa fast Mexican food aku selalu makan kat Chipotle. Itu pun satu vege burrito dah nak dekat $7. Sungguh mahal ye. Tapi kadang2 makan jugak la kalau craving Mexican food. Dekat Malaysia dengar cerita dah ade Chipotle. Tapi hari tu Fira google tak jumpa pun kat mane. So, alang2 tengah ade kat sini tu, kita pun belajar la ye buat mexican food. 


Masa beli barang2 tu, just ingat semula je apa yang selalu dia letak dalam burrito taw. And hari tu pun ade tengok video macam mane nak buat guacamole. So ingt la bahan sikit2. Masa nak beli barang tu, tak sure la kene letak cilantro ke tak (daun ketumbar). So masa bayar tu aku pun tanya la mak cik cashier ni. Haa siap borak lagi masa tu. Dia kata la cilantro ni rasa dia sedap dalam food tu, especially mexican food. Then dy tanya la nak buat from scratch ke, ape ke. Hehe. Eh panjangnya explain.


Okay berbalik kepada Taco kita. Hari aku buat tu, aku bagi la kat fira untuk dinner taw. Pastu fira pun cakap la sedap and nak lagi. Hehe. Mesti la suka kan kalau org suka food yang kita masak. So now aku nak share la resepi dia. Oleh sebab aku ambil resepi online, so aku just nak list kan bahan2 untuk korang beli je k.


1. Secekak Cilantro (Daun ketumbar)
2. 3-4 biji Tomato
3. 1 bawang besar putih (Onion)
4. 1 tin red beans (Kalau tak jumpa, guna je baked beans ke. Resepi guna pinto beans)
5. Garlic
6. Tortilla (Kalau tak jumpa tortilla, kene jumpa jugak la. Tortilla ni roti leper. Boleh guna taco shell juga)
7. 3 biji Avocado
8. 1 Limau (Lime)
9. Serbuk jintan (Cumin powder)
10. Chili powder (Resepi guna Cayenne powder. Tapi aku substitute dengan cili powder)
11. Grated chedar cheese atau taco mixed cheese.
12. Lettuce


Bean filling recipe


1. Tumis 1/5 dari bawang besar yang telah dicincang dan 2 clove garlic.
2. Lenyek red beans guna garfu sedikit. Tak perlu hancur semuanya.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan beans tadi dengan kuah2 dy skali.
4. Perasakan dengan 1 tsp cumin powder, 1 tbsp chili powder dan garam secukup rasa.


Guacamole recipe


Pico de Gallo salsa




Resepi Guacamole tu memang sedap. Kalau anda rasa tak suka cilantro, mungkin anda tak kan suka kot taco ni. Atau kalau nak try, kurangkan sikit cilantro. Okay.


Guacamole






Lapisan dia macam ni:


1. Lettuce yang dah di hiris halus
2. Bean filling
3. Guacamole
4. Salsa
5. Cheese


Kemudian masukkan dalam oven for 5-8 minutes sampai la cheese melt dan tortilla a little bit crispy.


Kalau anda suka makan dengan sour cream, boleh la letak jugak ye. Tapi masam dari tomato tu rasanya dah cukup. Kalau yang betul2, ada nasi taw. Tapi saya belum belajar lagi mcm mane nak masak tu. Lepas tu kalau nak guna daging cincang, boleh masak sekali dengan beans tu. So masukkan daging dulu after tumis bawang. Bila dah masak, baru masukkan beans okay.


Okay lah panjang sgt ni. Tapi resipi ni sangat2 di recommended. Mane tau anda nak tukar selera ke kan. Hehe. Balik Malaysia nnti sure buat punya lah. Hari ni je dah breakfast and dinner taco okay. Dah nak jadi Mexican dah ni. Hehe. Tak de la. Saya masih Melayu sejati okay. 


Okay la this is too long lah. Time to sleep. Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

Tuesday, October 25, 2011

Japanese Curry (Instant)

Hye! Assalamualaikum.

Haaa... Curry is not mu favorite food. Tapi lately ni asyik kari, kari, kari. Biasa lah, kalau kita lemah dalam sesuatu tu, even tak suka, kita akan practice banyak2 kali smpai mahir. Lama2 tak perasan yang rupa- rupanya kita dah tersuka. Hehe. Macam dulu masa sekolah rendah, aku tak suka Math sebab suka suruh cari mana satu yang salah. Dah la tak boleh pakai calculator. Malas betul. Sebab malas, terpaksa counter act balik, dengan terpaksa buat jugak. Lama2, Math la subject kegemaran.

Oh ni Japanese curry yang instant je. Aku beli from Walmart. Ari tu jalan2 ternampak, then terus grab je masuk trolly. Rasa dy, mcm masak kurma kot. Eh entah la. Tapi familiar taw. Cara masak, ikut je ape kotak cakap. Even though English dy mcm terbalik2 sikit, but its okay, faham je. Tak payah nak comment banyak sangat. Yang penting rasa sedap. Hehe.


Dah masuk fall dah kat sini. And ada satu pokok depan tingkap bilik ni sangat2 menarik perhatian. And aku nak kongsi la gambar dy untuk yang nak tengok. =)


Sekarang ni sangat2 busy. Ni pun curi masa kejap nak update. Just so you know, I am not going anywhere. Kalau aku free, akan update punya okay!

Okay, bubbye!

AmeeraFatin=)

Saturday, September 17, 2011

Ungkep (Makanan Jawa)

Hye! Assalamualaikum!


Masakan ni which is Ungkep, adalah salah satu makanan kegamaran aku. Boleh jadi top 10 jugak lah dalam list. Hehe. Ni makanan jawa. Each time aku cakap pasal ungkep, people will ask me, what it is. And aku akan jawab, hurmmm dy macam rendang tapi tak de kerisik and santan. Siang tadi aku try masak, and jadik! Yey! I'm so happy. Tapi rasa dy tak la sesedap ibu masak kat rumah. Ibu is the best, for sure. So now, I'm presenting to you, my dish. =)


Ingredients:


Semangkuk daging di hiris nipis/ 3 ketul ayam


Jintan dan ketumbar sesudu teh
Sedikit white pepper


*3 clove garlic (hiris)
*2 shallot (hiris)
*Halia sebesar ibu jari
*1 batang serai (hiris nipis)
*Sedikit kunyit (Kalau guna kunyit serbuk, sesudu kecil)
*Sesudu kecil serbuk kari
*Sedikit lengkuas (Aku tak guna sebab tak de)


1 asam keping saiz kecil
Garam dan gula


1. Blend semua bahan bertanda * sampai menjadi puree.
2. Panaskan minyak, tumis ketumbar jintan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Masukkan asam keping dan white pepper.
3. Masukkan daging/ayam, tutup periuk supaya cepat masak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Perasakan dengan garan dan gula.





Oh tiba2 ade sebatang serai didalam mangkuk. Haha. Saje je letak serai yang lebih tu sebagai hiasan. And gambar2 ni guna different white balance (sejenis setting camera), so ada yang nampak kuning, ada yang nampak putih. 


Aku punya ungkep ni berkuah sikit sebab i like it that way. Tapi kalau korang nak buat kering sikit, pun boleh. Terpulang kepada kegemaran masing2 okay.  Sedap dimakan bersama nasi putih yang panasss.


Senang je kan buat dy? I love it! Selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

Wednesday, March 9, 2011

Sup Daging with Pasta

Hye! Salam.

Ouh lamanya tak update blog. Busy sikit la sekarang ni. Plus malas nak masukkan gambar masuk laptop. Hehe. Okay, resepi hari ni, sup daging dengan pasta ni, ibu pernah masak kat rumah dulu. Tapi ibu guna macaroni. Aku guna penne rigate sebab tu je yang aku ada. Korang boleh guna pape je okay, pasta yang fancy2 tu. Silakan.

Ingredients: 2/3 periuk sederhana sup kambing.

1 mangkuk pasta yg dah boiled sampai lembut.

3cm halia - hiris halus
4 ulas garlic - cincang
1 bawang putih (shallot) - hiris halus
*Aku guna bawang merah besar tu dalam 1/5 mcm tu.
1 sup bunjut (ke bunjut sup ek?)
2 biji kentang - potong cube besar
Salt and pepper

1 mangkuk kecil daging yang dihiris halus (Boleh jugak kalau nak lebih, ikut kesesuaian)
3cm halia - hiris halus

1. Rebus 3cm halia yg dah hiris halus dan daging sampai daging empuk.
2. Bila dah empuk atau hampir empuk, masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Masukkan sup bunjut dan kentang.
3. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Lepas tu tuang semua sekali dalam periuk sup daging tu.
4. Bila kentang dan daging dah masak, tutup api. Boleh makan dengan pasta yang dah lembut tu.

Aku pun tak tau kenapa daging tu tak macam color gelap. Tapi dah empuk. Maybe jenis daging agaknya. Lepas tu aku makan dengan sambal kicap kegemaran!! Okay ni resepi sambal kicap simple.

Ingredients:

Bawang merah - potong cube2 kecil
Cili padi - hiris halus2
Garlic sikit - cincang
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit air panas

1. Campurkan semua bahan mengikut kuantiti yang anda inginkan. Kicap masin and kicap manis tu, boleh juga kalau nak ganti dengan kicap lemak manis atau kicap2 kegemaran anda.
2. Masukkan sedikit air panas supaya tak pekat sangat.

Sambal kicap yang aku buat ni pedas terangkat beb! Sikit camni je aku dah panas dah makan. Padahal tengah sejuk. And kalau ada lebih, korang boleh simpan dalam fridge, tapi tak tahan lama taw. Few days je. Ingat esok nak buat keledek goreng makan dengan sambal kicap ni. Uish. Air liur tengah hampir nak meleleh. Hehe. Selekeh kan? Gurau je. Tapi kan, biasanya kat rumah aku tumbuk cili padi ni untuk buat sambal kicap yang makan dengan goreng pisang and keledek goreng. Tapi kat sini aku tak de lesung batu, so potong2 pun okay. And aku letak bawang putih skali kalau sambal goreng pisang tu. And ade gula jugak. Lain sikit la senang cite. Korang boleh la kalau nak experiment2 ke. Okay!

Ni kek pisang yang aku buat weekend hari tu. Sorry sebab mcm kembang sangat sebab bekas kek aku tu aluminium yang tak keras taw, so kek ni tolak dy masa tengah mengembang. Tapi comelllllll sangat taw. Haha. Aku guna resepi ni.




Okay aku nak bgtau. Kalau korang tengok kat top part of this blog, korang akan nampak tab My Music. Tu page baru aku untuk blog ni. Aku suka dengar to music. So aku rasa mcm nak share la music2 kegemaran aku dengan korang. Mane tau kita ade kegemaran yang sama ke kan, boleh share2. Ini cliche but who cares. Sharing is caring. Hehe.

Okay la, nak proceed dengan homework2 yang tak berapa nak bertimbun sangat tapi banyak dan mampu memecahkan otak. Bubbyes!

AmeeraFatin=)

Saturday, January 15, 2011

Shaghetti Melayu Ameera Fatin's Style

Heyho!

Salam guys. Ouh mood memasak dah datang hari ini. Hari ni je aku dah masak 2 benda. One of those is grilled asparagus. Hari tu masa kat rumah Ikhwan, kitorg tgk cerita ape entah kat tv then termasuk cerita pasal asparagus. So tiba2 rasa nak makan, so beli la ari tu. So tadi rasa nak makan sesuatu selain roti and biskut. So aku masuk oven je asparagus tu. Letak sikit garam, black pepper and bawang puith. Masuk oven for about 5 minutes. Okay, tadi aku makan cmtu je. For those yang tak berapa suka makan sayur, makan dengan sesuatu la contohnya nasi atau mee ke. Up to you guys okay!



Banyak weyh aku letak garlic. Tu sebab aku suka bawang putih. So kalau korang tak suka, letak sikit2 je k.

Okay, the 2nd dish is the spaghetti. Kenapa Ameera Fatin's style? Ceritanya begini. Aku macam rasa nak makan daging masak merah dari semalam. Kan dah cakap nak cari resepi daging kan? Tapi last2 tanya ibu. Oleh sebab aku ni bujang yang serba kekurangan, aku main hentam jela. Instead of guna tomato, aku guna ketchup. And instead of guna kayu manis, buah pelaga, cengkih and bunga lawang, aku guna je sup bunjut punya rempah tu. Aku ingat deorg bagi benda2 dalam tu seketul2. Rupanya dah pecah2kan. Memang tak la aku nak asingkan. Ingat macam dalam cerita Musang Berjanggut ke? Dah lapar gila dah masa tu, so aku masuk je beberapa cubit. Haha. Ketumbar sume ada. Then aku rasa terlebih letak halia jugak. But, who cares. Aku rasa okay je kot. Then masak2. Pastu macam tak rasa daging masak merah sangat. Rasa macam spaghetti sauce ade la. Haha!

So, sebab lapar, aku boiled some thin spaghetti, and makan dengan daging masak merah tu. Pergh... Sedap gak weyh. So, korg boleh la try kat rumah nanti. Hentam je masak daging masak merah macam yang korang rasa macam betul, then makan dengan spaghetti. Haha!


Yes, tu dia. Letak sikit dried parsley. Sedap gak. Hehe.

Okies, tu lah dy. Sebenarnya hari ni nak bake cake. Tapi apa kan daya, lupa nak beli telur. Apa la.

Okay la, tu je. Ouh, kawan2 aku yang nak exam tu, goodluck you guys! Musim exam ni memang tak de masa nak masak. But don't forget to eat. Makan jela pape. Kata bujang. Hehe.

Bubbye.

AmeeraFatin=)

Monday, September 20, 2010

Beryani Daging


Hye!! Salam to all my fellow readers.=)


Okay ni resipi kegemaran aku, which is nasi beryani. Happy sangat kali ni sebab nasik tak terlebih lembik pun. Yes!! Tips dy, masak je nasik tu betol2. Then masukkan nasik and daging tu dalam rice cooker, buat warm je selama sejam or less. Pastu jgan lupa alaskan penutup rice cooker tu guna tuala so that dy punye steam tu tak keluar. Nak jadikkan macam beryani gam la. Tapi instead of tampal guna tepung, aku guna tuala kecik je, easier. Kalau tak de rice cooker, guna periuk biasa atas api slow je. Okay!! Jangan letak air bnyak sgt taw masa nak steamkan nasi and daging. Jetak sikit je since nasi dah masak.

Ni dy resepi Nasi Beryani Gam Johor.


Sedap sangat nasik beryani ni. Aku still guna rempah beryani Shan tu. Korang guna jela rempah beryani pape. Aku rasa pape je boleh. And aku sangat recommend resepi ni to those yang nak try masak nasi yang mcm ssh nak masak. Haha. Dy senang je after aku dah buat second time ni. Not as hard as the first time. And more relax. Siap boleh tgk movie lg. Hehe.

Okay, selamat mencuba ye semua.

AmeeraFatin=)

Friday, September 3, 2010

Sup Kambing

Ooops! Lupa nak masukkan gambar sup kambing. Hehe. Ni dy sup kambing. Malas la pulak nak masukkan resepi. Next time la ye.


Tu ade sambal kicap sekali. Hehe.

AmeeraFatin=)