Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Paceri (pajeri) Nenas

Assalamualaikum! Hye!


Minggu lepas tiba2 terasa nak makan paceri nenas sebab sekarang ni Walmart banyak betul nenas. Murah pulak tu. $2 sebijik. Kat Malaysia lagi murah kot. Lepas tu masa tengah borak2 dengan ibu, tiba2 rasa nak masak paceri nenas. Pastu ibu cakap baru semalam ibu masak. Hahaha. So few days ago kita pun masak la paceri nenas. Sangat senang! Resepi ibu semua senang2. Yang susah pun jadi simple je.


Ingredients:


Separuh nenas size sederhana
2 batang kulit kayu manis ( cinnamon quill)
2 bunga lawang (star anise)
1 cengkih (clove)
1 bawang merah (Atau kalau tak de shallots, guna 1/3 bawang besar) - Hiris halus
2 clove bawang putih - Hiris halus
1/2 inci halia - chopped
2 sudu teh serbuk kari
1/2 cube ikan bilis
1 sudu teh kerisik


1. Panaskan minyak. Tumis cinnamon, bunga lawang and cengkih untuk 20 saat. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tumis sampai naik bau dan lembut.
2. Perlahankan api, masukkan serbuk kari. Tumis serbuk kari lebih kurang seminit.
3. Masukkan sedikit air (sebab nenas nanti keluarkan air dia jugak) dan masukkan kiub ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan nenas. Gaul sebati. Bila dah sebati, buat api perlahan, tutup periuk dan biarkan sehingga nenas cukup lembut. Agak2 10 minit.
5. Bila nenas dah lembut, bukak periuk dan perasakan lagi sehingga cukup rasa. Kalau terlalu berkuah, buat api medium dan biarkan periuk terbuka supaya air reduce sedikit.
6. Bila dah cukup rasa dan cukup kepekatan, masukkan kerisik. Kacau sebati dan tutup api.




Kita makan dengan nasi wangi, Romaine masak belacan dan udang grill. Nasi wangi tu just masak nasi macam biasa je. Lepas tu tumis bawang putih, bawang merah dan 1 kulit kayu manis. Masukkan dalam periuk nasi masa air dah mendidih masa nasi tengah masak tu. Letak sikit garam.

Senang je kan? Sedap pulak tu. Selamat mencuba! Jangan lupa tengok Germany lawan esok ye. And2 congrats Christiano Ronaldo sebab once again jadi hero untuk Portugal. Hehe. 

AmeeraFatin=)



Monday, June 18, 2012

Son-in-Law Egg

Assalamualaikum! Hye!


Wah Summer ni memang relax sungguh la. Hari2 tengok bola dgn Hadith and sorak mcm apa. Haha. Biasa lah wanita wanita ni kan kalau tengok bola suka jerit2. Lepas tu usha yang macam macho2 sikit tu. Hehehe. Tapi kan, selain Christiano Ronaldo yang memang semua orang tau dia memang hot, I think the Germany coach, Joachim Low, is quite attractive jugak in his own way la. Dengan his tailor's cut white shirt tu, smart jugak la mamat Germany tu. Hehehe. Okay dah stop. I hope Germany boleh sampai final. Dari analysis orang2 yang tak berapa nak pakar sangat ni, mungkin Germany akan jumpa Spain lagi sekali. And this time I will make sure Germany akan menang. Kalau Spain tak masuk final, maybe Italy or Portugal boleh jugak kot. Tapi Portugal macam tak complete sangat la team dia tu. Semalam dua2 goal CR yang goal kan pun. Hmm. Tapi yang sure Germany boleh sampai final. Fingers crossed.


Okay lepas tu hari2 tengok Masterchef Australia 24/7. So adala this one episode where Dani cooked a Thailand's dish called Son-in-Law egg. Senang bangat sih. Dah la masa tu dah masak mee kolok taw and mee kolok ni macam tak de sos je nak makan together with it, so kita pun buat la sos sendiri. Nak buat Son-in-Law egg tu punya sos tapi tak de cili padi dah. =( Oh kesiannya orang yang tak de kereta ni, susah betul nak beli barang2. Kita tak suka betul bila nak masak tu bahan tak de. Tak sabar nak ada dapur sendiri where I can fit the whole market in it. Haha. Over la mcm tu. Tapi pretty much like that la. 


Ingredients:


1 telur
1 periuk kecil air
1 Mangkuk air sejuk


Thai chili sauce (Atau apa2 sweet dipping sauce yang korang ada)
Cuka
Hot sauce


1. Didihkan air.
2. Buat lubang kecik dekat hujung telur gunakan hujung pisau. Kecik je macam diameter toothpick)
3. Masukkan dalam air mendidih tu untuk 4-5 minit. Lepas tu terus keluarkan telur dah terus rendam dalam air sejuk sebab kita nak berhentikan the cooking. Kupas telur dengan berhati hati sebab telur tu masih separuh masak dan sangat fragile.
4. Panaskan minyak dalam pan. Bila minyak dah betul2 panas, masukkan telur rebus tadi. Goreng sampai luar dia color keperangan.
5. Untuk sos, campurkan Thai chili sauce, sikit cuka and a dash of hot sauce secukup rasa.


Bila telur tu di belah dua, Telur kuning dia masih cair.




Tadaa! Haa bawang goreng tu macam ulat kan? Hahaha. Eh telur tu memang sedap la. Dah la senang. Very highly recommended!


Selain daripada itu, kita juga telah memasak beberapa masakan lain yang sangat malas nak tulis resepinya. Hehe.


Nasi Goreng Belacan dan Telur masak sambal ikan bilis. Eh?

Kentang rebu dengan sambal ikan bilis

Ameera Fatin's Garden Salad


Inspired by the street food dekat New York City. Marinated Lamb and caramelized onion sandwich.


Healthy chocolate cupcake. Tak de telur, tak de butter, sikit gula. But very yummayh. Ni kalau jual 1 bekas ni $15 je. Sape nak boleh order. hehe.

Haa esok nak masak sesuatu yang sangat teringin nak masak. Masakan Melayu. Tak sabar rasanya. Dah tanya ibu resepi macam 3 kali dah sebab tak jumpa pen nak tulis. Call jela dekat skype tu. Lepas tu I was thinking to bake a layer cake jugak la. Tak pernah buat lagi. Nanti la tunggu bila ada ramai sikit orang nak makan. 

Ouh sebab Masterchef, kita teringin sangat nak jumpa semua chef2 terkemuka kat dunia ni, yang ada Micheline stars, yang ada hatted restaurant. Tapi hari ni, teringin sangat nak jumpa Chef Marco Pierre White. Sangat! Dia ada charisma and ada stand dia sendiri. Dia let go off Michelin stars dia sebab dia rasa kenapa dia kene kekalkan benda tu sedangkan orang yang judge dia tu tak ada ilmu setinggi dia dalam cooking. Ouh, suka betul orang macam ni. Orang yang ada identity and boleh buat big decision. 


I feel like talking non stop tonight. Hahaha. Okay better stop. Sekarang nak tengok masterchef sampai tertidur. Jangan lupa Jumaat ni German lawan Greece taw. And of course, sembahyang Jumaat. Hehe.

Enjoy this song by Metric, Handshakes. Dengar right after bangun tidur ni best taw, terus semangat nak masak2. 





Tuesday, April 17, 2012

Sambal Asam

Hye! Assalamualikum.


Siapa suka sambal asam angkat tangan! Hehe. I know most of you guys do like it. Kita makan dengan ikan bakar, pucuk ubi rebus, ulam-ulaman. Memang sangat ummphh la. Penaik selera makanan melayu selain sambal belacan. Sambal asam ni sama je macam sambal belacan, cuma kita campurkan sekali air asam jawa. 





Haa tengok tu gambar straight dari lesung batu brought from Malaysia okay. Semangat kan. Hehehe. Lesung batu ni pun bawak sebab nanti nak tumbuk bahan untuk nasi goreng senang. Kita suka guna lesung batu sebab rasa macam perasa bawang2 dan cili macam lebih preserve. Kalau guna blender kene letak air sikit lepas tu kalau nak blend benda yang sikit je susah la pakai blender.

Ingredients:

Cili padi
bawang merah (kita guna bawang besar)
bawang putih sikit
belacan
Gula
air asam jawa secukup rasa

1. Tumbuk semua bahan sehingga hancur. Campurkan air asam jawa dan gula sehingga cukup rasa. 

Senang je kan? Boleh buat banyak-banyak then simpan dalam fridge. Nanti nak cicah dengan ikan goreng pun boleh. 

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Tuesday, January 24, 2012

Ayam Masak Merah Bujang

Assalamualaikum. Hye!


Okay lama gila tak update even though tak la busy sangat. Hehe. Just malas je nak menulis. Lately ni macam tak bnyak idea nak menulis. Tak de inspirasi. Siapa nak jadi inspirasi saya? Hehe. 


Okay so ayam masak merah simple ni memang simple je. Main masuk je pape jela yang mcm berkenaa, Dulu ibu ada ajar tapi dah lupa. So masak jela. Tapi not bad jugak. Hari tu makan dengan nasi tomato versi Hafizah memang sedap. Tapi masa tu masak telur masak merah, ganti ayam. Nasi tomato Hafizah pun lain dr yang lain. Tak de tumis2 rempah taw. Sedap2.


Ingredients:


>Ayam semangkuk sederhana di potong kecil
>Serbuk kunyit
>4 sekawan -1 batang kulit kayu manis (cinnamon), 1 bunga lawang (star anise), 1 buah pelaga (cardamom), cengkih. P/s: Aku tak masukkan cengkih sebab ibu cakap cengkih tu kalau nak masak apa je ntah la lupa. 
>Jintan dan ketumbar 3-4 cubit (Apa2 jintan pun boleh) (Cumin and coriander seeds)
>2 sudu kecil serbuk cili (Kalau guna cili boh/cili paste, masukkan agak2 dengan kuantiti ayam)
>3-4 garlic - Hiris halus
>2 shallot (Kalau guna bawang merah yang besar tu, guna 1/3) - Hiris halus
>1cm tebal halia - Hiris halus
>1.5 sudu sos tomato/ketchup




1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sampai hampir masak. Jangan sampai kering taw. Nanti tak sedap sebab tak lembap.
2. Dalam kuali atau periuk sederhana, panaskan minyak. Dengan api sederhana, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan dan ketumbar. Dalam 30 saat tumis, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Boleh la kalau nak buat api sederhana-besar.
3. Bila bawang dah layu dan naik bau (bau dia memang sedap), perlahankan api dan kemudian masukkan serbuk cili. Tumis sampai serbuk cili garing (about 30 saat ke 1 minit). Kemudian masukkan sedikit air.
4. Tumis lagi sampai la pecah minyak. Agak2 dalam 10 minit ke 15 minit dengan api sederhana.
5. Bila minyak dah pecah, masukkan sos tomato. Kalau rasa tak cukup, masukkan sikit lagi. Masukkan garam gula.
6. Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika dalam api sederhana-perlahan supaya bahan2 semuanya mesra.




Oh aku letak tomato. Sebab masa tu ada tomato, so letak jela. 





Tu nasi tomato Hafizah. Combination ni memang sangat di recommend okay.


Okay la, selamat mencuba! Nak makan brownies. Baru je keluar oven. Hehe.


AmeeraFatin=)

Saturday, March 12, 2011

Keledek Goreng + Sambal Kicap

Hye! Salam.

Hari tu masa blogwalking ke blog Abg Mat Gebu, tiba2 terlihat satu post yang menarik nafsu makan untuk makan. "Minum Petang Gaya Orang Johor". Aku baca tajuk je dah terus terbayang goreng pisang cecah sambal kicap. Gullpp! Tu adalah one of my favorite food. Kalau kat rumah, orang lain tak sebok pun kalau tak de sambal kicap. Tapi kalau aku ade, aku akan sebok. Mula la tumbuk2 cili nak buat sambal kicap. Pastu mcm biasa la, aku la paling banyak makan. Pape makanan pun aku paling banyak makan. Hahaha.

So siang tadi after bangun tido, terus lah saya menggoreng keledek dan membuat sambal kicap. Tak de lesung batu, so aku potong2 jela halus2. Biasa la orang bujang. Resepi ni aku blaja from ibu masa kat rumah dulu.

Ingredients:

Keledek (sweet potato) - potong membulat, ketebalan 0.8-1 cm. Ikut citarasa masing2.
Tepung - agak2 dengan kuantiti keledek
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Minyak

1. Panaskan minyak dalam kuali. Sementara menunggu minyak panas, boleh la bancuh tepung.
2. Campurkan tepung, SEDIKIT serbuk kunyit, dan secubit garam dengan air. Jangan cair sangat. Kepekatan macam nak buat cekodok/jemput-jemput.
3. Bila minyak dah panas, ambil 2-3 sudu minyak panas tu, campur dgn bancuhan tepung.
4. Kemudian salut keledek dengan bancuhan tepung, goreng sampai garing.

Sambal:

4 cili padi
1 garlic kecil
Sedikit bawang merah (aku tak letak tadi)
Kicap

1. Potong halus2 cili padi dah bawang putih.
2. Masuk dalam mangkuk kecil, campur dengan kicap.
3. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Kalau manis sangat, campur sikit kicap masin. Kalau okay, jangan campur kicap masin. Pandai2 la nak adjust.

Okay siap!



Ouh lihatlah betapa menyelerakan sungguh sambal kicap tu (Padahal hitam macam biasa je. Mengarut je Ameera Fatin ni kan? Haha). Makan panas2, rangup2 dengan ahli keluarga di hadapan tv ni sangat la best. Ouh rindu nak minum petang kat rumah. 3 months to go.

Okay, nak cakap sekali lagi. Kalau korang tgk kat atas blog ni, ade page My Music. Kat situ aku share music2 yang aku suka. Kalau korang interested, boleh la tgk2 ye. =)

Okay la, tgh mencari idea nak bake kek ape malam ni. Or maybe roti. Not sure yet. We'll see. Bubbye semua!

AmeeraFatin=)

Wednesday, March 9, 2011

Sup Daging with Pasta

Hye! Salam.

Ouh lamanya tak update blog. Busy sikit la sekarang ni. Plus malas nak masukkan gambar masuk laptop. Hehe. Okay, resepi hari ni, sup daging dengan pasta ni, ibu pernah masak kat rumah dulu. Tapi ibu guna macaroni. Aku guna penne rigate sebab tu je yang aku ada. Korang boleh guna pape je okay, pasta yang fancy2 tu. Silakan.

Ingredients: 2/3 periuk sederhana sup kambing.

1 mangkuk pasta yg dah boiled sampai lembut.

3cm halia - hiris halus
4 ulas garlic - cincang
1 bawang putih (shallot) - hiris halus
*Aku guna bawang merah besar tu dalam 1/5 mcm tu.
1 sup bunjut (ke bunjut sup ek?)
2 biji kentang - potong cube besar
Salt and pepper

1 mangkuk kecil daging yang dihiris halus (Boleh jugak kalau nak lebih, ikut kesesuaian)
3cm halia - hiris halus

1. Rebus 3cm halia yg dah hiris halus dan daging sampai daging empuk.
2. Bila dah empuk atau hampir empuk, masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Masukkan sup bunjut dan kentang.
3. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Lepas tu tuang semua sekali dalam periuk sup daging tu.
4. Bila kentang dan daging dah masak, tutup api. Boleh makan dengan pasta yang dah lembut tu.

Aku pun tak tau kenapa daging tu tak macam color gelap. Tapi dah empuk. Maybe jenis daging agaknya. Lepas tu aku makan dengan sambal kicap kegemaran!! Okay ni resepi sambal kicap simple.

Ingredients:

Bawang merah - potong cube2 kecil
Cili padi - hiris halus2
Garlic sikit - cincang
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit air panas

1. Campurkan semua bahan mengikut kuantiti yang anda inginkan. Kicap masin and kicap manis tu, boleh juga kalau nak ganti dengan kicap lemak manis atau kicap2 kegemaran anda.
2. Masukkan sedikit air panas supaya tak pekat sangat.

Sambal kicap yang aku buat ni pedas terangkat beb! Sikit camni je aku dah panas dah makan. Padahal tengah sejuk. And kalau ada lebih, korang boleh simpan dalam fridge, tapi tak tahan lama taw. Few days je. Ingat esok nak buat keledek goreng makan dengan sambal kicap ni. Uish. Air liur tengah hampir nak meleleh. Hehe. Selekeh kan? Gurau je. Tapi kan, biasanya kat rumah aku tumbuk cili padi ni untuk buat sambal kicap yang makan dengan goreng pisang and keledek goreng. Tapi kat sini aku tak de lesung batu, so potong2 pun okay. And aku letak bawang putih skali kalau sambal goreng pisang tu. And ade gula jugak. Lain sikit la senang cite. Korang boleh la kalau nak experiment2 ke. Okay!

Ni kek pisang yang aku buat weekend hari tu. Sorry sebab mcm kembang sangat sebab bekas kek aku tu aluminium yang tak keras taw, so kek ni tolak dy masa tengah mengembang. Tapi comelllllll sangat taw. Haha. Aku guna resepi ni.




Okay aku nak bgtau. Kalau korang tengok kat top part of this blog, korang akan nampak tab My Music. Tu page baru aku untuk blog ni. Aku suka dengar to music. So aku rasa mcm nak share la music2 kegemaran aku dengan korang. Mane tau kita ade kegemaran yang sama ke kan, boleh share2. Ini cliche but who cares. Sharing is caring. Hehe.

Okay la, nak proceed dengan homework2 yang tak berapa nak bertimbun sangat tapi banyak dan mampu memecahkan otak. Bubbyes!

AmeeraFatin=)

Thursday, November 11, 2010

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Ayam Paprik

Hye! Assalamualaikum.

Entry ni just nak tunjuk je aku masak nasik lemak last week. And also ayam paprik. Kalau korang nak resepi dy, boleh carik kat entry yang lepas2 ye.

Ayam paprik tu masak masa jemput aunty Aizan datang ruma. Aunty Aizan nak pindah dah. So kitorg buat makan2 la. Alaa... mMesti sunyi nanti bila Aunty dah tak de. Tak de tempat dah nak melepak2. Sob sob...





Hope Aunty Aizan and Uncle Firman and Ridwan selamat sampai and happy tinggal kat sana. Hope to see you again! =)

AmeeraFatin=)

Monday, August 2, 2010

Sambal Mamak Telur


Assalamualaikum semua! Hye!

Dulu2 aku pernah masak mee goreng mamak and sambal dy masa tu terlebih. So aku pun keluarkan la sikit masuk fridge. Then bila aku masak nasik, aku makan la dgn sambal yang aku dah kuarkan tu. Ish, sedap la. Then ari tu aku rasa mcm nak buat smbal telur tp guna resepi sambal mee goreng mamak tu. Hehe.

Then ari tu aku ada borak dgn sorang kawan aku ni kat Aussie. Dy pun suka buat sambal yang mcm aku buat ni, which is letak kari sikit and bahan2 lain. Uish, tak sangka sama. Haha. Coincident gila. So aku rasa okay la kalau aku nak masuk dalam blog kot resepi ni.

Ingredients:

2 Eggs
2 tbsp chili paste
1 clove garlic
1 small shallot
Shrimp paste (Belacan)
Sweet soy sauce
Oyster sauce
Ketchup
Curry powder
Salt and sugar

1. Rebus telur sampai masak, then kupas kulit. Boleh goreng telur rebus tadi kalau anda nak, kalau tak nak pun tak pe. Kalau goreng nanti luar dy macam ade lapisan. Ssh nak describe, kene try sendiri. Hehe. Then letak tepi telur tu.
2. Cincang bawang putih and bawang merah. Then tumis.
3. Bila dah naik bau, boleh masukkan chili paste. Goreng sampai pecah minyak atau garing.
4. Then masukkan kicap, sos tiram, ketchup, belacan dan serbuk kari. Sumenye agak2 je quantity. Paling selamat, masukkan 1.4 tbsp belacan, 3/4 tbsp ketchup, 1 tbsp kicap , 1 sudu kecil serbuk kari dan 1 tbsp oyster sauce. Tapi agak2 la ea.
5. Kacau2 sebati. Then perasakan dgn garam and gula. Bila dah okay sume, masukkan telur tadi. Gaul2 sebati. Bila dah didih boleh tutup api.

Dah siap! Senang je buat dy. Just sambal mcm biasa la, dok terpercik2 je. Haih. Tu yang malas nak deal dgn sambal ni. Baju pun bau sambal. Haha. Tapi tak pela, seb bek aku suka smbal, kene buat jugak.

Okay la, tak bnyak pun bnd nak ckp. Sekarang ni mcm tak de buat ape sgt, tgk movie je. Tak lama lg nak g vacation. Whee! Macam tak sabar. Tapi sabar je sebenarnye. Hehe.

Okies, bubbye!

AmeeraFatin=)