Friday, May 14, 2010

Bubur Lambuk Seafood @ Seafood Porridge

Hey ho!! Hari ni aku ada 2 tetamu. Hehe. Nak tau siapa? Tak perlu la. Haha. And then aku tak tau nak masak apa. So tiba2 rasa nak makan bubur sebab macam dah lama tak masak bubur. So belek2 la resipi bubur. Tiba2 terjumpa resipi bubur lambuk. Wah, lama tak makan ni and tak pernah buat sendiri pun. So nak try la.


Haa, ni la dia. Nampak macam biasa je kan? Tapi rasa dia lain dari bubur biasa. Haha. Exaggerate pula. Lain la dari bubur yang biasa aku buat (kalau korang pernah rasa la bubur aku buat). Agak senang, tp leceh jugak sikit2.

Ingredients:

2 pieces of fish fillet
7 prawns (peeled)

1 shallot
2 garlics
1cm thick of ginger (agak2 je ye)
black/white pepper
shrimp paste (belacan)

2 cups of rice
2 lemon grass
2 cups of thick coconut milk

1. Rebus ikan, udang dan sedikit garam sehingga masak. Simpan air rebusan.
2. Masak nasi dengan menggunakan air rebusan tadi. Tambah lagi air jika kurang.
3. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, kisar bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat (kalau malas cincang je halus2).
4. Kemudian kisar pula isi ikan dah udang yang dah di rebus tadi. Kisar kasar2.
5. Campurkan semua bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, udang dan ikan didalam mangkuk. Campur sekali black pepper dan belacan yang dah dihancurkan. Gaulkan.
6. Apabila nasi sudah hendak menjadi bubur (macam peribahasa pulak. Haha), Campurkan semua bahan yang dah di gaul tadi kedalam bubur nasi itu. Kacau sebati.
7. Biarkan sampai nasi dah hancur atau dah jadi bubur. Kemudian boleh la masukkan santan dan serai. Jangan lupa pecahkan bawah serai supaya jus dia keluar.
8. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!! Boleh tutup api. Jangan terlalu lama biarkan santan di dalam bubur takut berketul. Asalkan rasanya sudah mesra, tutup lah api tu. Okeng!

Leceh sikit la sebab kene rebus ikan dan udang dulu. Tapi berbaloi beb. Memang sedap. Kalau dah bosan asyik makan bubur ayam je, boleh la cuba buat bubur ikan ni pulak. Semuanya seafood, baik untuk membina otak yang cerdas. Hehe

Woah, penat hari ni. Mahu tidur sudah saya. Esok hari terakhir untuk semester ni. Ouh, akhirnya. Then aku nak rehat sepuas-puasnya. Haha.

Okay lah, ngantuk lah. Tidur dulu ye. Goodnight all!!

AF =)

2 comments:

chokio_nia said...

rajin sgt ye ko masak..tahniah..bole kawen suda ne..ahaha

Ameera Fatin's Kitchen said...

hahaha.... ouh boleh dah ea?? tolong carikkan husband... tak de calon la weyh... lain la ko kan, hot stuff kot... hehe