Saturday, December 18, 2010

Sardine Masak Kicap


Hye semua. Salam.

Okay ni lah resepi paling senang, dan sangat sedap okay. Kalau kat rumah, ibu tanya, nak masak sardine kicap ke sardine sambal, then aku akan fikir, dan jawab ikut kesukaan sahaja. Haha. Sebab both sedap. Aku suka sardine. Lagi2 kalau makan dengan bubur, kangkong belacan, telur masik. Pergh.. Sambil tulis ni air liur meleleh beb. Haha. Okay aku tipu tu.

Ingredients:

1 tin sardine kecik
1 shallot (blend/chopped)
3 garlic (blend/chopped)
1 shallot (hiris besar2)
Kicap masin dan manis atau pape je kicap yang korang ade.
Cili padi (Hiris) (optional)

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih yang dah bleng atau cincang tadi.
2. Then bila dah almost garing, masukkan bawang yang dah dihiris besar tadi. Tumis sampai naik bau.
3. Then masukkan cili padi. Slowkan api, masukkan kicap secukup rasa. Bila dah berbuih sikit2, masukkan sardine satu tin.
4. Kuatkan api semula, masak sampai mendidih. Perasakan dengan kicap manis, kicap masin atau garam dan gula. Ikut kegemaran anda.

Okies siap!


Senang kan? 15 minit je. Then aku makan 1 periuk bubur abes. Pergh. Hebat aku kan bab makan ni. Tapi memang sedap. Bukan selalu dapat makan cmni. Hehe. Aku makan dengan bubur ayam.

Okies, selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

No comments: