Saturday, October 30, 2010

Sambal Goreng Jawa @ Jowo (hehe)

Hye! Assalamualaikum everyone. How is everyone doing?

Sambal goreng jawa ni mmg dah lama dah aku nak masak, cuma tak de bahan and kadang2 macam malas. Ayah suka gila makan sambal goreng ni kat rumah. Jangan tertipu dengan nama okay. Nama dy sambal goreng, but tak pakai cili boh pun. Just pakai cili padi and cili biasa potong2 je.

Oleh sebab aku hanya ada su'un and kentang, aku guna tu jela. Kalau korang senang nak carik bahan, boleh letak tempe goreng dan tauhu goreng sekali. Sedap weyh. Aku suka tempe. Okay ini resepi Pn. Zaridzah i.e. ibu saya.

Ingredients: (Untuk semangkuk sederhana, 2 orang makan)

2 biji kentang - potong bahagi 2 atau 4, then hiris nipis 0.5cm.
1 genggam su'un yang dah direndam dalam air.
Tempe - Hiris nipis 1 cm atau mengikut cita rasa
Tauhu - Potong petak2 mengikut cita rasa

Cili padi - Hiris serong(diagonal) *(optionall)
Cili besar (merah & hijau) - Hiris serong
2 ulas garlic - hiris halus
1 shallot - Cincang. Kalau dah blend, ambil dalam 1 sudu.

Air asam jawa cair (Jangan pekat)
Kicap manis dan masin / Kicap lemak manis / Mengikut citarasa, asalkan kicap
Garam gula

1. Goreng kentang sampai masak, ketepikan. Goreng tempe sampai masak, ketepikan. Goreng tauhu sampai masak, ketepikan.
2. Tuangkan minyak cukup2 untuk semua bahan. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili.
3. Bila dah naik bau, slowkan api. Masukkan 2 sudu kicap manis dan 1 sudu kicap masin. Bila kicap mcm dah berbuih2 (around 30 saat), masukkan air asam jawa. Buat api medium high.
4. Then masukkan semua bahan bergoreng. Masukkan pula su'un. Gaul2.
5. Jika kurang manis atau masin, boleh tambah kicap lagi. Kalau rasa kicap dah cukup, tambah garam gula sebagai pelengkap rasa. Kalau belum padat, boleh tambah air asam jawa. Semua bahan ni agak2 secukup rasa ye.
6. Bila dah secukup rasa, siap!

Okay done. Senang je buat dy. Yang malas tu sbb nak kene goreng bahan2 tu dulu. Make sure jangan terkurang air sebab we don't want the sambal goreng to be too dry.


Aww... Tak lawa la tak de tempe. Tak pela, buat nak hilangkan mengidam je. Nanti balik rumah boleh masak selalu. Hee.

Oleh sebab sambal goreng ni kering, aku masak sayur bayam masak belacan tadi yang berkuah sikit.

Resipi dy ade dekat bawah2 ni. Search je sayur. Inshaallah jumpa. Hehe.

Okay selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

1 comment:

LESTARY ARYANI said...

salam wbt :) folow u..he3
me nak search pic sambal goreng jawa n jumpa blog u..ley la me blaja buat t :) salam kenal :p