Okay dah nak dekat 2 minggu tak update ape2. Sebab aku busy nak exam. Pagi tadi baru habis paper terakhir. Fuh! Lega. Tapi apakan daya, terpaksa menyusul ke kerja seterusnya iaitu mengemas bilik. Sebab summer ni masa aku balik Malaysia, barang tak boleh letak sini. Tak sangka betul bilik aku yang agak kosong ni rupa-rupanya mengandungi barang yang sangat banyak ye. Penat tu kemas. Tak siap lg. Sambung esok jela.
Okay, sekarang aku suka tengok Hell's Kitchen taw. Ala yang Chef Gordon Ramsay jerit2 kat orang tu. Tak kesah la. Tapi salah satu menu kat Hell's Kitchen ialah ravioli. Ape ravioli? Dia macam karipap kecik, kulit dia diperbuat daripada pasta, dan isi dalam dia boleh jadi cheese, boleh jadi daging, boleh jadi apa2 sahaja yang anda ingin kan. Then dia di makan dengan kuah, and selalunya orang makan dengan macam spaghetti sauce tu. Tapi oleh sebab aku dah nak balik, tak daya nak beli spaghetti sause yang selalunya dijual dengan kuantiti yang banyak tu. So aku pun decide nak buat cream gravy macam dalam resepi pasta Primavera aku dulu. Sama je, cuma aku tak letak carrot, cili and cube ayam. Aku gantikan dengan ayam sebenar. Korang masukkan je dalam cream tu, then tunggu sampai ayam masak. Kalau dia dah memekat sangat, tambah susu lagi.
So ni la hasilnye.
Okay la, kalau korang berminat, try la ye. Nak tidur dah. Goodnight!
AmeeraFatin=)
No comments:
Post a Comment