Wednesday, February 2, 2011

Mee Ayam (Jamur)

Salam. Hye!

Ape mee ayam (jamur)? Haha. Jamur adalah cendawan dalam bahasa Indonesia. Ni la mee Indonesia yang aku cakap tu. Betul kan jamur=cendawan=mushroom? Hope Google translate was right.

Satu hari aku pun melihat2 album makanan Uncle Firman. Tiba2 ternampak satu gambar makanan yang sangat menarik perhatian dan nafsu makan. Itulah dy, mee ayam. Then aku mintak la Uncle Firman resepi dy. And Uncle Firman bagi link Bankresep. And dalam blog tu, ade few resepi, aku pilih2 je. Aku tak guna mee yang sepatutnya, dah aku tak de kulit dim sum tu. Dan apa yang paling penting, aku tak pernah makan mee ni. So masa buat tu hentam je. Tapi hasilnye, jadik! (Pada firasat aku lah). Sebab semuanya sedap je. Especially ayam tu. Sedap banget sih. Dah la senang je nak buat. Okay, gambar yang tempting tu adalah seperti berikut,


Dan gamabr mee ayam aku plak adalah seperti berikut,


Haha! Amacam? Nak dekat sama tak? Haha. Apakah perbezaan ketara antara kedua2 gambar diatas? Jawapnnya adalah mangkuk saya penuh dengan sayur sawi. Haha. Sebab masa tu terlebih rebus. Makan jela.

Aku takut nak masukkan resepi, takut salah. Tapi aku masukkan jela resepi yang aku guna. Dari banyak2 resepi kat dalam blog Bankresep tu, aku campur adukkan resepi tu sume. Maaf ye.

Ingredients:

1 mangkuk sederhana spaghetti yang dah lembut
Sawi yang dah dicelur (dah direbus sampai masak)
Daun bawang yang dah dihiris

SUP
1 mangkuk kecil ayam yang dah di potong kecil
1 cube perasa ayam
3 ulas garlic
1cm halia
Black pepper
Garam

AYAM
1 mankuk sederhana ayam dada yang dipotong kecil
Kicap masin
Kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung (Corn starch)
4 ulas garlic
1cm halia
Garam, gula, perasa

SUP:
1. Rebus ayam sampai masak. Masukkan cube ayam, garam dan pepper secukup rasa.
2. Dalam pan kecil, tumis garlic dan halia dalam minyak panas sampai naik bau. Kemudian tuang kedalam sup ayam. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

AYAM:
1. Marinade ayam dengan kicap manis, kicap masin dan tepung jagung. Biarkan 10 minit.
2. Lepas 10 minit atau lebih, panaskan minyak. Tumis garlic dan halia sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam yang dah marinade tadi. Biarkan sampai ayam masak.
4. Jika ayam terlalu kering, masukkan sup ayam tadi sikit.
5. Perasakan dgn garam, gula dan black pepper jika ingin sedikit pedas. Atau tambah sedikit kicap.

Cara makan:

Masukkan mee dalam mangkuk. Tuangkan sup ayam. Letak ayam kicap dan sayur sawi ditepi. Taburkan dengan daun bawang. Masa nak makan, elok jugak digaulkan ayam kicap dan mee sekali. Ikut kegemaran anda.

Close up sket. Tu lah dy. Senang je buat dy. Kejap je aku masak. Senang dan sedap. Aku paling rekemen ayam kicap tu. Memang simple dan sangat sedap. Rasa dy ala2 sate ayam Indonesia. Korang boleh je buat and makan dengan nasik.

Siang tadi dari pagi2 sampai malam ade blizzard kat sini. Teruk sangat. Ni la gambar yang aku ambil from bilik.




Gambar atas tu masa pagi. Bawah tu masa petang2. Makin teruk. Tapi sekarang dah pukul 3.30am, dah stop dah. Nasib baik class semalam and hari ni cancel. Fuh!

And nak cakap pasal Egypt tu. Adik aku ada kat sana. Tapi nasib baik kerajaan dah hantar bantuan keselamatan ke sana. Memang banyak orang complaint sebab lambat. Tapi yeah, they know the best. Aku pun tak de la tau sangat, tapi tau la sikit2 after dah masuk class International Relations (Politics) last year. Nak masuk boundary negara lain, is not that easy. Banyak procedure yang perlu dilakukan. Sebab setiap negara ada sovereignty. Lebih kurang macam tercemar pulak kalau orang tiba2 masuk. Contohnya macam orang tiba2 masuk rumah kita, nak tumpang satu malam sebab kat rumah dy mak and ayah dy tengah gaduh. Atau isteri first tengah gaduh dgn istri number 2 mungkin? Hehe. Apa2 pun, semuanya hampir settle, hope tak de sebarang problem.

Okay, mahu tidur dulu. Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

No comments: