Sunday, February 20, 2011

Mee Kung Fu // Mee Ladna

Hye! Salam.

Akhirnya aku upload pun gambar masuk laptop. Malas sgt la skrg ni. Banyak keje yang perlu diselesaikan termasuklah membuang masa tanpa membuat apa2. Ouh2, 3 bulan lagi aku akan balik ke negara yg tercinta, iaitu Malaysia. Tak sabarnye. Aku dah ada list food yang nak dimakan kat rumah nnti taw. The latest one is cempedak goreng. Weyhhh!! Terbaik seyh cempedak goreng.

Anyways, resepi hari ni ialah mee kung fu. Apa beza mee kung fu dan mee ladna? Mee ladna guna mee biasa je. Tapi mee kung fu, mee dy salut dgn telur dan goreng macam maggi telur tu. Kuah deorg sama je. Resepi ni dapat from my resepi, resepi Hanis. Ape perbezaan resepi hanis dgn aku? Mee telur dy mcm maggi telur. Tapi aku? Hancur telur sume. Haha. Tak pela. Tetap sedap sebab rasa telur dekat mee tu. And mcm biasa, aku guna spaghetti. So korg kene rebus smpai lembut dulu kalau nak guna. And korg boleh guna kuey teow mcm resepi asal.

Ingredients: (1/2 periuk sederhana kuah)

1 bowl sederhana spaghetti yang dah lembut (Untuk sorg makan)
1 biji telur
Garam, pepper

3 ulas garlic - cincang
4 sudu sos tiram
1 1/2 sudu tepung jagung (corn starch) - larutkan dalam secawan air. Kalau tak de, guna tepung biasa 2 sudu.
1 mangkuk kecil ayam (optional)
Segenggam udang (optional)
3 batang carrot (optional)- potong bulat2
1 biji kentang (optional) - potong dadu besar
Kobis (optional) - potong panjang2 atau suka hati
Cube perasa ayam (optional)
Sayuran kegemaran anda
Garam, pepper

1. Tumis bawang putih smpai naik bau. Masukkan sos tiram. After 15 saat, masukkan air tepung jagung. Tambah air smpai separuh periuk atau sampai tahap yang anda suka.
2. Masukkan ayam dan kentang dan apa2 sayur yang lambat masak.
3. Bila ayam dah masak dan sayur separuh lembut, masukkan semua bahan kedalam.
4. perasakan dengan garam, pepper dan cube ayam. Bila mendidih dan sayur dan udang dah masak, tutup api.

5. Pecahkan telur dalam gelas. Masukkan sedikit garam dan pepper, pukul guna sudu.
6. Masukkan spaghetti yang dah lembut tadi. Gaul2.
7. Dalam pan yang dah disapu minyak dan panas, masukkan campuran telur dan mee tadi. Goreng sampai masak macam masak telur dadar.
8. Bila dah masak, angkat letak atas pinggan. Tuang dgn kuah tadi. Makan panas2 sedap.



Sedap taw sbb mee dy salut telur. Hehe. Kalau nak buat hancur mcm aku ni, goreng garing sikit. Baru sedap.

Selain tu, aku juga bake brownies kegemaran aku last week. Dan juga aku masak kuey teow+pasta goreng mamak. How was that? Haha. Malaysianize everything. So what.




Nampak tak ade lubang tu? Hehe. Kene korek pakai garfu sbb tak sabar nak tggu sejuk. Sedap2. Sume org yang suka brownies wajib try ni.

Okay la, nak buat keje. Ade 2 midterm and 1 english paper due next week. Bak kata syasya, mcm nak koyak2 otak. Haha.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

4 comments:

teh bunga chrysanthemum said...

fatin!!!!! aku pun pernah masak mi kungfu kat housemate aku. guna egg spagetti sedap. rasa cam mi kuning. nampak sedap la brownies ko.......nyam2. nnt nak try la buat...
nnt ko balik mesia jom kte jumpa! p jenjalan ngan qilah, mira, syamin, adah, etc. huhu. x sabarnye.

lots of love from man-ches-tahh,

erni.

Ameera Fatin's Kitchen said...

erni!!! ko kene try brownies tu... sedap... guaranteed...

weyhh... nak jumpa... wajib... aku balik bulan 5 ni... kene jumpa taw... aku tau sume org ade... aku pun seriously tak sabar!!

lots of love from ki-en-zass

Anonymous said...

kalau xde sos tiram, mcamana? boleh ganti dgn bende lain ke??..anyway i study oversea jgak so xdpt jmpe sos tiram..

Ameera Fatin's Kitchen said...

hye anonymous!

Kalau tak de sos tiram, tak boleh buat mee kung fu. Tapi boleh buat mee hailam. Very similar method, but instead of using sos tiram, mee hailam guna kicap. apa2 kicap je. ade resepi mee hailam dalam blog ni rasanya, boleh search kat search box on top. U study kat negara mana eh? Sebab biasanya kat oriental market ade sos tiram. Kalau ka us ni kat walmart je pun ade. Tapi kalau kat middle east, mungkin tak de langsung. Pape pun, hopefully u can try the recipe and it turns out delicious.=)