Monday, February 13, 2012

Udang Black Pepper Version Ibu Liza (Ibu saya)

Hallooo! Assalamualaikum semua!


How's your day? Harap2 semuanya okay. Hari ni snowing kat sini. Sejuk la. Masa tengah snow tu best la. Lepas tu habis lecak. Ni ada gambar amek tadi. Haih, bulan 2 baru nak snow. Hopefully no more after this. Sejukkkk....



Tu dia minah mane entah belakang engineering building. Hehe.

Resepi hari ini adalah resepi ibu saya, memang senang bangat. Kalau ibu bagi resepi, selalu senang2. Biasa la ibu dah terer masak2. Kita ni apa jela. Masak telur je boleh la. Hehe.

Ingredients:

Udang
Serbuk kunyit
Garam

Butter
Black pepper
Halia
Bawang putih (Garlic)
Sedikit kicap untuk warna

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian goreng sehingga separuh masak dengan minyak yang sikit. Kita tak nak dia berminyak sangat.
2. Ketepikan udang. Cairkan butter dengan api sederhana. Tumis halia dan garlic sampai lembut.
3. Kemudian masukkan udang tadi, black pepper dan sedikit kicap untuk buat dia jadi warna gelap sikit.

p/s: Hari tu kita terlupa nak letak kicap, so tak jadi warna gelap la.


Haa tu dia. Di makan dengan sambal belacan bujang dan Bok Choi oyster sauce bujang. Kering je kan? Sepatutnya buat something berkuah. Tapi masa ni dah lapor sangat ni. So masak je yang senang2. Semua benda siap dalam setengah jam lebih sikit. Senang je. Resepi bok choi ada disini.

Okay la nak buat keje ye. Ni baru je balik class. Dah la pagi tadi bangun awal taw. Sejuk2 macam ni, lemah betul nak bangun awal. I'm not a morning person. Alaaa semua student bukan a morning person kot. Hehe.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=) 

2 comments:

Noor Hafirdaus said...

kat sana senang ke dapat bahan mentah sebab mera selalu masak. Bila agaknya Malaysia nak bersalji tah hehehe....

Ameera Fatin's Kitchen said...

hehe... hmm mcm cili padi, bok choi tu kene pergi jauh sikit. Kalau yang lain2 tu ada la sikit2. Kita masak yang simple2 je. kalau yang complicated tu, susah sikit la. Kalau ada kereta boleh pergi asian market sendri, jauh tu.

Haha kalau malaysia dah salji, terus ada public holiday la sebab semua org nak main snow...