Thursday, February 9, 2012

Home made Taco!

Assalamualaikum w.b.t semua! Hello!


Dekat sini, kalau tak makan cheese pizza, aku makan Subway tuna jela. Tu jela fast food yang boleh dimakan. Nak makan Taco Bell, tak halal pulak (semua tak halal kat sini, i mean tak de seafood and vegetarian). Biasa fast Mexican food aku selalu makan kat Chipotle. Itu pun satu vege burrito dah nak dekat $7. Sungguh mahal ye. Tapi kadang2 makan jugak la kalau craving Mexican food. Dekat Malaysia dengar cerita dah ade Chipotle. Tapi hari tu Fira google tak jumpa pun kat mane. So, alang2 tengah ade kat sini tu, kita pun belajar la ye buat mexican food. 


Masa beli barang2 tu, just ingat semula je apa yang selalu dia letak dalam burrito taw. And hari tu pun ade tengok video macam mane nak buat guacamole. So ingt la bahan sikit2. Masa nak beli barang tu, tak sure la kene letak cilantro ke tak (daun ketumbar). So masa bayar tu aku pun tanya la mak cik cashier ni. Haa siap borak lagi masa tu. Dia kata la cilantro ni rasa dia sedap dalam food tu, especially mexican food. Then dy tanya la nak buat from scratch ke, ape ke. Hehe. Eh panjangnya explain.


Okay berbalik kepada Taco kita. Hari aku buat tu, aku bagi la kat fira untuk dinner taw. Pastu fira pun cakap la sedap and nak lagi. Hehe. Mesti la suka kan kalau org suka food yang kita masak. So now aku nak share la resepi dia. Oleh sebab aku ambil resepi online, so aku just nak list kan bahan2 untuk korang beli je k.


1. Secekak Cilantro (Daun ketumbar)
2. 3-4 biji Tomato
3. 1 bawang besar putih (Onion)
4. 1 tin red beans (Kalau tak jumpa, guna je baked beans ke. Resepi guna pinto beans)
5. Garlic
6. Tortilla (Kalau tak jumpa tortilla, kene jumpa jugak la. Tortilla ni roti leper. Boleh guna taco shell juga)
7. 3 biji Avocado
8. 1 Limau (Lime)
9. Serbuk jintan (Cumin powder)
10. Chili powder (Resepi guna Cayenne powder. Tapi aku substitute dengan cili powder)
11. Grated chedar cheese atau taco mixed cheese.
12. Lettuce


Bean filling recipe


1. Tumis 1/5 dari bawang besar yang telah dicincang dan 2 clove garlic.
2. Lenyek red beans guna garfu sedikit. Tak perlu hancur semuanya.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan beans tadi dengan kuah2 dy skali.
4. Perasakan dengan 1 tsp cumin powder, 1 tbsp chili powder dan garam secukup rasa.


Guacamole recipe


Pico de Gallo salsa




Resepi Guacamole tu memang sedap. Kalau anda rasa tak suka cilantro, mungkin anda tak kan suka kot taco ni. Atau kalau nak try, kurangkan sikit cilantro. Okay.


Guacamole






Lapisan dia macam ni:


1. Lettuce yang dah di hiris halus
2. Bean filling
3. Guacamole
4. Salsa
5. Cheese


Kemudian masukkan dalam oven for 5-8 minutes sampai la cheese melt dan tortilla a little bit crispy.


Kalau anda suka makan dengan sour cream, boleh la letak jugak ye. Tapi masam dari tomato tu rasanya dah cukup. Kalau yang betul2, ada nasi taw. Tapi saya belum belajar lagi mcm mane nak masak tu. Lepas tu kalau nak guna daging cincang, boleh masak sekali dengan beans tu. So masukkan daging dulu after tumis bawang. Bila dah masak, baru masukkan beans okay.


Okay lah panjang sgt ni. Tapi resipi ni sangat2 di recommended. Mane tau anda nak tukar selera ke kan. Hehe. Balik Malaysia nnti sure buat punya lah. Hari ni je dah breakfast and dinner taco okay. Dah nak jadi Mexican dah ni. Hehe. Tak de la. Saya masih Melayu sejati okay. 


Okay la this is too long lah. Time to sleep. Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

3 comments:

ismail naim abdullah said...

sedapnyaa...hari³ boleh kelaparan ni kalau hari³ tgok menu dia..hu

Anonymous said...

BANYAK NA BAHAN XPERNAH DENGAR...HEHEHE..BOLEH X GANTI DENGAN ANY BAHAN???
TENGOK GILER SELERA...

gunsmith_179@yahoo.com

Ameera Fatin's Kitchen said...

Kalau bahan tu rasa lebih kurang, boleh je.. barang mana satu yang ssh nak jumpa tu ek?