Sunday, February 5, 2012

Vanilla Cinnamon Poached Pear

Hallooo... Assalamualaikum w.b.t. semuanya.


Semenjak dua menjak ni kita memang suka sangat tgk masterchef Malaysia. Macam non stop dari pagi sampai la nak tido. Mentang2 a skrg ni tak berapa nak sibuk sangat kan, Alhamdulillah. Tapi nanti akan sibuk rasanya. Its okay, kehidupan kita ni kita tak tau akan berhenti di mana. Jadi kalau tak busy tu, buat jela pape yang kita suka and berfaedah.


Anyways, nak cerita ni. Lepas tu bila tengok masterchef ni, berangan la. Esok bila dah keje, ingat mcm nak masuk je. Mesti best kan. So start from now, kalau ada benda2 pasal masak memasak yang kita tak tau, terus tanya ibu. Skype terus tanya. Haha. Semangat betul


Jadi, malam semalam dah masak dua dessert. Pergh2. Masa tu dalam masterchef dy suruh masak buah pear and ada la bahan2 lain. Terus teringat poached pear, tengok dalam junior masterchef Australia kalau tak silap. Apa lagi, dalam fridge memang ada pear, terus la carik resepi and masak. Kebanyakan resepi guna wine. So aku ambil paling basic then tambah la bahan2 lain sendiri.


Ingredient:


3 pear - Buang kulit, biarkan batang (Aku guna Anjou. Rasanya boleh je nak guna pape. Asalkan tak terlalu ranum lembut.)
5 cup air
1/2 cup brown sugar
1 cup sugar
Lemon zest (dari 1/4 lemon) **
1/2 tsp vanilla extract (Boleh guna vanilla bean kalau ada)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon)
1/2 tbsp parsley
1/2 tsp garam


**Lemon zest ialah kulit lemon yang kuning sahaja. Jadi ia sangat nipis. Kalau terhiris yang putih tu, nanti pahit. Boleh guna zester atau grater yang paling halus. Atau boleh hiris senipis yang boleh guna pisau, then cincang halus.


1. Didihkan air dalam periuk sederhana, masukkan semua bahan2.
2. Masa tengah tunggu air mendidih, boleh la kupas kulit pear. Potongkan bahagian bawah pear supaya ia boleh berdiri.
3. Masukkan pear dalam air yang dah mendidih tadi, baringkan ia supaya hampir semuanya terendam. Buat api sederhana.
4. Dalam 15-20 minit, pear akan mejadi lembut. Cucuk pakai garfu untuk uji. Bila dah lembut, keluarkan pear dan masukkan dalam fridge.
5. Air gula tu, dengan gunakan api kuat, biarkan ia mendidih sampai la ia memekat. Jika rasa cinnamon terlalu kuat, boleh keluarkan cinnamon. Jika tak suka manis sangat, boleh tutup api sampai tahap kemanisan yang anda suka.
6. Sejukkan air gula, masuk dalam fridge. Bila semua dah sejuk, boleh makan bersama. Kalau tak sabar, tak perlu sejukkan air dy, asalkan pear dah sejuk pun boleh juga. 





Bila kita potong, dalam dia macam ni la. 

Siap keluarkan corelle ibu tu. Haha. Semangat sat. Rasa dy manis2 masam sikit la. Masam pear tu kat tengah2 tu. Manis di luar. Agak manis, so jangan makan bnyak2 okay. Tak elok untuk kesihatan taw.

Sejam sebelum buat poached pear ni, aku buat chocolate cupcate. Tapi hari tu kan salam beli tepung taw, terbeli whole wheat. Good job Ameera Fatin. Tapi buat jela. Seb bek sedap taw. And cepat kenyang. Sihat pulak tu. Hehe.



Memang sedap resepi ni. Sangat sedap frosting dy. Aku kurangkan gula jadi 1 cup je dari 1 1/2 cup dalam frosting tu. Mat saleh ni memang suka frosting manis2. Jangan makan manis sangat taw. Ni resepinya. Oh lepas tu aku letak pisang atas dia. Pergh2, marvelous. Pastu korang masuk dalam fridge, pastu makan sejuk2. Sedap taw.


Okay la, nak sambung tengok masterchef. Hehe. 


AmeeraFatin=)

No comments: