Wednesday, January 25, 2012

Roti Jala

Assalamualikum. Hye semua!


Apa khabar? Hope baik2 sahaja. Hari tu kat facebook ada kakak yang duduk sini post gambar roti jala. Pergh2. Memang mengundang aku untuk buat ni. Nasib baik summer hari tu masa balik Malaysia ada bawa benda yang untuk buat roti jala tu. Dah tau dah nanti mesti kempunan jugak. So tadi after balik dari lab, call ibu sebab nak tanya resepi roti jala. Masa tu kat malaysia baru pukul 7 lebih. Kesian ibu nak melayan kerenah anak dy ni. Hehe. 


Resepi ibu memang sedap. Roti jala nya lembut sangat. Recommended!


Ingredient: (15 keping roti jala guna pan sederhana)


2/3 cup tepung gandum
1 sudu susu tepung (Resepi ibu guna susu cair dalam 1/3 cup. Tapi ibu cakap susu tepung pun okay. Kene hati2 jangan sampai terlebih susu sebab nanti tak jadi.)
Garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Setitik pewarna kuning
Air


1. Gaulkan semua bahan2 dalam mangkuk. Kepekatan tepung tu macam nak buat lempeng atau cair macam milk shake. Tak perlu terlalu sebati sebab lepas ni nak masuk dalam blender.
2. Masukkan dalam blender. Blend sampai ketulan tepung semua dah tiada.
3. Uji kepekatan campuran tadi dengan memasukkannya kedalam penjala (Benda yang untuk jala roti jala tu).
Sekiranya campuran susah nak keluar, tambahkan air lagi dan kacau sebati. Kemudian uji semula. Ulang langkah ni sampai la campuran keluar dengan lancar.
4. Panaskan pan dengan api sederhana. Sapukan sedikit minyak (sikit je sebab tak nak roti jala jadi berminyak), kemudian jalakan campuran tadi.
5. Mulakan dengan membuat pusingan dari besar ke kecil. Kemudian ikut lah kreativiti anda. Tepung tu ada banyak, boleh je nak buat lagi sampai la jadi bentuk roti jala sebenar. Hehe.
6. Bila semua tepung dah masak (tiada lagi tepung mentah dibahagian atas, dan tepi2 roti jala sedikit melenting kedalam), boleh la lipat empat guna spatula. Kalau nak gulung2, angkat dulu letak atas pinggan. Takut melecur pulak terkena pan panas tu.






Boleh la dimakan bersama apa2 kari yang anda suka. Memang sedap!


Okay la it's time to do homework. Kita ni masak masak jugak, blaja blaja jugak ye. Pergh2, cakap macam mak orang kan? haha. Saja je gurau2 macam ni nak hilangkan ngantuk. Ngantuk dah ni. Ni mesti banyak makan roti jala ni.


Okay la, selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

3 comments:

R said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lina Lokman said...

Thank you share ni fatin!!! aku buat hari tu tak jadi sedeh gila haha

Ameera Fatin's Kitchen said...

haha no problem.... cuba try guna resepi ni and kalau jadi bgtau taw!