Nampaknya blog ni dah kene jadik blog masakan ibu aku. Sebab lauk ni ibu yang masak, aku tukang makan je. Hehe. Kejap je ibu masak, macam 20 mins je taw. And senang je.
Ingredients:
Santan cair 2 cup
santan pekat 1 mangkuk
(kalau guna santan instant, 1 tin)
ikan masin
terung - potong ikut kegemaran
perasa
cili besar dihiris
bawang putih dihiris
bawang merah dihiris
p/s: bahan2 semuanya agak2 dengan kuantiti ikan masin dan terung
1. Rebus santan cair (atau air sahaja jika guna santan instant) , terung, ikan masin, bawang putih, bawang merah dan cili sampai hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, boleh masukkan santan pekat (atau santan tin) dan perasakan. Hati2 ye sebab ikan masin dah masin, so jangan letak garam dulu sebelum anda merasa.
3. Bila dah mendidih, tutup api, boleh makan dengan nasi dan sambal tumis udang. Hehe.
Okay kalau rasa mcm terliur je kan, masak la okay! Hehe. Recommended!
AmeeraFatin=)
No comments:
Post a Comment