Saturday, October 30, 2010

Sambal Goreng Jawa @ Jowo (hehe)

Hye! Assalamualaikum everyone. How is everyone doing?

Sambal goreng jawa ni mmg dah lama dah aku nak masak, cuma tak de bahan and kadang2 macam malas. Ayah suka gila makan sambal goreng ni kat rumah. Jangan tertipu dengan nama okay. Nama dy sambal goreng, but tak pakai cili boh pun. Just pakai cili padi and cili biasa potong2 je.

Oleh sebab aku hanya ada su'un and kentang, aku guna tu jela. Kalau korang senang nak carik bahan, boleh letak tempe goreng dan tauhu goreng sekali. Sedap weyh. Aku suka tempe. Okay ini resepi Pn. Zaridzah i.e. ibu saya.

Ingredients: (Untuk semangkuk sederhana, 2 orang makan)

2 biji kentang - potong bahagi 2 atau 4, then hiris nipis 0.5cm.
1 genggam su'un yang dah direndam dalam air.
Tempe - Hiris nipis 1 cm atau mengikut cita rasa
Tauhu - Potong petak2 mengikut cita rasa

Cili padi - Hiris serong(diagonal) *(optionall)
Cili besar (merah & hijau) - Hiris serong
2 ulas garlic - hiris halus
1 shallot - Cincang. Kalau dah blend, ambil dalam 1 sudu.

Air asam jawa cair (Jangan pekat)
Kicap manis dan masin / Kicap lemak manis / Mengikut citarasa, asalkan kicap
Garam gula

1. Goreng kentang sampai masak, ketepikan. Goreng tempe sampai masak, ketepikan. Goreng tauhu sampai masak, ketepikan.
2. Tuangkan minyak cukup2 untuk semua bahan. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili.
3. Bila dah naik bau, slowkan api. Masukkan 2 sudu kicap manis dan 1 sudu kicap masin. Bila kicap mcm dah berbuih2 (around 30 saat), masukkan air asam jawa. Buat api medium high.
4. Then masukkan semua bahan bergoreng. Masukkan pula su'un. Gaul2.
5. Jika kurang manis atau masin, boleh tambah kicap lagi. Kalau rasa kicap dah cukup, tambah garam gula sebagai pelengkap rasa. Kalau belum padat, boleh tambah air asam jawa. Semua bahan ni agak2 secukup rasa ye.
6. Bila dah secukup rasa, siap!

Okay done. Senang je buat dy. Yang malas tu sbb nak kene goreng bahan2 tu dulu. Make sure jangan terkurang air sebab we don't want the sambal goreng to be too dry.


Aww... Tak lawa la tak de tempe. Tak pela, buat nak hilangkan mengidam je. Nanti balik rumah boleh masak selalu. Hee.

Oleh sebab sambal goreng ni kering, aku masak sayur bayam masak belacan tadi yang berkuah sikit.

Resipi dy ade dekat bawah2 ni. Search je sayur. Inshaallah jumpa. Hehe.

Okay selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Sunday, October 24, 2010

Sup Ikan Oats


Hye! Salam semua.

Okay, ni resepi simple je and sedaaappp and also healthy. Di recommend oleh member. Thank you! =)

Korg boleh sustitute ikan ni with ayam jugak taw, terpulang kepada anda atau bahan2 yang available kat dapur korg yang berasap2 tu.

Ingredients:

Ayam (Potong kecik2 semangkuk kecil)/ ikan (2 ketul)
1 bawang merah (chopped)
4 ulas bawang putih (chopped)
1 inci halia (hiris)
Black/white pepper
Garam, gula, perasa
Sayur kegemaran anda yang sesuai (Kentang,carrot,etc)
Oats (Aku guna instant)

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia smpai naik bau.
2. Masukkan air, ikan/ayam. Tunggu sampai ikan/ayam hampir masak, masukkan sayur2. Sayur keras boleh masuk awal, agak2 la ye.
3. Bila dah nak masak, perasakan. Masukkan pepper sesedap rasa.
4. Tuang sup dalam mangkuk, letakkan oats mengikut kegemaran anda. Kalau suka pekat2, letak bnyak. Kalau suka cair2, letak sikit. Kalau guna old fashion oats, boleh masuk sekali dalam periuk. Aku guna yang instant, mudah kembang punya.

Siap!!

Sedap ni kalau makan panas2, then kene pula masa tengah sejuk kan. Memang terus panas satu badan. Lagi2 masa tu aku letak bnyak gak pepper. Uish, hawt hawt. Hehe.

Okay ni benda2 lain yang menarik aku masak last week.


Ni mee goreng penang. Haa... Boleh tak macam tu? Haha. Aku goreng mee ni guna cara kuey teow penang ari tu. Tapi oleh sebab kuey teow aku nak habis sudah, aku substitute guna mee jela. Not bad. Ala2 mee goreng mamak pun ade gak, or mee goreng mamak basah.

Ni bukan roti pita yang kita selalu makan tu taw. Ni roti pita lain. Aku dapat resepi from Jamie Oliver's website. Hurmmm.... No comment, and tak recommend. But curry kat sebelah tu aku recommend. Hehe.

Basically tu jela. Yang lain sume benda2 yang common, orang bujang biasa la kan. Masak tuk diri sendiri je. So asalkan perut kenyang sudah.

Ouh2, siang tadi ade Homecoming Parade. Tak macam last year, this year punya pendek je parade dy. Dah la weather td nice, rugi je.


Ni gambar dengan salah satu kereta berhias Greek house.

Okies, time to sleep. Mengantuknye. Goodnight!!

AmeeraFatin=)

Sunday, October 17, 2010

Ikan+Udang Masak Lemak Cili Padi

Hye! Assalamualaikum!

Okay now macam nak update blog once a week je. Busy sangat pulak taw. Tak tau la next week mcm mane. We'll see.

Ari tu aku macam craving gila nak makan leak cili padi. Macam tak boleh tahan la. So pukul 8 malam aku terus masak. Haa... Amek malam2 makan lomak. Hehe. Senang je resepi dy ni. Ni yang basic punya. Sape2 je boleh try ye. And patutnye tak de la nak campur udang and ikan. Tapi biasa la bujang kan, hentam jela nyah.

Ingredients:

Ikan/Udang/Ayam
4 ulas garlic (blend/chopped)
2 shallot (blend/chopped)
8 cili padi (blend/chopped)
1 tsp Serbuk kunyit
1 Serai (pecahkan bawah dy) *optional
Santan pekat semangkuk kecil
Air (Untuk santan cair, campur sikit santan and air)
Bahan perasa
Garam gula
Kentang (Potong dadu besar2) *optional

1. Tumis bawang putih, bawang merah. Then bila dah naik bau, masukkan cili padi, serai and serbuk kunyit.
2. Masukkan santan cair, ikan/udang/ayam sehingga tenggelam semua benda. Tggu sehingga bahan masak. Boleh masuk kentang sekali kalau hanya gunakan ikan atau udang sebab senang masak.
3. Bila dah masak, masukkan santan pekat secukupnya. Perasakan dengan garam gula dan bahan perasa.
4. Gaul2 supaya santan tak berketul sehingga mesra.

Okay siap! Senang kan? Memang pun senang. Boleh la try kat rumah nanti ye!

Ouh sorry gambar tak berapa nak menyelerakan sebab pinggan terlalu leper. Lepas amik gambar ni terus masuk dalam mangkuk ouh. Haha. Nikmat je makan pakai tangan. Jangan pakai sudu taw, tak jadik. Hehe.

Okay, selamatlah mencuba ye. Nantika resepi2 yang simple tapi sedap dan edible lagi!

AmeeraFatin=)

Saturday, October 9, 2010

Char Kuey Teow


Hye!! Assalamualaikum! Alamak, sorry la sebab lama sangat tak update. Busy sangat lately ni sebab semua subjek pun nak buat midterm exam sekarang kan. Next week aku ade 3 exams and 1 paper due. Huu. Then khamis dah fall break. Whee!!

Okay malam semalam tiba2 rasa nak makan char kuey teow or ade org panggil kuey teow goreng Penang. Mane2 je boleh. So aku pun carik2 la resepi dekat myresipi. And jumpa! Macam best je resepi ni. And after try, memang best pun. Maybe aku buat tak la sesedap kat kedai kan, but then boleh la. Hehe. Aku dapat resepi ni from resepi che'ize at myresepi. Thank che'iza!

Ingredients:

8 ekor udang
Air
4 ulas bawang putih (Cincang)
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
Cube ikan bilis (Aku guna ikan bilis sebenar je. Hehe. Segenggam)
Garam gula

1 sudu cili paste
Sayur kegemaran
1 biji telur
Kuey teow (Dah lembut)

1. Rebus udang dgn air. Pastikan air tu cukup2 je dengan udang.
2. Bila dah siap rebus, asingkan udang dengan air dia. Then, air udang tadi tu, masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, cube ikan bilis. Biarkan sampai mendidih. Boleh tambah garam gula kalau kurang rasa.
3. Bila dah pekat, tutup api. Note: tak de la pekat sangat, agak2 jela ye.
4. Tumis cili paste dalam kuali lain. Bila dah garing, masukkan 5 sudu air rebusan tadi tu. Then masukkan sayur2 keras. Air rebusan yang lebih boleh simpan buat next time.
5. Then boleh la masukkan kuey teow dan udang.
6. Tambah air bagi dy basah2. Then perasakan dengan kicap manis or garam and gula. Up to you guys.
7. Bila dah sebati, masukkan telur. Gaul sampai masak.

Wah! Nampak macam kuey teow biasa pun ade gak. Tapi rasa dy lain sikit la dari yang biasa. Kejap je aku abiskan satu periuk. Haa, amek. Dah la malam masa tu. Haha.

Try la, senang je masak dy ni. Boleh tahan gak rasa dy. Resipi yang bagus ni.

Oleh sebab aku tak update for seminggu, so aku akan masukkan gambar2 food yang aku dah masak. Simple2 je sume.


Apa ni? Entah la. Haha. Ni baked spaghetti. Aku main masuk je pape. Tapi masa nak keluarkan tu sebab tak sabar tunggu sejuk, aku kelurkan panas2. Maybe sebab tu kot dy mcm bercerai berai. Atau pun kurang telur. Tak tau la. Rasa, okay la.


Sushi! Ade carrot, telur dadar and crab fillet je.


Spaghetti. Biasa2 je ni. Cuma aku letak sayur bnyak sikit la. Aku suka sayur banyak2.

Okay dah, tu je. Hari2 yang lain makan maggi je. Biasa la orang bujang kan.

Selamat lah mencuba ye. Wish me luck!!

AmeeraFatin=)

Friday, October 1, 2010

Sardine+Su'un @ Glass Noodle

Hye! Assalamualaikum!!

Sorry sebab lama sangat tak update. Busy sikit la this week. Lepas tu macam malas nak upload gambar. Hehe.

So today I will be sharing this recipe yang ibu selalu gak masak kat rumah. Sedap and simple. Walllaaahh!! Hehe. Aku tak tau la cmne nak eja su'un tu. Hopefully betul la tu ek. Kalau tak betul, tolong betulkan ye. Saya budak baru belajar (budak ke?? hehe)...

Then ade brownies lagi. Yang ni aku buat sikit je. And jadik! Memang jadik fudgey brownies la. Tapi kan, aku rasa brownies yang aku nak tu jenis yang instant tu la, macam sangat2 moist tu. Sebab masa open house kat rumah Kak Zai hari tu, aku buat that instant brownies, haa, tu la tekstur dy. So now, tak payah la aku nak experiment brownies lagi. Beli je senang. Hehe.

Then ade gak flourless cake. Sebab aku ingt flourless cake ke kan yang aku slalu makan mcm brownies tapi moist tu. Tapi sayang nya, tidak sama sekali. Tapi not bad gak la. Cuma banyak rasa telur la. Sedap but kene bagi dy sejuk dulu la.

Okay now nak share recipe sardine and su'un dulu.

Ingredients:

1 tin sardine
Su'un (Glass noodles) (Rendam 30 minutes)

1 atau 2 shallot (potong besar2)
1 garlic (cincang)
2 sudu chili paste
Bahan perasa

1. Tumis bawang2. Then masuk chili paste. Tumis sampai garing.
2. Then masukkan sardine. Masuk sikit air. Then perasa kan.
3. Then masukkan air bagi dy cair sikit. Then masukkan su'un. Kalau kurang air tambah lagi sebab su'un ni serap air sebanyak mane yang dy boleh. Hehe.

Done!


Woops! Still dalam periuk lagi. Hehe. Sorry....


Okay, ni brownies tu. Sikit je aku buat, kejap dah abes.



Okay ni Chocolate Flourless Cake. Oh my... Malunya. Nampak banyak sangat flaw. Frosting tu main hentam je taw. Haha. Siap ade tepung jagung lagi nyah. Jangan main2. Hehe.

Korang kalau dah bosan asyik makan sardine je everyday kan, boleh la twist sikit. Masukkan su'un. I don't know whether u guys will like it or not, but why not just try kan. Kalau tak suka sedekah kat rumah sebelah ke, depan ke, sebelah rumah sebelah ke. Hehe.

Okay dah tak betul, means dah ngantuk ni. Selamat mencuba ye. If you have any q's, u know how to reach me.=)

Goodbye my fellow readers.

AmeeraFatin=)