Hari ni aku buat samosa! Yey! Haha. Happy sebab lama nak buat tapi tak tau nak lipat cam mane. Pastu hari tu ter keluar update from blog cikmanggis cara2 nak lipat dia. So aku tadi pun ikut la and jadi! Whee~ Inti aku buat inti kentang and sardine. Cara2 nak lipat aku tak ambil gambar tadi sebab buat sorang2, agak susah nak buat sambil ambil gambar. So korang boleh refer ke blog cikmanggis. Aku just letak cara2 nak buat inti dy je ea. Inti ni boleh juga di gunakan untuk jadi inti karipap atau popia atau apa2 sahaja yang anda suka.
Ingredients:
Kulit popia
1 kentang (Potong bentuk cube kecil2)
1 shallot (cincang)
2 ulas garlic (cincang)
1 sudu chili paste
1 tin kecil sardine (optional)
1.5 sudu curry powder
Salt and sugar
1. Tumis bawang putih and merah sampai lembut. Then masukkan chili paste.
2. Tumis sampai cili garing atau masak.
3. Kecilkan api, masukkan curry powder. Tumis kejap dalam lebih kurang 30-60 saat.
4. Then masukkan sardin dengan kuah2 dy skali dan juga kentang. Letak air sikit. Then gaul2. Perasakan dengan garam and gula.
5. Api buat medium. Tutup periuk. Sekali dalam 3-4 minit bukak tutup periuk tu, gaul2 kentang.
6. Ulang sampai kentang lembut. Siap!
7. Boleh la lipat samosa.
Dah siap! Dah habis makan dah pun. Haha. Laju je. Samosa ni kalau beli kat kedai 3 seringgit kan? Mahal tu. So aku cadangkan korg try. Hehe.
Esok kita rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. 53 tahun dah negara kita merdeka. Kalau fikir2 kan balik, 53 tahun tak de la lama sangat. Tapi bila kita dengar cerita2 orang2 tua kita betapa susahnya hidup di zaman perang dahulu, dan pada masa yang sama, kita berada di sekeliling yang aman damai, pembangunan di merata tempat, kita terasa seperti negara kita sudah lama merdeka. Syukur Alhamdulillah. Dengan berkat dari Allah, dan usaha semua rakyat Malaysia, kita dah pun sampai ke tahap ni. Jadi, aku harap semua orang dapat bersyukur dengan apa yang di kurniakan, dan tidak putus asa berusaha untuk membangunkan negara.
Kalau anda dengar orang dari negara lain menjadikan Malaysia contoh untuk mereka aplikasikan ke negara mereka, anda akan rasa betapa bangganya aku menjadi rakyat Malaysia. Tapi sayangnya, masih ada lagi sesetengah yang tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tidak mengapa, manusia itu boleh berubah. Jika tidak sekarang, mungkin esok, lusa atau tahun2 berikutnya.
Okies, happy independence day Malaysia! I'm so proud to be a Malaysian.
AmeeraFatin=)
No comments:
Post a Comment