Friday, September 3, 2010

Chocolate Chip Oatmeal Cookies


Hye! Assalamualaikum!

Lamanye tak post pape. Since sebelum merdeka lagi. I mean 31 ogos hari tu. Eh ke 29 ek? Lebih kurang la.

Semalam buka kat rumah. Aku masak sup kambing. Tiba2 teringin nak makan sup kambing. Teringat dulu kecik2 makan kat rumah atok masa hujan2. Besnye. So masak la semalam. Sementara tunggu kambing tu lembut, aku buat la cookies ni. Aku ambil from Food Network. Banyak review dy cakap sedap. So aku pun nak try la buat kan. And memang sedap rasa dy tu. Tapi ni yang chewy punye taw, bukan yang rangup. Best la. You guys should try.

Ingredients:

1 stick margerine (8 tbsp or 1/2 cup) - melted/softened
3/4 cup powdered sugar
1 egg (grade A/ besar)
1/4 cup honey
1/2 tsp vanilla extract

1 cup flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 1/2 cup oat (Traditional punya. Tapi aku ade yang instant punya je. Aku guna je.)
Chocolate chips (Ikut kesukaan anda nak brapa bnyak. Aku main tuang je. Hehe)

p/s: Aku ade ubah sikit2 amount dari resepi asal.

1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Mix kan margerine and sugar sampai sebati. Then masukkan telur, mix kan sampai telur kembang. Kalau tak de mixer, pakai blender je.
3. Then masukkan madu dan vanilla extract. Mix lagi.
4. Masukkan semua bahan yang lain. Mix lagi. Kali ni kalau tak de mixer, masukkan semua bahan2 dalam 1 mangkuk, gaul pakai sudu or sudip. Mix sampai sebati.
5. Letakkan 1/2 sudu adunan ke atas loyang. Basahkan jari sedikit, then tekan2 atas adunan tu bagi dy leper.
6. Masukkan dalam oven 10-12 minit atau sehingga atas dy keperangan.

Okay done! Resipi ni dapat hasilkan 1 balang cookies size sederhana lebih kurang.

Okay. Sekarang ni tengah dengar lagu raya. Yang Hail Amir and Uji Rashid tu. Uuuww... Lagi seminggu je nak raya. And hari raya jatuh pada hari Jumaat Inshaallah. And masa tu aku ade class. =(
So balik class at the afternoon baru pergi rumah Aunty Aizan, beraya. Huhu. Tak pela. Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya di perantauan. Not bad jugak sebenarnye. Sebab kat sini pun ade rumah2 terbuka juga. Macam kat Kansas City nanti ade open house and mcm perkumpulan Malaysian and Indonesian jugak. Kira meriah la jugak. Ade rendang ketupat nasi impit SATAY. Haha. Satay tu besarkan okay. Menu kegemaran masa hari raya sebab mcm tak bnyak kan. Haha.

Ouh rindu nak raya. Next year pun tak sempat nak raya kat rumah gak. Huhu.

Okay, selamat mencuba ye.

AmeeraFatin=)

No comments: