Tuesday, January 15, 2013

The Final Semester

Asslamualaikum! Apa khabar?

Lama sangat tak update. Dah macam bukan blog masakan. So sorry sebab baru balik jalan2. Lepas tu ada masak2, tapi tak sempat nak masuk blog. 


Masa winter break baru-baru ni, kita, Liyana and Sayuka pergi roadtrip from the east to the west of the US. Seronok gila sbab jumpa ramai orang lepas tu banyak makan yang best2. First state kitorg pegi ialah Washington D.C. Haa mcm biasa, pegi White House, Abraham Lincoln Monument, Martin Luther King Jr. Monument, dan semua monuments yang ada. Lepas tu kitorang try D.C. Cupcake yang famous tu. Tapi rasanya Crumbs lagi sedap dari D.C Cupcakes sebab Crumbs tak as sweet and murah sikit. Lepas tu kitorg jumpa dengan kawan Indonesian kita, Bella dan rakan2. Kitorang makan kat Jamaican restaurant rasanya. Food dia lebih kurang macam Malaysian food je. 










Haa lepas tu pegi lalu kat Virginia, makan KFC halal. Haha. Sanggup lalu Shenandoah National Park for that. Tapi malangnya, masa winter Shenandoah Natinal park tutup and pemandangan pun kelam je. Kalau tak mesti hijau dan cantik.


Lepas tu kitorang pergi Nashville, Tenneesee. Visit junior kita masa sekolah, Faiz. Kitorang makan kat Indian restaurant ni. Sedap gila. Portion banyak, pedas dan secukup rasa la. Memang mantop. Tapi malangnya terlupa nak amek gambar sebab lapar sangat la tu. Hehe. Lepastu pegi Parthenon kat Nashville, Tenneesee. Ni macam national monument la jugak. 




Lepas tu kitorang pegi Mammoth Cave kat Kentucky. First experience masuk cave. The Park Ranger tu lawak gila. Dia kata analogy orang zaman dulu yang masuk cave ni just pakai stokin, underwear dan sebatang lilin. Cave kan gelap gila, susah la nak tau jalan kat mana. 






Haa lepas tu kita proceed pergi Tulsa, Oklahoma, tempat favorite. Bukan sebab ada benda yang menarik, tp sbb member2 kat situ sume gila and rasa best hang out dengan diorang. Kitorang makan satay, burger giant and celebrate new year main mercun pop pop. Hahaha. Lepas tu tengok cite hantu jerit2. Memang happening la. Wlaupun activity kitorg macam budak2 nerd punya activity, tapi sebab kitorg cool, semua tu still happening. Haha. Kita, Liyana and Hazim masak sambal satay. The guys masak burger, Intan masak dessert sedap dan sambal nasik lemak, and last but not least, our chef, Sopi, masak ayam goreng rempah terhitam sikit. Hehehe. Oh tak lupa, Hazim, Intan dan Sopi marinade satay. Memang sedap terangkat beb.







Lepas tu kitorang gerak pergi Grand Canyon, for my third time sebab Sayuka tak pegi lagi. So tak pela pegi kejap je. Dalam setengah jam. Haha. 


Lepas tu pegi Petrified Forest National Park. Memang cantik bangat! Kayu tu dah crystallized tengah2 dia sebab Liyana, the geologist, kata zaman dulu ada volcano, so debris dari volcano dah covered the tree sampai tak boleh nak sedut oxygen dan sebagainya. So lama2 dia mineralized la. Nak tau lebih lanjut, tanya Pak Google.








 Lepas tu kitorang pergi the most beutiful place on Earth, Lower Antelope Canyon. Kat sini ugak movie 127 Hours shoot. Memang cantik sangat. So far, out of many national parks yang kita dah visit, this is the best one. Terletak dekat Page, Arizona. Before tu pergi Lake Powell jugak, di mana Glen canyon terletak.









Lepastu pergi Monument National Park. Memang cantik.





Cantik kan? Lepas tu kitorang gerak pegi Boulder, Colorado for my 2nd time. Jumpa member kat sana, Luttphi dan Pok Chek. Kitorang dah kawan dari kolej lagi, sekali dengan Liyana. Kira aku sayang la diorang  ni. Lagi satu, Luttphi pandai masak nasi kerabu sedap. Kalau korang browse balik entry masa bulan March 2012, kita pegi sana dengan budak Tulsa, Oklahoma makan nasi kerabu Luttphi jugak. Memang terbaik boh! Lepah make boleh kecek Kelate. Hahaha. Tapi diorang cakap, Fatin ko tak payah cakap Kelantan la. Fake gila. Hahaha.






Kuah color coklat tu yang paling terbaik sekali. Lepas tu kitorang join budak2 CSM (Colorado School of Mines) pegi The Garden of Gods, Seven Falls, dan Cave of Wind. Bila dah pergi Antelope Canyon yang cantik tu, rasa macam Garden of Gods tak de apa sangat pun. Just batu2.








Lepas tu esoknya nak pegi snow board. Pagi2 Pok Chek datang cakap, Fatin kete ko dah tak de dowh. Masa tu rasa macam jantung dah terjatuh kejap. Pastu otak start fikir. Kene curik ke apa. Ingatkan pokchek tipu. Bila check the whole place tu memang tak ada. Pastu Kamirul try nak tanya office tapi office landlord pun tak bukak. Apa kes entah. Pastu kitorg call tow truck company dan memang sah dah ada kat sana. Terus tak jadi pegi snow board. Pegi jalan2 kat Boulder je makan cheesecake. Tak de rezeki la tu tak pe. Ni dia kete kesayangan kitorang. Canggih gila. Semua touch screen. Drive 7, 8 jam pun sedap. Mula2 dapat yang color biru tu. Pastu keluar warning suruh change oil dan kene isi angin dalam tayar. Pastu bila check, ada paki kecik kat tayar. So kitorg tukar yang color merah tu. Tu lagi canggih. Kerusi dia adjust sendiri bila start engine. Coolness. Memang sayang la.




Banyaknya gambar. Ni maybe last time kitorang pegi roadtrip jauh2 macam ni. Lepas ni tak sure lagi boleh ke tak. Mungkin kene balik Malaysia awal sebab ramai orang nak kawen dah kan, nak jugak pegi majlis kawen. Lepas tu nak kene uruskan semua benda, kemas barang semua. Tengok keadaa. Sebab ada lagi satu tempat tak pegi lg, Yellowstone National Park. Tu tempat yang wajib pergi masa Summer. 


Lagi 5 bulan nak graduate. Rasa 4 tahun ni macam lama sangat. Dah macam2 kita buat kat sini. Banyak duka dari suka. Biasa lah dugaan. Tapi semua kenangan masa suka tu, rasa macam best sangat. Lepas ni dah nak keje dah, tanggungjawab dah besar. Memang kalau boleh tak nak face reality. Tapi tahun ni kita dah 24 tahun, kene face jugak sebab dah dewasa. Kawan2 yang amek medic pun dah nak grad. Ni buat engineering pun tak grad lagi. Jangan salah faham, bukan sebab kene repeat year ke ape, tapi sebab sponsor requirement kitorang kene buat A-Level 2 tahun before fly sini. So total of study 6 tahun la, sama mcm medic student. Tapi pape pun, rasa syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan kekuatan yang di beri. 3 and a half years ni tak senang taw. Macam2 jadi. Kat sini susah nak carik support system sebab jauh dr semua member. Nak tak nak kene tanggung sendiri pandai2. Tapi terima kasih sangat2 kat member yang selalu ada by my side, you know who you are. And the most important thing is that I learnt a lot about life and about people. How to differentiate true and fake friends, tengok gelagat orang yang selfish dan lain-lain lg. 


Okay la, panjang sangat dah ni. Bubbye!


Ameerafatin

5 comments:

Iskandar... said...

Wahhh...Petrified Forest National Park is awesome, Lower Antelope Canyon tak terkata dgn rock formation nya...jgn kan 127hours, 24/7 lepak kat situ pun best..but for Yellowstone N.P, please go there at least once..if ada masa camping for 1nite..sambil dgr lagu Yellow from Coldplay...tengok bintang..kalau mlm cerah la..such a warm moment...one more..your long black boot?cantik...anyway..nice trip for u...

Noor Hafirdaus said...

Oh cantiknya subhanallah gambar gua cita 127hours tu. Nk minta izin ambik gambar gua tu buat wallpaper boleh?

Ameera Fatin's Kitchen said...

R: Thank you. I ada amek pamphlet national parks. Kalau u nak let me know. Shoot me an email.

Kak Noor Hafirdaus: Boleh kak. No problem. =)

Iskandar... said...

Big Jet Plane..live aqustic version...so nice...

Ameera Fatin's Kitchen said...

Dah dengar dulu. Thank you anyways. And happy belated birthday to u R.