Monday, March 5, 2012

Daging Black Pepper

Assalamualaikum. Hye!


Hari ni adalah hari bermalas-malasan. Bangun pagi terus skype dgn kawan ku yang comel. Kemudian buat keje sikit, pastu tidur balik. Pastu bangun baru masak, then skype lg, then tgk movie cerita The Lovely Bones. Best cerita dia. Sangat best.


Semalam mcm tgk2 balik gambar2 lama. Pastu tengok la gambar2 masa aku kat kolej dulu. Aku suka menari traditional. Pernah zapin, joget and jawa contemporary. I miss dancing so much. Kadang2 tu dance dalam bilik sorg2. Pasang lagu Tari Tualang Tiga kuat2. Haha. Start dance pun masa kat kolej, masa batch kitorg kene perform lepas orientation. Lupa plak nama dia ape. Then after that, bila ada dance2 je aku mesti nak join. Masa senior kat kolej, aku dengan Liyana choreograph Javanese dance untuk bangsawan. Good old time. Rindu sangat. 


Zapin untuk closing ceremony. Masa opening ceremony ada guys. Tapi sebab berterabur sgt sebab practice 2 hari je, so guys tak de masa closing.


Bangsawan masa tengah junior. 


Bangsawan masa senior. Ni la Liyana cantik. Make up masing2 tak ley blah. And I was so fat makan banyak masa ni.


Ni masa senior, dengan junior yang sengal, Faseeha. Menyibuk dekat junior punya dance competition. Hehe. Nak final dah ni pun. Bunga besarnya tuu.

Ahh rindunya masa tu. Dancing ni macam playing netball and squasy. Salah satu cara untuk hilangkan stress. Bukan itu sahaja, ia juga cara untuk jadi lebih fit. Berpeluh jugak taw practice dancing. Masa bangsawan dulu satu hari 4,5 jam practice. Bangsawan ni macam event kat kolej, setiap house kene present traditional theatre la. Kitorg buat preparation for everything in about 1 bulan lebih jugak la. Sangat meriah. Rindunya.

Okay berbalik kepada makanan. Hari ni masak daging black pepper version ibu. Last time aku masak guna udang, tp lupa letak kicap. So tadi guna daging pulak, and tak lupa letak kicap. Yey! Pastu makan dengan mee goreng segera. Sebab malas nak masak nasi. Hehe.

Ingredients:

1 bowl kecil daging di hiris nipis
Serbuk kunyit
Garam

Garlic-cincang
Halia-cincang
Butter
Kicap (1 sudu)
Black pepper

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Agak2 la dnegan kuantiti daging.
2. Goreng daging dalam minyak panas, sampai masak. Jangan terlalu kering, kita tak nak daging kita jadik macam rubber.
3. Panaskan pan lain, cairkan butter. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan pepper dan sedikit kicap.
4. Masukkan daging yang dah digoreng tadi, gaul rata. Perasakan dengan salt and pepper.




Lihatlah. Aku tak de kicap sedap, ada kicap yang makan dengan sushi je tu. Tak sempat lg nak beli kicap ABC. So guna jela dark soy sauce. Macam gelap sgt ni. Hehe.

Senang je masak dy. Boleh je kalau nak try dengan ayam. Makan dengan nasik ke, mee ke, semua boleh. 

Okay la, selamat mencuba okay! Kita nak pen off dengan video kegemaran. Hehe. Selamat menonton!





AmeeraFatin=)

3 comments:

ismail naim abdullah said...

amboii..heeee
eh.nak tny nie..,mcm mana ye kalau nak masak daging arnab?ape resepi yang sedap skit?huu

Ameera Fatin's Kitchen said...

I tak pernah masak or makan daging arnab la. So tak tau nak bagi idea ape. sorry.

Ismail Naim Abdullah said...

ouh xpela,i pon xpenah,baru ngat nak cuba.huu.papen TQ