Saturday, August 28, 2010

Puding Kastard @ Custard Pudding

Hye! Salam. Haish, memang jarang betul la masak2 bulan puasa ni. Ni pun baru balik makan2 kat rumah Kak Ghita. Memang tak masak la. Hehe.

Tapi semalam masa tgh tak buat ape-ape, pergilah ke dapur macam biasa. Dok belek2 food yang ada. Yang terasa mcm nak makan. Tak tau nak makan ape. Bosan dah. Pastu baru teringat yang hari tu masa pergi Kansas City dengan Kak Zai, aku ade beli tepung kastard. Haa, ape tepung kastard ni? Dy digunakan untuk buat lengkong kastard atau nak memekatkan sesuatu contohnya inti kastard yang korang makan dalam roti or donut tu. Tu la. Cara nak buat lengkong kastard ni senang je. Sangat. Haha

Ingredients:

1 : 5
Tepung kastard : Air
Maksudnye ni 1 tepung kastard, 5 air. Kalau korg guna cup, so 1 cup tepung kastard, 5 cup air. Kalau mangkuk, mangkuk la. Kalau senduk, senduk la.

Lepas tu untuk gula, aku agak2 je. Ibu cakap semalam anggaran gula dalam 1.5 dari measuring equipment yang korg guna tu. Tapi try letak sikit2 dulu takut termanis.

Susu cair
Milo serbuk/jagung/pape perasa yang sesuai
Buah-buahan cocktail

1. Campur tepung and air dalam periuk. Hidupkan api. Kacau sampai nak dekat mendidih.
2. Masukkan bahan perasa. Kacau lagi sampai dy sangat likat.
3. Boleh pindahkan ke bekas yang anda suka. Masuk fridge smpai sejuk.
4. Boleh makan dengan susu cair and buah-buahan cocktail.

Siap! Senang kan? Aku buat perisa milo ari tu. Next time nak buat jagung la plak. So, ni gambarnye,



Tu aku letak je ape yang ade kat rumah iaitu jagung, kismis and grapes. And aku guna perasa milo serbuk 3-in-1. Haha. Tak kene langsung semua benda aku rasa. Tapi okay la. Sebab baru nak try2. Nanti aku buat la yang proper punye. Hehe.

Okay, dah ngantuk. Nak tidur dahulu. Selamat berbuka puasa kepada semua penganut agama Islam yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini. Ceyhh... Hehe.

Goodnight all!

AmeeraFatin=)

No comments: