Wednesday, August 25, 2010

Kek Marble Cake


Salam. Tgk tajuk tu. Saje je buat camtu. Hehe. Tadi tiba2 rasa nak buat kek sebab dah rasa bosan dengan food dekat rumah ni. So after buka puasa, aku buat la kek marble ni. Resepi
Abg Mat Gebu. Thanks Abg Mat.

Senang je resepi ni and hasilnya memang lembut. Tapi tadi aku tak tau la kenapa color chocolate dy kurang pekat. Maybe sebab serbuk coco aku kot.

Ingredients:

1 stick@1/2 cup margerine (Melted)
2 eggs
3/4 cup powdered sugar
1 tsp condensed milk

1 cup all purpose flour
1 tsp baking powder
1 tsp vanilla extract
1/8 cup milk

1 tbsp coco powder
1 tbsp warm water

1. Panaskan oven 180C atau 350F
2. Mix melted margerine, powdered sugar and condensed milk sampai sebati and jadik color creme.
3. Masukkan telur satu. Bila dah sebati, masukkan lg satu.
4. Campurkan dengan sume bahan lain kecuali serbuk coco and air suam dalam mangkuk, kacau guna spatula. (Sepatutnye pakai mixer tapi aku tak de lagi. So kacau guna sudu jela)
5. Bahagikan batter kepada 2 bahagian. Salah satu daripada bahagian tu campurkan dengan serbuk coco and air suam. Kacau sebati.
6. Masukkan batter color chocolate and color creme selang seli sampai habis semuanya. Dengan menggunakan chop stick atau pisau, pusing2 kan batter tu supaya jadik corak macam marble.
7. Masuk oven 40-50 minit.



Hurmm.... Nampak sedap tak? Hehe. Try la kalau senang2. Resepi ni best la. And senang juga. Aku ada tukar sikit bahan2 dy sebab tak de bahan from resepi asal. Sorry Abg Mat.

Okaies, dah malam dah. Nak tidur dulu. Selamat berbuka semua! Goodnight!

AmeeraFatin=)

Monday, August 23, 2010

Asam Rebus

Hye. Assalamualaikum. Lamanya tak update blog ni. Nak dekat berlumut dah. Haha. Since balik from Florida hari tu, jarang buka kat rumah. Pastu puasa2 ni, jarang la nak masak2 siang2 tu. Asyik tido je. Penat la. Huhu.

Ari ni pun penat gak. Petang tadi masak lg 15 minit nak buka sebab asam rebus ni sgt la senang nak buat. Pejam 1 mata pun boleh. Hehe. Makan panas2 dengan nasik sedap.

Ingredients:

Ikan
Bawang putih (sikit je)
Bawang merah
Halia (Jgn bnyak sgt)
Kunyit hidup (sikit. Tapi aku ganti dengan serbuk kunyit sbb tak de kunyit hidup. Letak sikit je taw)
Cili boh
Air asam jawa
Garam gula
Sayur kegemaran

p/s: sume bahan2 ni agak2 je taw. Depends dengan berapa bnyak ikan korg guna. Kalau mcm guna 2 ketul ikan, bwg putih 1 ulas, bwg merah 1/2 biji, halia 0.2 cm, kunyit 0.2 cm, cili boh 1/2 sudu.

1. Blend sume bahan kecuali ikan and asam jawa.
2. Rendam asam jawa dlm air panas, hidupkan api, masukkan air asam jawa dalam periuk. Tambah lagi air biasa sampai level yang anda nak.
3. Masukkan semua bahan blend, ikan and sayur.
4. Bila dah nak mendidih, perasakan dgn garam and gula. Kalau kurang masam, boleh tambah air asam lagi.
5. Bila dah mendidih, tutup api. Boleh makan dengan nasi putih.

Siap! Senang kan? Sangat. Hehe.

Tengok tu, pakai fish fillet je. Kesian kan. Haha. Nanti la balik Malaysia makan ikan puas2. Aku letak carrot sebab tak de sayur lain yang sesuai. Kalau letak bendi pun sesuai gak. Tapi jangan la letak kang kong ke, bayam ke. Tapi kalau nak letak gak boleh je. Apa salahnye nak try kan.

Dah start class ni, bnyak plak benda nak kene baca. Mesti busy taw sem ni. Tapi hopefully still boleh masak2 lagi.

Okies, selamat mencuba. Ouh semalam aku ade download buku resepi Julia Child, Mastering The Art of French Cooking. Ala, yang dalam cerita Julie and Julia tu. Nanti ingt nak try some of her recipes. Tapi semalam dok tengok2, bnyak plak pakai wine la, bacon la, and bahan2 yang mmg tak de kat rumah ni. So i guess kene masak Asian food jela kalau nak senang.

Okay la. Bubbye! Goodnight! Selamat berpuasa!

AmeeraFatin=)

Wednesday, August 18, 2010

Muffin Peach

Hye! Assalamualaikum semua!

Baru je habis vacation. Malam kelmarin smpai rumah. Rasa kejap je dah 2 minggu taw. Hari ni dah start class. Macam biasa la first day, biasa2 je. Seb bek esok dah Jumaat. Nak weekend dah. Kan bagus kalau kelas seminggu 2 hari je. Memang heaven. Hehe

Kat Florida aku tak makan ape2 sgt pun. Ade la makan buffet kat Chinese Restaurant and buka kat restaurant Arab skali. Pastu yang lain tu makan2 biasa je. Nothing special. Aku carik gak frozen yogurt Red Mango tp tak jumpa! huhu. Mengidam lg ni. Tak pela. Nnti esok bukak la tu kat "bandar" Lawrence ni. Hehe.

Before pergi Florida aku ade cakap kan nak masukkan resepi muffin. So ni resepi dy. Dapat from Food Network. Cume aku substitute pisang dengan peach and tak berapa nak rasa sgt peach dy sebab belom masak ranum lg. Haha. Buat ni dapat 14 muffin size medium.

p/s: resepi ni aku ade tukar sikit2 from the original resepi.

Ingredients:

2 cups all purpose flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
1/2 cup powdered sugar
1 stick butter or 1/2 cup or butter (i used margerine)
2 eggs
1 tsp vanilla extract
2 peaches (or boleh guna banana and kacang)

1. Panaskan oven 180C atau 350F.
2. Mix chopped peach, sugar, telur, vanilla extract, melted butter smpai sebati or kembang.
3. Then campurkan sume bahan tadi dengan tepung, baking soda dan soda bikarbonat.
4. Masukkan kedalam muffin cup 1/2 penuh. Then masukkan dalam oven for about 20 minit. Lepas 20 minit, keluarkan then cucuk pakai garfu atau tooth pick. Kalau lekat lagi, boleh masuk oven balik dalam 5 minit. Atau masak sampai atas dy keperangan.


Tgk tu, lawa kan bentuk dy. Bagus la resepi ni. Sape2 nak try boleh je kalau nak letak perisa kegemaran anda okay.

Okies. Senang kan nak buat dy? Asalkan ade bahan2, boleh je nak buat. Okay la. Selamat mencuba!

Bubbye!

AmeeraFatin=)

Wednesday, August 4, 2010

Away

Assalamualaikum semua. Hye! Post ni sebenarnye nak bgtau yang aku akan away for a vacation. Ada la dlm few weeks kot. So tak update la in the mean time tu. Semalam aku ade buat muffin. Lembut gila muffin tu, sampai hari ni pun lembut lagi. Tapi tak sempat nak transfer gambar sbb semua wire2 dah pack dah. After vacation aku update okay! Just stay tune, jangan pegi mane2 taw. Hehe.

Okay, have fun semua. Doakan aku selamat pergi and balik okay!

Bubbye......

AmeeraFatin=)


Monday, August 2, 2010

Sambal Mamak Telur


Assalamualaikum semua! Hye!

Dulu2 aku pernah masak mee goreng mamak and sambal dy masa tu terlebih. So aku pun keluarkan la sikit masuk fridge. Then bila aku masak nasik, aku makan la dgn sambal yang aku dah kuarkan tu. Ish, sedap la. Then ari tu aku rasa mcm nak buat smbal telur tp guna resepi sambal mee goreng mamak tu. Hehe.

Then ari tu aku ada borak dgn sorang kawan aku ni kat Aussie. Dy pun suka buat sambal yang mcm aku buat ni, which is letak kari sikit and bahan2 lain. Uish, tak sangka sama. Haha. Coincident gila. So aku rasa okay la kalau aku nak masuk dalam blog kot resepi ni.

Ingredients:

2 Eggs
2 tbsp chili paste
1 clove garlic
1 small shallot
Shrimp paste (Belacan)
Sweet soy sauce
Oyster sauce
Ketchup
Curry powder
Salt and sugar

1. Rebus telur sampai masak, then kupas kulit. Boleh goreng telur rebus tadi kalau anda nak, kalau tak nak pun tak pe. Kalau goreng nanti luar dy macam ade lapisan. Ssh nak describe, kene try sendiri. Hehe. Then letak tepi telur tu.
2. Cincang bawang putih and bawang merah. Then tumis.
3. Bila dah naik bau, boleh masukkan chili paste. Goreng sampai pecah minyak atau garing.
4. Then masukkan kicap, sos tiram, ketchup, belacan dan serbuk kari. Sumenye agak2 je quantity. Paling selamat, masukkan 1.4 tbsp belacan, 3/4 tbsp ketchup, 1 tbsp kicap , 1 sudu kecil serbuk kari dan 1 tbsp oyster sauce. Tapi agak2 la ea.
5. Kacau2 sebati. Then perasakan dgn garam and gula. Bila dah okay sume, masukkan telur tadi. Gaul2 sebati. Bila dah didih boleh tutup api.

Dah siap! Senang je buat dy. Just sambal mcm biasa la, dok terpercik2 je. Haih. Tu yang malas nak deal dgn sambal ni. Baju pun bau sambal. Haha. Tapi tak pela, seb bek aku suka smbal, kene buat jugak.

Okay la, tak bnyak pun bnd nak ckp. Sekarang ni mcm tak de buat ape sgt, tgk movie je. Tak lama lg nak g vacation. Whee! Macam tak sabar. Tapi sabar je sebenarnye. Hehe.

Okies, bubbye!

AmeeraFatin=)