Thursday, November 17, 2011

Sayur Lodeh (Selamat Hari Raya Aidiladha! Belated)

Hye! Assalamualaikum.


Setelah hampir sebulan tak update blog, akhirnye berkesempatan juga nak update. Terlalu sibuk semester ni sampai even nak masak pun tak de masa. Humm. So hari tu masa hari raya, aku masak rendang, lodeh and nasi impit sikit. Nasi impit ade 3 je yang kecik tu. Masak sendiri, makan sorang2. Tapi bagi2 la jugak jiran2 tetangga iaitu Fira sahaja. Hehe. Pastu tak beraya mana pun, dok buat keje je dalam bilik. Memang nerd kan? Haha.


Ingredients:


Bawang putih 3 ulas (cincang)
Bawang merah 1(cincang)
Kiub pati ayam/ikan bilis 1
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Santan pekat 1 tin (atau santan pekat 2 cawan, santan cair 1 cawan)


Sayuran yang anda suka (Lobak merah, kobis, kentang, kacang panjang, etc)
Cili Padi/ cili besar jika tak nak pedas - hiris
Su'un (di rendam terlebih dahulu) *optional


1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sampai lembut.
2. Masukkan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan air agak2 tutup semua sayur. Jika guna santan cair, masukkan santan cair.
3. Masukkan sayuran yang telah di potong mengikut citarasa masing2. Masukkan sayur kerasa terlebih dahulu. Kemudian masukkan cili.
4. Apabila sayur sudah hampir masak, masukkan santan pekat dan su'un. Kacau supaya tidak berketul. Perasakan dengan garam dan gula.





Sedapnye bila makan lodeh dengan nasi impit dengan sambal kacang iaitu lontong. Tapi oleh kerana tak de sambal kacang, aku makan dengan rendang je.


Lodeh ni boleh je nak masak hari2, buat lauk. Senang je nak masak dy. Kalau nak lebih sihat, boleh tukar santan kepada susu cair.


Okay, selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

2 comments:

R said...

Ohh...Selamat Hari Raya Cik Ameera Fatin...just to share..bila dah besar baru saya tahu semua ni bila dicampurkan orang panggil lontong...dulu masa kecil2 saya tak makan sebab ingat lontong tu serupa macam lotong atas pokok adik beradik dengan kera tu...dalam fikiran saya kita muslim...mana boleh makan lotong..hehehe...itulah serba sedikit pengalaman saya masa kecil dulu bersama makanan sedap bernama lontong ni....anyway...selamat hari raya...

Ameera Fatin's Kitchen said...

haha... first time dengar org kaitkan lotong makanan dengan lontong fauna... hehe.... nasib baik dah tau... kalau tak rugi tak makan...