Wednesday, June 15, 2011

Kenduri Kahwin di Johor

Hye! Assalamualaikum.

Alamak, sorry la sebab dah berkurun lama aku tak update. Biasa la, duduk rumah ni, sentiasa kenyang. Alhamdulillah. Tapi seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan gambar hidangan pada kenduri kawen sedara aku kat Pontian hari tu. Before tu, aku nak review dulu. Makanan dy mmg superb lah! Paling tak ley lupa, acar sayur tu. Pergh, pembuka selera tu. Daripada malas nak makan, terus makan sepinggan. Diorang hidangkan nasi beryani. Tapi ada gak pilihan nasi putih dan lauk2 nasi ambang. Tapi aku makan je sume sekali dengan nasi beryani tu.

Pastu ibu, Cik Wa, Cik Tati, Cik Ani and atok dapat berkat taw sebab ni sedara terdekat. Yang kawen tu cousin ibu and adek beradik ibu sume tu la. Pastu bila kumpul2, dah macam banyak gila dapat. Terasa seperti hari raya gitu. Hehe.






Alamak, sekarang ni dah pukul 11.30 malam and aku tertelan air liur sebab terasa nak makan ni. Aaaa.... Memang sedap taw. Rugi sape yang dapat jemputan tu tak datang. Hehe. Pastu atok bawak balik kambing masak beryani plak tu adoi. Sedap gila la. Semua lauk atas pinggan ni sedap. Eh aku comment ni bukan sebab lama tak makan taw, tapi memang sebab sedap. Semua orang cakap sedap. Haa. Haha.

Kakak2 kat depan ni nama dy "tol". Macam adat la kat johor ni. Pengantin perempuan duduk dalam rumah. Pengantin lelaki kene melalui beberapa tol sebelum sampai ke dalam. So dekat tol tu dy kene lah bagi ang pow sampai la tol gate girl ni rasa mcm nak bangun. Haa. Haha. Best kan? Aku pun dok tgk benda tu sambil tersengeh2. Biasanya kalau kat pagar rumah tu, makcik2 ni bagi pantun. Kalau tak dapat jawab, baru bagi ang pow. Lebih kurang camtu la.

Semua orang tengah makan dengan khusyuk sekali walaupun cuaca panas. Family kitorg je dah 2 meje. Hehe. Macam vip gitu.

Okay la, sampai sini sahaja. Kalau ada kelapangan, aku update lagi okay!

AmeeraFatin=)

Tuesday, May 31, 2011

Lemak Ikan Masin Terung

Hye! Assalamualaikum.

Nampaknya blog ni dah kene jadik blog masakan ibu aku. Sebab lauk ni ibu yang masak, aku tukang makan je. Hehe. Kejap je ibu masak, macam 20 mins je taw. And senang je.

Ingredients:

Santan cair 2 cup
santan pekat 1 mangkuk
(kalau guna santan instant, 1 tin)
ikan masin
terung - potong ikut kegemaran
perasa
cili besar dihiris
bawang putih dihiris
bawang merah dihiris

p/s: bahan2 semuanya agak2 dengan kuantiti ikan masin dan terung

1. Rebus santan cair (atau air sahaja jika guna santan instant) , terung, ikan masin, bawang putih, bawang merah dan cili sampai hampir masak.
2. Bila dah hampir masak, boleh masukkan santan pekat (atau santan tin) dan perasakan. Hati2 ye sebab ikan masin dah masin, so jangan letak garam dulu sebelum anda merasa.
3. Bila dah mendidih, tutup api, boleh makan dengan nasi dan sambal tumis udang. Hehe.



Adoi lambat bebenor nye nak upload gambar. Tak dapek den nak upload banyak2. But it's okay. Sedap gila kot ibu masak. Dengan sambal sekali. Dah la kejap je ibu masak. Macam letak gula garam skali je, tak yah rasa banyak2 kali. Expert la tu. Aku kalau masak sambal, jenuh merasa sampai kenyang. Haha.

Okay kalau rasa mcm terliur je kan, masak la okay! Hehe. Recommended!

AmeeraFatin=)

Monday, May 30, 2011

Malaysia! Johor!

Hye! Assalamualaikum!

Okay dah sampai Johor dah pun! And semalam sebenarnya aku baru balik jalan2 from pangkor. And nak tau tak, on the way balik Johor tu, kat selangor, tak ingt la tempat dy, mungkin Kuala Selangor agaknya, Aku makan nasi ambeng! Memang terbaik lah. Nama kedai dy Restoran Ambang Campur. Kecik je kat tepi jalan. But masakan dy memang pure Jawa la weyh. Cuma sambal goreng dy kurang uummphh sikit. And ayah cakap nnti nak bukak restoran nasi ambang gak But nak bagi nama Restoran Ambang Campur Sendiri. Haha. Sebab ingatkan dy campurkan lauk2, rupanya aku campur sendiri. Kepada mereka yang belum pernah try nasi ambang, try la. Dy campur nasi putih, mee goreng, serunding, ayam masak kicap/ayam goreng/ikan goreng/ikan masak lemak, sambal goreng jawa. Macam semalam ayah amek lauk ikan keli masak lemak dy taw. Pergh sedap gila. Ada bau cekor. Tapi sayangnya aku terlupa nak amek gambar plak.

Okay lepas tu aku dah makan nasi lemak macam banyak gila kali, pastu roti puri, tom yam, makan seafood kat pangkor, dan bermacam2 lagi yang aku terlupa nak amek gambar. Hehe. Sempat amek gmbr ni je.

Cendol di cuaca panas sebegini memang terbaik la weyh! Tapi yang ni kurang ummphh sikit. Kat muar ni ada cendol terbaik. Nanti nak makan. Hehe.

Okay la, sempena cuti ni, macam kurang memasak la. Sebab kat Malaysia ni makanan sume macam murah kan nak beli, so beli je. Weekend ni ada kerja kawen kat kampung Pontian. Sepupu atok punya anak sedara. Haa cmne tu. Dua pupu ibu la kot. Nanti kalau aku teringat, aku amek gambar juadah kawen kat Johor okay. Mintak2 la deorg serve nasi beryani. Lamo den tak makan ni. Then skrg tak sabar nak balik Pontian!! Nak jumpa atok.

Okay la, nanti kalau ade pape lagi aku update okay. Sorry sebab tak de resepi baru. Nanti kalau ada, sure aku update jugak. Okay! Terima kasih sebab setia dengan blog saya yang tak seberapa ni.

AmeeraFatin=)

Muka sume orang kecuali saya sebab saya tukang amek gambar. Hehe. On the way nak pegi snorkeling.

Friday, May 20, 2011

Ravioli w/ Cream Gravy

Hye!! Assalamualaikum!

Okay dah nak dekat 2 minggu tak update ape2. Sebab aku busy nak exam. Pagi tadi baru habis paper terakhir. Fuh! Lega. Tapi apakan daya, terpaksa menyusul ke kerja seterusnya iaitu mengemas bilik. Sebab summer ni masa aku balik Malaysia, barang tak boleh letak sini. Tak sangka betul bilik aku yang agak kosong ni rupa-rupanya mengandungi barang yang sangat banyak ye. Penat tu kemas. Tak siap lg. Sambung esok jela.

Okay, sekarang aku suka tengok Hell's Kitchen taw. Ala yang Chef Gordon Ramsay jerit2 kat orang tu. Tak kesah la. Tapi salah satu menu kat Hell's Kitchen ialah ravioli. Ape ravioli? Dia macam karipap kecik, kulit dia diperbuat daripada pasta, dan isi dalam dia boleh jadi cheese, boleh jadi daging, boleh jadi apa2 sahaja yang anda ingin kan. Then dia di makan dengan kuah, and selalunya orang makan dengan macam spaghetti sauce tu. Tapi oleh sebab aku dah nak balik, tak daya nak beli spaghetti sause yang selalunya dijual dengan kuantiti yang banyak tu. So aku pun decide nak buat cream gravy macam dalam resepi pasta Primavera aku dulu. Sama je, cuma aku tak letak carrot, cili and cube ayam. Aku gantikan dengan ayam sebenar. Korang masukkan je dalam cream tu, then tunggu sampai ayam masak. Kalau dia dah memekat sangat, tambah susu lagi.

So ni la hasilnye.


Okay sekarang berbalik ke raviolinya. Macam mane aku buat ravioli tu? Senang je, beli yang frozen punya kat Walmart. Haha. Sorry la aku tak reti lagi nak buat pasta sendiri. Nanti la bila aku dah belajar buat pasta sendiri, Inshaallah aku buat sendiri okay. Aku tak tau kalau kat Malaysi kat mana boleh dapat ready made ravioli. Aku rasa korang boleh try cari dekat tempat yang korang senang nak dapat western food punya barang. Kat mana tu? Saya pun tidak tahu sebab dulu masa kat Malaysia, aku ni tukang makan je. Hehe.

Okay la, kalau korang berminat, try la ye. Nak tidur dah. Goodnight!

AmeeraFatin=)

Saturday, May 7, 2011

Tuna Puff 2nd Version

Hello guys and girls! Assalamualaikum w.b.t.

Okay kalau korang follow resepi yang aku masukkan sebelum2 ni, korang mesti ade terbaca atau at least terlihat resepi tuna puff aku yang aku roll2 kan tu, yang mcm funny sikit bentuk dy tu. Okay semalam after balik class tiba2 rasa nak makan tuna puff lagi. So aku buat la lagi, kali ni bentuk lain plak. And jadik! Yey!



Cantik tak? Macam siput sikit2 kan? Haha. Resepi tuna sambal dalam tu ikut resepi ni. Cara nak roll dy, korang roll je macam biasa. Then potong roll yang panjang tu dengan ketebalan lebih kurang 0.8-1 inch. Then roll kan dalam telur supaya kulit dy jadik warna keperangan yang cantik bila dah masak. Kemudian letak atas pan, tabur dengan black pepper sebagai hiasan. Senang je kan? Then korang masuk oven yang dah preheat 400F atau 210C selama 20 minit atau sampai kulit dy dah keperangan.

Okay, selamat mencuba taw.

AmeeraFatin=)