Saturday, April 14, 2012

Nasi Beryani Gam Ayam

Assalamualaikum! Halluuu.


Lama jugak tak update. Busy sikit la dah nak habis2 semester ni. Tinggal 1 week of classes, then finals week, then Summer hols!! Chicago and New York are waiting for me. Hehe.


Semalam birthday fira. Happy birthday! So aku pun tanya la fira dya ada nak request makan apa2 tak sebab since tangan dia injured hari tu, banyak benda tak boleh makan. Baru ingat nak buat mee rebus. Tak jadik pulak. So dia request nak nasi beryani. So pagi tadi bangun tido, terus la start masak2. Resepi sama je macam resepi yang kita pernah masukkan dulu. Tapi rasanya nak rewrite balik la sebab sekarang ni macam dah biasa dengan resepi ni, so mungkin lebih teratur. Harapnya begitu.


Ingredients:


p/s: Masak ayam dulu sebab kuah ayam tu nanti nak guna untuk masak nasi beryani.


A) Ayam


1 ekor ayam di potong ikut kegemaran (Tadi kita potong 8) 


1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
2 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/2 bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - Hiris halus
4 sudu kecil serbuk beryani
Air secukupnya


2 biji kentang di potong dadu
segenggam almond/gajus (kita tak guna pun tadi)
3 sudu besar yogurt perasa original/sour cream/susu+jus lemon
Perasa


1. Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan ketumbar jintan. Tumis sekejap, dalam 1 minit.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dah dihiris halus tadi. Tumis sampai bawang dah lembut atau caramelized. 
3. Kecilkan api, masukkan serbuk beryani. Tumis untuk 30 saat, kemudian masukkan ayam. Naikkan suhu ke medium heat, kemudian gaul ayam dengan bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan air sehingga semua ayam terendam.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biar je periuk terbuka, sebab kita nak air rebusan ayam untuk menjadi lebih pekat. Bila ayam dah hampir masak, masukkan kentang dan almond/gajus jika gunakan.
6. Bila ayam dah masak, masukkan yogurt. Kacau sebati, kemudian tutup api.


B) Nasi


3 cup beras basmathi yang dah di bersihkan dan direndam dalam air selama 30 minit



1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/4 bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - Hiris halus
1 sudu kecil serbuk beryani


1. Dalam periuk nasi, sama ada di atas dapur atau di dalam rice cooker, ulang langkah 1-3 diatas. Kecuali bahagian yang masukkan ayam tu, masukkan beras yang telah di rendam tadi. Beras sahaja okay.
2. Gaul beras dengan bahan tumisan sehingga rata. Kemudian, ambil 3.5 cup air dari ayam beryani tadi, masukkan dalam periuk nasi.
3. Kemudian boleh la masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker. Kalau nak guna dapur, masak nasi dengan api perlahan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, keluarkan 3/4 dari nasi tadi ke dalam bekas. Ambil beberapa ketul ayam, susun diatas nasi yang tinggal. Kemudian tutup ayam dengan nasi yang dah di keluarkan. Ulang langkah sampai la semua ayam dah di susun. Sudahkan lapisan ayam dan nasi dengan nasi di atas. Sekiranya periuk nasi anda tak muat, guna periuk lain. 
5. Sekiranya menggunakan periuk nasi, masukkan semula ke rice cooker dan biarkan keep warm selama 30 minit. Alaskan tuala bersih di atas periuk nasi sebelum tutupkannya dengan penutup periuk nasi. Sekiranya menggunakan dapur, gunakan api paling perlahan. Tutup periuk gunakan tuala bersih sebelum menutupnya dengan penutup periuk. Tujuannya, kita tak nak wap rempah keluar dari periuk. Biarkan selama 20-30 minit.


Lapisan ke empat.

Lapisan terakhir.






Tadaa! Nasi beryani ni memang di recommend! Masa untuk memasak adalah 2 jam. 


Kat sini na storm malam ni, mendung je ni. Memang sedap kalau nak makan tido makan tido ni. Hehe. Ameera Fatin kejenya memang makan tido je. 


Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)


No comments: