Thursday, April 26, 2012

Mee Rebus/ Mee Jawa

Assalamualaikum! Hye!


Isn't it nice to wake up in the morning lepas tu dengar bunyi burung2 berkicauan, lepas tu dapat good morning wishes from people that care about you (best friend and etc)? Kalau ada nasi goreng kat dapur dah siap2 masak dengan nescafe panas mesti lagi perfect kan? Kan? Hehehe. Malam tadi macam tak sejuk kat sini, so kita tidur sambil tingkap terbukak. Oleh sebab kita duduk kat level paling atas, so banyak la burung bertenggek kat atas bangunan ni. Bila bangun je, terus dengar bunyik burung2. Pastu cuaca sangat nice hari ni. Alhamdulillah.


 Okay few days ago teringin sangat nak makan mee rebus. The best mee rebus adalah dekat Muar la mana lagi. Hehehe. JB pun ada kot cuma belum try lagi. So bila buat2, tiba2 terlupa mcm mana rasa mee rebus taw. Dalam kepala dok ingat mee bandung muar je sebab balik last year ada bawak balik sekali perencah mee bandung Mak Pon. Haa ni memang terbaik la. Kalau jumpa kat mana2, memang recommend perencah ni kalau nak beli. 


Ingredients:


2 Keledek oren (Sweet Potatoes) - Rebus sampai lembut then blend smpai lumat.
Any meat - Rebus dengan halia sikit and garam sampai lembut, simpan air rebusan
Shrimp - Rebus smpai masak, simpan air rebusan


*4 gloves of garlic
*2 Shallots -Blend semua bahan tanda * . Kita chopped je.


2 tbsp chili paste
1 tbsp shrimp paste/ belacan
1 tbsp ketchup (Kalau tak de boleh guna air asam jawa sikit)
Salt and sugar
Sayur hijau kegemaran jika mahu


1. Tumis bawang putih dan merah sampai garing. Masuk chili paste, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan keledek yang dah dilenyek, daging dan air rebusannya berserta halia sekali, dan air rebusan udang.
3. Perasakan dengan shrimp paste, ketchup dan salt and sugar sampai cukup rasa.
4. Masukkan sayur dan udang.




Tadaa! Senang je kan? Yang buat lama tu sebab kene rebus keledek sampai lembut pastu nak lenyek lagi. Terliur la pulak tengok gambar mee rebus ni malam2 mcm ni. Rasa nak masak2 pulak. Ehh hari ni dah tengok ada satu video ni macam 478 kali dah. Hehe. sebab bay ni comelllll sangat2. So adorable I want to bite him. Hehe



Alooooo schhoo cuteeee. Cara dia jawab no tu sangat confident. Macam faham je apa orang tanya. Hehe.Okay time to study got exam tomorrow. Goodnight!


AmeeraFatin=)

Saturday, April 21, 2012

Strawberry Upside Down Cake

Hye! Assalamualaikum.


Hari tu masa tengah tengok2 resepi dekat blog Joy The Baker, tiba tiba ter tengok ada resepi strawberry upside down cake. Ingatkan ada pineapple upside down je. So bila tengok resepi tu, senang je buat dia, basically sama je dengan pineapple upside down yang kita selalu buat tu. The differences are just the way Joy buat topping dia and Joy letak cardamom (serbuk buah pelaga) sekali. Kita tak letak sebab tak nak ada weird taste la dalam cake. Hehe. Other than that, kita guna susu instead of sour cream. And the result is that the cake is so fluffy! Sour cream ni nak buat texture dia jadi macam banana cake tu. Kalau anda nak letak sour cream pun boleh, no problemo. 


Oleh kerana hari ni cuaca sangat cantik dan kita tido dengan cukup sekali malam tadi, jadi mood hari ni agak baik. Tadi dok ambil gambar je kat dapur. Haha. So akan ada banyak gambar dalam post kali ni ye. 


Resepi ni di dedicate untuk kawan ku sejak dari lower form, Aryn sebab hari tu dia nak aku masukkan resepi ni sebab dia nak buat bila balik rumah nnti. Hehe. So, here you go Aryn. =)


Ingredients:


>Topping
2 tbsp butter
1/4 cup brown sugar
8-10 strawberries - Slice thickly


>Dry ingredients
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp salt


1/2 cup butter - softened
2/3 cup brown sugar
1 large egg
1 tsp vanilla extract
2/3 cup milk (can use sour cream)


1. Panaskan oven untuk 350F atau 180C.
2. Untuk topping, masukkan 2 tbsp butter dalam cake pan, then masuk dalam oven about 5 minutes sampai semua butter cair. Bila dah cair, keluarkan pan tadi dari oven, pusing2 kan pan tu supaya butter rata hingga ke bahagian tepi pan. Biarkan cake pan tu kat luar je lepas tu.
3. Campurkan semua bahan kering i.e. tepung, baking powder,baking soda dan garam dalam satu bekas. Gaulkan sebati.
4. Dalam mangkuk mixer, mix 1/2 cup butter dan brown sugar sampai la brown sugar dah sebati dalam batter. Lebih kurang 3-4 minutes. Kemudian masukkan telur dan vanilla extract. Pukul lagi dalam 1-2 minutes.
5. Masukkan susu dan semua bahan kering tadi. Pukul lagi dengan gunakan mixer for about 1-2 minutes. 
6. Taburkan 1/4 cup brown sugar atas butter yang dah cair dalam cake pan tu tadi. Kemudian, susun strawberry slices atas gula yang dah tabur tu. Susun rapat2 taw sebab nanti strawberry tu mengecut.
7. Kemudian tuang batter tadi atas strawberry tu. Ratakan guna spatula. Masuk oven untuk 20-25 minutes atau sehingga dia bertukar jadi color light brownish cream. Atau bila korang cucuk tooth pick dah tak de kek yang lekat. Keluarkan dia dan tunggu sedikit sejuk.
8. Tunggu 10 minutes sebelum keluarkan kek tu dari pan. Guna pisau untuk lekangkan kek tu dari pan dia. Terbalikkan pinggan atas cake pan. Kemudian terbalikkan cake pan tu supaya cake terkeluar. Kalau tak nak keluar, ketuk2 sikit, goyang2 sikit. Pandai2 la okay. Yang penting kene tunggu sejuk sikit dulu.





The batter after mixing everything





My second slice

Yummy!

Resepi nis edap kalau makan panas2. Very fluffy. Minum petang dengan family ke, sangat sesuai. Kita kat sini minum petang sorang2 jela. Eh sedihnya ayat. Hahaha.

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)


Tuesday, April 17, 2012

Sambal Asam

Hye! Assalamualikum.


Siapa suka sambal asam angkat tangan! Hehe. I know most of you guys do like it. Kita makan dengan ikan bakar, pucuk ubi rebus, ulam-ulaman. Memang sangat ummphh la. Penaik selera makanan melayu selain sambal belacan. Sambal asam ni sama je macam sambal belacan, cuma kita campurkan sekali air asam jawa. 





Haa tengok tu gambar straight dari lesung batu brought from Malaysia okay. Semangat kan. Hehehe. Lesung batu ni pun bawak sebab nanti nak tumbuk bahan untuk nasi goreng senang. Kita suka guna lesung batu sebab rasa macam perasa bawang2 dan cili macam lebih preserve. Kalau guna blender kene letak air sikit lepas tu kalau nak blend benda yang sikit je susah la pakai blender.

Ingredients:

Cili padi
bawang merah (kita guna bawang besar)
bawang putih sikit
belacan
Gula
air asam jawa secukup rasa

1. Tumbuk semua bahan sehingga hancur. Campurkan air asam jawa dan gula sehingga cukup rasa. 

Senang je kan? Boleh buat banyak-banyak then simpan dalam fridge. Nanti nak cicah dengan ikan goreng pun boleh. 

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)

Saturday, April 14, 2012

Nasi Beryani Gam Ayam

Assalamualaikum! Halluuu.


Lama jugak tak update. Busy sikit la dah nak habis2 semester ni. Tinggal 1 week of classes, then finals week, then Summer hols!! Chicago and New York are waiting for me. Hehe.


Semalam birthday fira. Happy birthday! So aku pun tanya la fira dya ada nak request makan apa2 tak sebab since tangan dia injured hari tu, banyak benda tak boleh makan. Baru ingat nak buat mee rebus. Tak jadik pulak. So dia request nak nasi beryani. So pagi tadi bangun tido, terus la start masak2. Resepi sama je macam resepi yang kita pernah masukkan dulu. Tapi rasanya nak rewrite balik la sebab sekarang ni macam dah biasa dengan resepi ni, so mungkin lebih teratur. Harapnya begitu.


Ingredients:


p/s: Masak ayam dulu sebab kuah ayam tu nanti nak guna untuk masak nasi beryani.


A) Ayam


1 ekor ayam di potong ikut kegemaran (Tadi kita potong 8) 


1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
2 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/2 bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - Hiris halus
4 sudu kecil serbuk beryani
Air secukupnya


2 biji kentang di potong dadu
segenggam almond/gajus (kita tak guna pun tadi)
3 sudu besar yogurt perasa original/sour cream/susu+jus lemon
Perasa


1. Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan ketumbar jintan. Tumis sekejap, dalam 1 minit.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dah dihiris halus tadi. Tumis sampai bawang dah lembut atau caramelized. 
3. Kecilkan api, masukkan serbuk beryani. Tumis untuk 30 saat, kemudian masukkan ayam. Naikkan suhu ke medium heat, kemudian gaul ayam dengan bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan air sehingga semua ayam terendam.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biar je periuk terbuka, sebab kita nak air rebusan ayam untuk menjadi lebih pekat. Bila ayam dah hampir masak, masukkan kentang dan almond/gajus jika gunakan.
6. Bila ayam dah masak, masukkan yogurt. Kacau sebati, kemudian tutup api.


B) Nasi


3 cup beras basmathi yang dah di bersihkan dan direndam dalam air selama 30 minit



1/4 cup butter@ghee@minyak biasa (Kalau ada ghee baik guna ghee sebab lagi wangi)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)
1 buah pelaga (cardamom)
1 bunga lawang (star anise)
1 sudu kecil ketumbar & jintan (coriander seeds & cumin)

1/4 bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - Hiris halus
1 sudu kecil serbuk beryani


1. Dalam periuk nasi, sama ada di atas dapur atau di dalam rice cooker, ulang langkah 1-3 diatas. Kecuali bahagian yang masukkan ayam tu, masukkan beras yang telah di rendam tadi. Beras sahaja okay.
2. Gaul beras dengan bahan tumisan sehingga rata. Kemudian, ambil 3.5 cup air dari ayam beryani tadi, masukkan dalam periuk nasi.
3. Kemudian boleh la masak nasi seperti biasa dengan menggunakan rice cooker. Kalau nak guna dapur, masak nasi dengan api perlahan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, keluarkan 3/4 dari nasi tadi ke dalam bekas. Ambil beberapa ketul ayam, susun diatas nasi yang tinggal. Kemudian tutup ayam dengan nasi yang dah di keluarkan. Ulang langkah sampai la semua ayam dah di susun. Sudahkan lapisan ayam dan nasi dengan nasi di atas. Sekiranya periuk nasi anda tak muat, guna periuk lain. 
5. Sekiranya menggunakan periuk nasi, masukkan semula ke rice cooker dan biarkan keep warm selama 30 minit. Alaskan tuala bersih di atas periuk nasi sebelum tutupkannya dengan penutup periuk nasi. Sekiranya menggunakan dapur, gunakan api paling perlahan. Tutup periuk gunakan tuala bersih sebelum menutupnya dengan penutup periuk. Tujuannya, kita tak nak wap rempah keluar dari periuk. Biarkan selama 20-30 minit.


Lapisan ke empat.

Lapisan terakhir.






Tadaa! Nasi beryani ni memang di recommend! Masa untuk memasak adalah 2 jam. 


Kat sini na storm malam ni, mendung je ni. Memang sedap kalau nak makan tido makan tido ni. Hehe. Ameera Fatin kejenya memang makan tido je. 


Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)


Sunday, April 8, 2012

Spaghetti

Halluuu. Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni hari Ahad. Yes semua orang tau tu. Saje je nak bagi tahu.


Dah lama tak makan spaghetti. Sebab kita ni bukan minat sangat western food. Tapi tiba2 minggu lepas rasa nak makan spaghetti so bad taw. So hari tu keluar pegi Walmart pegi la beli tomato puree. I'm not a big fan of Prego or other instant spaghetti sauce. Sebab kita suka design perasa dia sendiri instead of just guna je apa yang orang lain dah design untuk kita. For example, ramen noodles kat Walmart yang 20sen satu tu, kita akan tambah basil, cili padi, garlic powder, sikit kicap, sikit Sriracha sauce, sikit onion powder, udang, etc sampai la rasa dia jadi lebih ummph. Hehe. Try la. Kalau kat Malaysia tu mee Maggi memang dah sedap, memang kene dengan lidah kita orang Malaysia. Kan?


Ingredients:


Olive oil/ vege oil
5 cloves garlic - Chopped
1/4 onion - Chopped

1 1/2 to 2 handful of ground beef
1 can of tomato puree


Dried basil 
Oregano
Pepper
Salt
Garlic powder
Ketchup/Tomato sauce
Sayur2 kegemaran


1. Tumis bawang dalam minyak yang dah panas. Bila dah garing, masukkan daging.
2. Bila daging dah masak, masukkan tomato puree. Masukkan sayur. Perasakan dengan basil, oregano, salt, pepper, garlic powder. Put extra basil untuk rasa lebih ummph.
3. Untuk lebih ummph lagi, masukkan sedikit ketchup.





Senang je masak dia. So lepas ni dah tak perlu beli Prego lagi okay. Kalau suka yang fresh2, boleh guna fresh basil. Blend sampai hancur. Kalau rajin lagi, boleh la blanch tomato sendri. Caranya, dalam air yang mendidih, rendam tomato for about 10 seconds. Lepas tu straight terus masuk dalam air sejuk. Kulid dia akan senang tanggal. Then boleh blend sekali dengan basil leaves. Senang je kan? 

Okay la, got stuff to do. Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Tuesday, April 3, 2012

Epok-epok + NCAA Final

Halluuu... Assalamualaikum semuanya.

Lamanya tak update. Busy sikit last week dengan reports and keje. This week pulak ade lab exam, next week ade sed strat exam. Memang tak nak bagi orang duduk diam. Tak kesah la, kalau dah student tu, tu la kejenya. 1 year to go, and I'm done! Can't wait for that.

Anyways, last week tiba2 fira nak makan karipap. So kitorang pun buat la karipap. Haa, epok-epok tu apa? Hehe. Orang Johor panggil karipap epok-epok. Dulu masa kita kecik2, tak tau kenapa orang panggil karipap, mcm pelik je. Lama2 baru rasa yang kitorang je yang lain. Hehe. Then masa buat karipap, tiba2 fira kata nak buat donut sekali la alang2. So 2 in 1. Minum petang meriah betul, lama tak minum petang dah. Selalunya makan pizza, maggi. Bosan betul. Kalau kat malaysia boleh pergi pasar malam. Atau dulu kecik-kecik selalu panggil pasar lambak. Banyak betul memories masa kecik-kecik. Yang agak lain dari yang lain. Sebab kita dibesarkan di selatan Johor, so jauh la dari daerah dan negeri lain. Hehe. Bila dah masuk asrama merata-rata, dan bergaul dengan semua orang satu Malaysia, baru tau banyak benda lain. Sebab tu la orang tua cakap, jauh berjalan, luas pemandangan. Bila kita pandang, kita belajar. Bukan hanya bawah tempurung kita je. Ehhh, banyak pulak cakap. Okay proceed.

Ingredients:

Inti:-

2 Kentang di kupas dan di potong dadu
1 bawang merah di cincang
3 ulas bawang putih di cincang
4 sudu serbuk kari
1 tin kecil sardine
Perasa

Kulit:-

2 cup tepung
7 sudu MINYAK PANAS
Air secukupnya

1. Tumis bawang dalam minyak panas dalam periuk sederhana. Bila dah garing, perlahankan api, masukkan serbuk kari. Dalam 15-30 saat, masukkan sardine dan kentang.
2. Gaul sebati, perasakan. Bila dah cukup rasa, buat api medium, tutup periuk. Bukak sesekali untuk gaul kentang. Kita tak nak dia melekat kat base periuk.
3. Bila dah masak kentang tu, boleh tutup api.

4. Untuk kulit, gaul tepung dengan minyak yang dah dipanaskan. Berhati2! Jangan sentuh guna tangan sementara minyak masih panas. Melecur kang.
5. Tambah air sedikit demi sedikit sampai la pastry dah tak lekat kat tangah. Jangan too much taw, ni bukan roti.
6. Bila dah tak lekat, boleh la roll guna rolling pin. Masuk inti, lipat tepi dia.
7. Kalau nak buat bentuk segi empat, lepas dah roll tu, potong bentuk segi empat tepat, then masuk inti, kemudian tekan pakai garfu tepi2 dy tu. Then potong yang lebih2.


Buat ni kat rumah Fira, so just ada my ipod je. Itu dia double frame. Very not professional at all. Hehe. Donut fira pun sedap gak. Aku makan donut je banyak. Fira makan karipap mcm banyak gile.

Ouh since it's spring right now, I have my new obsession. Whis is this.


Ahhh I wish I have this now. Green Tea Latte Frappucino with cream on top. Sedap gila. The best one was at Colorado, masa aku pegi sana spring break hari tu.

 These are some pictures from last night.

In the fieldhouse after first half

The disappointment.


It was fun last night. We supported Jayhawk like crazy. Tapi dah tak de rezeki nak menang, it's okay. Next year please masuk final four lagi. I really want to experience the winning  celebration at downtown. I know it'll be hectic. 

Okay la kene study, tak gerak se inci pun ni. Tiba2 rasa nak makan rojak asma laaa. Kecik2 selalu beli kat pasar lambak. Feveret tu. Selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)