Saturday, April 23, 2011

Cream Cheese Brownies Abstract

Hye! Assalamualaikum w.b.t.

Okay, ni first time aku try buat. Bukan brownies nya, but part abstract tu. Haha. Ape yang abstract? Okay, sepatutnya brownies kat bawah tu mcm guna separuh ntuk corak on top of the cream cheese. But loyang aku mcm besar je, so tak cukup. So aku pun guna la food coloring untuk buat corak. Jadi la corak abstract kat atas cream cheese tu. Not bad la jugak taw.


Haa... Lihatlah hasilnye. Hehe. Resepi cream cheese brownies ni mmg aku recommend sangat2. Masuk yang ni dah 4 kali aku buat and tak pernah mengecewakan mana2 pihak. Resepi asal dari website joy of baking. Aku tukar amount telur dy.

Ingredients:

Brownies-
1/2 cup butter/margerine (1 stick US)
4 oz unsweetened chocolate (Pakai chocolate chips or chocolate biasa pun boleh. Agak2 dalam 2 handful cmtu)
1/2 cup flour
1 egg (Well beaten)
1 1/4 cup powdered sugar
A pinch of salt
1 tsp vanilla

Cream cheese:
8 oz cream cheese / 1 Bar (Room temperature)
1 egg
1/3 cup sugar
1 tsp vanilla

1. Guna double boiler, cairkan chocolate and buter together. If tak de double boiler, gunakan microwave tuk cairkan chocolate then half way, masukkan butter.
2. Masukkan semua bahan. Gaul pakai spatula sampai sebati. Jangan ganas sangat. Then masukkan mixture dalam pan yang dah salut dengan butter sikit. Kalau nak hias atas cream cheese guna chocolate batter ni, simpan separuh.
3. Untuk cream cheese layer, pukul cream cheese sampai creamy (1 minit).
Then masukkan semua bahan lain, then pukul sampai sebati. Boleh guna hand mixture or pakai spatula or whisker.
4. Then tuang cream cheese atas chocolate batter tadi. Don't worry, they won't mix.
5. Then if nak hias guna brownies batter yang tinggal tadi, korang guna sudu letak macam sejemput-sejemput kat atas cream cheese layer tu, then duna pisau or lidi or batang sudu, swirl chocolate tu. Jangan sampai cucuk dalam sangat sebab kita tak nak kacau brownies layer kat bawah tu.
6. Masuk oven 25-30 minit. Bila dah masak, cucuk pakai tooth pick, kalau tak melekat tu okay la tu. Then biar sampai sejuk before potong. Better kalau masuk fridge for at least 1 jam dulu before potong. And korang akan dapat teksture yang bagus.

p/s: Swirl tu macam tarik brownies batter tu and pusing2 kat atas cream cheese tu.


Sorry la pingan tu comot sikit. Sebab masa nak keluarkan from loyang tu, tak sejuk lagi taw, abes melekat cream cheese dy. Sebab tu la korang kene tunggu sejuk dulu. Korang akan dapat 2 layers macam ni.

Aku recommend sangat recipe ni. Aku rasa aku lagi suka ni dari cheese cake. Dy tak muak kalau makan banyak2. Sebab ada brownies kat bawah tu. But if korang guna resepi brownies kat bawah tu je, tak sesedap brownies Jamie Oliver. Brownies bawah tu just sesuai untuk cream cheese brownies je.

Okay, selamat mencuba okay!

AmeeraFatin=)

Sayur Goreng Oyster Sauce

Hye! Assalamualaikum.

Sayur ni senang je. Patutnya nama dy sayur campak2 taw. But macam tak sedap je nama dy. So namakan la sayur oyster sauce. Hehe. Kalau nak sedap lagi bagi nama dalam bahasa Italy la. Vegetale salsa di ostriche. Haha. Sape tau Italian and kalau salah please la jangan gelak kuat sangat. Pakai google translate je.

Ingredients:

Sayur ape2 jenis
Chicken cube or chicken stock
Bawang putih
Bawang merah
Oyster sauce
Salt & pepper

1. Tumis bawang putih and merah sampai naik bau. Masukkan chicken stock and salt & pepper.
2. Slow kan api, masukkan oyster sos sikit. Then bila dah berbuih sikit, masukkan sikit air, then masukkan sayur keras2. Kemudian masukkan sayur lembut.
3. Perasakan jika kurang salt & pepper.

Aku letak kobis, carrot, sawi (mcm sawi tapi bukan sawi, tak tau la sayur ape) and kentang. Sedap dimakan dengan nasi atau bubur.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)

Friday, April 22, 2011

Tuna Puff

Hye! Salam semua.

Last week adalah pertama kali aku guna puff pastry sebab selama ni cari tak jumpa, and malas nak tanya sebab rasa macam tak penting je. Pastu as i walk through some cooking blog and vlog, banyak la pula orang guna puff pastry ni tuk cooking and macam senang je. So aku pun rajin la pergi beli and buat tuna puff. Tuna filling guna resepi tuna cili aku,tapi aku ada tambah sikit curry powder and cara roll dy ikut suka aku. Hehe. Macam tak jadik sangat sebab tebal. Tapi aku masukkan je sebab dy kind of cantik la jugak, maybe.Tapi kalau chef2 terer tengok mesti aku kene kutuk habis-habisan.




Atas puff pastry tu aku sapu telur yang dah well beaten, then tabur some pepper and kalau korang suka, some parsley flakes pun okay.

Nanti kalau aku buat lagi yang design cantik, aku masukkan lagi ye.

AmeeraFatin=)

Saturday, April 16, 2011

Pineapple Upside Down Cake

Hello! Salam.

Lamanya tak update. Busy sikit la lately. And aku dah enroll for next semester, and akan jadik laaaagi busy nnti. Tengok la cmne nak survive nanti.

Anyway, aritu birthday fira. And aku buat pineapple upside down cake. Atau kek nenas terbalik, boleh ke? haha. And jadik!! Lembut gila. And aku recommend resepi ni. Bukan sahaja sedap, malah sangat senang. Aku amek resepi fron video joyofbaking.com. And ni website baking taw. Aku recommend la website ni. So far aku dah guna 2 resepi dy, and dua2 sedap.

Ingredients: 1 round cake pan

3/4 cup light brown sugar
4 tbsp butter
1 can nenas atau nenas fresh yang dipotong sendiri

1/2 cup butter (room temperature)
1 cup granulated sugar (gula pasir)
2 telur besar (asingkan putih dan kuning. Simpan putih dan kuning dalam bekas berbeza)
1 tsp vanilla
1 1/2 cups flour
2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1/2 cup milk (Aku guna heavy cream sebab tu je yang aku ade, tak de susu kat rumah)


1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Sapu butter atas cake pan.
3. Masukkan brown sugar+butter dalam periuk kecil, panaskan guna api sederhana dan kacau sampai semua bahan cair. Bila dah cair, biarkan sampai berbuih tepi2 dy. Jangan kacau. Kemudian tuang kedalam cake pan tadi.
4. Susun nenas kat atas brown sugar cair tu. If dy dah mengeras before korang susun nenas, tak pe. Kalau tak keras pun tak pe, so jangan risau. Susun ikut kegemaran masing2. Pastikan susun nenas tu rapat2 sebab nenas akan shrink a bit.
5. Dalam mangkuk mixture, pukul butter sampai creamy (1 minute).
6. Masukkan 1 cup gula pasir dan pukul sampai fluffy.
7. Masukkan 2 telur kuning, satu persatu, dan pukul sampai sebati. Masukkan esen vanilla.
8. Masukkan tepung, baking powder, garam, dan susu. Pukul sampai sebati.
9. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai jadik kembang, bila korang terbalikkan mangkuk dy tak jatuh dengan mudah. Kalau korang dah pukul lama, tapi still tak jadik juga, takpe, jangan risau, still boleh guna jugak.
10. Guna spatula, gaul white eggs yang dah dipukul tadi, dengan mixture yang lain. Korang akan dapat mixture yang quite pekat taw, but don't worry, mmg camtu. Kaup balik sampai sebati.
11. Tuang mixture keatas pineapple tadi dalam pan tu. Ratakan permukaan atas dy guna spatula. Masuk oven for 45-50 minutes atau sampai color dy keperangan.
12. After dah masak, keluarkan cake pan from the oven, biarkan 10 minit, dan boleh terbalikkan kek kat atas pinggan. Kalau ade nenas yang melekat, tanggalkan elok2, then susun cantik2 atas kek tu.






Okay tu lah rupa pineapple upside down kek ni. Cantikkan? Kalau korang suka pineapple, korang mesti suka pinepple cake ni. Dalam dy lembut gila pulak tu. Maybe sebab dalam resepi kita pukul white eggs kat mangkuk lain agaknye. Mungkin.

And kat tengah2 tu gambar fira nak potong kek. Birthday fira hari rabu hari tu, but aku buat kek ni ahad lepas. Haha. Awal gila kan. Tak pela, tu je free time aku pun.

Okay la, selamat mencuba okay!

AmeeraFatin=)

Sunday, April 10, 2011

Bahulu

Hye! Salam.

Lamanya tak masuk resepi. Malas sikit la sekarang ni nak masak2. Lagi2 dah nak cuti summer, which I will be going back home. Malas nak beli bahan2 nak masak2. Tapi ari tu ibu ada bagi resepi kuih bahulu. Sebab senang sangat nak buat dy, aku pu buat la ari tu. And jadik! Ade lg smpai skrg. Sebab aku tak de bekas bahulu tu, so aku guna muffin cup.

Ingredients:

4 eggs
1 cup caster/powdered sugar (Aku campur brwn sugar sikit sebab saje je.)
1 1/2 cup multi purpose flour

1. Panskan oven kepada 350F atau 180C.
2. Pukul telur+gula sampai kembang. Kembang ni means sampai mcm berbuih2 yang mcm color dy dah jadik almost off white. Kalau guna hand mixer, around 10-15 minute la. Kalau pukul guna tangan, aku tak sure berapa lama. Goodluck!
3. Kemudian masukkan tepung, gaul guna sudu. Nama dy kaup balik kalau tak silap. Means that korang tak ley kacau ganas2. Macam buat brownies la.
4. Boleh la kalau nak letak chocolate chips ke, jem ke kat tengah2 dy, ape ke. Ikut creativity korang macam kedai bahulu buat tu.
5. Masuk dalam muffin cup, masuk oven for 15-20 minutes.


Lembut sangat taw. Korang kalau terlebih pukul tak pe, jangan terkurang pukul okay.

And last week pun ake ade masak mee bandung Muar!! Kak Aisyah bagi perencah dy. Memang sedap weyhh... Tiba2 rasa nak makan lagi.

Lepas tu aku baru nak masuk gambar kek yang aku buat masa letha and jojo datang. Pastu jojo suggested letak chocolate glaze and strawberry on top. Cute!


Okay tu la dy. Chocolate cake ni guna resepi Moist Chocolate Cake kat sini. Chocolate glaze tu aku amek from internet je and aku tak letak cream cheese macam dalam link tu. Hari ni mcm nak buat red velvet cupcake. Tengok la dulu kepada tahap kerajinan. Takut end up jadik maggi je nnti mcm semalam. Haha. Malas gila nak masak.

Okay, selamat mencuba yeah.

AmeeraFatin=)

Monday, April 4, 2011

My Favorite Food

Hye! Salam.

Okay ni resepi bukan aku buat, tapi Abg Mat gebu yang buat. Ni resepi dy. Tadi dok tgk kat news feed, Abg Mat Gebu tulis Lontong Sarapan Orang Johor. So true. Masa kecik2 teringat lagi masa tu aku tinggal kat Permas, Pontian, which is kat johor la kan. Pagi2 mesti sarapan lontong, atau roti cana atau nasi lemak atau bihun goreng. Paling feveret skali roti canai la, aku panggil roti prata. Pastu besar sikit, aku suka sume skali. Sume feveret.

Pastu bila dah besar lagi sikit, pindah Muar, ada mcm2 lagi makanan yang org Muar makan pagi2. Contohnya mee bandung muar, mee rebus, sate, sup kambing (aku pernah ada kawan dulu, dy terkejut bila aku cakap aku breakfast sup kambing. Haha). Haa... Sedap kan? Pastu sarapan around pukul 9am. Pastu lunch pukul 12pm. Beza 3 jam je dah makan benda berat. And lauk kegemaran aku ialah tak lain dan tak bukan, asam pedas especially asam pedas Johor and Melaka. Memang terangkat beb.

Pastu petang sikit, sikit je taw, around pukul 3 or 4 cmtu, dah tak leh duduk diam. Dok sebok nak ngunyah lagi. And aku paling suka minum petang pisang goreng and sambal kicap. Tu memang terbaik la. Selain tu, banyak lg yang terbaik contohnya keropok lekor dah kuih2 lain. Tapi keropok lekor, aku paling suka yang aku beli kat Mersing. Dulu aku study kat MRSM Mersing masa lower form taw, mmg every petang aku akan beli kopok lekor kat cafe punya. Sedap weyh.

Pastu malam sikit, around kol 8, dinner la plak. Untuk dinner, mcm tak de specific makanan. Macam biasa jela. Tapi yang menariknya zaman sekarang ni, malam2 orang makan roti prata and nasik lemak! Kat muar ni ade kedai yang bukak malam, jual nasik lemak and roti canai. Sedap gak la. Aku penah makan ngn family skali. Pastu kang malam sikit, rasa nak ngunyah lagi, goreng la pisang ke, kopok ikan ke, pape la yang senang di masak.

Ouh bestnye duduk kat Malaysia ni, penuh dengan makanan. Hari tu room mate aku tanya, kat Malaysia mcm mana kita celebrate festivals or pape kalau kita tak minum alcohol? Then aku jawab la, we eat! And dy macam terkejut and keliru sebab pada dy and mungkin semua yang lain, minum tu mcm satu tradition untuk celebration. Tapi kita Malaysian tak minum, kita makan, which is better kot. And I am so proud of that.

Aku dah ade list food nak makan bila balik nanti, tak sabar nak balik!

AmeeraFatin=)

Saturday, April 2, 2011

Baked Pasta with Tomatoes and Mozzarella (pasta al forno con pomodori e mozzarella)

Hye! Salam. Apa khabar?

Kat sini kan, orang suka tanya, mcm mane kamu greet orang in Malay. Aku seriously tak tau nak jawab ape, sbb kita greet cam biasa je la kan, hye! hello! So paling sesuai sekali ialah apa khabar la kan. Semalam aku pegi Devon's gas production reservoir kat Oklahoma, field trip kat sana. Pastu jumpa la sorang drilling engineer ni, dy tau aku from Malaysia and dy penah keje kat Indonesia. Then dy terus greet aku, "Pagi. Apa khabar?" Hehe. Okay ni saja je selingan sebab aku tiba2 teringat pasal "apa khabar".

Okay, berbalik kepada resepi yang mempunyai nama complicated ini. Ni resepi from Jamie Oliver's website, resepi Italy. Nama dy mmg panjang. Tapi buat dy tak la complicated mane pun. As long as korang ada bahan, senang je nak buat dy. And macam biasa, Jamie Oliver ni tak numbered steps dy. So aku tolong number kan la ye. And aku ada tukar sikit2 mcm biasa.

Ingredients:

6 biji tomato
1/2 White onion - chopped
2 garlic - chopped
1 handful of basil
Red chili flakes
Extra Virgin olive oil (EVOO)
Pepper and salt

1 big bowl of boiled Pasta (boleh guna shape pape je. Aku guna shell pasta)

1 packet of grated Mozzarella Cheese
1 packet of grated Parmesan

1. Panaskan oven 400F @ 200C.
2. Didihkan salted water dalam periuk sederhana. Sediakan se mangkuk besar air sejuk/air paip.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, rendah tomato untuk 10 saat, kemudian angkat dah masukkan terus kedalam air sejuk. Masa ni kulit tomato akan senang nak tanggal. Tanggalkan sume kulit tomato. Buang biji tomato dan cincang kasar tomato.
4. Dalam pan, panaskan minyak, tumis white onion dan garlic sampai naik bau. Kemudian masukkan tomato yang dah cincang kasar tadi. Masukkan sikit air. Kacau sampai mendidih dalam 15-20 minits.
5. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan dalam blender. Masukkan juga garam & pepper secukup rasa, chili flakes dan basil leaves. Blend sampai sume hancur. Ni nama dy tomato sauce.

6. Tuang separuh dari tomato sauce tu kedalam pasta yang dah lembut. Gaul sebati.
7. Sapu pan yang sesuai untuk masuk oven dengan olive oil.
8.
1st layer: Campuran pasta and tomato sauce.
2nd layer: Tomato sauce.
3rd layer: grated parmesan.
4th layer: Mozzarella
9. Ulang layers sampai habis semua. Layer atas skali must be cheese yang banyak.




10. Masuk oven for 15 minutes atau until cheese jadik golden and crisp ans bubbling.

Okay dah siap! Ni lah hasilnye.




Nampak sedap tak? Senang je sebenarnye nak buat dy. Try la okie!

Banyaknye gmbr dalam post ni. Tapi aku nak masukkan one last picture. Gambar semalam masa aku pergi Oklahoma for the field trip tu. Hehe.

Topi tu kitorg mintak tp org Devon tak bagi. Deorg bagi kitorg keep the safety glasses je. And few other merchandise.

Okay la, selamat mencuba ye.

AmeeraFatin=)