Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum semua!! Sorry sangat lama tak update sebab puasa and raya tak makan kat rumah je selalu. Hehe. And now dah lepas raya pun asyik malas je nak masak. Ape nak jadik ni? Hehe.

So aku nak cakap, Selamat Hari Raya to everyone, maaf zahir batin. Mintak maaf la kalau ade terkasar bahasa, tersilap cakap, or ape2 je yang aku buat salah okay. Semoga semua org berbahagia di bulan yang mulia ini.

Masa hari raya hari tu, aku ade buat cookies. Chocolate Chips Oatmeal cookies yang kat bawah ni. Sama je resipi dy. Just yang aku buat ni tembam2 sikit. Hehe. Buat dengan Fira sebab nak bawak pegi rumah Aunty Aizan for hari raya.

Gemok2 kan? Hehe. Kat rumah Aunty Aizan kitorg makan rendang, mee bandung, sate Indonesia. Senang rupanya nak buat satay Indonesia ni taw. Nanti lah aku buat, then masuk sini ea.

Ni dy the only Malaysian girls kat sini. Ouh, Farah and aunty Aizan were not here while we took this picture.

Ni pula gambar bersama Indonesian girls. =)

Hari raya tahun ni kira best la. But if it were to compare dgn last year punya, last yr lagi best. Tak tau la kenapa, just perasaan je. Hehe.

Okay la, will update my blog soon. Stay tuned okay!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

AmeeraFatin=)

Friday, September 3, 2010

Sup Kambing

Ooops! Lupa nak masukkan gambar sup kambing. Hehe. Ni dy sup kambing. Malas la pulak nak masukkan resepi. Next time la ye.


Tu ade sambal kicap sekali. Hehe.

AmeeraFatin=)

Chocolate Chip Oatmeal Cookies


Hye! Assalamualaikum!

Lamanye tak post pape. Since sebelum merdeka lagi. I mean 31 ogos hari tu. Eh ke 29 ek? Lebih kurang la.

Semalam buka kat rumah. Aku masak sup kambing. Tiba2 teringin nak makan sup kambing. Teringat dulu kecik2 makan kat rumah atok masa hujan2. Besnye. So masak la semalam. Sementara tunggu kambing tu lembut, aku buat la cookies ni. Aku ambil from Food Network. Banyak review dy cakap sedap. So aku pun nak try la buat kan. And memang sedap rasa dy tu. Tapi ni yang chewy punye taw, bukan yang rangup. Best la. You guys should try.

Ingredients:

1 stick margerine (8 tbsp or 1/2 cup) - melted/softened
3/4 cup powdered sugar
1 egg (grade A/ besar)
1/4 cup honey
1/2 tsp vanilla extract

1 cup flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 1/2 cup oat (Traditional punya. Tapi aku ade yang instant punya je. Aku guna je.)
Chocolate chips (Ikut kesukaan anda nak brapa bnyak. Aku main tuang je. Hehe)

p/s: Aku ade ubah sikit2 amount dari resepi asal.

1. Panaskan oven 350F atau 180C.
2. Mix kan margerine and sugar sampai sebati. Then masukkan telur, mix kan sampai telur kembang. Kalau tak de mixer, pakai blender je.
3. Then masukkan madu dan vanilla extract. Mix lagi.
4. Masukkan semua bahan yang lain. Mix lagi. Kali ni kalau tak de mixer, masukkan semua bahan2 dalam 1 mangkuk, gaul pakai sudu or sudip. Mix sampai sebati.
5. Letakkan 1/2 sudu adunan ke atas loyang. Basahkan jari sedikit, then tekan2 atas adunan tu bagi dy leper.
6. Masukkan dalam oven 10-12 minit atau sehingga atas dy keperangan.

Okay done! Resipi ni dapat hasilkan 1 balang cookies size sederhana lebih kurang.

Okay. Sekarang ni tengah dengar lagu raya. Yang Hail Amir and Uji Rashid tu. Uuuww... Lagi seminggu je nak raya. And hari raya jatuh pada hari Jumaat Inshaallah. And masa tu aku ade class. =(
So balik class at the afternoon baru pergi rumah Aunty Aizan, beraya. Huhu. Tak pela. Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya di perantauan. Not bad jugak sebenarnye. Sebab kat sini pun ade rumah2 terbuka juga. Macam kat Kansas City nanti ade open house and mcm perkumpulan Malaysian and Indonesian jugak. Kira meriah la jugak. Ade rendang ketupat nasi impit SATAY. Haha. Satay tu besarkan okay. Menu kegemaran masa hari raya sebab mcm tak bnyak kan. Haha.

Ouh rindu nak raya. Next year pun tak sempat nak raya kat rumah gak. Huhu.

Okay, selamat mencuba ye.

AmeeraFatin=)

Sunday, August 29, 2010

Samosa

Assalamualaikum.

Hari ni aku buat samosa! Yey! Haha. Happy sebab lama nak buat tapi tak tau nak lipat cam mane. Pastu hari tu ter keluar update from blog cikmanggis cara2 nak lipat dia. So aku tadi pun ikut la and jadi! Whee~ Inti aku buat inti kentang and sardine. Cara2 nak lipat aku tak ambil gambar tadi sebab buat sorang2, agak susah nak buat sambil ambil gambar. So korang boleh refer ke blog cikmanggis. Aku just letak cara2 nak buat inti dy je ea. Inti ni boleh juga di gunakan untuk jadi inti karipap atau popia atau apa2 sahaja yang anda suka.

Ingredients:

Kulit popia
1 kentang (Potong bentuk cube kecil2)
1 shallot (cincang)
2 ulas garlic (cincang)
1 sudu chili paste
1 tin kecil sardine (optional)
1.5 sudu curry powder
Salt and sugar

1. Tumis bawang putih and merah sampai lembut. Then masukkan chili paste.
2. Tumis sampai cili garing atau masak.
3. Kecilkan api, masukkan curry powder. Tumis kejap dalam lebih kurang 30-60 saat.
4. Then masukkan sardin dengan kuah2 dy skali dan juga kentang. Letak air sikit. Then gaul2. Perasakan dengan garam and gula.
5. Api buat medium. Tutup periuk. Sekali dalam 3-4 minit bukak tutup periuk tu, gaul2 kentang.
6. Ulang sampai kentang lembut. Siap!
7. Boleh la lipat samosa.



Dah siap! Dah habis makan dah pun. Haha. Laju je. Samosa ni kalau beli kat kedai 3 seringgit kan? Mahal tu. So aku cadangkan korg try. Hehe.

Esok kita rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. 53 tahun dah negara kita merdeka. Kalau fikir2 kan balik, 53 tahun tak de la lama sangat. Tapi bila kita dengar cerita2 orang2 tua kita betapa susahnya hidup di zaman perang dahulu, dan pada masa yang sama, kita berada di sekeliling yang aman damai, pembangunan di merata tempat, kita terasa seperti negara kita sudah lama merdeka. Syukur Alhamdulillah. Dengan berkat dari Allah, dan usaha semua rakyat Malaysia, kita dah pun sampai ke tahap ni. Jadi, aku harap semua orang dapat bersyukur dengan apa yang di kurniakan, dan tidak putus asa berusaha untuk membangunkan negara.

Kalau anda dengar orang dari negara lain menjadikan Malaysia contoh untuk mereka aplikasikan ke negara mereka, anda akan rasa betapa bangganya aku menjadi rakyat Malaysia. Tapi sayangnya, masih ada lagi sesetengah yang tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tidak mengapa, manusia itu boleh berubah. Jika tidak sekarang, mungkin esok, lusa atau tahun2 berikutnya.

Okies, happy independence day Malaysia! I'm so proud to be a Malaysian.

AmeeraFatin=)

Saturday, August 28, 2010

Puding Kastard @ Custard Pudding

Hye! Salam. Haish, memang jarang betul la masak2 bulan puasa ni. Ni pun baru balik makan2 kat rumah Kak Ghita. Memang tak masak la. Hehe.

Tapi semalam masa tgh tak buat ape-ape, pergilah ke dapur macam biasa. Dok belek2 food yang ada. Yang terasa mcm nak makan. Tak tau nak makan ape. Bosan dah. Pastu baru teringat yang hari tu masa pergi Kansas City dengan Kak Zai, aku ade beli tepung kastard. Haa, ape tepung kastard ni? Dy digunakan untuk buat lengkong kastard atau nak memekatkan sesuatu contohnya inti kastard yang korang makan dalam roti or donut tu. Tu la. Cara nak buat lengkong kastard ni senang je. Sangat. Haha

Ingredients:

1 : 5
Tepung kastard : Air
Maksudnye ni 1 tepung kastard, 5 air. Kalau korg guna cup, so 1 cup tepung kastard, 5 cup air. Kalau mangkuk, mangkuk la. Kalau senduk, senduk la.

Lepas tu untuk gula, aku agak2 je. Ibu cakap semalam anggaran gula dalam 1.5 dari measuring equipment yang korg guna tu. Tapi try letak sikit2 dulu takut termanis.

Susu cair
Milo serbuk/jagung/pape perasa yang sesuai
Buah-buahan cocktail

1. Campur tepung and air dalam periuk. Hidupkan api. Kacau sampai nak dekat mendidih.
2. Masukkan bahan perasa. Kacau lagi sampai dy sangat likat.
3. Boleh pindahkan ke bekas yang anda suka. Masuk fridge smpai sejuk.
4. Boleh makan dengan susu cair and buah-buahan cocktail.

Siap! Senang kan? Aku buat perisa milo ari tu. Next time nak buat jagung la plak. So, ni gambarnye,



Tu aku letak je ape yang ade kat rumah iaitu jagung, kismis and grapes. And aku guna perasa milo serbuk 3-in-1. Haha. Tak kene langsung semua benda aku rasa. Tapi okay la. Sebab baru nak try2. Nanti aku buat la yang proper punye. Hehe.

Okay, dah ngantuk. Nak tidur dahulu. Selamat berbuka puasa kepada semua penganut agama Islam yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini. Ceyhh... Hehe.

Goodnight all!

AmeeraFatin=)