Sunday, February 26, 2012

Pavlova

Hye! Assalamualaikum.


Dah seminggu tak update ni. Busy sikit this week. Hari tu exam sed strat. Stay up sampai la pagi buta, then ade class at 8am. Pastu petang tu relax sikit, tido2. Malam tu kene tolong buat keje untuk Engineering expo. Kat sini mcm tradisi la engineering expo ni. Budak2 skolah datang, tgk exhibition, join competition sume. So aku sebagai ahli SPE, kene la tolong2. So Jumaat and sabtu tu aku kene amek gambar budak2 kecik dengan cut out field engineer. Pastu ambil sume la gambar yang boleh. Mcm jadi event photographer la lebih kurang. Penat jugak la sebab tak cukup tidur kene bangun awal pagi. Then makan pun cereal je. Lepas tu kitorg ade buat mud competition. Budak2 ni reka sendiri mud deorg. Mud yang boleh bawak paling banyak chocolate chips dalam masa yang singkat akan menang. The point here is that aku tukang makan chocolate chips yang tak habis tu. Hehe. 


Contoh mud yang di reka. Color pink tu bau sangat sedap okay. Rasa nak makan.

Yang merah tu nak dekat 2 jam okay buat. 


Lepas tu sekarang ni malas gila nak buat kerja sebab rasa nak tido je. Tapi sebab mcm eager nak tau Pavlova tu mcm mane, so buat jugak pavlova. Hehe. Senang je buat dia. Tapi alangkah malangnya, aku lupa letak gula dalam whipped cream. Bijak2 Ameera Fatin. Its okay, gula banyak2 tak elok untuk kesihatan. Buah2 atas dia tu pun dah okay untuk cover balik rasa manis. 




Resepi dia senang je. Boleh tgk dekat link ni. Luar dia mcm rangup sikit, plus liat2 sikit. Dalam dia sebijik mcm marshmallow. Lepas tu atas dia tu boleh la di hias dengan buah buahan kegemaran anda. Pavlova ni mcm penyek sedikit ye. Tak tau la kenapa. Lain kali nak buat lagi, hopefully tak penyek sangat. Kepada mereka yang nak try, try la. Di recommend okay. 

Hari tu dekat Yahoo news ade cerita pasal teenagers upload video on youtube, nak mintak pendapat org ramai whether deorg ni cantik ke tak. =( Kesiannya. Frankly, I felt the exact same thing dulu masa sekolah. I was in the netball team smpai peringkat Johor. So faham2 jela, gelap mcm ape ntah. Memang rendah la motivation. Tp my friends were so nice. Semua mcm cakap la yang tak buruk pun, tu la, ni la. Even though realiti nya just nak amek hati je. But I don't care. At least it helps a bit. Tapi skrg ni, most people like to make it public. Even private life pun nak buat public. Kalau kat fb tu (I rarely update my status, just from observation), people suka comment on status yang mcm kalau orang tu tengah marah, atau kutuk2 org, atau tgh emo tak tentu pasal. Tapi kalau org update status pasal benda2 yang happy, most people mcm ignore, or maybe just like je. Entah la, the world is evolving around us, and yang kurang elok tu, tak usah la terikut sangat. Eh sebijik mcm mak nenek bagi nasihat kan? Hehe. 

Okay la, banyak kerja kene buat. Esok dah nak class. Haa malasnya. I wish ada sehari lagi cuti. Hehe. 

AmeeraFatin=)


Tuesday, February 21, 2012

Walls

Hye. Assalamualaikum.

Today's post has nothing to do with food or cooking. It's a song.



I miss that tree. I wish Spring can come fast so that I can look at the leaves, everyday through my window, each time I wake up in the morning, even though it is not yet red in color. I will be changing room next semester, so I have not much time left.

This song is quite interesting. The lyrics has a big meaning. I'm still trying to find the complete lyrics online. Hope to find it soon. 

Okay la, got exam to study. 

AmeeraFatin.

Sunday, February 19, 2012

Healthified Chocolate Chip Cookies

Assalamaualaikum! Hye y'all!


How are you guys doing? I'm doing just fine. Ada exams last week and this week. Got to study. So tak de la sempat sangat nak masak2 sangat. Lagi pun this is the end of month. So tak de apa sangat pun dalam dapur tu untuk di masak2. Eh ayat mcm sedih je kan. Haha. Tak sedih la sebab as long as ada beras, tepung and telur, still can cook quite a few fancy, simple food. 


Kat rumah ni memang tak selalu ada snack sebab kita ni kalau makan, memang macam lembu makan taw. Serious serious. Non stop okay. So better got a few or nothing at all. So semalam tiba2 rasa nak makan cookies taw. Nak makan cookies so bad. So carik la resepi cookies yang senang and tak guna banyak butter sebab nak save the butter for my next recipe, coming soon. Hehe.


Then jumpa la resepi Healthified Chocolate Chip Cookies ni from Betty Crocker web site. Cookies adalah snack yang agak senang untuk di buat dan mengambil masa yang singkat. Kalau di Malaysia, cookies kita semuanya cute2 aje. Size maximum macam Chips More and size minimum macam kuih suji (kuih suji tu pun cookies taw, tapi Malaysian/Asian style). Tapi kat sini, cookies diorang agak besar jugak. My last room mate pernah try my oatmeal cookies and dia cakap your cookies are so little. Haha. Rasa macam kedekut pulak buat kecik kecik ni.


Straight out from the oven

Tengah nak sejukkan

Oh look! I found a heart shape one!

Okay, from the reviews that I have read and from my experience baking this cookies, here are some recommendations:

1. Kurangkan butter jadi 1/4 cup
2. Kurangkan 3 tbs minyak
3. Kurangkan 1/4 cup granulated sugar
4. Kurangkan 1/4 cup brown sugar

Even dengan pengurangan gula ni pun, cookies korang akan jadi manis jugak. Kalau tak suka manis, kurangkan 1-2 tbsp lagi okay. Chocolate chips tu pun boleh membantu untuk memaniskan cookies bila makan nanti. 

Ada 2 jenis cookies kat sini, chewy and crunchy. Chewy tu yang macam cakey sikit texture dia. Crunchie tu yang macam kat malaysia punya cookies. So go for 9-10 minutes in the oven for the crunchy one and 7 mins for the chewy one (kita tak try untuk chewy punya masa, so this is just my opinion. Hope it works well). Bila korang keluarkan cookies, cookies tu memang lembik. Just leave it for a few mins on the baking sheets, then let it rest on a plate or cooking rack until the cookies are completely cool down. Kita tak nak dia lemau nanti dengan moisture yang ada dari wap air tu bila kita store dia dalam container. 

Untuk dapatkan size yang sama, boleh la gunakan ice cream scoop untuk scoop the dough onto the baking sheets. You don't need to flattened the dough completely sebab masa dalam oven nanti dia akan flattened sendiri. Just tekan sikit so that it won't be too thick later on.

Fuh, banyaknye cakap. Okay sekarang ni cuaca sangat nice. Hari isnin hari tu kan snow kat sini. 2 hari lepas tu, semua snow cair dah. Memang global warming. Sekarang ni I'm waiting for the flowers to bloom! Spring is my favorite season indeed! Tapi kita bukan minah bunga okay. But you are welcome to give flowers to me. =) Even though chocolate is better, or ice cream, or cupcake. Mmmm... 

Okay lah, selamat mencuba ye! 

AmeeraFatin=)

Monday, February 13, 2012

Udang Black Pepper Version Ibu Liza (Ibu saya)

Hallooo! Assalamualaikum semua!


How's your day? Harap2 semuanya okay. Hari ni snowing kat sini. Sejuk la. Masa tengah snow tu best la. Lepas tu habis lecak. Ni ada gambar amek tadi. Haih, bulan 2 baru nak snow. Hopefully no more after this. Sejukkkk....



Tu dia minah mane entah belakang engineering building. Hehe.

Resepi hari ini adalah resepi ibu saya, memang senang bangat. Kalau ibu bagi resepi, selalu senang2. Biasa la ibu dah terer masak2. Kita ni apa jela. Masak telur je boleh la. Hehe.

Ingredients:

Udang
Serbuk kunyit
Garam

Butter
Black pepper
Halia
Bawang putih (Garlic)
Sedikit kicap untuk warna

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian goreng sehingga separuh masak dengan minyak yang sikit. Kita tak nak dia berminyak sangat.
2. Ketepikan udang. Cairkan butter dengan api sederhana. Tumis halia dan garlic sampai lembut.
3. Kemudian masukkan udang tadi, black pepper dan sedikit kicap untuk buat dia jadi warna gelap sikit.

p/s: Hari tu kita terlupa nak letak kicap, so tak jadi warna gelap la.


Haa tu dia. Di makan dengan sambal belacan bujang dan Bok Choi oyster sauce bujang. Kering je kan? Sepatutnya buat something berkuah. Tapi masa ni dah lapor sangat ni. So masak je yang senang2. Semua benda siap dalam setengah jam lebih sikit. Senang je. Resepi bok choi ada disini.

Okay la nak buat keje ye. Ni baru je balik class. Dah la pagi tadi bangun awal taw. Sejuk2 macam ni, lemah betul nak bangun awal. I'm not a morning person. Alaaa semua student bukan a morning person kot. Hehe.

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=) 

Sunday, February 12, 2012

Kek Pisang Pelik?

Hye! Assalamualikum.


Hari ni just nak share gambar kek pisang pelik yang sudah di decorate oleh Ameera Fatin pada hari khamis hari tu. Mana la tau kalau2 korang ter-inspired ke nak mencuba. Resepi macam biasa dari my previous blog entry, sebab resepi ni memang marvelous. 





Apa yang pelik? Haha. Aku susun potongan pisang kat atas tu. Sebab ada pisang lebih and pisang pun mcm dah almost ranum sangat, atau masak sgt. 


Aku pernah buat mcm ni untuk muffin pisang aku. And sedap. Very the cute. Hehe. Oh ada satu quote pasal weirdo ni yang macam best.


"I'm totally cool with being weird. Weirdos become leaders."

So it's okay kalau nak create any weird shape or decoration. Weirdo is not normal, as for being normal is weird. Hehe. 

Okay la, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin

Thursday, February 9, 2012

Home made Taco!

Assalamualaikum w.b.t semua! Hello!


Dekat sini, kalau tak makan cheese pizza, aku makan Subway tuna jela. Tu jela fast food yang boleh dimakan. Nak makan Taco Bell, tak halal pulak (semua tak halal kat sini, i mean tak de seafood and vegetarian). Biasa fast Mexican food aku selalu makan kat Chipotle. Itu pun satu vege burrito dah nak dekat $7. Sungguh mahal ye. Tapi kadang2 makan jugak la kalau craving Mexican food. Dekat Malaysia dengar cerita dah ade Chipotle. Tapi hari tu Fira google tak jumpa pun kat mane. So, alang2 tengah ade kat sini tu, kita pun belajar la ye buat mexican food. 


Masa beli barang2 tu, just ingat semula je apa yang selalu dia letak dalam burrito taw. And hari tu pun ade tengok video macam mane nak buat guacamole. So ingt la bahan sikit2. Masa nak beli barang tu, tak sure la kene letak cilantro ke tak (daun ketumbar). So masa bayar tu aku pun tanya la mak cik cashier ni. Haa siap borak lagi masa tu. Dia kata la cilantro ni rasa dia sedap dalam food tu, especially mexican food. Then dy tanya la nak buat from scratch ke, ape ke. Hehe. Eh panjangnya explain.


Okay berbalik kepada Taco kita. Hari aku buat tu, aku bagi la kat fira untuk dinner taw. Pastu fira pun cakap la sedap and nak lagi. Hehe. Mesti la suka kan kalau org suka food yang kita masak. So now aku nak share la resepi dia. Oleh sebab aku ambil resepi online, so aku just nak list kan bahan2 untuk korang beli je k.


1. Secekak Cilantro (Daun ketumbar)
2. 3-4 biji Tomato
3. 1 bawang besar putih (Onion)
4. 1 tin red beans (Kalau tak jumpa, guna je baked beans ke. Resepi guna pinto beans)
5. Garlic
6. Tortilla (Kalau tak jumpa tortilla, kene jumpa jugak la. Tortilla ni roti leper. Boleh guna taco shell juga)
7. 3 biji Avocado
8. 1 Limau (Lime)
9. Serbuk jintan (Cumin powder)
10. Chili powder (Resepi guna Cayenne powder. Tapi aku substitute dengan cili powder)
11. Grated chedar cheese atau taco mixed cheese.
12. Lettuce


Bean filling recipe


1. Tumis 1/5 dari bawang besar yang telah dicincang dan 2 clove garlic.
2. Lenyek red beans guna garfu sedikit. Tak perlu hancur semuanya.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan beans tadi dengan kuah2 dy skali.
4. Perasakan dengan 1 tsp cumin powder, 1 tbsp chili powder dan garam secukup rasa.


Guacamole recipe


Pico de Gallo salsa




Resepi Guacamole tu memang sedap. Kalau anda rasa tak suka cilantro, mungkin anda tak kan suka kot taco ni. Atau kalau nak try, kurangkan sikit cilantro. Okay.


Guacamole






Lapisan dia macam ni:


1. Lettuce yang dah di hiris halus
2. Bean filling
3. Guacamole
4. Salsa
5. Cheese


Kemudian masukkan dalam oven for 5-8 minutes sampai la cheese melt dan tortilla a little bit crispy.


Kalau anda suka makan dengan sour cream, boleh la letak jugak ye. Tapi masam dari tomato tu rasanya dah cukup. Kalau yang betul2, ada nasi taw. Tapi saya belum belajar lagi mcm mane nak masak tu. Lepas tu kalau nak guna daging cincang, boleh masak sekali dengan beans tu. So masukkan daging dulu after tumis bawang. Bila dah masak, baru masukkan beans okay.


Okay lah panjang sgt ni. Tapi resipi ni sangat2 di recommended. Mane tau anda nak tukar selera ke kan. Hehe. Balik Malaysia nnti sure buat punya lah. Hari ni je dah breakfast and dinner taco okay. Dah nak jadi Mexican dah ni. Hehe. Tak de la. Saya masih Melayu sejati okay. 


Okay la this is too long lah. Time to sleep. Selamat mencuba ye!


AmeeraFatin=)

Sunday, February 5, 2012

Vanilla Cinnamon Poached Pear

Hallooo... Assalamualaikum w.b.t. semuanya.


Semenjak dua menjak ni kita memang suka sangat tgk masterchef Malaysia. Macam non stop dari pagi sampai la nak tido. Mentang2 a skrg ni tak berapa nak sibuk sangat kan, Alhamdulillah. Tapi nanti akan sibuk rasanya. Its okay, kehidupan kita ni kita tak tau akan berhenti di mana. Jadi kalau tak busy tu, buat jela pape yang kita suka and berfaedah.


Anyways, nak cerita ni. Lepas tu bila tengok masterchef ni, berangan la. Esok bila dah keje, ingat mcm nak masuk je. Mesti best kan. So start from now, kalau ada benda2 pasal masak memasak yang kita tak tau, terus tanya ibu. Skype terus tanya. Haha. Semangat betul


Jadi, malam semalam dah masak dua dessert. Pergh2. Masa tu dalam masterchef dy suruh masak buah pear and ada la bahan2 lain. Terus teringat poached pear, tengok dalam junior masterchef Australia kalau tak silap. Apa lagi, dalam fridge memang ada pear, terus la carik resepi and masak. Kebanyakan resepi guna wine. So aku ambil paling basic then tambah la bahan2 lain sendiri.


Ingredient:


3 pear - Buang kulit, biarkan batang (Aku guna Anjou. Rasanya boleh je nak guna pape. Asalkan tak terlalu ranum lembut.)
5 cup air
1/2 cup brown sugar
1 cup sugar
Lemon zest (dari 1/4 lemon) **
1/2 tsp vanilla extract (Boleh guna vanilla bean kalau ada)
1 batang kulit kayu manis (cinnamon)
1/2 tbsp parsley
1/2 tsp garam


**Lemon zest ialah kulit lemon yang kuning sahaja. Jadi ia sangat nipis. Kalau terhiris yang putih tu, nanti pahit. Boleh guna zester atau grater yang paling halus. Atau boleh hiris senipis yang boleh guna pisau, then cincang halus.


1. Didihkan air dalam periuk sederhana, masukkan semua bahan2.
2. Masa tengah tunggu air mendidih, boleh la kupas kulit pear. Potongkan bahagian bawah pear supaya ia boleh berdiri.
3. Masukkan pear dalam air yang dah mendidih tadi, baringkan ia supaya hampir semuanya terendam. Buat api sederhana.
4. Dalam 15-20 minit, pear akan mejadi lembut. Cucuk pakai garfu untuk uji. Bila dah lembut, keluarkan pear dan masukkan dalam fridge.
5. Air gula tu, dengan gunakan api kuat, biarkan ia mendidih sampai la ia memekat. Jika rasa cinnamon terlalu kuat, boleh keluarkan cinnamon. Jika tak suka manis sangat, boleh tutup api sampai tahap kemanisan yang anda suka.
6. Sejukkan air gula, masuk dalam fridge. Bila semua dah sejuk, boleh makan bersama. Kalau tak sabar, tak perlu sejukkan air dy, asalkan pear dah sejuk pun boleh juga. 





Bila kita potong, dalam dia macam ni la. 

Siap keluarkan corelle ibu tu. Haha. Semangat sat. Rasa dy manis2 masam sikit la. Masam pear tu kat tengah2 tu. Manis di luar. Agak manis, so jangan makan bnyak2 okay. Tak elok untuk kesihatan taw.

Sejam sebelum buat poached pear ni, aku buat chocolate cupcate. Tapi hari tu kan salam beli tepung taw, terbeli whole wheat. Good job Ameera Fatin. Tapi buat jela. Seb bek sedap taw. And cepat kenyang. Sihat pulak tu. Hehe.



Memang sedap resepi ni. Sangat sedap frosting dy. Aku kurangkan gula jadi 1 cup je dari 1 1/2 cup dalam frosting tu. Mat saleh ni memang suka frosting manis2. Jangan makan manis sangat taw. Ni resepinya. Oh lepas tu aku letak pisang atas dia. Pergh2, marvelous. Pastu korang masuk dalam fridge, pastu makan sejuk2. Sedap taw.


Okay la, nak sambung tengok masterchef. Hehe. 


AmeeraFatin=)