Hye, Assalamualaikum.
Skrg dah start cuti winter. And kansas dah jadik sejuk. tak lama lg mesti nak snowtebal punye. And saya tak suka snow2 ni. Sangat sejuk dan membuatkan korg tak nak bngun dari atil even dah sehari suntuk tido. Dan matahari pon tak de. So saya berjalan2 lah ke tempat yang warm siit, iaitu Atrizona. Dan akan ke tempat2 lain jugak. Will be away until January. Hope korg stay tune kat blog ni Januari nanti, jgan pegoi mane2 kay. Akan update.
Ouh ari tu before pergi Arizona, aku ade bake brownies cream cheese. Sangat sedap and jadik fudge brownies yang aku suka tu. Akan update later bnd tu bila dah balik from vacation.
Thanks semua!
AmeeraFatin=)
Monday, December 20, 2010
Saturday, December 18, 2010
Sardine Masak Kicap
Hye semua. Salam.
Okay ni lah resepi paling senang, dan sangat sedap okay. Kalau kat rumah, ibu tanya, nak masak sardine kicap ke sardine sambal, then aku akan fikir, dan jawab ikut kesukaan sahaja. Haha. Sebab both sedap. Aku suka sardine. Lagi2 kalau makan dengan bubur, kangkong belacan, telur masik. Pergh.. Sambil tulis ni air liur meleleh beb. Haha. Okay aku tipu tu.
Ingredients:
1 tin sardine kecik
1 shallot (blend/chopped)
3 garlic (blend/chopped)
1 shallot (hiris besar2)
Kicap masin dan manis atau pape je kicap yang korang ade.
Cili padi (Hiris) (optional)
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih yang dah bleng atau cincang tadi.
2. Then bila dah almost garing, masukkan bawang yang dah dihiris besar tadi. Tumis sampai naik bau.
3. Then masukkan cili padi. Slowkan api, masukkan kicap secukup rasa. Bila dah berbuih sikit2, masukkan sardine satu tin.
4. Kuatkan api semula, masak sampai mendidih. Perasakan dengan kicap manis, kicap masin atau garam dan gula. Ikut kegemaran anda.
Okies siap!
Senang kan? 15 minit je. Then aku makan 1 periuk bubur abes. Pergh. Hebat aku kan bab makan ni. Tapi memang sedap. Bukan selalu dapat makan cmni. Hehe. Aku makan dengan bubur ayam.
Okies, selamat mencuba!
AmeeraFatin=)
Moist Chocolate Marble Cake with Cream Cheese
Salam,
And korang, aku memang rekemen gila la resepi ni. Sangat moist dan lembut. Boleh tahan dalam 3 hari gak. Sebenarnye 4 hari. Tapi aku takut kang korang punya hari ketiga dah tak lembut kang, abes aku kene. Haha.
Uish, panjang nama. Tapi tu la nak muatkan semua bahan yang aku letak dalam moict chocolate cake ni. Resepi adalah dari Hidaya Sulaiman, my dear friend since kat Jasin. Roomate aku for 2 years. Thanks Dayah!! Tapi, like always, i reduced the sugar sebab aku tak suka manis.
Ingredients: (1 loyang cake besar yang standard size tu. Tak tau la bape diameter.)
2 cups of flour
1 cup of coco powder (But i used 1/2 cup sebab aku guna dark chocolate. Do't want it to turn out to be black.)
2 cups of sugar (I used 1 1/2. According to dayah, guna 2 rasa dy sedap. So aku rasa better guna 2)
1 cup milk
1 cup coffee (air coffee taw. Korang buat air coffee cam biasa.)
1/2 cup oil (Vege oil)
2 eggs
2 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder (Unfortunately, aku tertukar measurement soda bicarbonate dgn baking powder. But it still turned out well)
1 tsp esen vanilla
3 ounce cream cheese (atau lebih, terpulang)
1 cup whipped cream
1 tbsp gula
1. Panaskan oven dengan temperature 150C atau 325F.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Masukkan gula. Kacau sampai sebati. Atau boleh guna mixer atau blender. Aku pakai pengacau je.
3. Masukkan je sume bnda dalam bowl besar dan kacau sampai sebati. Ni cara orang bujang taw, atau cara aku sorang, tak tau la.Tapi aku tak de mixer, aku gaul je pakai pengacau nak buat cake tu.
4. Tuang dalam loyang yang dah sapu dgn minyak.
5. Untuk cream cheese, gaul semua sekali sampai lembut.
P/s: Ni optional je kalau korang ade creamcheese ke. Kalau tak, tak perlu.
6. Ambil sesudu demi sesudu, letakkan diatas mixture kek coklat td. Then pakai pisau, atau lidi, atau pape je yang mcm halus, tarik slow2 cream cheese tu. Bagi jadik corak marble kek atau corak pape jela yang korang suka, ikut creativity.
7. Masuk oven for about 30 minutes.
And korang, aku memang rekemen gila la resepi ni. Sangat moist dan lembut. Boleh tahan dalam 3 hari gak. Sebenarnye 4 hari. Tapi aku takut kang korang punya hari ketiga dah tak lembut kang, abes aku kene. Haha.
Okay, nak post resepi lain plak.
Selamat mencuba!
AmeeraFatin=)
Wednesday, December 15, 2010
Bihun Goreng Singapore
Hye! Salam.
Okay hari ni saya nak post satu lagi resepi senang, sangat senang. Aku masak about 15-20 minutes je.
Ingredients:
Semangkuk bihun yang direndam dengan air panas
3 ulas garlic
3 biji cili padi (optional)
Black or white pepper
Sayuran
Udang/ayam/daging
1. Tumis bawang putih smpai naik bau. Jangan lupa panaskan minyak dulu ye.
2. Masukkan udang/daging/ayam. Bila dah masak, masukkan cili padi dan bihun.
3. Kalau bihun tak lembut lagi masa korg masukkan tu, boleh letak air sikit.
4. Masukkan sayur, pepper dan perasa. Sedia di angkat.
Ouh tiada mood untuk bergerak hari ni. Matahari pun berada disebalik awan. Suasana suram dan muram. Sesuai untuk tidur. Haha.
Okies, selamat mencuba ye!
AmeeraFatin=)
Monday, December 13, 2010
Pasta Goreng @ Fried Pasta Malaysian Style
Hye!! Assalamualaikum.
Ouh esok exam. Kelmarin (2 hari lepas) dah start snowing. Sejuk.... Tak suka... Hari ni kene study. Tapi rasa nak masak. Argh... Cmne ni? Mane lagi penting? Makan ke study? Haha. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Haha.
Okay, mengarut sikit. Sbnrnya nak bagi korang berfikir. Kalau korang baru bngun, ni boleh jadik exercise otak. Kalau nak tido, mungkin tertido terus? Haha. Okay2, stop mengarut. Resepi ni dulu ibu masak kat rumah. But istead of guna pasta yang aku guna ni, ibu guna macaroni. Sedap beb. Mudah kenyang berbanding mee goreng atau spaghetti goreng sebab dy lagi tebal.
Cara masak dy sama je macam mee goreng. Tapi ari tu aku guna resepi kuey teow goreng penang. Tapi korang boleh je kalau nak guna resepi mee goreng biasa or mee goreng mamak. Okay!
Ni aku bagi resepi2 dy. Cuma kat resepi2 ni aku guna jenis mee yang berbeza. Cara2 nak masak sama je.
Okay, nak sambung buat keje. Esok exam linear algebra. Doakan ye. =)
Selamat mencuba and have a nice day!
AmeeraFatin=)
Thursday, December 9, 2010
Chocolate Cheesecake Cupcakes with Ganache Frosting
Salam!
Lama tak post ape2. Resepi ni lama dah aku buat. Dapat from food network. Tiru sebijik tak de tukar ape2. Except gula aku kurangkan jadik 1/2 cup instead of 3/4. Link dy adalah ini.
Okay, aku nak mintak maaf kalau aku guna bahasa campur rojak petis. Sebab itu adalah aku, bukan orang lain. Kang kalau guna english sume kang, ade plak yang tak faham. Haha. Okay, minggu2 exam ni mmg sangat tidak bagus ye. Banyak sungguh kerja yang perlu dilakukan. Dan masa saya sungguh singkat. Kepada sesiapa yang suka membuang masa tu, boleh pinjamkan sikit tak? Sebab saya pun suka buang masa. So banyak masa saya habis dibuang. Tak cukup lagi nak buat keje. Haha. Kidding je.
Okay, selamat mencuba ye. Lately ni suka try2 bake kek sebab senang, tak yah nak tumis2.
Okies, bubbye!
AmeeraFatin=)
Subscribe to:
Posts (Atom)