Saturday, October 9, 2010

Char Kuey Teow


Hye!! Assalamualaikum! Alamak, sorry la sebab lama sangat tak update. Busy sangat lately ni sebab semua subjek pun nak buat midterm exam sekarang kan. Next week aku ade 3 exams and 1 paper due. Huu. Then khamis dah fall break. Whee!!

Okay malam semalam tiba2 rasa nak makan char kuey teow or ade org panggil kuey teow goreng Penang. Mane2 je boleh. So aku pun carik2 la resepi dekat myresipi. And jumpa! Macam best je resepi ni. And after try, memang best pun. Maybe aku buat tak la sesedap kat kedai kan, but then boleh la. Hehe. Aku dapat resepi ni from resepi che'ize at myresepi. Thank che'iza!

Ingredients:

8 ekor udang
Air
4 ulas bawang putih (Cincang)
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
Cube ikan bilis (Aku guna ikan bilis sebenar je. Hehe. Segenggam)
Garam gula

1 sudu cili paste
Sayur kegemaran
1 biji telur
Kuey teow (Dah lembut)

1. Rebus udang dgn air. Pastikan air tu cukup2 je dengan udang.
2. Bila dah siap rebus, asingkan udang dengan air dia. Then, air udang tadi tu, masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, cube ikan bilis. Biarkan sampai mendidih. Boleh tambah garam gula kalau kurang rasa.
3. Bila dah pekat, tutup api. Note: tak de la pekat sangat, agak2 jela ye.
4. Tumis cili paste dalam kuali lain. Bila dah garing, masukkan 5 sudu air rebusan tadi tu. Then masukkan sayur2 keras. Air rebusan yang lebih boleh simpan buat next time.
5. Then boleh la masukkan kuey teow dan udang.
6. Tambah air bagi dy basah2. Then perasakan dengan kicap manis or garam and gula. Up to you guys.
7. Bila dah sebati, masukkan telur. Gaul sampai masak.

Wah! Nampak macam kuey teow biasa pun ade gak. Tapi rasa dy lain sikit la dari yang biasa. Kejap je aku abiskan satu periuk. Haa, amek. Dah la malam masa tu. Haha.

Try la, senang je masak dy ni. Boleh tahan gak rasa dy. Resipi yang bagus ni.

Oleh sebab aku tak update for seminggu, so aku akan masukkan gambar2 food yang aku dah masak. Simple2 je sume.


Apa ni? Entah la. Haha. Ni baked spaghetti. Aku main masuk je pape. Tapi masa nak keluarkan tu sebab tak sabar tunggu sejuk, aku kelurkan panas2. Maybe sebab tu kot dy mcm bercerai berai. Atau pun kurang telur. Tak tau la. Rasa, okay la.


Sushi! Ade carrot, telur dadar and crab fillet je.


Spaghetti. Biasa2 je ni. Cuma aku letak sayur bnyak sikit la. Aku suka sayur banyak2.

Okay dah, tu je. Hari2 yang lain makan maggi je. Biasa la orang bujang kan.

Selamat lah mencuba ye. Wish me luck!!

AmeeraFatin=)

No comments: