Friday, May 18, 2012

Foodporn

Assalamualikum! Hye!


Lamanya tak update. Kat rumah ni kita masak2 je macam biasa. Dah gain weight dah sebab masak je non stop dari pagi sampai esok pagi. Hehe. So entry kali ni just nak masukkan gambar2 food je. Sebab tu title dia foodporn. Enjoy!


Graduation dinner Farah ada baked sweet potato ni. So minta recipe dari kak Erum and esoknya kitorang buat sendiri kat rumah. Senang banget and sedap banget!

Japanese Sweet Bun yang siap buat pukul 5 pagi! Tapi memang sedap.

Our homemade seafood plater. I made the mashed potato and marinade udang and hafizah marinade the lobster tail. The onion and poppy seed bun were bought from Dillons and it's my favorite. Everything were done within half an hour. 

The sloppy garlic parmesan rolls and cinnamon rolls. But tasted good....


2 of my favorite frappucino: Mocha Cookie Crumble and Green Tea Latte Frap with soymilk

Mexican food dinner outside.

Eel on fried rice. Soooooooo goooodddd!

Seafood Curry Noodle

Farah's graduation dinner. Well done steak, corn salad (the win of the day) and mashed potato. 

Oh, simple and delicious. Caramalized onion with carrot and sunny side up and kicap and steamed long grain rice.


Gonna update after coming back from my roadtrip. Hope it will be an enjoyable one and everything will run smoothly. Selamat pergi dan balik. Amin.


AmeeraFatin=)

Thursday, May 3, 2012

Exam and the end of Junior year and Summer!

Halloo! Assalamualaikum.


This is the week of the stop day. Stop day tu meaning the last day of the semester. Next week will be finals week where every class and subject will be having its final exam. So quite pack la. So I won't be able to update till I completed all my exams and papers. And after that I will be away for my Summer vacation (Yey! Finally) for few weeks. Maybe kalau ada masak2 kita akan update la kot. Atau maybe kalau ada makan2 ke. Sebab ramai yang nak graduate this sem, buat makan2. Kita ni baru nak habis junior, ada lagi setahun (Dekat sini, 1st year = Freshman, 2nd year = Sophomore, 3rd year = Junior, 4th year = Senior). Tak sangka dah nak jadi senior dah taw. Then kerja. Tapi most of my friends dah nak habis dah sem ni, sebab ramai buat 3 years kat negara lain. Congratulations! 


So wish me luck okay! Jumpa lagi next week, atau next month! Thank you for supporting me for almost 2 years already. Appreciate it so so so much. =))


What a nice day today for a good song. Skyscrapers by OkGo. A very colorful music video indeed. Enjoy!




P/s: I want all the dresses!


AmeeraFatin=))

Thursday, April 26, 2012

Mee Rebus/ Mee Jawa

Assalamualaikum! Hye!


Isn't it nice to wake up in the morning lepas tu dengar bunyi burung2 berkicauan, lepas tu dapat good morning wishes from people that care about you (best friend and etc)? Kalau ada nasi goreng kat dapur dah siap2 masak dengan nescafe panas mesti lagi perfect kan? Kan? Hehehe. Malam tadi macam tak sejuk kat sini, so kita tidur sambil tingkap terbukak. Oleh sebab kita duduk kat level paling atas, so banyak la burung bertenggek kat atas bangunan ni. Bila bangun je, terus dengar bunyik burung2. Pastu cuaca sangat nice hari ni. Alhamdulillah.


 Okay few days ago teringin sangat nak makan mee rebus. The best mee rebus adalah dekat Muar la mana lagi. Hehehe. JB pun ada kot cuma belum try lagi. So bila buat2, tiba2 terlupa mcm mana rasa mee rebus taw. Dalam kepala dok ingat mee bandung muar je sebab balik last year ada bawak balik sekali perencah mee bandung Mak Pon. Haa ni memang terbaik la. Kalau jumpa kat mana2, memang recommend perencah ni kalau nak beli. 


Ingredients:


2 Keledek oren (Sweet Potatoes) - Rebus sampai lembut then blend smpai lumat.
Any meat - Rebus dengan halia sikit and garam sampai lembut, simpan air rebusan
Shrimp - Rebus smpai masak, simpan air rebusan


*4 gloves of garlic
*2 Shallots -Blend semua bahan tanda * . Kita chopped je.


2 tbsp chili paste
1 tbsp shrimp paste/ belacan
1 tbsp ketchup (Kalau tak de boleh guna air asam jawa sikit)
Salt and sugar
Sayur hijau kegemaran jika mahu


1. Tumis bawang putih dan merah sampai garing. Masuk chili paste, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan keledek yang dah dilenyek, daging dan air rebusannya berserta halia sekali, dan air rebusan udang.
3. Perasakan dengan shrimp paste, ketchup dan salt and sugar sampai cukup rasa.
4. Masukkan sayur dan udang.




Tadaa! Senang je kan? Yang buat lama tu sebab kene rebus keledek sampai lembut pastu nak lenyek lagi. Terliur la pulak tengok gambar mee rebus ni malam2 mcm ni. Rasa nak masak2 pulak. Ehh hari ni dah tengok ada satu video ni macam 478 kali dah. Hehe. sebab bay ni comelllll sangat2. So adorable I want to bite him. Hehe



Alooooo schhoo cuteeee. Cara dia jawab no tu sangat confident. Macam faham je apa orang tanya. Hehe.Okay time to study got exam tomorrow. Goodnight!


AmeeraFatin=)

Saturday, April 21, 2012

Strawberry Upside Down Cake

Hye! Assalamualaikum.


Hari tu masa tengah tengok2 resepi dekat blog Joy The Baker, tiba tiba ter tengok ada resepi strawberry upside down cake. Ingatkan ada pineapple upside down je. So bila tengok resepi tu, senang je buat dia, basically sama je dengan pineapple upside down yang kita selalu buat tu. The differences are just the way Joy buat topping dia and Joy letak cardamom (serbuk buah pelaga) sekali. Kita tak letak sebab tak nak ada weird taste la dalam cake. Hehe. Other than that, kita guna susu instead of sour cream. And the result is that the cake is so fluffy! Sour cream ni nak buat texture dia jadi macam banana cake tu. Kalau anda nak letak sour cream pun boleh, no problemo. 


Oleh kerana hari ni cuaca sangat cantik dan kita tido dengan cukup sekali malam tadi, jadi mood hari ni agak baik. Tadi dok ambil gambar je kat dapur. Haha. So akan ada banyak gambar dalam post kali ni ye. 


Resepi ni di dedicate untuk kawan ku sejak dari lower form, Aryn sebab hari tu dia nak aku masukkan resepi ni sebab dia nak buat bila balik rumah nnti. Hehe. So, here you go Aryn. =)


Ingredients:


>Topping
2 tbsp butter
1/4 cup brown sugar
8-10 strawberries - Slice thickly


>Dry ingredients
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp salt


1/2 cup butter - softened
2/3 cup brown sugar
1 large egg
1 tsp vanilla extract
2/3 cup milk (can use sour cream)


1. Panaskan oven untuk 350F atau 180C.
2. Untuk topping, masukkan 2 tbsp butter dalam cake pan, then masuk dalam oven about 5 minutes sampai semua butter cair. Bila dah cair, keluarkan pan tadi dari oven, pusing2 kan pan tu supaya butter rata hingga ke bahagian tepi pan. Biarkan cake pan tu kat luar je lepas tu.
3. Campurkan semua bahan kering i.e. tepung, baking powder,baking soda dan garam dalam satu bekas. Gaulkan sebati.
4. Dalam mangkuk mixer, mix 1/2 cup butter dan brown sugar sampai la brown sugar dah sebati dalam batter. Lebih kurang 3-4 minutes. Kemudian masukkan telur dan vanilla extract. Pukul lagi dalam 1-2 minutes.
5. Masukkan susu dan semua bahan kering tadi. Pukul lagi dengan gunakan mixer for about 1-2 minutes. 
6. Taburkan 1/4 cup brown sugar atas butter yang dah cair dalam cake pan tu tadi. Kemudian, susun strawberry slices atas gula yang dah tabur tu. Susun rapat2 taw sebab nanti strawberry tu mengecut.
7. Kemudian tuang batter tadi atas strawberry tu. Ratakan guna spatula. Masuk oven untuk 20-25 minutes atau sehingga dia bertukar jadi color light brownish cream. Atau bila korang cucuk tooth pick dah tak de kek yang lekat. Keluarkan dia dan tunggu sedikit sejuk.
8. Tunggu 10 minutes sebelum keluarkan kek tu dari pan. Guna pisau untuk lekangkan kek tu dari pan dia. Terbalikkan pinggan atas cake pan. Kemudian terbalikkan cake pan tu supaya cake terkeluar. Kalau tak nak keluar, ketuk2 sikit, goyang2 sikit. Pandai2 la okay. Yang penting kene tunggu sejuk sikit dulu.





The batter after mixing everything





My second slice

Yummy!

Resepi nis edap kalau makan panas2. Very fluffy. Minum petang dengan family ke, sangat sesuai. Kita kat sini minum petang sorang2 jela. Eh sedihnya ayat. Hahaha.

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)


Tuesday, April 17, 2012

Sambal Asam

Hye! Assalamualikum.


Siapa suka sambal asam angkat tangan! Hehe. I know most of you guys do like it. Kita makan dengan ikan bakar, pucuk ubi rebus, ulam-ulaman. Memang sangat ummphh la. Penaik selera makanan melayu selain sambal belacan. Sambal asam ni sama je macam sambal belacan, cuma kita campurkan sekali air asam jawa. 





Haa tengok tu gambar straight dari lesung batu brought from Malaysia okay. Semangat kan. Hehehe. Lesung batu ni pun bawak sebab nanti nak tumbuk bahan untuk nasi goreng senang. Kita suka guna lesung batu sebab rasa macam perasa bawang2 dan cili macam lebih preserve. Kalau guna blender kene letak air sikit lepas tu kalau nak blend benda yang sikit je susah la pakai blender.

Ingredients:

Cili padi
bawang merah (kita guna bawang besar)
bawang putih sikit
belacan
Gula
air asam jawa secukup rasa

1. Tumbuk semua bahan sehingga hancur. Campurkan air asam jawa dan gula sehingga cukup rasa. 

Senang je kan? Boleh buat banyak-banyak then simpan dalam fridge. Nanti nak cicah dengan ikan goreng pun boleh. 

Okay, selamat mencuba ye!

AmeeraFatin=)