Thursday, November 17, 2011

Omelette Sihat

Hye! Salam.


Sebagai seorang yang busy, aku rasa omelette je la makanan yang paling senang nak masak and sihat jugak. Aku letak la bahan2 yang best kat dalam tu. Memang sedap. Kalau ibu kat rumah, ibu suka letak bendi. Tapi aku sekarang ni tak de bendi, so aku substitute dengan kobis. Asyik kobis je. Hehe.


Ingredients: (1 person)


1 telur
2 daun bunga kobis - hiris halus
(Boleh ganti kobis dengan bendi, carrot, atau apa2 yang anda suka)
1 ulas bawang putih- hiris
1 bawang merah- hiris (Aku suka bawang merah dalam omelette, so letak banyak2)
Segenggam ikan bilis


Garam
Parsley flakes
Garlic powder *optional
Pepper


1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Apabila sudah garing, masukkan kobis yang dah dihiris tadi.
2. Masukkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, parsley flakes, garlic powder,pepper. Kacau sebati.
3. Apabila sayur sudah masak, masukkan kedalam telur tadi.
4. Goreng omelette tadi dengan api sederhana sehingga masak.


Siap dah.




Nampak macam emelette biasa je kan? Memang pun. Tapi kalau korang cuba dengan bendi, lagi sedap mengancam woo. Ibu slalu buat kat rumah, memang sedap.


Okay, selamat mencuba!


AmeeraFatin=)

Sayur Lodeh (Selamat Hari Raya Aidiladha! Belated)

Hye! Assalamualaikum.


Setelah hampir sebulan tak update blog, akhirnye berkesempatan juga nak update. Terlalu sibuk semester ni sampai even nak masak pun tak de masa. Humm. So hari tu masa hari raya, aku masak rendang, lodeh and nasi impit sikit. Nasi impit ade 3 je yang kecik tu. Masak sendiri, makan sorang2. Tapi bagi2 la jugak jiran2 tetangga iaitu Fira sahaja. Hehe. Pastu tak beraya mana pun, dok buat keje je dalam bilik. Memang nerd kan? Haha.


Ingredients:


Bawang putih 3 ulas (cincang)
Bawang merah 1(cincang)
Kiub pati ayam/ikan bilis 1
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Santan pekat 1 tin (atau santan pekat 2 cawan, santan cair 1 cawan)


Sayuran yang anda suka (Lobak merah, kobis, kentang, kacang panjang, etc)
Cili Padi/ cili besar jika tak nak pedas - hiris
Su'un (di rendam terlebih dahulu) *optional


1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sampai lembut.
2. Masukkan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan air agak2 tutup semua sayur. Jika guna santan cair, masukkan santan cair.
3. Masukkan sayuran yang telah di potong mengikut citarasa masing2. Masukkan sayur kerasa terlebih dahulu. Kemudian masukkan cili.
4. Apabila sayur sudah hampir masak, masukkan santan pekat dan su'un. Kacau supaya tidak berketul. Perasakan dengan garam dan gula.





Sedapnye bila makan lodeh dengan nasi impit dengan sambal kacang iaitu lontong. Tapi oleh kerana tak de sambal kacang, aku makan dengan rendang je.


Lodeh ni boleh je nak masak hari2, buat lauk. Senang je nak masak dy. Kalau nak lebih sihat, boleh tukar santan kepada susu cair.


Okay, selamat mencuba!


AmeeraFatin=)