Alamak, sorry la sebab dah berkurun lama aku tak update. Biasa la, duduk rumah ni, sentiasa kenyang. Alhamdulillah. Tapi seperti yang dijanjikan, aku akan masukkan gambar hidangan pada kenduri kawen sedara aku kat Pontian hari tu. Before tu, aku nak review dulu. Makanan dy mmg superb lah! Paling tak ley lupa, acar sayur tu. Pergh, pembuka selera tu. Daripada malas nak makan, terus makan sepinggan. Diorang hidangkan nasi beryani. Tapi ada gak pilihan nasi putih dan lauk2 nasi ambang. Tapi aku makan je sume sekali dengan nasi beryani tu.
Pastu ibu, Cik Wa, Cik Tati, Cik Ani and atok dapat berkat taw sebab ni sedara terdekat. Yang kawen tu cousin ibu and adek beradik ibu sume tu la. Pastu bila kumpul2, dah macam banyak gila dapat. Terasa seperti hari raya gitu. Hehe.
Alamak, sekarang ni dah pukul 11.30 malam and aku tertelan air liur sebab terasa nak makan ni. Aaaa.... Memang sedap taw. Rugi sape yang dapat jemputan tu tak datang. Hehe. Pastu atok bawak balik kambing masak beryani plak tu adoi. Sedap gila la. Semua lauk atas pinggan ni sedap. Eh aku comment ni bukan sebab lama tak makan taw, tapi memang sebab sedap. Semua orang cakap sedap. Haa. Haha.
Okay la, sampai sini sahaja. Kalau ada kelapangan, aku update lagi okay!
AmeeraFatin=)