Saturday, July 31, 2010

Potato Salad

Assalamualaikum.

Hari ni tak masak apa pun. Makan junk food yang tak berkhasiat je banyak. Haha. Pastu fira ada bagi karipap. Lama tak makan karipap. Sedap woo fira buat.

Pastu hari tu fira ada bagi potato salad gak. So hari ni rasa nak buat plak. Aku guna resepi senang je. Letak je pape yang ada.

Ingredients:

1 potato
1/5 shallot (chopped)
A pinch of salt
Pepper (agak2)
Mayonnaise (agak2)
1 egg
Parsley flakes (optional)

1. Cuci kentang bersih2, then rebus dengan kulit dy skali. Bila dah lembut, boleh toskan air dy, then kupas kulit kentang tu.
2. Potong kentang kepada bentuk cube. Letak dalam mangkuk.
3. Rebus telur sampai masak. Then bila dah masak, buang kulit dy. Masuk dalam mangkuk, pecahkan pakai garfu.
4. Masukkan suma bahan bersama-sama. Gaul rata. Siap!

Okay, tu yang senang punya. Kalau nak yang btol2 punya, boleh google ye. Hehe.

Hari ni aku tgk GTO je. Sorry la lambat sangat. Dari aku kecik cite tu dah ade. Cuma tak tertengok2 plak. Ni tiba2 ade kawan suruh tgk. So tgk la. Best jugak cite dy. Bnyak pengajaran. Macam My Boss My Hero pun ada gak. Best la cite2 Jepun cmni. Bnyak pengajaran. Macam Crows Zero pun. Tu jela kot yang aku dah tengok. Macam ada lg je, lupa la.

Okay, mahu tidur sudah saya. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Thursday, July 29, 2010

Shortbread Cookies


Hello! Assalamualaikum. Hari ni happy sangat! bukan sebab masak menjadi malam semalam, tapi dah tak payah nak ambil final exam esok. Whee~~ So boleh rehat and enjoy!

Malam semalam rasa nak makan sesuatu, tp still kenyang lagi makan roti kek siang tu, aku main hentam je roti kek tu. Haha. So belek2 blog favorite aku, Kak Hana. Then jumpa resepi ni. Macam biasa la, aku suka yang senang2 je. And shortbread cookies ni sangat2 la senang. Sape2 je boleh buat. Rasa dy okay la, macam biskut la.

Ingredients:

3/4 cup multi-purpose flour
1/2 cup corn flour
1/4 cup powdered sugar
1/2 cup butter (melted) or 1 stick
Raisins (chopped) or chocolate chips or chocolate rice or whatever that you want

1. Panaskan oven 180C or 350F.
2. Cairkan butter guna api medium. Bila dah cair, tutp api. Then masukkan sume benda. Gaul sebati.
3. Then dah sebati, boleh la uli atad board and tekap bentuk yang anda suka. Aku tak de pape bentuk, so aku buat bentuk cookies macam biasa je la.
4. Tabur sikit tepung atas pan, then letak cookies atas pan tu. Masuk over for about 20 minutes or until atas dy dah mcm perang2 sikit. Siap!

Senang kan? Tak tau nak ckp ape. Senang sangat.

Okies. Tu lah cookiesnye. Try la kalau ada bahan ek. Selamat mencuba!!

AmeeraFatin=)

Saturday, July 24, 2010

Mee Rebus @ Mee Jawa


Hello~ Assalamualaikum.

Happynye! Cuba teke sebab ape? Sebab mee rebus jadik. Yey! Ni kali kedua buat. First time dulu ikot kat myresipi. Aku rasa aku guna resepi Kak Hana kot. And hari ni pun guna resepi Kak Hana. Thanks Kak Hana!! Tapi ada la modified sikit2. Hehe.

Ingredients:

2 Sweet Potatoes - Rebus sampai lembut then blend smpai lumat.
Any meat - Rebus dengan halia sikit and garam sampai lembut, simpan air rebusan
Shrimp - Rebus smpai masak, simpan air rebusan

*Lemongrass (Aku letak sendiri)
*4 gloves of garlic
*2 Shallots
-Grind semua bahan tanda *. Hiris serai halus2 before grind and pastikan sampai halus. Kalau tak de blender, try titik jela. Aku tak tau nnti mcm mane rasa dy. Sebab kalau grind, aku letak 1/2 sudu je.

2 tbsp chili paste
1 tbsp shrimp paste (Kak Hana guna udang geragau. Tapi aku tak de.)
1 tbsp ketchup (Kalau tak de boleh guna air asam jawa sikit)
Salt and sugar

1. Tumis sume bahan kedua iaitu serai, bawang putih and bawang merah.
2. Bila dah naik bau, masukkan chili paste. Tumis sampai garing.
3. Bila dah garing, masukkan shrimp paste, ketchup. Kacau2. Then masukkan air rebusan daging dgn halia dan daging dy skali, air rebusan udang tak termasuk udang dan mashed sweet potatoes.
4. Gaul2 sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Mee rebus kene manis sedikit sebab mmg tu rasa dy. Pandai2 la adjust.
5. Bila dah mendidih, rasa sume dah cukup, boleh masukkan udang yang dah di rebus tadi. Then siap!
P/s: Kalau kuah tak pekat lagi, boleh tunggu kejap sampai pekat. Kalau pekat sgt pula, tambah sikit air.
6. Makan dengan mee kuning, telur rebus, dan limau kalau suka. Boleh hias dengan taugeh, bwang goreng atau apa2 yang anda suka.

Dah siap. Hehe. Banyak gak aku makan td. Sebab dah lama tak makan. Tapi mee rebus ni tak la sesedap mee rebus muar. Tu mmg terbaik la. Tapi boleh la sementara nak tggu balik rumah kan.

Sorry la mee rebus aku LAME sgt sbb tak de sayur sume. Sebab aku tak tau mane nak carik taugeh terdekat. So ade telur rebus jela disitu ye. Hehe. Okay, selamat mencuba! Bon apetite!

AmeeraFatin =)

Friday, July 23, 2010

Brownies and Bubur Jagung+Pisang+Kismis

Hye!! Assalamualaikum. Dah almost seminggu dah aku tak update. Huhu. I've been quite busy this week since next week is the final week of my summer class. Yey!!

Tapi ade la jugak masak. Hari tu masak bihun. Bihun senang je kan, so tak payah la masuk blog. Hehe. Kalau nak boleh jugak, nanti la ea. Pastu aku ade masak bubur jagung yang hari tu. Tapi kali ni letak kismis and pisang. Konon2 macam pengat pisang la. Sedap gak. Tapi tak sama la mcm pengat pisang sebab aku guna susu cair instead of santan. Lepas tu kalau rendam kismis tu lama2 kan nanti dy mcm kembang kan sebab serap air, sedap jugak. Aku suka la. Boleh la makan kalau tgh study ke ape.

Tengok tu. Ni baru lepas panaskan. Cantik kan. Kalau ade color merah, hijau, or color pape jela mesti lagi lawa. Hehe. Lepas tu siang td buat brownies. And aku ade cerita.

Ceritanya begini. Aku guna satu resipi chewy brownies ni. Tapi, aku kurangkan resipi ni jadik 1/4 bahagian sbb nak buat sikit je. Okay la. Kurangkan la. Pastu aku letak la semua bahan2. Tapi tak measure sgt pun. Pakai masuk je. Then masuk la esen vanilla, tuang je, tak pakai sudu pun. Bila dah siap semuanya, aku rasa la the batter. Uuuwwww...... Terlebih esen vanilla la. Tak pe tak pe. So aku tambah la tepung. Then kacau2. Alamak! Terlebih tepung la. Haha. Then aku cairkan sikit butter, then masuk susu sikit. Okay. Sekarang the batter dah jadik macam pekat taw. Aku rasa ni brownies nnti mesti keras ni. Tak pe la, masuk jela oven.

Then bila dah masak, okay je. Keras sikit la. Tapi kan, aku rasa ni resepi brownie yang bagus. Sebab still rasa chewy dy tu. Next time aku akan buat betul2. Sorry la kepada tuan punya resepi sebab me-ruin-kan resepi. =S

Tu dia. Terpatah plak masa nak keluarkan dari bekas dy. Hehe. Ouh, aku letak walnuts on the top. But not bad. Dah tinggal sikit dah pun aku makan.

Okay. Next week is the final week. And it's gonna be a very busy week. Very busy. Then after that boleh enjoy!! Tapi tak lama lepas tu Fall semester plak start. Haih. Takpe2. Nanti after habis fall winter, then spring, then summer. Pastu balik rumah!! Yey! One year to go. Setahun je lagi. =^_^= (Smiley kucing jumpa kat mana entah. Hehe)

Okay la, terbanyak cakap pula. Bubbye! Have a nice day everyone!

AmeeraFatin=)

Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Basmathi With Sambal Sotong

Hyee!! Salam. Sambal sotong ni memang dah lama mengidam. Tapi sayangnye, tak de sotong fresh. Just ade sotong dalam tin tu je. Tak pela. Jadik la. Hehe. So semalam pun nak buat la sambal sotong. Then teringat still ade beras Basmathi. So I've decided to cook nasi lemak by using beras Basmathi. Kira tu mcm sampingan jela. Dapat resepi nasi dari blog abg Mat Gebu. Tapi bila semua bnda dah masak, aku rasa suka pulak nasi lemak ni lebih dari sambal sotong. Ceyh, ayat mcm tak boleh blah. Haha.

Ingredients: Nasi

1 cup of Basmathi
1 clove garlic (sliced or chopped)
1 shallot (chopped)
1 lemon grass (Pecahkan bawah dy)
Ginger (Sliced thinly)
7-10 tbsp coconut milk (Agak2)
2 cups of water
Salt

1. Cuci beras bersih2. Kemudian rendam selama sekurang-kurangnye 30 minit.
2. Panaskan periuk. Masukkan semua bahan kecuali beras dan garam. Biarkan air mendidih.
3. Bila dah didih, masukkan beras dan garam. Kacau2. Then boleh la nak masuk dalam periuk nasik.
4. Kalau tak pakai periuk nasik, guna heat medium high sampai air hampir kering. Bila dah kering, guna api paling low dan tutup periuk.


Ingredients: Sambal

1 shallot
1 clove garlic
2 tbsp chili paste
1/4 tbsp belacan
1/2 bowl of sotong (Calamari)
Salt, sugar, tamarind juice
2 tbsp Coconut milk (optional)

1. Blend bawang putih and merah. Kalau tak de blender, cincang je halus2.
2. Panaskan minyak, tumis bawang tadi.
3. Bila dah lembut, masukkan chilli paste. Tumis sampai garing atau pecah minyak. (Color dy mcm dark maroon)
4. Then masukkan belacan dan sotong. Kalau nak berkuah sikit, masukkan air sikit.
5. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. P/s-hati2 dengan air asam jawa, takut termasam. Letak sikit2 dulu.
6. Bila semua dah mesra, masukkan santan supaya lemak sedikit sambalnya. (Resepi Pn. Zaridzah)

Dah siap. Menyelerakan tak? Hehe. Kalau rajin boleh la buat. Tapi kalau kat Malaysia tu, banyak jual kat kedai kan. Murah plak tu. Tak payah deal ngn sambal terpercik2 masa masak. Haha. Tapi lain kot kalau masak sendiri. Aku makan dengan baby spinach sebab tak de timun. Korang boleh la makan dengan timun and telur goreng.

Tak lawa kan kalau tak de telur? Korang buat la telur kalau nak. Hehe. Okay la, nak pen off now.

Selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Wednesday, July 14, 2010

Kek Pisang @ Banana Cake

Hyee!! Assalamualaikum.

Malam semalam tiba2 rasa nak makan sesuatu. Pastu malam hari tu aku ade salin resepi kek pisan ni from myresepi. Resepi Kak Yani. Tapi terlupa pulak nak copy time nak masuk oven. Haha. Hentam saja la labu. Sorry la, aku tak dapat nak link kan ke resepi Kak Yani sebab myresepi tak boleh bukak pulak. Kalau korang dapat bukak, go and search kek pisang.

Ingredients:

1/2 cups of margerine (Or 1 stick or 140g)
1/2 cup powdered sugar

2 white eggs

1 2/3 cups flour
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder

2 bananas (mashed)
1 tsp vanilla esen

2 tbsp sour cream (Or 1 tbsp lemon juice+2 tbsp fresh cream)
2 egg yolks (Beat a bit)

1. Panaskan oven 180C or 350F.
2. Pukul margerine dan gula smpai kembang. Then masukkan telur putih then pukul smpai kembang. (Kembang tu macam bila dah berbuih2 or sebati.)
3. Masukkan semua benda lain dalam adunan. Gaul pakai sudu or pape jela. Jangan pukul kuat sebab kita tak nak form buih2 udara. Just kacau sampai sebati je.
4. Masuk over for about 30-40 minits sampai masak. Cucuk pakai garfu unutk nak uji dah masak ke belum. Kalau tak de benda melekat kat garfu tu, means dah masak la.

Lembut la kek ni. Aku rasa ni resepi kek pisang yang best la. Before ni aku pernah buat tapi tak selembut yang ni la. Esoknya aku makan pun still lembut lagi. I recommend this recipe to those who want to try.

Bon apetite!!

AmeeraFatin =)

Sunday, July 11, 2010

Roti Kismis Yogurt @ Yogurt Bread With Raisins

Salam. Hye!!

Aku baru je pas tgk Spain vs Netherland td. Uish, lama betul nak masuk goal. But it was a good game though. Goal Spain pun lawa tadi. Aku rasa they deserve to win la kot kalau nak di lihat dari segi performance deorg. Hehe. Tak tau la kan, aku bukan pakar sangat pun.

Sementara tengok bola tu, aku sempat la tunggu roti ni naik, and bakar masuk oven. Tengah2 waktu kritikal tu, sempat lagi nak amek gambar. Haha. Tak menyempat. Tapi kan, roti ni sangat lembut la. Memang sedap. Resepi ni dapat dari blog Abg Mat Gebu and Abg Mat dapat dari Kak Ummi. Kak Ummi dapat dari tak tahu la saya. Kalau anda ingin tahu, sila follow link Abg Mat tadi. Hehe.

Nak buat dy sama je macam roti biasa. Steps yang aku akan tulis ni kalau buat pakai tangan. Kalau anda ade bread maker, guna la breadmaker ea.

Ingredients:

2 1/2 cup bread flour (high protein flour)
3/4 cup multi-purpose flour
2 tbsp milk (I used fresh milk. U guys can use any milk i think. Resepi asal guna susu tepung)
1/2 cup powdered sugar
1 tsp salt
2 tsp yeast

1/4 cup yogurt
1 egg (Pukul sikit. Simpan sikit tuk sapu atas roti. Sikit je taw)
4 tbsp margerine (melted)
Water

A hand full of raisins (Soak in hot/warm water for about 5 minutes. Lepas tu lap guna paper tissue sampai kering)

1. Gaul sume bahan pertama iaitu tepung roti, tepung biasa, milk, gula, salt and yeast.
2. Masukkan bahan yang selebihnya kecuali kismis.
3. Uli sampai licin. Masukkan air sedikit demi sedikit. (Macam aku, aku guna lebih kurang 1/4 cup air. Tapi letak sikit2 taw)
4. Bila dah licin, tutup bekas guna plastik bersih atau tuala lembap. Biarkan 30 minit hingga 1 jam.
5. Lepas dah sejam, cucuk2 dough tadi bagi keluar angin dy.
6. Masukkan kismis yang dah kembang tadi. Uli lagi lebih kurang 5 minit. Then boleh la bahagikan kepada beberapa bahagian ikut kegemaran anda.
(Abg Mat buat bentuk panjang2. Dapat 12 bahagian. Saya buat satu roti besar and 4 bun)
7. Tutup balik bekas yang anda guna tuk letak bahagian2 roti tadi guna plastik. Biarkan 45 minit hingga sejam.

8. Masa ni boleh panaskan oven 180C atau 350F.
9. Lepas dah sejam, Sapu telur, then masuk oven for about 20-30 minit. Atau sehingga atas roti dah keperangan.

Okay siap! Ni roti besar aku. Tak tau la kenapa bentuk dy macam tu. Haha.

Ni bun saya.

Ni tekstur kat dalam roti tu. Nampak dan rasa lembut. Worth making. Boleh jugak makan dengan jem kalau nak. Or apa2 je.

Try la senang2 ye. Bubbyee!!

AmeeraFatin =)

Saturday, July 10, 2010

Bubur Jagung @ Corn Porridge

Hyee!!

Salam. Semalam ada makan2 kat rumah Aunty Aizan. Aku and Fira ni dok fikir la nak bawak ape kan. Pastu tiba2 rasa nak buat bubur jagung. Latest kitorg makan masa kat rumah Kak Zai, Kak Niza yang buat. Banyak gak aku makan tu. Hehe. Macam biasa la kan.

Tapi kitorang ubah sikit resepi dy. Instead of guna santan, kitorg guna susu cair. And hasilnya memang sedap. And sangat senang nak buat.

Ingredients:

3 cans of corn
2 cans of evaporated milk (Kitorang guna Carnation)
Sugar

1. Panaskan periuk. Masukkan semua benda dalam periuk.
2. Bila dah panas, masukkan gula secukup rasa.
3. Bila dah larut semua gula dan semua bnda dah panas, boleh tutup api. Tak perlu mendidih.

Sudah lah siap. Tak ke senang sangat tu. Haha. Korang boleh makan panas2. Tapi kalau suka nak sejuk2, pun boleh juga. Macam makan Lengkong Custard dgn susu cair. Ibu slalu buat dulu kat rumah. And bila sejuk memang sedap la. Lepas tu, menurut Pn Zaridzah a.k.a ibu saya, kalau letak raisin pun sedap. Korang boleh la letak pape ea ikut kreativiti masing2. Letak laici ke, lengkong ke. Up to you guys.

Okies. Bon Apetite!

AmeeraFatin=)

Friday, July 9, 2010

Kacang Kuda Rebus @ Boiled Chick Peas


Hellooo......

Salam semua! Hari tu tiba2 rasa nak makan kacang kuda rebus macam yang beli kat pasar malam tu. Hehe. Senang je buat dy. Korang masuk air dengan garam. Then rebus sampai lembut. Lama gak la. Aku buat mcm sejam lebih je. Tak tau la sebab aku salah buat ke ape ke kan. Tapi yang penting jadik. Haha.

Kangkong Belacan

Hye!! Assalamualaikum semua!

Okay hari ni nak share resepi kang kong belacan. Tapi since aku susah nak cari kang kong kat sini, aku guna sayur biasa je. Hehe. Hari tu tiba2 pulak rasa nak makan bubur nasi, dengan sardine and kang kong. Tu yang buat tu. Senang je buat dy.

Ingredients:

A bowl of kang kong (or any other veges)
1 clove garlic (Chopped)
1 shallot (sliced or chopped)
Belacan (agak2 dengan kuantiti sayur)
Salt
Chili (Aku letak cili padi sebab nak bagi pedas)

1. Tumis bawang putih and merah.
2. Bila dah lembut, masukkan belacan. Gaul2 rata. Masukkan garam dan cili.
3. Masukkan sayur. Goreng sampai masak. Kalau suka berair, boleh letak air sikit.

Siap dah!! Senang kan? Kalau bahan-bahan semua dah siap, dalam 15 minit je dah boleh siap sayur ni.

Aku makan dgn bubur nasi. Kalau ada telur masin lagi sedap tu. Uish!

Okay la, selamat mencuba!!

AmeeraFatin =)

Sunday, July 4, 2010

Cakoi

Assalamualaikum! Apa khabar?

Hari ni quite happy sebab cakoi aku jadik. Yey! Cuma bentuk dy macam kelakar sikit la. Tapi tak pe, asalkan masuk mulut rasa sedap. Betul tak? Kalau tak betul pun betul gak. Haha. Resepi ni dapat dari sini and org tu amek dari mamafami.blogspot. Tapi bila aku pegi blog mamafami, tak jumpa pula the recipe. Hurm...

Anyways, these are the ingredients:

2.5 cups of flour
1/2 cups of water
1 tbsp condensed milk (susu pekat manis. Kalau tak de, letak je susu pape. Tapi tambah lagi sesudu gula ye nanti)
1 tbsp margerine (melted)
1/2 tsp salt
2 tbsp sugar
1 egg yolk (kuning telur)
2 tsp yeast
1/2 tsp soda bicarbonate

Oil to fry.

1. Gaul sebati semua bahan kecuali tepung. Then masukkan tepung.
2. Uli sampai licin. Masa lebih kurang 15-20 minit.

3. Biarkan dalam bekas tu for about 1 hour. Tutup guna tuala basah atau plastik.

4. Bila dah kembang, cucuk2 pakai jari bagi angin dy keluar. Then, boleh la roll atas apa2 board yang korang ada. Aku guna chopping board. Taburkan sikit tepung dulu atas board tu takut melekat. Roll sampai tebal dy macam 0.5cm. Then potong dengan kelebaran 1 inch.

5. Lepas tu tekan tengah2 dia guna chopstick atau pape stick yang anda ada. Asalkan bersih.

6. Then tindih kedua2 nya dengan line chopostick tu parallel to each other. Tekan sikit.
7. Panaskan minyak. Then tarik dough yang korang dah lapis tadi bagi memanjang, then masuk dalam minyak panas. Goreng sampai perang.

Then, inilah hasilnya.

Then boleh dimakan dengan sos yang cair. Sebenarnya kan, aku malas sgt nak buat sos. So, tadi aku campurkan sos cili thai dengan sambal oelek. Then letak air panas sikit, kacau2. Jadik la sos dia. Hehe. Korang letak jela sos apa2 yang rasa bersesuaian then letak air sikit. Kalau malas, makan dengan gula je. Pastu jadik macam donut. Hehe.

Okay done! Senang la jugak buat dy. Kalau macam malas nak buat bentuk2 ni, gulung2 je la. Ikut creativity masing2 ye. Tapi kekalkan bentuk cakoi asal lagi bagus kan. Hehe.

Okies, hari ni 4th of July which is independence day of US. And semua tempat should ada fireworks. Tapi tak tau la, tgh hujan sekarang ni. Anyways, I won't be able to go anywhere though. So, tak pela. Hehe.

Bubbye!

AmeeraFatin =)

Friday, July 2, 2010

Bingka Pisang @ Kuih Bakar @ Kuih Bengkang

Hye! Assalamualaikum. Hari ni aku masak kuih bingka. Ada orang panggil kuih bakar, ade jugak yang panggil kuih bengkang. Ni lah antara kuih pertama aku belajar masak mula2. Hehe.

Hari ni teringat ada pisang dalam fridge. Pastu dok belek2 blog Kak Hana, jumpa resepi Bingka Pisang ni. It's a good idea! So aku pun buat la kuih ni, tapi guna resepi aku. Hehe.

Ingredients:

2 bananas (mashed)
3 eggs
1/2 cup powdered sugar
1 tsp vanilla extract
1/2 cup coconut milk
2 tbsp margerine/butter
1/2 cup milk / evaporated milk
1 cup flour

1. Panaskan oven 180C atau 350F.
2. Masuk dalam blender sebua bahan kecuali tepung. Blend sampai sebati.
3. Masukkan kedalam pisang yang dah di mashed kan tadi. Masukkan tepung.
4. Gaul sampai sebati. Batter tu memang akan cair taw. So biar je. Tak perlu tambah tepung okay!
5. Masuk dalam loyang yang dah sapu butter. Then masuk oven for about 45 minutes. Cucuk la pakai garfu bila dah 45 minit tu. Kalau tak melekat lagi means dah masak la.

Tengok ni. Besar kan kuih aku kembang. Hahaha! Tekejut den. Tapi tak pe, bila korang dah keluarkan nanti dy akan memenyek semula seperti biasa.


Macam logo Dewa 19 plak.


Ni plak macam daun bendera Canada. Haha.

Senang kan buat dy? Ni la kuih paling senang. Try la nanti ea. Kalau tak de pisang, tak payah letak pun tak pe. Kalau ade pandan, boleh la letak air pandan yang dah blend. Aku tak pernah try lagi. Tapi kalau korg nak try apa salahnye kan.

Bon apetite!

AmeeraFatin =)