Thursday, February 28, 2013

Mee Kari Mamak Pedasss

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Hye!

Tengah buat ape tu? Kita tengah study ni untuk exam agama esok. Kita amek class agama2 kat US ni. So sekarang tengah belajar pasal agam Yahudi. Susah banget sih. Banyak sgt terms yg tak familiar kene hafal. Next week belajar pasal Christian pulak. Lepas tu baru Islam. Cannot wait for that.

Okay, dari hari Khamis last week dah snowing lebat, snow storm. Sampai cancel class 3 hari. Last time was in 2009. Bayangkan la teruk mcm mana. Ni gambar snow.









Kesian patung ninja tu sejukkk. Haha. Anyways sekarang ni dah hari lain. Kita simpan post semalam sebab ada hal yang tak dapat di elakkan. 

Okay kari ni bukan susah sgt nak masak. Akan tetapi, out of everything yang kita boleh masak, kita rasa kari ni agak mencabar jugak la. Kita boleh masak macam2 jenis kari walaupun andungan dia sama je. Tak tau macam mana boleh jadi macam tu. Mengikut experiment kita yang dah masak kari bnyak kali ni, ini disebab kan oleh quantity kari powder yg tuan2 dan puan2 letak. Lagi bnya, lagi pekat, lagi pedasss. Banyak tu banyak mana? Kalau periuk sederhana tu, dalam 5-7 sudu kari powder. Pastu kari anda pekat gila.

Jadinya, hari tu kita pun masak la kari, letak macam banyak la serbuk kari. End up pekat gila. Lepas tu kita rasa nak makan mee kari. Biasanya kari pekat mcm ni sesuai makan dengan roti canai atau roti jala. Tapi sebab lapa, rasa nak makan mee kari pulak. Hentam jela. Haha. Amekau, pedas. Kat luar tengah snow, kita ni berpeluh2 makan.


Haa siap ada kulit kayu manis lagi. Tak boleh makan taw ulit kayu manis. Tu sebagai hiasan je.

Ingredients:

Bawang merah - cincang
bawang putih - cincang
Sedikit halia - cincang
kulit kayu manis (cinnamon stick)
bunga lawang (star anise)
Curry powder
Meat/chicken/fish/vegetables
Perasa

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dgn star anise. Pastu masukkan bawang dan halia, tumis smpai naik bau. Pastu slow kan api, masukkan serbuk kari. Tumis lebih kurang seminit nak bagi rempah masak.
2. Masukan air, dan apa2 je bahan yang korang nak letak. Masak sampai semuanya masak. Perasakan dengan chicken bouillon atau pape jela yang korg suka.

Siap dah! Tak susah pun. Tapi nak dpt composition yang tepat tu agak susah jugak la. Ni kari mamak tak letak santan. Tp kita letak 3 sudu cucu cair asi lemak sikit sbb nak bagi Rina. Dia tengah pregnant and mengidam roti jala. Dia org Indonesia kat sini hubby buat PhD. Masa puasa haritu aku bawak roti jala pegi masjid, dia suka sgt. 

Okay la tak de apa lg nak cakap. Pening kepala sikit ni sebab tido lambat. Buat apa entah. Harini cuaca muram je tak de sunshine. That's what I don't like about winter. The surrounding itself doesn't seem to be smiling at me. How could I? I need my sunshine. 

Okay la, have fun with whatever that you are doing. Semoga Allah berkati kita semua dalam kerja harian kita. Semoga diberikan yang terbaik. Semoga happy selalu. Kita nak g makan. Tak makan pape dr semalam ni. Habislah kurus nanti. Hehehe.

Ameera Fatin.



Saturday, February 16, 2013

Nasi Goreng Campur Apa-apa Saja

Assalamualaikum & Konichiwa!

Sebenarnya bukan tak masak. Tapi malas nak update blog. Hehe. So semalam tido rumah Hafizah. Saja je sebab dah tak larat nak tengok rumah sendiri. Kita tukar2 angin sikit. Lepas tu baru nak keluar dinner, snow la pulak. Tak jadi la keluar. Makcik Hafizah ni pulak dah lapar. So kita dua pun pergi lah dapur tengok apa ada. Dia ada nasi leftover dalam fridge, udang, fillet ikan (lupa pulak ikan ape) dan green beans. So kita pun masak jela nasi goreng simple sangat. Tak caya tengok nanti.


Ingredients:


Leftover nasi

Bawang putih - cincang
Bawang merah - cincang
Fillet ikan potong kecik2
Udang
Sayur apa2 aja
Chili flakes
Black pepper
Salt
Telur

1. Tumis bawang putih dengan merah dalam minyak panas sampai naik bau. Masuk ikan.

2. Bila ikan dah separu masak, masuk udang, chili flakes, pepper, garam.
3. Bila dah 10 saat, masukkan telur. Bila telur dah masak, masukkan sayur dgn nasi.
4. Goreng sampai ringan (ringan tu maksudnya sampai nasi dah masak, dah sebati dengan rasa)



Ye tau, apa la adak dara dua org ni sayur sepanjang2 tak potong. Kata nasi goreng campak kan, kita campak je semua bahan. Haha. Oh and masa ni dah nak pukul 12 dah pun. Senang kan? So buat la. Lagi sedap dr ramen perasa udang yang 20sen tu. Dah la bland. 

Lepas tu ni gambar masa snow smlm. Minah ni tak suka snow, tapi still nak amek gambar jugak. Tak faham sgt la knp sebenarnya. Haha. 


Tengah snow tu. Kaki pakai selipar je. Hehe.Oh eye make up by Hafizah. Main makeup2 before tu.

Okay, tu jela. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, dan sesiapa je yg tersayang. Kita pulak, berhujung minggu dengan papers2 yang banyak kene habiskan baca. Haih. Can't believe it that there are only 3 months left before graduation. Instead of feeling hesitate to go back, I am actually very excited. I think everyone knows this already. Tak payah cakap lagi la. Haha.


AmeeraFatin=)

Monday, January 28, 2013

Spaghetti Sauce Easy Peasy

Assalamualaikum. Hye.

Senang je spaghetti sauce ni. I make it all the time. Boleh buat banyak2, then simpan dalam fridge up until a week. Dan sihat dan boleh control rasa mengikut cita rasa masing2. Entry ni will be written in English. 

Ingredients:

2 cans of diced tomatoes (preferably the one without any additional taste. But last time I used the grilled tomato diced, the taste was not bad.)
1 small can of tomato puree or tomato sauce (not ketchup)
1 small can of tuna/a handful of ground beef/what ever meat that you like
2 cloves of garlid - chopped
1 shallot - chopped
Olive oil/cooking oil
Salt and pepper

1. Heat the pan up. Pour some oil just enough for the shallot and garlic. When the oil is hot enough, stir in the shallot and the garlic until fragrance.
2. Put in your meat. Stir until it is half cooked. If tuna is used, just stir for a few seconds since it is usually has been cooked.
3. Put in everything else. Adjust the taste. Leave the sauce for 1 hour with under medium to low heat.


Can be eaten with any kind of pastas. In the picture above, I put the diced tomatoes together with a handful of basil in the blender and blend until they incorporate. Love basil. But it's winter now, no farmers market and no cheap basil. *sigh*

Nothing much to say. I just hope all is well for everyone. Enjoy this song from the Radiohead, All I Need.


I'm the next actWaiting in the wingsI'm an animalTrapped in your hot car
I am all the daysThat you choose to ignore
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
I am a mothWho just wants to share your lightI'm just an insectTrying to get out of the night
I only stick with youBecause there are no others
You are all I needYou’re all I needI'm in the middle of your pictureLying in the reeds
It's all wrong, it's all right It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right
 It's all wrong, it's all right

 It' all, It's all.


Tuesday, January 15, 2013

The Final Semester

Asslamualaikum! Apa khabar?

Lama sangat tak update. Dah macam bukan blog masakan. So sorry sebab baru balik jalan2. Lepas tu ada masak2, tapi tak sempat nak masuk blog. 


Masa winter break baru-baru ni, kita, Liyana and Sayuka pergi roadtrip from the east to the west of the US. Seronok gila sbab jumpa ramai orang lepas tu banyak makan yang best2. First state kitorg pegi ialah Washington D.C. Haa mcm biasa, pegi White House, Abraham Lincoln Monument, Martin Luther King Jr. Monument, dan semua monuments yang ada. Lepas tu kitorang try D.C. Cupcake yang famous tu. Tapi rasanya Crumbs lagi sedap dari D.C Cupcakes sebab Crumbs tak as sweet and murah sikit. Lepas tu kitorg jumpa dengan kawan Indonesian kita, Bella dan rakan2. Kitorang makan kat Jamaican restaurant rasanya. Food dia lebih kurang macam Malaysian food je. 










Haa lepas tu pegi lalu kat Virginia, makan KFC halal. Haha. Sanggup lalu Shenandoah National Park for that. Tapi malangnya, masa winter Shenandoah Natinal park tutup and pemandangan pun kelam je. Kalau tak mesti hijau dan cantik.


Lepas tu kitorang pergi Nashville, Tenneesee. Visit junior kita masa sekolah, Faiz. Kitorang makan kat Indian restaurant ni. Sedap gila. Portion banyak, pedas dan secukup rasa la. Memang mantop. Tapi malangnya terlupa nak amek gambar sebab lapar sangat la tu. Hehe. Lepastu pegi Parthenon kat Nashville, Tenneesee. Ni macam national monument la jugak. 




Lepas tu kitorang pegi Mammoth Cave kat Kentucky. First experience masuk cave. The Park Ranger tu lawak gila. Dia kata analogy orang zaman dulu yang masuk cave ni just pakai stokin, underwear dan sebatang lilin. Cave kan gelap gila, susah la nak tau jalan kat mana. 






Haa lepas tu kita proceed pergi Tulsa, Oklahoma, tempat favorite. Bukan sebab ada benda yang menarik, tp sbb member2 kat situ sume gila and rasa best hang out dengan diorang. Kitorang makan satay, burger giant and celebrate new year main mercun pop pop. Hahaha. Lepas tu tengok cite hantu jerit2. Memang happening la. Wlaupun activity kitorg macam budak2 nerd punya activity, tapi sebab kitorg cool, semua tu still happening. Haha. Kita, Liyana and Hazim masak sambal satay. The guys masak burger, Intan masak dessert sedap dan sambal nasik lemak, and last but not least, our chef, Sopi, masak ayam goreng rempah terhitam sikit. Hehehe. Oh tak lupa, Hazim, Intan dan Sopi marinade satay. Memang sedap terangkat beb.







Lepas tu kitorang gerak pergi Grand Canyon, for my third time sebab Sayuka tak pegi lagi. So tak pela pegi kejap je. Dalam setengah jam. Haha. 


Lepas tu pegi Petrified Forest National Park. Memang cantik bangat! Kayu tu dah crystallized tengah2 dia sebab Liyana, the geologist, kata zaman dulu ada volcano, so debris dari volcano dah covered the tree sampai tak boleh nak sedut oxygen dan sebagainya. So lama2 dia mineralized la. Nak tau lebih lanjut, tanya Pak Google.








 Lepas tu kitorang pergi the most beutiful place on Earth, Lower Antelope Canyon. Kat sini ugak movie 127 Hours shoot. Memang cantik sangat. So far, out of many national parks yang kita dah visit, this is the best one. Terletak dekat Page, Arizona. Before tu pergi Lake Powell jugak, di mana Glen canyon terletak.









Lepastu pergi Monument National Park. Memang cantik.





Cantik kan? Lepas tu kitorang gerak pegi Boulder, Colorado for my 2nd time. Jumpa member kat sana, Luttphi dan Pok Chek. Kitorang dah kawan dari kolej lagi, sekali dengan Liyana. Kira aku sayang la diorang  ni. Lagi satu, Luttphi pandai masak nasi kerabu sedap. Kalau korang browse balik entry masa bulan March 2012, kita pegi sana dengan budak Tulsa, Oklahoma makan nasi kerabu Luttphi jugak. Memang terbaik boh! Lepah make boleh kecek Kelate. Hahaha. Tapi diorang cakap, Fatin ko tak payah cakap Kelantan la. Fake gila. Hahaha.






Kuah color coklat tu yang paling terbaik sekali. Lepas tu kitorang join budak2 CSM (Colorado School of Mines) pegi The Garden of Gods, Seven Falls, dan Cave of Wind. Bila dah pergi Antelope Canyon yang cantik tu, rasa macam Garden of Gods tak de apa sangat pun. Just batu2.








Lepas tu esoknya nak pegi snow board. Pagi2 Pok Chek datang cakap, Fatin kete ko dah tak de dowh. Masa tu rasa macam jantung dah terjatuh kejap. Pastu otak start fikir. Kene curik ke apa. Ingatkan pokchek tipu. Bila check the whole place tu memang tak ada. Pastu Kamirul try nak tanya office tapi office landlord pun tak bukak. Apa kes entah. Pastu kitorg call tow truck company dan memang sah dah ada kat sana. Terus tak jadi pegi snow board. Pegi jalan2 kat Boulder je makan cheesecake. Tak de rezeki la tu tak pe. Ni dia kete kesayangan kitorang. Canggih gila. Semua touch screen. Drive 7, 8 jam pun sedap. Mula2 dapat yang color biru tu. Pastu keluar warning suruh change oil dan kene isi angin dalam tayar. Pastu bila check, ada paki kecik kat tayar. So kitorg tukar yang color merah tu. Tu lagi canggih. Kerusi dia adjust sendiri bila start engine. Coolness. Memang sayang la.




Banyaknya gambar. Ni maybe last time kitorang pegi roadtrip jauh2 macam ni. Lepas ni tak sure lagi boleh ke tak. Mungkin kene balik Malaysia awal sebab ramai orang nak kawen dah kan, nak jugak pegi majlis kawen. Lepas tu nak kene uruskan semua benda, kemas barang semua. Tengok keadaa. Sebab ada lagi satu tempat tak pegi lg, Yellowstone National Park. Tu tempat yang wajib pergi masa Summer. 


Lagi 5 bulan nak graduate. Rasa 4 tahun ni macam lama sangat. Dah macam2 kita buat kat sini. Banyak duka dari suka. Biasa lah dugaan. Tapi semua kenangan masa suka tu, rasa macam best sangat. Lepas ni dah nak keje dah, tanggungjawab dah besar. Memang kalau boleh tak nak face reality. Tapi tahun ni kita dah 24 tahun, kene face jugak sebab dah dewasa. Kawan2 yang amek medic pun dah nak grad. Ni buat engineering pun tak grad lagi. Jangan salah faham, bukan sebab kene repeat year ke ape, tapi sebab sponsor requirement kitorang kene buat A-Level 2 tahun before fly sini. So total of study 6 tahun la, sama mcm medic student. Tapi pape pun, rasa syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan kekuatan yang di beri. 3 and a half years ni tak senang taw. Macam2 jadi. Kat sini susah nak carik support system sebab jauh dr semua member. Nak tak nak kene tanggung sendiri pandai2. Tapi terima kasih sangat2 kat member yang selalu ada by my side, you know who you are. And the most important thing is that I learnt a lot about life and about people. How to differentiate true and fake friends, tengok gelagat orang yang selfish dan lain-lain lg. 


Okay la, panjang sangat dah ni. Bubbye!


Ameerafatin

Sunday, December 2, 2012

Zucchini Risotto

Assalamualaikum! Hye!

Okay lama sangat tak update ni. Betul2 busy sangat sekarang ni. Keluar rumah pagi, balik rumah malam, pastu keluar balik buat keje, balik pagi buta. Tak pernah imagine yang boleh jadi busy sampai macam tu skali. Kita ni jenis yang boleh adjust my time, even busy macam mana, tak kacau la masa rehat, masa with friends and family. Tapi for the past couple of weeks, susah sikit la.

Tapi walaubagaimanapun, hehe, hari ni free sikit sebab report dah hantar, lagi satu dah hampir siap, and tinggal 2 presentations and maybe 1 lagi final exam. Doakan kita ye. 

Okay la resepi hari ni datang from Italy, it is a risotto. Apa tu risotto? Risotto tu macam bubur nasi tapi dia tumis bawang before tu dan air dia kasi kurang lagi dari bubur nasi. My Italian friend yang ajar macam mana nak masak ni. Sepatutnya ada beras Risotto tapi kitorg guna long grain rice je, beras putih biasa tu. My friend cakap yang dia pun guna beras biasa kat Italy. Tapi yang kita tau, ade special rice dia. Tak kisah la, guna jela beras apa yang korang ada, asalkan jangan beras pulut sudah.

Lepas tu kita guna zucchini. Boleh guna seafood, artichoke dan macam2 lagi. Google la eh. Hehe

Ingredients:

1 cup beras
1/2 shallot - Hiris halus
1 garlic - Cincang
Garam
Black pepper
Zucchini - Hiris 0.3cm

Parmesan/Cream cheese

1: Tumis bawang putih dan merah.
2. Masukkan Zucchini. Masak sampai dia separuh masak.
3. Masukkan beras dan tuang air sampai tutup semua beras. Biar api kuat. Biar sampai air mendidih.
4. Bila air dah mendidih, baut api sederhana. Lepas tu tambah air dan kacau sampai nasi masak. Kalau air kering, tambah lagi. Dan jangan lupa kacau. Masukkan garam dan black pepper untuk perasa.
5. Lepas 20-30 minit nasi akan masak. Kalau macam banyak sangat air, biar api sederhana sampai air dia kering.
6. Masukkan parmesan 1 sudu atau cream cheese 1-2 sudu, ikut cita rasa masing2. 


Dah siap! Senang je kan? Rasa sedap... 

Selamat mencuba!

AmeeraFatin=)