Monday, June 7, 2010

Roti Gulung-Gulung @ Bread Roll (This is not croissant)

Hyeee!! Assalamualaikum. Malam semalam tiba2 rasa nak makan roti. Rumah ni dah tak de roti dah sebab tak beli lagi since balik from Chicago last week. Tapi aku ada beli tepung roti dulu. Tak pernah try lagi. So malam tadi cari la resepi roti yang simple2. Last2 jumpa resepi ni. Sebenarnya tak semestinya kene roll. Kalau korg nak buat bulat2 mcm bun pun boleh. Nak isi filling pape pun boleh. Ni kira macam basic roti la.

Tepung roti ialah tepung berprotein tinggi. Aku pun tau tu je. Tapi bila dah buat roti, baru tau beza dy dengan tepung gandum biasa. Roti dy mcm lembut la. Macam roti kat kedai tu. Kalau pakai tepung biasa mungkin jadi macam donut kot. Tapi kalau korg nak try tapi tak de tepung roti, guna je tepung gandum. Try je. Hehe.

Ingredient:

1 cup bread flour
2 tsp dry yeast
3 tbsp sugar
1 egg
1/3 cup water (40C atau korang panaskan la sikit2 ea. Jangan sampai didih pulak)

1 cup bread flour
1/2 tsp salt

1. Campurkan semua bahan pertama. Gaul2 rata.
2. Then masukkan bahan kedua (flour and salt).
3. Uli sampai licin which is about 10-15 minutes. Bila dah licin, tambahkan lagi 5 minit. Sebab kalau uli lama sikit nnti roti lembut.



4. Bila dah licin i.e. dah tak lekat2 kat tangan, biarkan sampai dy kembang 2 kali ganda lebih kurang 30-45 minit. Tutup bekas guna tuala bersih yang lembap.

5. Bila dah kembang, tekan2 pakai jari bagi keluar angin dy. Kembang dy mcm ni.

6. Bila dah tekan2 bagi angin keluar, bahagikan bulat2 kepada seberapa bnyak yang anda dapat. Macam aku dapat 9. Rehat kan lagi 10 minit. Masa ni boleh panaskan oven dgn suhu 180C atau 350F.

7. Then korg nak buat bentuk ape pun buat la. Hehe. Kalau nak buat bentuk macam aku buat, mula2 jadikan bentuk 3 segi. Roll la pakai rolling pin tu ek. Kalau tak de pakai tangan pun boleh. Jangan pakai beda kaca taw takut pecah nanti susah den.

8. Panjang dy kene macam 30-35 cm kalau ikut resepi tapi aku punya ni mcm tak sampai 10 cm pun. Sebab tu la tak jadi mcm dalam resepi bentuk dy. Tapi, ikut creativity masing2 la ea. Ni kira creativity aku la. Hehe. Then gulung dari besar ke kecil.

9. Masuk oven for about 8-10 minutes. According to the original recipe, kene sapu telur kat atas dy bagi jadi macam berkilat macam kat kedai roti tu. Tapi aku tak buat sebab..... mcm biasa la. Malas. Hehe.
10. Then siap!!

Roti ni lembut taw. Sedap makan dengan pape je. Lepas tu kan aku ada cerita. Tengahari td, aku panaskan la masuk microwave. Set 3 minit. Then aku g kemas2 dapur. Bila dah siap, aku tgk la roti tu. Uish bagus. Dah panas. Tapi.............. jadik roti biskut....=(

Tau tak roti biskut yang keras tu? Dy makan dengan air teh panas sedap woo. So sekarang aku tgh mkn dengan air teh panas. Tapi kalau kat malaysia tu dy ada gula. Aku punya tak de. So tak manis la. Lagipun tak elok makan manis2. Hehe.

Okay la, selamat mencuba!! Bon apetit!

AF =)

Saturday, June 5, 2010

Kari Dhalca Daging @ Lamb Curry with Lentils

Hye! Assalamualaikum. Hari ni hari tak berapa nak best sangat. Tapi aku tak nak bagitau sebab ape. Haha. Okay, hari tu Kak Zai ade bagi kacang dhal sepeket. So hari ni tiba2 rasa nak buat kari dalca. Macam kari biasa je cuma letak kacang dhal.

Ingredients:

A hand full of lentils (kacang dhal)
A bowl of lamb meat (Meat ape2 pun boleh)
2 cm of ginger (Agak2 la ea ikut daging bnyak mana)
3 clove garlic (Agak2 jugak)
1-2 shallot (Agak2)
5 tsp of curry powder (I use Babbas)
5 tbsp thick coconut milk (santan pekat)
Tamarind juice
Carrot, potatoes, etc.

1. Kacang dhal tu kene rendam semalaman. Kalau tak nak semalaman, mcm 6 jam pon boleh la. Dari pagi sampai petang.
2. Kemudian rebus kacang dhal sampai lembut. Jangan hancur taw. Dah lembut tutup la api then tapis air dy. Simpan air dy.
3. Lepas tu rebus daging, ginger, garam sikit sampai lembut. Air jangan bnyak sgt taw. Tapi kene jaga la jgn sampai air kering. Ginger tu hiris halus2.
4. Bila dah empuk daging tu, boleh la start menumis. Panaskan minyak then tumis bawang putih dan merah. Bila dah garing, masukkan curry powder. Masa nak masukkan curry powder tu, slowkan api.
5. Tumis sampai garing iaitu bila curry powder tu dah tukar color dark brown. Lebih kurang dalam seminit atau less than seminit.
6. Then masukkan bahan tumis tu dalam daging rebus td dan masuk sekali air rebusan kacang dhal tu. Nama teknik ni tumis darat menurut Pn Zaridzah iaitu ibu saya. Tumis darat ialah bila anda tumis asing2 then masukkan dalam bahan lain.
7. Kacau2. Then masuk carrot or kentang or dua2 skali. Kalau nak masuk sayur lembut masuk last2 sikit.
9. Tunggu smpai sayur hampir masak, then perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa. Agak2 la ea. Letak sikit2 taw jgn terlebih.
10. Bila semuanya dah okay, baru masukkan santan. Gaul sikit2 sampai semua rasa dy dah mesra, boleh tutup api.

Dah siap. Itu dia. Boleh la mkn ngn roti canai ke, roti ke. Roti canai tu senang je nak buat. Panaskan pan, then letak yang instatnt punya atas pan. Hehe.

Okay, sampai sini jela ea. Selamat mencuba!

ameerafatin=)

Thursday, June 3, 2010

Simple Sushi


Hye! Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hehe. Okay, resipi kali ni atas permintaan nadia semalam. So aku buat hari ni and post kat sini supaya senang nadia nak refer balik nanti masa tengah masak2. Bukan nadia je, siapa2 je yang nak try. Okeng!

Ingredient:

-Rice vinegar
-White rice (Beras nasi putih)
-Sugar
-Seaweed
-Egg
-Crab fillet
-Cucumber/Carrot

1. Mula masak nasik. Scale dy 1 cup beras, 1 sudu rice vinegar, 3/4 sudu gula. Pakai sudu biasa tu je. Bergantung jugak pada vinegar yang korg guna. Rasa la, kalau mcm kurg cuka, letak lagi. Tapi hati2 taw takut termasam nnti tak sedap. Letak sikit2 dulu. Dan masak nasi tu pastikan jadik nasik lembik sikit. Bukan lembik bnyak taw. Aku guna dapur biasa je masak nasik supaya senang nak control.
2. Kalau nak guna dapur biasa, cara dy cmni. Level air samakan dengan level beras. Kemudian lebihkan seinci agak2. Lepas tu guna api medium. Bila dah nak kering (belum kering taw, hampir kering), buat heat paling slow and tutup periuk.

3. Sedang tunggu nasik nak masak tu, boleh la sediakan bahan2. Bahan pertama ialah telur dadar. Kacau telur dalam mangkuk dan letak secubit garam. Kemudian goreng sampai masak.

4. Kemudian didihkan air dalam satu periuk atau tempat masak telur ni je. Celur crab fillet for about 5 sec. Then keluarkan. Kemudian celur pula carrot. Kalau guna timun, tak perlu celur. Just potong 2 memanjang timun tu. Keluarkan isi dy kat tengah2 tu guna sudu.
5. Potong bahan2 tadi memnjang2.

6. Bila nasi dah masak, boleh la kita roll sushi. Kalau tak de tikar roll tu, guna kertas je macam aku buat. Pastikan kertas tu bersih i.e. keluar dari tempat kertas A4 tu, bukan just ambil dari mana2 entah. Letakkan seaweed atas kertas. Kalau seaweed tu kecil, lapis kan dua. Lekatkan guna sedikit air.



7. Letakkan nasi atas seaweed guna sudu. Tapi kalau org jepun tu deorg guna tangan je. Mana2 la yang korg selesa ye. Start 1cm dari tepi sampai ke tengah2 seaweed.

8. Letak bahan2 tadi kat atas nasi.

9. Boleh start gulung. Masa nak gulung tu, tekan sikit bahan2 tu. Dan letak sedikit pressure masa roll supaya dy jadi padat. Jangan kuat sangat taw.

10. Bila dah siap roll, tepi2 dy kan macam tak kemas sgt. Okay, untuk hidang, remove tepi2 dy. Tu korg boleh makan sendiri. Hehe. Potong sama2 size. Masa potong, guna pisau tajam taw. Kalau tak ada macam aku, hiris slow2. Letak sikit je pressure sebab nasi tu kan lembut.

11. Okay dah siap!! Boleh hidang dan makan dengan kicap masin.

Haa, ni la dy. Sushi simple. Sedap kalau mkn dengan kicap masin. Kalau korg suka wasabi, pun boleh juga. Ikut selera masing2 la ye. Selamat mencuba! Kalau ada soalan boleh tanya sini atau fb atau text kita. To Nadia, selamat mencuba!! Nanti hantar report taw. Hehe

AF =)

Wednesday, June 2, 2010

Rice Krispies Chocolate Bar

Helloooo... Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sehat? Dah makan belum? Makan apa? Hehe. Kalau rajin jawab la kat sini or facebook. Okay. Nak cite sikit. Hari ni aku jadik babysitters ngn fira. Haha. Jaga anak kak Zarin, Heidi and Dillan. They are so cute. Fira masakkan nasik goreng aku pulak masakkan telur goreng for Heidi and scramble egg for Dillan. Hehe.

Then before deorg sampai tu aku ingt nak la buat snack sikit tuk deorg kan. Aku guna resipi Siti Hadith Nur bagi aku. Lama dah dia bagi, baru hari ni ade peluang nak buat. Thanks hadith. Aku tau ko nga exam skrg. Good luck la ea. Tapi kan, sorry la, aku tukar sikit resipi dia ni sbb aku tak de bahan2 dia. Huhu. Sorry hadith.

Okay, kalau resipi sebenar hadith dy guna corn flakes, Mars chocolate bar and susu. Tapi aku guna bahan lain sikit. Okay, ni bahan2 dy,

Ingredients:

-2 oz cooking chocolate (kalau tak de, letak je Cadbury or Hersheys or pape je. Hee)
-3/4 cup of evaporated milk (aku tak de milk biasa sbb tu la guna evaporated milk. Kalau korg nak guna milk biasa boleh aja)
-1 tsp coco powder (kalau tak de tak payah letak pon takpe. Nak bagi dark je ni)
-1/2 cup of powdered sugar (Kalau macam dah guna Cadbury or Hersheys, tak payah letak bnyak sgt taw. Takut termanis. Aku guna cooking chocolate yang dah half-sweetened. Sebab tu la kene letak gula)
-1 tbsp honey
-3 tbsp butter/margerine
-Chocolate chips (optional)
-Rice Krispies/Corn Flakes/ pape je yang korg rasa sesuai and korg suka

1. Panaskan periuk kecik dengan api sederhana. Masukkan butter dan tunggu sehingga cair.

2. Bila dah melt, masukkan semua benda yang lain kecuali Rice Krispies. Kacau slowly sampai semuanya sebati. Api kecilkan lagi kalau boleh sampai 2 or 3.



3. Okay bila dah sebati, tutup api. Masukkan Rice Krispies sampai padat dan gaul2. Then tuang masuk loyang or container or mangkuk or pape jela yang korg ade and then boleh la tabur chocolate chips kat atas dy.
4. Masuk freezer sampai keras. Kalau tak sabar boleh la lower kan lagi temperature freezer tu. Haha


Tu dia. Tapi kan, Heidi and Dillan makan tak la bnyak sangat. Aku and fira tukang habiskan. Hahaha. Rasa dia chocolaty la. Sapa2 yang suka chocolate atau tengah tension nak exam kan, boleh la try ye. Thanks Hadith for the recipe. Hehe.

Tu jela yang aku masak hari ni. Dah kenyang dah makan ni and nasi goreng fira td. Tapi best la Heidi and Dillan datang td. Tak la bosan sangat. Next time nak suruh deorg sleep over plak. Hehehe. Boleh tak Kak Zarin?

Okies, nak tengok sesuatu la. Bosan plak. Bon apetite!

AF=)

Tuesday, June 1, 2010

Chicago

Hye all!! Assalamualaikum. Sorry la lama gila tak update. Aku baru balik from vacation. Pergi Chicago and then Purdue for Midwest game. It was damn awesome lah. Rindu ouh.

Okay, untuk post kali ni, aku nak cite sikit la ape food yang aku dah makan kat sana. Sikit2. Since balik Lawrence semalam aku tak masak pape lagi kecuali oat. Haha.

Okay, 1st skali is Chicago pizza. Pizza dia ni unik sikit taw. Macam tebal and penuh dengan cheese. Uish, mmg menggemukkan kalau makan selalu. Selama beberapa hari aku kat Chicago tu aku makan 2 kali at different restaurants. The first one was at Lou Menalti kot nama dy and the 2nd one is at Giordano. Dua2 okay je kot. Yang 1st tu mcm lembut sikit cheese dy. And 2nd one tu mcm kenyal sket. And 2nd one ni mcm cepat kenyang. Aku makan 1 slice je. Hehe.


Sorry la. Gambar yang pizza 1st tu tak de lagi. Ada pada Nadia. Ni yang kat Giordano tu. Kitorg amek filling shrimp and broccoli. Nampak tak tu ade broccoli dalam picture. Sesiapa yang pergi sini kene try la this pizza. Boleh tahan la. Cuma aku kurang suka the tomato sauce on its top. But overall, 4/5 la aku rate.

The next one is frozen yogurt. Aku rasa dah bnyak dah ade sekarang. Tapi aku baru try masa kat Purdue. Sedaaaappppp.... And aku mmg suka yogurt pon. Untuk this frozen yogurt, aku rate 10/5. Hahaha. Boleh tak? Tak ingat la aku amek perasa apa. Tapi aku, fira and ida amek different flavor. And semua sekali sedap. So kalau korang try, amek je mane2. Tapi boleh rasa dulu before beli, so okay la.




Ceh, letak gambar sendiri pulak kan. Hehe. Sebab suka sangat. Hehe. And then aku makan frozen custard. Sedap jugak. Sama je macam ice cream cuma dy lagi lemak berkrim disukai ramai la. Tapi aku tak de gambar dy la. Masa tu penat sgt nak amek gambar. Makan je terus.

Overall, makan best la. Sebab most of the time makan Malaysian food je kat rumah Aunty Sara and rumah Ida. Thanks Aunty Sara and Ida sebab layan kita and fira baik sangat. =)

Okay, sekarang dah duduk rumah semula, aku akan start balik update new masakan. Dah plan few recipes dah. Tunggu taw. For those yang dah try, thank you so much.

Okies, stop dulu. Bubbyeeeee.....

ameerafatin =)